BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Thursday, May 31, 2012

Lelaki Runtuh Iman Berhadapan Wanita


Perempuan adalah sebahagian dari lelaki kerana ia dicipta dari tulang rusuk lelaki sebelah kiri. Ia dikurniakan dengan 9 nafsu dan 1 akal. Kelemahan perempuan kerana lebih menurut naluri dari menggunakan akalnya. Lelaki dikurniakan 9 akal dan 1 nafsu. Kelemahan lelaki adalah kerana mudah terpedaya dengan godaan perempuan. Kenapa lelaki ada 9 akal masih tewas bila digoda oleh perempuan? Sebab perempuan merupakan penggoda profesional!!!.


DUHAI ORANG PEREMPUAN. 

Peliharalah dirimu dari imej penggoda. Jadilah :

1. Wanita berwawasan.

2. Bersopan-santun pakaian dan tingkah lakumu.

3. Ingatlah bahawa tangan yang mengoncang buaian bukan saja dapat mengoncang dunia, malah mengoncang iman lelaki.

4. Pemuda harapan bangsa, Pemudi tiang negara.


NOTA KAKI
Lelaki 1 nafsu je tau,hehe

Tuesday, May 29, 2012

Hidup Yang Sia-sia..


“Jangan sia siakan hidup anda hanya kerana si dia jauh daripada anda. Jika anda terpaksa berhijrah demi menuntut ilmu, pastikan anda belajar bersungguh sungguh dan buatkan si dia bangga dengan pencapaian diri anda. Begitu juga sekiranya anda bekerja, lakukan tugasan dengan penuh komited agar si dia tidak perlu risau dengan keadaan anda di sana”..


NOTA KAKI
Hidup jangan disia- siakan :)

Monday, May 28, 2012

Wanita yang patut dijauhi oleh lelaki

Ada satu pandangan daripada pakar cinta di luar negara berkenaan ciri-ciri wanita yang wajib dijauhi.

1. Wanita kategori liar.

Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan.

Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.

2. Wanita si Bom jangka.

Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya erkawal.

Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.

Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.

3. Wanita si Gula-gula

Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita.

Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.

Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.

4. Wanita si Bintang

Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.

5. Wanita si Penggapai.

Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya.

Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak.

Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama.

Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.

6. Wanita yang Tercedera.

Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa.

Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya.

Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok.

Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya.

NOTA KAKI
Sekadar santapan di petang hari :)

Sunday, May 27, 2012

Epilog Rindu

Image

EPILOG RINDU

Prolog:
Bila bunga-bunga kelayuan berguguran…

Bagaikan pelangi selepas hujan reda
Indah berseri mewarnai alam
Beburung berterbangan riang berkicauan
Tiada lagi mendung semalam


Damainya di hati bila terpandang wajahmu
Manis senyuman menghulurkan salam
Lembut tutur bicara tersusun bahasa
Hapus sudah titis airmata


Kenangkan suka dan duka yang dilalui bersama
Indahnya kenangan yang pernah tercipta
Hindarkan persengketaan, jernihkan kekeruhan
Bara amarahmu jangan dinyalakan


Kasih dan sayang membentuk titian rindu
Menghubungkan hati yang lama terpisah
Mengeratkan lagi ukhuwah
Yang lama telah terbina
Bahagia dalam maghfirahNya
Oh… indahnya jalinan kasih sayang


Tidak sempurna iman, tidak bernama insan
Andai permusuhan dibiar berterusan
Leburkan keegoan, hulurkan kemaafan
Semoga sentosa dalam keredhaan


Epilog:
Tinggal duri-duri yang mencalar melukakan

Saturday, May 26, 2012

Manusia VS Hati

Benda yang kalau boleh aku mahu ubah tentang manusia (aku bukan nak melawan takdir Tuhan, cuma mahu berbicara tentang "jikalau") ialah hati.

Tentang perubahan hati, perubahan perasaan. Itu adalah yang terpaling mahu dicuba dirubah dan distatikkan ianya menjadi sebegitu sahaja, lebih pada pendirian utama. Kerana tentang hati yang berubah, banyak manusia terkecewa.

