BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Tuesday, January 31, 2012

Kalau Berkawan, Janganlah makan kawan!

Manusia berubah aku boleh terima. Kawan berubah aku boleh terima. Kawan baik berubah.. Aku tak boleh terima beb. Serius.


Entah. Orang yang kita sangkakan kita kenal dia lebih daripada segalanya selepas keluarganya tapi sekelip mata boleh berubah macamtu saja. Definasi kawan baik bagi aku adalah kita dah cukup kenal dengan dia dan dia bagaikan adik beradik kita yang kita boleh bercerita apa saja. Tu la aku cakap, kawan baik ni kiranya orang kedua yang akan kita tuju selepas keluarga.


Aku bukan jenis yang gemar berkawan dalam satu kelompok yang besar kerana aku lebih selesa berada dalam kelompok yang kecil. Maka, itulah pasalnya kawan baik aku yang beberapa orang ini adalah antara orang yang aku hargai. Macam aku selalu cakap, it's not about the quantity, but it's about the quality of our friends.


Kawan ramai pun, tapi yang betul kita selesa takda buat apa? Biarlah 3-4 orang kawan saja tapi itulah yang terunggul, itulah tempat untuk kita menumpang bahu untuk menangis, itulah tempat kita untuk bergelak tawa dan kawan-kawan itulah beberapa golongan terbaik yang kita pilih untuk menjadi yang antara terbaik dalam hati kita selepas keluarga.


Tapi rasanya macam sedih bila orang yang kita sangkakan kita cukup kenal dia, tapi dia boleh berubah dengan sekelip mata. Menjadi aku, aku ini bukannya orang yang berkata-kata tentang apa aku rasa dan ia akan berakhir dengan aku-makan-dalam-sorang-sorang. Tapi serius lah, kadangnya kita sayangkan persahabatan itu tapi orang macam tak berapa kisah pun.


Aku rasa memang kita perlu kuat pada prinsip "kawan boleh dicari", tapi sampai bila hendak mencari dan sampai bila kita tak tetap pada yang ideal. Janganlah terlalu menggunakan prinsip itu hinggakan kita tak menghargai dengan apa yang ada didepan mata kita. Kawan memang boleh cari, tapi teman menangis tak sesenang untuk dicari. Yang berlakon memahami memang ramai. Dunia hipokrit, banyak pelakon daripada pembenar.


Untuk yang ada kawan baik itu, jagalah persahabatan itu kerana kita mungkin boleh mencari kawan yang baru, tetapi yang satu tu susah hendak ditukar ganti. Tapi kalau bagi kau, kawan tu takdalah effect sangat dalam hidup kau, terserah. Apa yang aku tahu, kawan baik ini penting. Tapi dunia sekarang, siapa nak kisah sangat kan?


NOTA KAKI
Belajarlah menghargai selagi ada. Serius. Bukan kawan saja, tapi apa yang kita ada, semuanya hargai selagi ada. Ibu bapa, adik beradik, kaum kerabat dan teman segala. Hargai la weh.

Sunday, January 29, 2012

Usah Mengata..

Engkau suka

pabila dipercayai...

tapi kenapa engkau tidak suka mempercayai orang lain?


Engkau suka pabila disanjungi...

tapi kenapa engkau tidak suka menyanjungi orang lain?


Engkau tidak suka dicaci...

tapi kenapa engkau suka mencaci orang lain?


Engkau tidak suka dikhianati...

tapi kenapa engkau suka mengkhianati orang lain?


Engkau tidak suka dizalimi...

tapi kenapa engkau suka menzalimi orang lain?


Engkau tidak suka dibenci...

tapi kenapa engkau suka membenci orang lain?


Engkau tidak suka disakiti...

tapi kenapa engkau suka menyakiti hati orang lain?


Engkau tidak suka dipersalahkan...

tapi engkau suka menyalahkan orang lain?


Engkau tidak suka dikritik...

tapi kenapa engkau suka mengkritik orang lain?


Engkau tidak suka hak engkau dirampas...

tapi kenapa engkau suka merampas hak orang lain?


Kalau engkau ingin dihormati...

engkau juga mesti belajar

untuk menghormati orang lain.


Kalau engkau ingin dihargai...

engkau juga engkau juga mesti belajar

untuk menghargai orang lain.


Kalau engkau ingin difahami...

engkau juga mesti belajar

untuk memahami orang lain.


Kalau engkau ingin dikasihi...

engkau juga mesti belajar

untuk mengasihi orang lain.


Kalau engkau ingin disayangi...

engkau juga mesti belajar

untuk menyayangi orang lain.


Engkau suka pabila dipercayai...


Engkau suka pabila dihargai...


Engkau suka pabila dihormati...


Engkau suka pabila dikasihi...


Engkau suka pabila difahami...


Engkau suka pabila disayangi...


Engkau juga suka pabila dipuji...


Tetapi...kenapa engkau sering lupa

untuk memuji Pencipta

dan Pentadbir alam semesta ini?


Engkau juga sangat suka dicintai...


Tetapi kenapa engkau sering lupa

untuk mencintai dan mencari

cinta Rabbul Izzati?



NOTA KAKI

Tengok diri sendiri dulu sebelum mengata orang lain!

Friday, January 27, 2012

Cinta Itu Fitrah

Cinta seorang lelaki kepada wanita dan cinta wanita kepada lelaki adalah perasaan yang manusiawi yang bersumber dari fitrah yang diciptakan Allah di dalam jiwa manusia , iaitu kecenderungan
kepada lawan jenisnya ketika telah mencapai kematangan fikiran dan fiziknya.

''Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri - isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya
diantara kamu kasih sayang . Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat
tanda-tanda bagi kaum yang berfikir ( Ar- RUM ayat 21 )

Cinta pada dasarnya adalah bukanlah suatu yang kotor, kerana kekotoran dan kesucian tergantung dari bingkainya. Ada bingkai yang suci dan halal dan ada bingkai yang kotor dan haram

Cinta mengandungi segala makna kasih sayang, keharmonian, penghargaan dan kerinduan, disamping mengandungi persiapan untuk menempuh kehidupan dikala suka dan duka,lapang dan sempit.

Cinta bukanlah hanya sebuah tarikan secara fizikal saja. Tarikan secara fizik hanyalah permulaan cinta bukan puncaknya. Dan sudah fitrah manusia untuk menyukai keindahan. Tapi disamping keindahan bentuk dan rupa harus disertai keindahan keperibadian dengan akhlak yang baik.

Islam adalah agama fitrah kerana itulah Islam tidak membelenggu perasaan manusia. Islam tidaklah mengingkari perasaan cinta yang Tumbuh pada diri seorang manusia. Akan tetapi Islam mengajarkan
pada manusia untuk menjaga perasaan cinta itu dijaga,dirawat, dilindungi dari segala kehinaan dan apa saja yang mengotorinya.


NOTA KAKI
ISLAM agama Fitrah :)

Wednesday, January 25, 2012

Perasan

Aku tak suka orang mengadu simpati atas kekurangan diri kerana akhirnya, kau nak tak nak, kau harus berpijak di tanah ini dengan kaki kau sendiri. Berdikari.


Kau fikir kau gemuk/kurus dan kerana itulah orang benci kau.


Kau fikir kau cantik/handsome dan kerana itulah orang benci kau.


Kau fikir kau bijak pandai dan kerana itulah orang benci kau.


Kau fikir kau kaya terlalu dan itulah orang benci kau.


Kau fikir kau hotstuff bangat dan itulah orang benci kau.


Kau fikir kau pondan/tomboy dan kerana itulah itulah orang benci kau.


Kau fikir kau ada boyfriend/girlfriend yang handsome/cantik dan kerana itulah orang benci kau.


Molek kata, kau perasan.


Kalau kau gemuk tapi kau mempunyai personaliti yang ramah, yang friendly dan mudah get along dengan orang, ada ke orang nak benci kau? Orang yang benci akan kata "Dah la gemuk, poyo pulak tu." Jangan nak menyalahkan bentuk badan dan berasa rendah diri hanya kerana rupa bentuk/rupa muka kita. Kerana kalau kita fikir gemuk itu satu kekurangan, sampai bila kita nak merasa lebihnya dari kita?


Kau masuk auditorium, kau tunduk ke bawah kerana kau segan dengan bentuk badan kau. Come on, buka langkah, jalan megah, kerana kau tak perlu bergantung pada bentuk badan engkau kerana kita istimewa dengan cara kita. Best ke jadi kurus kalau kena diet gila nak mati semua hanya kerana nak jadi cicak?


Kalau kau bijak pandai tapi kau merendah diri dan tidak bongkak atas ilmu yang kau ada, kau rasa orang nak benci kau ke? Orang benci kau bukan kerana cemburukan ilmu yang kau ada, tapi membenci kau kerana tingginya hidung kau atas apa yang kau ada. Ya, diakui, kau mempunyai otak yang geliga dengan ilmu-ilmu yang kau ada, tapi kalau ilmu ke langit dan perasaan bangga diri juga seiring mahu ke langit juga menguasai diri kita, buat apa? Takda guna.


Ilmu yang kau kedekut-kedekutkan, yang kau simpankan untuk diri kau dan kau bangga-banggakan itu boleh ditarik bila-bila masa sahaja. Apa yang kita ada hari ini bukannya kekal, esok semua benda yang ada di otak kau nak ditarik, Tuhan tu mampu melakukannya juga kan? Tuhan tu adil. Mungkin ini balasan untuk kebongkakan kau kepada orang yang dulunya meminta-minta ilmu daripada engkau tapi dibalasan dengan Haji Bakhilnya engkau. Karma kawan, karma.


Juga juga. Kalau kau kaya dan ada harta 10 keturunan kau dihujani dengan harta tapi tiada pernah engkau menunjuk, melelong-lelong cerita kekayaan kau, kau rasa orang nak benci engkau ke? Oh, kau rasa orang dengki dengan kau sebab kau kaya? Tak hadap pun. Kami yang biasa-biasa ni tak kaya dan kami tak perlu melelong apa-apa, kami hidup dalam kesederhanaan tanpa cerita-cerita kaya, lagi bahagia.


Bukannya nak bagi orang tak benci kau, kau perlu agih-agihkan harta yang kau ada. Cuma, merendah diri itu tak salah, bukan? Merendah diri walau dimana tingginya engkau berada. Kekal dengan cara biasa-biasa, pasti tiada kebencian dihati orang. Tolong, tak salah merendah diri. Orang tak mahu tahu berapa billion harta kau ada. Biarlah orang tahu sendiri, buat apa kita mahu bgtau? Kalau orang tahu sendiri bukankah lagi orang itu respect pada engkau kerana tak pernah sangka kau kaya kerana rendahnya diri engkau. Eceh aku.


