Monday, May 17, 2010
Kegagalan Bukan Penyelesaian..
Kita harus belajar daripada kekecewaan… Kita bangkit daripada kegagalan… Kita harus memahami kejatuhan kita… Bukan bererti matinya semangat… Berkubur keyakinan begitu sahaja…
Tetapi… Daripada rebahnya sekeping hati… Akan bangkit seorang insan… Mengangkat martabat maruahnya… Menjulang kembali kekuatannya… Menggegar kembali jeritan dan laungan… Kejayaan serta kemegahan diri… Sebagai tanda bahawa… Setiap yang jatuh dan rebah itu… Bukannya tersengkur mati…
Malah…. Kehidupan berselimut kelesuan… Akan menjadi jaringan perkasa… Dan menyerkup kembali dunia baru… Dan pada masa itu… Kita adalah merupakan seorang insan… Yang paling bertuah di bumi… Tempat kaki berpijak dan berjunjung… Kita harus dan mengambil iktibar… Bahawa kekecewaan dan kegagalan… Bila dipintal mulia akan menjadi ratu… Simbol kejayaan diri sendiri…
Buat teman yang sudi mendengar… Buat teman yang sudi menemani saat jatuh bangun diri ini Terima kasih yang tak terhingga… Tak ada yang lebih bernilai untuk di balas Melainkan nilai persahabatan ini…
Posted by Hafiz Ajmain at 5:20 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
yups
bangkitlan dari duduk anda
insyallah tiada apa yg mustahil di dunia ini
kegagalan membawa kepada jalan kejayaan...
Hargai ape yang ade.. Chills :)
Post a Comment