Si jejaka yang terlalu mencintai kekasihnya tetapi terpaksa merelakan kepergian cinta hatinya kerana cinta hatinya telah berubah perasaan dan mencintai sang lelaki lain. Kerana hati si gadis berubah, satu hati manusia telah pun pecah dan jikalau pecahan itu dicantum-cantum semula pun tidak akan sesempurna semula. Apa kes hati berubah?

Kawan rapat kita yang memang kita fikir kitalah teman dunia akhiratnya tetapi rupanya bila dia telah berpindah ke suatu tempat baru, hatinya mula berubah dan mula melupakan kita dengan alasan dia mempunyai kawan baru. Hati berubah, dulu katanya kitalah Best Friend Forever (BFF) dia, tapi sekarang mungkin hanya F saja, iaitu friend. Apa kes hati berubah?

Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh sejak 1 hari hidup di dunia dan apabila telah berkahwin hatinya mula merekah sayangnya pada ibu bapanya. Hati mula berubah, sayang pada ibu bapa mula berkurang, sayang kepada isteri/suami pula yang melaut-laut tingginya. Apa kes hati berubah?

Tapi itulah, indahnya kalau hati dapat distatikkan rasa. Kerana perubahan hati membuat banyak lagi hati yang terluka. Parah nanti susah.



NOTA KAKI
Soal hati dan perasaan bukan perkara mainan. Jadi sebelum hati itu berubah fikirkan hati-hati yang bakal kau siat-siatkan dengan kata-kata kau yang setajam pisau itu, fikirkan. Entri ini juga entri ingatan untuk aku sendiri.

Friday, May 25, 2012

SMS dari Seorang Lelaki..


Satu lagi pembacaan aku yang membuatkan aku tersentak. SMS ini memang sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki. Ceritanya memperlihatkan bagaimana seorang muslimat/ wanita di'rosak' dengan mudah hanya dengan kata-kata manis! Wahai sahabat-sahabatku... Moga Allah peliharamu daripada semua ini...

1. Salam. Boleh saya kenal awak? Saya tertarik dengan perwatakan sopan awak. Dah lama saya perhatikan awak. Awak budak baik dan saya tertarik la dengan tudung labuh awak. Saya harap kite boleh berkenalan.. ukhuwah fillah orang kate..saya tak terer sangat arab ni…
2. Terima kasih kerana menerima saya. Saya akan try sedaya upaya saya menjaga awak dan mengikut syariat. Saya tahu saya bukan baik sangat, tapi demi Allah, saya cuba buat yang terbaik untuk awak…
3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jangan bagi orang lain nampak..kuar ngan kawan2 tau.. jgn sorang2..balik contact saya ek..saya doakan awak selalu..
4. Awak,nape tak contact saya. Saya risau awak kuar lama2..ye..memang saya xde hak pun..saya tau saya percaye awak, tp saya x tau la nk kate camne. Kite selalu nampak dari jauh je ek.Tapi saya rasa awak macam dekat je ngan saya. Mungkin ni orang kate cinta kot, awak..awak cinta saya x? xnk bagitau.. tapi saya tau awak cinta saya..awak da malu nak jalan tempat saya lepak sebab malukan?..kih3. .tq.. i love u too..
5. Awak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awak sayang sape ek? Sape saya dalam hati awak?
6. Awak awak..dari kawan kite just panggil saya awk je..macam tak special plak diri saya untuk awak. saya teringin gak nak jadi cam roomate saya ni. Panggil sayang.. bole ke? Awak panggil saya bi ek? Rasa mcm baby sket. Tak salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..
7. Yang. kekadang bi tgk sayang ni macam tak percaya bi je. Yela, bi just tanya sayang pakai apa je kan .. tq ek gtau, makin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..
8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, sayang la pemberi semangat untuk bi... yang... ..bi harap bi ngan sayang takde rahsia lagi ek.. jangan risau..inikan membuktikan bi caring.. so jangan risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!
9. Sayang..da lama kite msg, leh kite jumpe tak? ye..ayang bawak la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..
10. Tq panggil bi ngan panggilan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite tak leh pakse dalam hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..
11. Hi sayang, watpe tu? Nak cakap sket.. nape sayang bawak satu battalion nak jumpa abg?... sayang tak caye kat abg eh.. huhu..
12. Sayang..kite jumpe k?..abg suka sayang pakai tudung yang abg beli tu..cam wardina lak..bukan sayang tak cantik.. just nampak makin cantik la..nipis sikit je.. nnt jumpa nanti sayang bawak sorang dah la k..
13. Sayang..abg sory ngan apa jadi tadi.. abg tersentuh jari sayang tadi.. Tol gak cakap sayang eh, tersentuh takpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat sayang..
14. Thanks jumpa tadi, sayang cantik la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, tadi jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tengok tadi kawan sayang cam suke kat kawan abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tengok..Allah memberkati hubungan kite.. sayang solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..
15. Sayang..just nk tanya.. sayang cinta abg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut sayang panjang tak? just thinking of u at the moment…
16. Tadi terbeli tudung pendek.. yang abg bagi kat sayang tu.. sayang..bagi la gambar sayang special untuk abg yang pakai tudung tadi tu.. Cantik nye sayang..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..
17. Yang.. sayang cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks sayang..love u too.. abg janji, abg akan jaga sayang baik-baik dan tak kan tinggalkan sayang...
18. Sayang..da lame kita couple kan.. Tak kan abg pegang tangan pun nak marah.. Sayang kan milik abg.. Thank for being understanding. .
19. Sayang kata Sayang cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Sayang cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...
****************************************************************