Oh dan last. Kau fikir kau cantik atau kau handsome dan kerana itulah orang membenci engkau? Tolong ah, jangan perasan. Orang benci engkau sebab apa, nak tahu? Orang benci kau sebab kau menjaja-jaja kecantikan engkau seolah-olah rupa engkau ini umpama bidadari kayangan, padahal siapa kisah engkau cantik? Kalau kau cantik, tapi kau ini down to earth segala, tak ke orang rasa dengan kita? Macam tadi, cantik yang kau ada, Tuhan boleh tarik bila-bila juga. Mungkin accident ke? Nauzubillah. Mintak jauh-jauh ah kan?


Basically. Apa yang kau ada harini, bukan kerana kelebihan atau kekurangan itu yang membuatkan orang benci engkau, tapi mungkin aspek merendah diri itu tiada dan kebongkakan kita ini sangat lebih. Tak salah, kita berpijak di bumi nyata dan merendah diri dengan apa sahaja yang Tuhan beri pada kita.



NOTA KAKI

Rendah diri. Itu saja. Cukup besar rendah diri kita kalau kita calit-calitkan ia pada setiap aspek hidup kita. Entri ini entri untuk saling ingat-mengingati, aku katakan untuk aku dan untuk kita semua. Sama-sama kita ingatkan! :)

Monday, January 23, 2012

Bermula dengan menipu..

Dengan sekali, ianya akan bertukar menjadi berkali-kali..

Kau mula menipu kerana kau pernah sekali menipu.
Kau mula mencuri kerana kau pernah sekali mencuri.
Kau mula mengumpat kerana kau pernah sekali mengumpat.
Kau mula memukul kerana kau pernah sekali memukul.
Kau mula meragut kerana kau pernah sekali meragut.
Kau mula merokok kerana kau pernah sekali merokok.
Kau mula berdadah kerana kau pernah sekali berdadah.
Kau mula meninggalkan solat kerana kau pernah sekali meninggalkan solat.
Kau mula bertunggang arak kerana kau pernah sekali menunggang arak.
Kau mula mengambil rasuah kerana kau pernah sekali mengambil rasuah.


Semuanya bermula dengan sekali dan ia akan menjadi berkali-kali. Fikirkanlah. Aku bukanlah baik mana dan ada yang di atas aku pernah buat pun tapi ini hanyalah seperti apa yang aku rasa yang kalau kita tak melakukan apa yang kita buat pada harini, kita takkan pernah berani melakukannya. Aku pun ada menipu semua tapi pernah tak kita fikir, kalau kita takda menipu dan kita takut untuk menipu, kita pasti takkan menipu pada hari ini?


NOTA KAKI

Jangan start dengan menipu,hehe :p

Tuesday, January 17, 2012

Mencari Kesempurnaan Perkahwinan

Majlis walimah

Saya kagum melihat sesetengah foto walimah sahabat dan saudara terdekat.Walaupun kaya,bijak,graduan luar negara, tapi mereka cukup bersederhana dalam mengadakan walimah.Yang lelaki,tengkolok digantikan dengan kopiah putih sahaja,tiada keris tersisip di dada,cukup bersahaja dan berserdahana. Mereka tegas mengatakan, “ala,buat yang agama suruh sudah lah.Nikah itu ibadat bukan adat,jangan susah-sudahkan diri, buat yang termampu sudah”.

Yang pengantin perempuan,masih mampu mengekalkan tudung labuh mereka tanpa tabbaruj yang melampau.Maka saya membuat perbandingan,kenapa masyarakat kita menganggap pernikahan itu sesuatu yang membebankan,sampaikan ada yang sanggup membuat pinjaman bank dan sebagainya.Ada pula sesetengah insan yang yang saya jumpa sanggup tidak pulang beraya kerana mahu bekerja lebih masa,katanya nak kumpul duit untuk bernikah lepas raya.

Kahwin sekali seumur hidup

Ya saya tahu,semua orang mahu nikah sekali seumur hidup.Maka itulah yang dijadikan alasan mengapa majlis persandingan dan pernikahan mereka diadakan 7 hari 7 tujuh malam.

Kamu,kalau buat wedding of the year sekalipun ,tapi kalau bercerai-berai kesudahannya apa guna?

Pada saya la..”pernikahan itu cuma pintu gerbang sebuah perkawinan.Mengapa kamu terlalu berfikir bagaimana mana untuk menghias pintu itu,sedangkam kamu tidak sibuk memikirkan apa yang kamu akan buat selepas memasuki pintu tersebut”.

Tujuan pernikahan

Berkahwin atas dasar dakwah,bukan kerana cinta semata. Kerana pernikahan itu sebahagian dari agama, dan pernikahan adalah sunnah nabi kita. Bukan senang sebenarnya mahu membina sebuah ikatan tulus dasar kerana Allah.Perlu mujahadah. Kalau sudah kerana Allah,paras rupa dan harta bukanlah ukuran. Hanya yang hebat dan mantap mampu mengimbangi antara gerak kerja dakwah,kerjaya dan rumahtangga.

Sebenarnya kita sudah dilamar oleh Allah untuk seseorang.Cuma lamaran itu masih kekal menjadi rahsia selagi seruNya belum tiba.Jadi,usah terburu-buru mahu bercinta kalau memang jodoh tidak ke mana.

Anak

Kalau di palestin,muda mudi akan berkahwin dalam usia yang sangat muda untuk melahirkan ramai zuriat.Bagi mereka,syuhada yang telah kembali kepad Allah perlu diganti dengan mujahid yang baru.Umat Muhammad mesti ditambah,kerana merekalah yang akan memegang panji-panji islam.Kematian perlu diganti dengan kelahiran.Mereka melahirkan zuriat bukan untuk bersenang-senang,tapi untuk dijadikan pejuang.Hebat bukan?

