BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Tuesday, May 18, 2010

Aku Adalah Aku..


Aku bukan seorang pujangga…

Bukan jua seorang penulis puisi yang menyusun ayat menjadi indah untuk di baca

Tetapi.. aku seorang insan biasa….yang punya hati dan perasaan

Kadangkala, perasaan ini ada sesuatu yang dirasai, yang dipendam yang ingin diluahkan

Luahan yang sekadar untuk meredakan hati

Supaya ia tak bersarang dihati menjadi satu duri yang menyeksakan…

Bila kawan kita, atau sesiapa yg terdekat dengan kita mengalami masalah….

Kita dengan tenang menyatakan, sabar… satu hari nanti pasti ada sinar, pasti masalah tersebut akan hilang. …

Kita ibaratkan sebagai seorang penasihat yang pakar menyatakan itu dan ini….

Memutarkan kata, ayat dan segalanya untuk memberi semangat padanya

Memberi nasihat dengan mudahnya supaya orang itu dapat melupakan terus masalah tersebut… Mudahnya di kala itu kita nyatakan…" Ala.. lupakan je semua tu…." Mudah kan?

Sebab, kita tak rasa apa yang dirasainya….

Tapi….. bagaimana apabila kita sendiri yang mengalaminya?

Mampukah di waktu itu, kita menjadi penasihat yang pakar seperti kita menasihati pada orang lain?

Sedikit sebanyak, kesakitan itu akan melemahkan jua diri kita…

Mengalir jua air mata kerana kadang kala tak mampu nak hadapi…

Sakit yang amat sangat di hati, sebak, sehinggakan sesak untuk bernafas…

Rasa serba tak kena….

Rasa nak menjerit ..tapi tak mampu…

Rasa nak berlari… tapi tak tau kemana…

Satu je rasa yang nyata.. rasa tak nak alami semua tu.. Moga hilang seketika waktu tersebut supaya tak rasa kesakitan yang dirasai waktu itu…..

Itulah lumrah alam…

Memang benar… apa jua yang berlaku…

Segalanya ujian Tuhan .. ku akuinya Tuhan…

Namun… berikan ku kekuatan untuk ku hadapinya…

Banyaknya dugaan Mu Tuhan ….

Kuatkan hatiku menghadapinya….

Kehilangan, kekalahan, kesakitan , penderitaan…..segalanya ujian Mu Tuhan…

Satu yang ku pinta…. Kuatkan diriku untuk menghadapinya…

Dalam satu masa, pelbagai dugaan yang ku hadapi.. tabahkan ku Tuhan.. Kuatkan diriku…….Tenangan hatiku dengan RahmatMu… Harapan ku jua… moga dengan pelbagai dugaan ini, aku semakin dekat denganMu.. dan semoga satu hari nanti aku menemui kegembiraan , tak ada lagi air mata ini yang akan mengalir . Tak seperti hari ni….setiap hari, ia menjadi temanku… ia sentiasa mengalir apabila kesakitan tu dirasai….

0 comments:

Related Posts with Thumbnails