20. Huh!... sayang mengandung? Tahu kat ne... cube check balik dengan doktor... Tak kan sekali buat dah mengandung, check balik k..
21. Huh! btol la sayang mengandung ni?? sayang, untuk kebaikan kita berdua, lebih baik sayang gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..
22. Nape pulak tak nak? Tak berdosa la klu bunuh benda yang masing tak bernyawa.....gugurkan jelah!!! jangan buat masalah bleh tak?!!
23. Tak sakitlah!!! nape manje sangat ni! Takkan benda mudah cam tu pun tak bleh buat..
24. sori sayang, abg tak boleh temankan sayang ke klinik tu, abg malu klu terserempak dengan family or member, malu la abg klu diorang nampak abg bawak sayang dengan perut sayang yang besar tu..
25. Ape!! RM 5,000?? kau yang mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jugak keluarga kau pulau kau.. kau tu yang bodoh!! kau ingat kau tu cantik sangat?? aku dah tak ingin kat kau!! pergi mampos!
26. Jangan kol and msg lagi boleh tak?!.. aku sibuk.. takde masa nak layan kau!...
27.(terputus hubungan)
- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang..

sumber: dari blog seorang teman

NOTA KAKI
Zina tu sentiasa berada di mana-mana... Zina Mata, Zina Hati dll :(

Thursday, May 24, 2012

PerBANKan Islam. Antara Nafsu dan Keperluan

Apabila kita mengajak agar masyarakat menyokong sistem kewangan Islami, bukan bermakna kita mengajak agar masing-masing berduyun-duyun ke institusi perbankan Islami untuk mendapatkan produk-produk terkini kewangan.  Tidak!  Bukan itu maksudnya!

Yang paling baik, sudah tentulah hidup dengan sederhana dan berpada serta rasa cukup (qanaah) dengan rezeki yang ALLAH kurniakan kepada kita.  Sifat tamak dan boros juga mestilah dijauhi dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan godaan.  Godaan di sana sini, iklan di sana sini dan promosi di sana sini akan bisa memenangkan kehendak nafsu sekiranya sifat tamak dan boros tidak dikawal.

Memenuhi Keperluan Berurusan Secara Bebas Riba
Wujudnya sistem kewangan Islami adalah supaya ahli masyarakat dapat memilih untuk berurusan kewangan secara bebas Riba di institusi perbankan dan seumpamanya.  Inilah hasrat dan cita-cita kita sejak dahulu lagi.  Dengan hidayah dan taufiq dari ALLAH, maka ramailah ummat ISLAM membuat keputusan berhijrah dari perbankan konvensional ke perbankan Islami, supaya murka dari ALLAH  dapat dijauhi.

Dahulu, kita tidak mampu keluar dari belenggu sistem Riba, tetapi kini, alhamdulillah dengan adanya sistem kewangan Islami, ummat Islam kini boleh berasa lega untuk berurusan dengan pihak bank.  Kerana hal Riba sudah dicabut darinya dan diganti dengan kontrak-kontrak yang menepati syariat Islam.  Lebih melegakan, setiap proses & kontrak-kontrak ini telah dan sentiasa dipantau oleh ahli-ahli panel pengawasan syariah masing-masing, bukan sahaja di peringkat institusi bank itu, malah di peringkat bank pusat.