Saya cuba memandang teman-teman yang sudah bernikah ketika belajar dan mempunyai anak sama seperti muda-mudi di palestin.Anak itu bukan sekadar pelangkap rumahtangga,tapi dia adalah amanah Allah yag patut di tarbiah sebaiknya supaya kelak,ia kembali berbakti pada agama.Kerana anak mereka itu adalah mujahid dan mujahidah agama.Kalau anak sudah dianggap amanah,ia bukan lagi satu beban hatta mereka seorang pelajar medikal dan kejuruteraan yang sangat sibuk menggila dengan kuliah yang tidak tentu masa.

Dimensi sebuah pernikahahan

Memanglah pada seoarang anak muda seperti saya,yang masih hijau,pernikahan itu bukan keutamaan.Tapi kita kena bersedia,sebab kita tidak tahu urusan Allah.Maksud bersedia disini ialah dari segi ilmu dan paling utama iman.

Ada kisah seorang gadis yang mahu dinikahkan dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.Kerana mahu bersuamikan lelaki dalam tarbiah dan mahu mengelakkan daripada dijodohkan dengan lelaki tersebut,maka dia putuskan untuk meminta pertolongan pada seorang ustaz.Maka secara spontan ustaz tersebut bertanya pada anak usrahnya,

“ada akahwat yang perlu bernikah segera.Ada tak antara antum yang sukarela menawarkan diri menjadi suaminya”.

Saya tergamam mendengar cerita tersebut dan tiba-tiba secara spontan dalam hati saya terdetik,

“ish,kalau jadi ikhwah,kena mantap dan sentiasa bersedia”.

Kesimpulan

Tidak perlulah dia itu Huffaz kerana saya pun bukanlah seoarang hafizah,tak perlulah semestinya dia seorang doktor atau jurutera kerana saya bukanlah yang bijaksana,cukup kita mohon yang sekufu iman dengan kita. Jodoh itu urusan Allah .Tidak perlu gusar jika lihat diri tidak berteman ketika melihat teman-teman asyik hanyut di buaian dengan lelaki haram,kerana yakinlah bahawa Allah itu maha penentu segalannya.

Maka suka saya mengajak remaja sekalian,pegang dan tahanlah dulu rasa cinta yang sedang membuak di dadamu.Ianya sangat mahal dan berharga,jangan sewenang-wenangnya kau berikan pada si dia secara percuma.Pertahankanlah sepenuh jiwa ragamu untuk kekasih halalmu yang bakal tiba menjemput mu bila masanya tiba.Bersabarlah menahan ujian,maka kamu dan saya,mari sama-sama kita berjihad,bermujahadah,mencari cinta ilahi,mempertahankan cinta hakiki sehingga saat lafaz sakinahmu tiba.

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (Al-Furqan:74)

Ada satu pengisytiharaan perang di sini. Kita mengistytiharkan perang kepada cinta yang palsu dan murah dengan harga nafsu. Kita tak ingin pada cinta yang sementara. Bercintalah denganNya, untuk kita memperoleh cinta yang dapat menyampaikan kita ke syurga. Kalau diri masih faqir bercinta denganNya, jangan pernah rasa layak untuk merasa cinta fitrah sesama manusia. Selamat mengemis cinta Ilahi.


NOTA KAKI

Tidak salah mahu mencari isteri seperti Fatimah Az-Zahra r.a,namun biarlah kita seperti Ali Yang dimuliakan Allah wajahnya.Tidak salah mahu mencari isteri sesetia Hajar dan Sarah andai iman kita seperti Ibrahim,Nabi Allah.Kalau kita tak setampan Yusuf a.s jangan berharap sangat pada isteri secantik Zulaikaha.

Jangan mencari kesempurnaan pada bakal pasangan kita kerana dia takkan sempurna,cuma manusia biasa,tiada darjat maksum seperti nabi Allah.

Tuesday, January 10, 2012

Sharing Is Caring..

Bila berucap tentang istilah kesetiaan dan kejujuran dalam perhubungan persoalan yang bermain main difikiran aku adalah di manakah letaknya bahagia? Sebagian orang berpendapat rasa bahagia ditemukan ketika kita mencapai apa yang dicita-citakan, didambakan dengan segenap harap. Tidak jarang juga belakangan kita merasa kebahagiaan yang datang dari terpenuhinya kenginan, agaknya cepat berubah menjadi kegelisahan.

Ketika kita yang berharap agar orang lain menerima kita, maka sesungguhnya kita tidak menerima diri mereka seadanya. Pabila kita merasa sulit untuk menerima dalam hati, maka belajarlah untuk menerima diri kita sendiri yang masih belum bersedia untuk menerima orang lain.

Dalam hubungan, setiap orang bertanggungjawab untuk menjaga hubungan dengan menerima diri dan orang lain dalam hidup kita. Bagi aku, menyatakan supaya mempercayai pasangan sedalamnya supaya tiada perasaaan prejudis yang boleh mengoyahkan sebuah hubungan. (benar!).

Di sebalik kejujuran dan kesetiaan mahupun kebahagiaan, bagi aku kita haruslah berhati-hati. Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu kita kogsi agar tidak terbeban :)

NOTA KAKI

Yeah, sharing is caring :)

Sunday, January 8, 2012

Jujur Bukti Keikhlasan

Bismillah..

Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

.:: Biarlah yg jujur itu bebenar jujur...jgn pertikaikan kejujuran org...sebaliknye pertikaikan kejujuran diri kita sendiri...jujur bukan sekadar jujur..tp perlu disertakan dgn keikhlasan...~

org yg cerdik adalah org yg diam tatkala dkata dan turs bkrja tatkala org sibuk mengata,jd turskan ape saje yg kita yakin kita benar,tp biarlah yg benar itu btul2 benar..sama juga lah dgn kejujuran dan keikhlasan diri kita...tp diam kita bukan brerti kita salah atau kalah...


NOTA KAKI

Dalam maknanye ni :)

Saturday, January 7, 2012

Disebalik Tabir : Perlukah Perasaan Cemburu?

SEDANGKAN lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’ adalah bidalan Melayu yang membawa pengertian dalam mengharungi hidup berumah tangga, khususnya dalam hubungan antara suami dan isteri, perselisihan adalah satu kemestian.

Perselisihan adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun, ia boleh diperbaiki, dengan menggunakan cara yang bijaksana dan bertoleransi.

Banyak sebab yang menjadi punca perselisihan. Antaranya kerana mentua, jiran, teman-teman, anak-anak, malah perkara asas dalam kehidupan juga mampu mencetuskan pergaduhan dalam rumah tangga sehingga lauk yang terlupa dimasukkan garam, atau air kopi yang terlupa ditambah gula.

Paling meruncing ialah apabila masing-masing mula cemburu terhadap satu sama lain, sama ada mereka mempunyai bukti nyata atau hanya berupa prasangka sahaja.

Perkara sedemikian jika dibiarkan berterusan akan melarat sehingga tercipta penceraian dalam rumahtangga.

Ada di kalangan masyarakat yang menganggap perselisihan rumah tangga sebagai garam di dalam lauk. Tanpa perselisihan, rumah tangga hambar dan tawar, umpama lauk tidak bergaram.

Namun, garam itu hendaklah diletak secara berpada-pada supaya tidak terlalu banyak sehingga boleh merosakkan lauk sebelanga.

Perkara inilah yang harus diperhatikan oleh setiap insan yang bertekad mahu mendirikan rumah tangga. Ia juga perlu menjadi renungan pasangan suami dan isteri yang menerajui bahtera hidup berumah tangga.

Sesungguhnya, perkahwinan adalah satu cabaran yang harus dihadapi oleh setiap kaum lelaki. Dalam perkahwinan, suami akan berkongsi hidup dengan isteri.

Biarpun seburuk mana isteri namun seharusnya terimalah seadanya seperti yang terungkap semasa akad.

Kata pujangga, perempuan bagaikan angin, lembutnya melenakan, ributnya pula mampu menggusarkan.

Adakalanya mereka seperti ibu menyaji kasih, menghidang sayang malah adakalanya mereka seperti anak yang ingin dibelai, minta dimanjakan seperti anak kecil namun adakalanya mereka seperti nenek yang sering berleter seadanya, merungut semahunya.

Namun, bahagia dan derita hanya kita yang mencorakkan sendiri

Mendirikan sebuah rumah tangga biarpun untuk ke sekian kali namun memerlukan kematangan dan kedewasaan fikiran dan perasaan.

Kematangan bererti kemampuan seseorang menahan marah dalam suasana krisis dan perselisihan serta dapat menyelesaikan masalah tanpa menggunakan kekerasan dan menjauhi segala cara yang boleh membawa kepada keruntuhan perkahwinan itu.

Sebagai bukti kepada kematangannya, seseorang itu sanggup mengaku salah apabila benar-benar bersalah dan tidak cuba menyalahkan orang lain apabila berpeluang berbuat demikian.

Bagi Islam, rumah tangga perlu ditegakkan atas asas cinta dan kasih sayang.

Perkara ini jelas dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan di antara keterangannya juga, bahawa ia menjadikan isteri bagimu yang sebangsa dengan kamu, supaya kamu boleh diam bersama-sama dengan dia, serta berkasih sayang dan cinta menyintai.” (Surah Ar Rum, ayat 21).

Cinta dan kasih sayang yang dimaksudkan bukanlah hasil daripada cinta pandang pertama tetapi ia lahir daripada rasa tanggungjawab mengikut amanah dan kepercayaan, serta tidak dipengaruhi oleh kehendak kebendaan atau nafsu.

Rasa cinta sebegini boleh membawa suami sentiasa bersikap matang dan sihat dalam segala layanannya terhadap isteri dan di kala menghadapi krisis rumah tangga yang tidak dapat dielakkan.

Suasana rumah tangga akan menjadi lebih mesra dan ceria apabila suami mengenali diri isterinya sebagai manusia yang mudah tersinggung dan mudah terasa.

Suami jangan sekali-kali cuai dan lupa memberi penghargaan kepada peranan isteri sebagai suri rumah tangga yang benar-benar bertanggungjawab.

Sebenarnya, tidak susah bagi suami membisikkan kata-kata pujian ke telinga isterinya setiap kali menikmati masakan atau melihatnya berpakaian baru. Berilah hadiah, walaupun kecil, sebagai tanda penghargaan suami terhadap isteri apabila menyambut hari jadinya.

Termasuk dalam penghargaan juga ialah memberi sangkaan baik terhadap tingkah laku isteri, tidak memperlihatkan apa-apa kecurigaan terhadap kejujuran dan keikhlasan isteri, tidak cuba mengintip gerak- gerinya kerana didorong rasa cemburu yang melulu.

Sesungguhnya, rumah tangga yang bahagia dapat diwujudkan hasil kerja keras, saling mengerti, tolong menolong dan persefahaman antara suami dan isteri.

