Wednesday, May 19, 2010
Friendship..its hard?
Payahnya mengenal sahabat
Masing-masing mahu berhibur dan terhibur
Sahabat yang bijak akan rosak inteleknya jika ditegur
Sahabat yang dungu akan rosak perasaannya jika disinggung
Jika diam dikatanya tidak tahu
Jika banyak cakap dikatanya tunjuk pandai
Apabila dipuji dia merasa senang hati
Apabila diuji dia cepat remuk hati
Bukan senang jadi kawan
Bila seirama itulah tolan
Bila tak sekata jadi lawan
Dengan siapa kita berkawan
Itu... Orang hebat setinggi awan
Ilmunya tinggi jiwanya tenteram
Tapi sayang, belumpun sempat menghulur salam
Ia merajuk sakit meragan
Payahnya mengenal sahabat
Suaranya indah ilmunya lebat
Sedikit terantuk lalu merajuk
Marilah sama kita memujuk
Itulah tanda kasih sayang
Dalam keikhlasan tak serupa keikhlasan...
Posted by Hafiz Ajmain at 9:57 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
persahabatan adalah satu pengembaraan yang tak diduga...
:)
yup, 1 pengembaraan yang tiada penghujung nya :)
yang paling tak best jika ia bertemu penghujungnya.. huhu
nak kawan bestbest je,duduk kat planet pluto la.itu pun kalau ada yang nak kawan.
Post a Comment