Kini, kita sudah boleh menyimpan wang di bank, membuat pelaburan di bank, memohon pembiayaan untuk pembelian kereta, rumah dan memohon pembiayaan modal perniagaan dengan tidak tidak melibat Riba.  Bukan itu sahaja, malah kita juga boleh melakukan pajak gadai melalui kaedah ar-Rahnu, berinsurans melalui skim Takaful dan bermacam-macam lagi.

Awasi Nafsu
Namun, di sini ingin saya berpesan kepada diri saya dan orang lain supaya kita tidak sewenang-wenangnya melibatkan diri dengan sistem perbankan Islami.  Dengan adanya sistem perbankan Islami ini, seolah-olah masyarakat mula memandang tidak kisah dengan apa-apa produk yang diperkenalkan, asalkan ia diperkenalkan oleh bank Islami, maka ia baik fikir mereka.

Maka, mulalah memasang cita-cita untuk menukar kereta baru, sedangkan kereta lama masih elok boleh dipakai.  Mulalah memasang angan-angan untuk membeli rumah besar, sedangkan rumah yang sedang diduduki sudah selesa didiami.

Jika dahulu kad kredit dijauhi kerana di sana tersangat jelas Riba, kini mula berjinak-jinak kembali dengan kad ‘kredit’ Islami yang berlandaskan syariah.  Nafsu membeli mula segar.  Ambil dahulu, kemudian bayar.  Hampir semua peralatan rumah dan kelengkapan diri mahu dinaiktaraf, supaya tidak ketinggalan zaman, menepati gaya hidup terkini dan ingin diiktiraf.

Pembiayaan peribadi yang suatu ketika dahulu tidak popular dan sukar diperolehi, kini ia menjadi jalan pintas untuk memenuhkan selera nafsu berbelanja.  Tanyalah mana-mana kakitangan kerajaan atau swasta yang beragama Islam, mereka kini sudah ramai terjebak dengannya.  “Pembiayaan Peribadi Secara Islam”; itulah slogan institusi-institusi perbankan Islami tatkala mempromosi pembiayaan peribadi kepada ummat Islam di negara kita.

Pembiayaan Peribadi yang Menjerat Diri
Saya amat kecewa melihat institusi-institusi perbankan Islami berlumba-lumba memperkenalkan pembiayaan peribadi.  Pernah satu bank dari Timur Tengah yang baru mendapat lesen mengamalkan perbankan Islami di Malaysia, antara produk awal yang menjadi hangat dan panas yang diperkenalkan ialah produk pembiayaan peribadi.  Ramai orang Islam pergi memohon lantaran ciri-cirinya yang sangat menarik.

Saya tidak pelik kenapa mereka berbuat begitu kerana institusi-institusi ini merupakan institusi yang ingin membuat untung.  Memang tidak salah ingin membuat untung secara yang halal.  Tetapi, tidak bolehkah kita menjadi pihak yang mendidik agar ummat Islam jangan suka meminjam dan berbelanja.  Jika tidak mahu mendidik agar jangan selalu meminjam dan berbelanja, janganlah pula menjadi pihak yang menggalakkan supaya meminjam dan berbelanja.  Amat menyedihkan.

Yang lebih pelik ialah ummat Islam kita.  Dengan adanya pembiayaan peribadi secara Islam yang bersepah di dalam pasaran, maka membuak-buaklah nafsu masing-masing.  Nafsu diri semakin membesar dan dimanjai tanpa fikir baik dan buruknya.