Dalam mengemudi bahtera sebuah rumah tangga, suami berperanan sebagai nakhoda kapal yang bertanggungjawab mengendali dan menjaga keselamatan seisi anak kapal.

Manakala isteri pula berperanan sebagai jurumudi yang mengawal haluan bahtera. Paduan erat antara keduanya mampu menyelamatkan bahtera dan seluruh isinya daripada tenggelam dilanda badai dan gelora.


Nota Kaki

Cemburu best ape? hehe

Friday, January 6, 2012

Gerbang Perkahwinan : Persediaan VS Kemampuan

Tahun ni ramai yang akan mendirikan rumah tangga. Tak lupa jua buat kawan-kawan seperjuangan dahulu. Saban hari, ada je undangan perkahwinan diterima, dan tidak lupa juga yang telah pos kan kad-kad kawin. InsyaALLAH, i will be there :)

DIkesempatan ni nak konsi sedikit sebanyak tentang tips-tips ke arah gerbang perkahwinan. Just for yang akan melayari bahtera rumahtangga,hehe. Kurangnya persediaan untuk bernikah bukanlah penghalang untuk bertindak berusaha menuju ke arah gerbang pernikahan. Seperti yang saya sebutkan di awal bab ini, seandainya kita menanti persediaan yang sempurna sebelum melaksanakan pernikahan maka, kita tak akan menikah selama-lamanya. Perlunya segala persiapan yang saya sebutkan sebentar tadi adalah sebagai pelengkap dalam sebuah pernikahan. Seharusnya kita kembali kepada kayu ukur yang telah di tetapkan oleh Rasulullah SAW dalam menghitung kemampuan.


Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, “Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu.”

Kemampuan untuk berkahwin itu disebut ba'ah di dalam Bahasa Arab. Ulama' berselisih pendapat mengenai ba'ah ini akan tetapi mereka menyepakati suatu hal, makna ba'ah yang utama adalah kemampuan seksualnya. Mengenai pendapat tambahan pula, Imam Asy-Syaukani berpendapat mahar dan nafkah, sedang sebahagian ulama' lain menyatakan penyediaan tempat tinggal. Tetapi yang ditekankan oleh ulama' adalah maknanya yang utama iaitu kemampuan seksual.

Jadi seandainya anda mempunyai kemampuan untuk melakukan hubungan suami isteri, mampu memberi nafkah dan membayar mahar, mampu menyediakan tempat tinggal bagi isteri maka tiada seorang ulama' pun yang berselisih pendapat mengatakan anda sudah mampu mendirikan rumah tangga. Seandainya anda belum mampu dari segi ekonomi sekalipun, ada janji Allah yang Allah akan membantumu dalam urusan itu.

“Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha luas (pemberianNya) lagi Maha Mengetahui.” (an-Nisa':32)

Persediaan harus terus dilakukan sebaik mungkin, itulah yang akan menghiasi rumah tangga anda. Sekadar mana yang perlu disiapkan tergantung pada kemampuan dan keadaan diri anda sendiri. Semakin banyak yang anda usahakan semakin banyak hasilnya yang anda akan kutip.

Dan barangsiapa yang berjihad (buat segala sesuatu secara bersungguh-sungguh), maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.” (al-Ankabut:6)

Maka aku (Nabi Nuh) mengatakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai. (Nuh:10-12)


NOTA KAKI

Yang penting, persediaan dari segi fizikal dan mental yang UTAMA :)

Thursday, January 5, 2012

Nilai Persahabatan, Wujud ke?

Takpa, korang kalau takda aku sebagai kawan pun korang boleh dapat ganti kawan ramai lagi yang lebih best dari aku. Patah tumbuh hilang berganti. Bukan aku nak kata aku best, cuma, aku rasa kadangnya kalau orang tiada aku sebagai kawan memang tak merugikan. Aku tiada apa-apa yang boleh mengutuhkan persahabatan. I'm nothing, seriously.

Aku adalah manusia yang jikalau kau putus tali persahabatan itu kau tidak akan ada rasa sesal langsung. Malahan hari yang kau akan laluinya adalah masih seperti biasa, atau tanpa aku lebih menarik dan membahagiakan. Kau boleh cuba.

Haihhhhh. Perasaan yang kadang-kadang menerpa dan memanggil-memanggil dan berbisik bahawa ketidak layakan aku untuk berkawan dengan sesetengah manusia dan bagaimana seharusnya layak aku hanya pada manusia yang sebegitu sahaja. Perasaan yang merasakan kita tak pernah layak untuk sesiapa ini amat tidak enak dan mungkin membaham virus-virus badan lain.

Perasaan yang merasa tiada siapa memikirkan dan perlukan kita, ada dan tiada tetap sama dan suatu masanya yang bakal diratapi atau paling mula diiingati kita hanyalah ketika kita.. Mati.

Bila hilang dari kewujudan, manusia mula mengingati indahnya manusia yang ditarik nyawanya oleh Tuhan. Tapi bila sampai saat itu, sudah terlambat. Tapi hakiki dunia, manusia diingati hanya bila tiada. Sedih.

Aku tak minta disembah agungkan segala, aku ini kecil sahaja disisi Tuhan, cukuplah kadangnya resepi masakan yang kau berikan ada sedikit gula apresiasi, garam penghargaan, cili ingatan dan tumisan rasa kasih sayang yang tulus. Cukup. Tak minta lebih. Kalau lebih, alhamdulillah dan kalau takat itu sahaja pun masih ku syukur.


NOTA KAKI

Kawan yang baik membawa kita ke arah kebaikan, begitu jua jika kawan yang membawa kita ke arah kejahatan. Jahatlah kita... :)

Wednesday, January 4, 2012

Whatever!

Adat dunia. Adat yang kita sendiri bentukkan sehingga menjadi sebati dengan diri kita sehingga terbawa-bawa ke generasi seterusnya. Akhirnya dalam komuniti ianya menjadi bagaikan perkara harian dalam hidup kita yang kelihatannya seperti perkara biasa.

Manusia-manusia mengtuhankan diri apabila..

Kau menjalani hidup dengan segalanya baik-baik. Sebagai manusia biasa, adalah tikanya kau tersalah caturan dalam hidup. Tapi bagi manusia-manusia "sempurna", kesalahan kau yang mungkinnya kerana tidak menunaikan janji kau pada seseorang yang satu itu saja akan diingati sehingga bila-bila. Kesalahan kau yang satu itu akan dicanang-canangkan dan akan disampaikan pada semua orang mungkin sehingga akhir hayat engkau. Semuanya hanya kerana salah caturan hidup pada satu titik hidup. Yang tidak kau sengajakan.

Tapi mungkin jikalau kau ini seorang yang masih dalam keadaan manusia biasa-biasa, yang hidupnya tiadalah membuat kebaikan sangat dan tidaklah membuat keburukan sangat, kiranya dia memang manusia biasa yang kau boleh jumpa di depan KLCC sedang bermain cinta dengan cinta hatinya. Pada suatu hari, dia mendermakan sebelah buah pinggang nya pada seorang kanak-kanak yang sangat dalam keadaan memerlukan.

Bila masanya dia melakukan kebaikan. 2-3 minggu saja kecoh nya makcik-makcik pakcik-pakcik kepoh ini bercerita, tapi selepas itu cerita kebaikannya mendermakan buah pinggang itu lenyap begitu sahaja bagaikan angin yang melambai pergi. Ini bukan kisah benar, tapi aku mahu membawa kau semua menyoroti diri engkau dan memikirkan tentang hal dunia ini.

Fikir sendiri lah..

Bila kita buat baik sekali, ingatnya orang hanya sekali.

Bila kita buat jahat sekali, ingatan orang berkali-kali.

Kita buat baik, tak ramai orang tunggu untuk bercerita.

Kita buat jahat, beratur-ratur manusia beratur nak bercerita tentang kita.

Adil?

Mana?

Mana ada adil dah dunia sekarang,

Busuk dah dunia sekarang.


NOTA KAKI

Yang kaya bertambah kaya, yang miskin menjadi papa

Tuesday, January 3, 2012

Just Think, You are not perfect!

Bila semua orang pergi daripada kau,


Bila semua orang menyalahkan engkau,


Bila semua orang menciptakan kepulauan dari engkau dan dia,


Aku rasa tiba masa kau bertindak.


Kita bila berada dalam satu pergaduhan, adalah normal untuk kita untuk tidak menyalahkan diri kita sendiri tetapi mencari alasan atas apa yang kita buat. Macam kawan kau marah kau kenapa kau tak siapkan kerja berkumpulan yang ditugaskan kepada engkau dan kau memberi alasan untuk membetulkan diri kau dengan berkata "Aku sibuk la, aku malam tadi ada latihan koir, lepastu balik ada mesyuarat jawatankuasa kolej pulak, tu yang tak sempat tu.".


Ataupun orang-orang mula berkata tentang attitude kau yang jenis cakap lepas dan kurang ajar dan kau dengan sewenang-wenangnya menjawab " Aku memang macamni. Diorang tu siapa nak cakap pasal aku ni macam mana? Mak bapak aku boleh terima je perangai aku. Aku memang jenis cakap lepas, nak buat macam mana?".


Kau faham tak apa yang aku katakan? Aku kurang gemar dengan manusia yang disalahkan dan sentiasa mencari alasan atas apa kesalahan dia lakukan. Kau dah tahu kau kurang ajar, kau patutnya berubah, bukannya kau nak bangga-banggakan dan hebah-hebahkan satu dunia yang aku-kurang-ajar-aku-okay, i'm-a-rude-boy-i'm-okay. Ia tak cantik disitu. Tiada siapa patut banggakan disebalik perangai hitam mereka. Aku ada kelemahan aku juga, aku bukan maksum, tapi kita sentiasa mencuba untuk berubah, bukannya untuk berada pada takuk aku-memang-macamni-kau-siapa-nak-tegur-aku-bodoh.


Aku rasa tiba masa kita bila ditegur tentang sesuatu dan bertindak. Jikalau kita pasti kebenarannya berpihak pada kita, kita tegakkan, dan jikalau memang sudah terang lagi bersuluh kita yang salah, janganlah hendak ditegakkan lagi benang yang basah. Benang tu takkan berdiri pun.


Aku rasa lagi indah bila kita buat salah dan kita "Aku mintak maaf sangat-sangat, memang salah aku.. Sorry sangat-sangat. Aku buat balik kerja ni eh? Esok pagi aku hantar.." daripada "Asal semua asyik nak marah aku? Aku penat ah!! Korang tau aku banyak kerja tapi korang bagi aku lagi kerja! Korang memang tak kesian kat aku!".


Faham tak?


Bila setiap perempuan dan lelaki yang pernah berkasih dengan kau meninggalkan kau, sudah tiba masanya kau ber-post mortem dan memikirkan dimana khilafnya hubungan ini yang membuatkan kau asyik ditinggalkan dan perbaiki. Bukannya setiap kali berakhir hubungan itu, status facebook kau akan bertukar kepada "Lelaki semuanya sama!! Mata keranjang!!!".