Nak kahwin, buat pembiayaan peribadi supaya majlis perkahwinan menjadi ‘glamour’ mirip selebriti.  Nak beli kereta, selain buat pembiayaan beli kereta, dibuat juga pembiayaan peribadi untuk dibayar duit muka.  Nak melabur pun dibuat juga pembiayaan peribadi.  Rumah yang dulu biasa-biasa sahaja, diubahsuai agar menepati citarasa trend terkini dengan menggunakan jalan pembiayaan peribadi.  Ada yang membuat pembiayaan peribadi supaya kenderaan boleh dibuat modifikasi agar lebih mengancam kelihatan dan supaya berprestasi tinggi.  Yang saja-saja membuat pembiayaan peribadi kerana mahu melihat duit yang banyak berada di dalam akaun bank untuk tujuan kecemasan pun ada juga.  Dan banyak lagi…

Saya bukan mengatakan bahawa 100% salah untuk membuat pembiayaan peribadi, tetapi fikirlah masak-masak, adakah kita benar-benar perlukannya?  Berbaloikah?  Jika sekadar ingin memuaskan nafsu, tinggalkan sahajalah.  Kerana perbuatan membuat pembiayaan peribadi hanya akan menyusahkan diri kelak.
Inilah antara trend yang jelas saya lihat hasil dari wujudnya pembiayaan peribadi, apatah lagi ia dipanggil pembiayaan peribadi secara Islam.  Seperti tidak rasa bersalah untuk memilikinya.  Aduhai…

Berpada-padalah, Jangan Tamak dan Boros
Saya ingin nasihatkan diri saya terutamanya dan anda semua sekali lagi agar  berpadalah, janganlah tamak dan boros.  Inilah antara sifat yang baik dalam berhadapan dengan harta.

Sistem perbankan Islami memberikan kita peluang untuk melibatkan diri dengan bank secara bebas Riba, alhamdulillah.  Kita mesti sokong ia dengan cara menasihati keluarga dan sahabat agar memilih sistem perbankan Islami, dan tidak sistem perbankan konvensional yang berasaskan Riba.  Yang sudah melibatkan diri dengan sistem perbankan konvensional, hijrahlah ke sistem perbankan Islami sekarang.  Fikir dalam-dalam dan pilihlah produk-produk dari sistem perbankan Islami yang dirasakan perlu dan wajar untuk disertai sahaja.  Jangan ikut nafsu semata-mata.

Jika kita telusuri kehidupan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, Baginda tidak berkehendakkan sangat akan kemewahan  dan kesenangan dunia, jadi kita juga seharusnya mengikuti Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam hal ini.  Justeru, berpadalah, jangan tamak dan boros.


NOTA KAKI
Kami bukan ALONG, kami cuma nak tolong :)

Wednesday, May 23, 2012

Simple Word, But Interesting..

I wonder,

Instead of asking "Saya suka awak,boleh kita couple?"
Why don't we ask "Saya suka awak,boleh kita tunang?"


Instead of asking "Awak free tak hari ni,boleh kita keluar date?Dah lama tak jumpa awak"
Why don't we ask "Awak ada kat rumah hari ini,boleh saya datang melawat?Nak jumpa awak dan parents."


In my point of view, relationship is not only about love. It also need to have respect and responsibility.


NOTA KAKI
Hehe, just my 10 cent :)

Tuesday, May 22, 2012

Bicara Hati, Jagalah Auratmu

Dia: Walaupun aku ni tak pakai tudung, tapi hati aku baik. Walaupun aku tak solat, hati aku baik, suka tolong orang yang susah. Walaupun aku tak buat apa yang kau buat, tapi hati aku baik!

Aku: Betul ke hati kau baik?

Dia: Betullah!

Aku: Setahu aku, jika hati seseorang itu baik, hati tersebut akan membawa tuannya ke arah jalan yang baik. Hati akan menyuruh tuannya menutup aurat. Hati akan menyuruh tuannya mendirikan solat. Hati akan sentiasa menegah tuannya daripada melakukan kemungkaran dan menyuruh tuannya melakukan amalan kebaikan. Segala perintah Allah, pasti hati akan menurutinya tanpa banyak alasan dan pasti tuan punya hati juga  turut merasakan tempiasnya, akan melakukan perkara yang sama. Jadi, kau mendakwa hati kau baik selama ini, boleh dipercayai?

Dia: Bercakap memang hebat tapi buktinya mana? Apa bukti mengatakan hati itu mempengaruhi segalanya. Ini hati aku, aku tahu la keadaannya bagaimana! Aku yang hidup bersamanya.