Munasabah diri sendiri. Jangan hanya diri difikir di pihak benar dan orang lain semuanya salah. Kita tak sempurna benarnya, kita tak sempurna salahnya. Tak salah ego diturunkan kadangnya bila perlu dan ego dinaikkan bila rasa dipijak-pijak.


Mungkin kau selalu ditingalkkan kerana kau kuat merajuk dan terlalu manja, jadi berubahlah, maksudnya orang tak boleh terima orang yang terlebih dos merajuk dan manja. Mungkin itu mungkin ini, berubah.


Senang.


NOTA KAKI

Rambut sama hitam, hati lain-lain. Bak kate orang, hal aku hal aku, dont disturb :p

Monday, January 2, 2012

Kekuatanku :)


hohohoho.

aku kuat?

no, i'm not strong.

i'm juz having strength inside.


aku kuat?

no, i'm not strong.

i'm juz having people to give me strength.


aku kuat?

no, i'm not strong.

i'm juz strengthen my soul and destiny.


aku kuat?

no, i'm not strong.

i'm juz giving up things to nurture my strength.


aku kuat?

no, i'm not strong.

i'm juz rolling around the world to find my strength.


GOD GIVES LOVE.

SO DO STRENGTH.

( therefore, u dont need to find strength. ask ALLAH to be with you. that is the real strength. )

Menjaga Hati

Kau terlalu menjaga perasaan orang. Kau tahan perasaan dari meluahkan kerana kau tak mahu melukakan orang dan atas dasar nama menjaga hati seorang anak manusia. Percaya atau tidak, akhirnya hati sendiri yang sakit. Benar, aku rasa kita semua pernah berada dalam situasi ini yang dimana kita tak mahu tapi keadaan kadangnya memaksa kita untuk berada dalam alunan situasi "menjaga hati".


Cuma yang boleh aku katakan. Tak semestinya kau yang menjaga perasaan orang. Tak semestinya kau menyenangkan orang. Tak semestinya kau jadi si baik yang mengangguk saja kerana mahu berbaik-baik dengan semua orang. Bila kah masanya mereka-mereka yang dijaga rapi oleh kita mahu menjaga hati kita? Bila kita mahu benarkan orang menjaga hati kita setelah kita terlalu menjaga perasaan orang. Bila lagi?


Kita selalu berada dalam keadaan membenarkan sesuatu yang kita rasa dalaman kita mengatakan tidak benar, tidak seiring dengan apa yang kita tuturkan. Contohnya kawan kau si Aminah ini kawan baik kau, dia cantik segala tapi dia playgirl dan sekali itu dia pula yang di-dump oleh seorang lelaki dan mengadu pada engkau tentang betapa jahatnya lelaki itu meninggalkan dia terkontang-kanting.


Kerana kau kawan baik dia dan dia banyak menolong engkau, kau sebagai si penjaga hati 24/7 akan berkata "Jahatnya Zack, dia tak patut buat kau macamtu la Aminah. Kau dah buat semua yang dia nak, sampai hati dia tinggalkan kau.. Sabar la Aminah, dia akan kena balik nanti..".


Dimana kalau kau jenis orang yang mengatakan kejujuran, tidak berada dalam landasan menjaga hati ini, jawapan kau boleh diberikan seperti ini "Padan muka engkau, tu la, sebelum ni kau mainkan laki dan bila laki tu bagi duit semua and dah takda duit kau tinggalkan macamtu je. Sekarang kau kena balik, bagus la. Karma kan? What goes around comes around. Tu la, jangan buat dekat orang, sekarang kau dah kena balik. Takleh buat apa dah.. Haih kesian..".


Tapi berapa ramai orang yang berani mengatakan kejujuran ini? Kita tahu, kebenaran tu menyakitkan dan penipuan/kata-kata manisan itu hanya keseronokan sementara. Instant sahaja. Kita dahagakan kebenaran, tapi kita takut pada kebenaran kerana kita tahu kebenaran itu implikasinya sakit.


Tapi kita manusia sentiasa kejarkan kebenaran walaupun akhirnya kita sendiri yang sakit kan? Kadangnya kita biarkan hidup kita dalam penipuan/ayat-ayat beralas seorang manusia hanya kerana ia lebih menyedapkan hati, kan? Lebih menyenangkan. Kita tak kebal. Tapi kebenaran akan mengkebalkan kita apabila kita menjadi lebih kuat dalam berhadapan semua ini. Kuat dalam situasi, kuat dalam setiap yang menduga.


Sudah-sudah la menjaga hati. Katakan kebenaran. Buangkan ayat-ayat alas itu yang jika kau tabur selalu menjadikan kau manusia yang tanpa kau sedar, kau ini penipu. Kita sedar tak dalam hidup kita walaupun kita beralas dalam bertutur, tapi dalam diam kita sebenarnya menipu dan kita penipu. Menjaga hati itu memang baik tapi unsurnya menjadikan kau penipu. Penipu.


Penakut. Kita semua penakut.


NOTA KAKI

Nak jaga hati semua orang kita tak mampu...

Sunday, January 1, 2012

Year 2012


Year 2012...


A new year, new journey, new environment and new challenge!

Starting with new job, new scope,hehe as an auditor. Wish me luck guys!.

Waiting to be dad (what this? :p)

New car (insyaALLAH)

Waiting for new comers,hehe. Cannot wait :)


Related Posts with Thumbnails