Aku: Rasulullah SAW bersabda, "Di dalam tubuh manusia itu, terdapat segumpal daging, jika baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuhnya, jika buruk daging itu, maka buruklah seluruh tubuhnya, maka ketahuilah bahawa segumpal daging itu ialah hati." (Hadis 40 An-Nawawi)


Jagalah hati jangan kau kotori.
Jagalah hati lentera hidup ini.
Jagalah hati jangan kau nodai.
Jagalah hati cahaya Ilahi.

NOTA KAKI
Kalau dah kotor tu, bersih kan ia :)

Monday, May 21, 2012

Selamat Pagi Cinta



This is my blog song. Hope everyone enjoy it :)

Usaha Then Tawakkal


"Takpe, yang Allah tengok kan usaha kita bukan hasilnya"

Mesti semua org pernah lalui situasi di atas nih. Kita dah usaha sehabis baik tapi hasilnya tak setimpal dengan usaha kita, tapi orang lain yang tak usaha sangat pun, sikit-sikit jer.. Tapi hasilnya lebih baik dari kita...

Biase la tu.. kite kena ingat, sesiape yg berusaha pasti akan berjaya. Allah dah janji dah..

"Tapi orang tu relaks-relaks je, berjaya jugak!"

usaha itu perlukan strategi, kalo usaha, tapi takde matlamat.. bagaikan memanah dgn mata yg tertutup..

maybe org tuh nmpk je relaks tapi die dah susun strategi dgn baik, jadi dia berusaha dgn starteginya itu.

bagaimana pula dgn situasi ni?
"fulamak! aku hentam jer kot soklan ni tapi dapat full mark.."
tapi kite dah bce dah, dah yakin betul, still tak dpt full mark.. mesti ada salah kat mne2..

mesti geram dgn org yg dpt full mark tuh kan?

takpe..dia betul pun sbb Allah..kalo Allah tak tolong dia mampu ke dia dpt full mark yg precious sgt tuh?

itu rezeki Allah padanya..

kita tak perlu jeles, sbb kita tau kita dah berusaha, kalo tak dpt jugak usaha lagi jgn putus asa sbb sifat putus asa tu bukan sifat org islam..

kalo still fail jugak, kita reda dan percaya dgn ketentuan Allah..
Mesti Allah ade rancangan baik utk kita pada masa depan..


NOTA KAKI
dunia ni tak adil, tapi Allah tu maha adil.

Friday, May 18, 2012

Bicara Sepasang Kekasih

Satu pasangan sedang berbicara kat kedai makan..

Lelaki:  
Awak, saya nak cakap something kat awak ni..

Perempuan:
Ape dia?

Lelaki:
Da lama saya nak bagitau awak..

Perempuan:
Ye?

Lelaki:
Tolonglah jangan seksi sangat.

Perempuan:
Seksi?!Saya pakai tudung..Baju pun lengan panjang..Cover
sume OK!!

Lelaki:
Janganlah marah..Memanglah awak full cover tapi yang cover tu ketat sangat macam kain balut nangka dah saya tengok..Ape bezanye yang free hair,yang pakai kain singkat dengan yang pakai penuh tapi yang pakai baju tapi nampak susuk tubuhnya..

Perempuan:
...

Lelaki:
Lagipun saya risau kalau awak pakai ketat-ketat macam ni,ramai lelaki yang pandang..Dan kalau jadi pape nanti camne?

Perempuan:
Ahh..tu salah diorang,gatal nak tengok..Lelaki jahat yang tak jaga pandangan,mata keranjang..Asal nampak perempuan cantik sikit, mesti nak usha,nak ngorat..

Lelaki:
Yup,ramai lelaki yang camtu,jahat..Tapi katakanlah ada ikan terhidang depan mata,kucing mana tak berminat..Cubalah kalau ikan tu kat bawah tudung saji,tertutup rapat,kucing lalu pun tak perasan..

Perempuan:
Tapi sekarang semua orang pakai style gini kot..Biase jek saya tengok..

Lelaki:
Tu yang saya nak tanya,kenapa ramai perempuan yang pakai pakaian yang nampak bentuk dada,pinggang dan pinggul..Lagi ketat lagi diorang suka..Bukan ke semua tu macam nak tunjuk kat orang ramai..So kenapa nak marah kalau lelaki pandang kat *mempelam ranum awak tu..

Perempuan:
Habis tu awak nak suruh saya pakai jubah,baju kurung ke??

Lelaki:
Walaupun saya suka begitu,tapi saya tak paksa awak..Saya tak kesah awak pakai camne pun cuma biarlah yang longgar..Kalau saya nak tunjuk bakal isteri kat mak saya,saya nak tunjuk yang tudungnya menutup dada,bajunya labuh menutup pinggulnya..


NOTA KAKI
Sekadar coretan di Hari Jumaat :)

Thursday, May 17, 2012

Agama, Satu Paksaankah?


"Tiada paksaan dalam agama."

Rasanya selalu kita dengar ayat seperti itu. Mungkin rujukan bagi yang mengatakan adalah surah Al-Baqarah ayat 256,

"Tiada paksaan dalam beragama. Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat dan tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui."

Tapi tafsir sebenar untuk bahagian awal ayat di atas adalah;

"Tiada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam)....."

Pendapat saya,
Sememangnya bila diajak untuk melakukan sedikit amalan yang baik, ada yang akan kata "Kalau tidak ikhlas tak guna". Bagi saya, paksa diri dahulu untuk lakukan kebaikan, ikhlas itu akan datang nanti. Mungkin pada mulanya sukar dan tak ikhlas, tapi bila dah menjadi kebiasaan kita akan rasa sayang untuk meninggalkan. Biarkan amalan baik itu menjadi tabiat dan Insyaallah keikhlasan itu akan datang. Saya bagi contoh; Rasullullah s.a.w bersabda:

"Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan solat pada umur 7 tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan solat pada umur 10 tahun dan asingkanlah tempat tidur antara mereka (lelaki dan perempuan)."
Hadis riwayat Abu Daud

Ini membuktikan dalam mendidik diri untuk memulakan sesuatu kita perlukan sedikit paksaan, kalau tidak sampai bila pun takkan berlaku. Bukan?


NOTA KAKI
Agama bukan satu paksaan / tiada paksaan dalam agama :)

Wednesday, May 16, 2012

Soalan-soalan Interview


Sebelum menghadiri sebarang temuduga, kaji dahulu latar belakang syarikat dan pekerjaan yang dimohon. Pakai pakaian yang sesuai dan bawa siil-sijil yang berkaitan. Sebelum masuk bilik penemuduga, ketu pintu dan beri salam. Tenang dan pamerkan muka yang manis dan berkeyakinan. Jawab soalan dengan baik dan jujur. Berikut contoh-contoh soalan yang mungkin ditanya:

-Apakah yang anda ingini 5 tahun daripada sekarang?
-Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang?
-Cerita sedikit tentang diri anda.
-Apakah yang dapat memotivasikan anda?
-Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan anda?
-Bagaimanakah anda menentukan/menilai kejayaan?
-Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami?
-Terangkan/huraikan perhubungan yang perlu terjalin antara penyelia dan orang-orang bawahannya.
-Apakah kelemahan-kelemahan anda?
-Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan anda sebenar?
-Mengapakah patut kami memilih anda?
-Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda.
-Nyatakan 2 atau 3 perkara yang anda anggap penting dalam pekerjaan anda.
-Apakah matlamat dan tujuan jangka panjang dan jangka pendek anda? Bagaimana anda membuat persediaan untuk mencapainya?
-Yang mana lebih penting kepada anda : duit atau jenis pekerjaan.
-Apakah yang anda anggap sebagai kekuatan anda.
-Nyatakan 2 atau 3 pengalaman pencapaian yang telah memberikan anda kepuasan. Mengapa?
-Situasi bekerja yang bagaimanakah dapat memberikan keselesaan kepada anda?
-Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan? (work under pressure)
-Apakah kesulitan yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat mengatasinya.
-Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa lalu?
-Apakah objektif kerjaya jangka panjang anda?
-Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda?
-Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang yang berjaya?
-Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa?
-Apakah perubahan-perubahan yang anda akan lakukan semasa berada di kolej atau universiti? Mengapa?
-Apakah yang anda telah pelajari daripada penyertaan anda dalam aktiviti kokurikulum?
-Adakah anda mempunyai keutamaan tempat/lokasi anda bekerja? Mengapa?
-Apakah ganjaran terpenting yang anda jangkakan dalam kerjaya anda?
-Bincangkan sedikit tentang isu semasa yang berkait dengan kerjaya pilihan anda.

NOTA KAKI
Soalan cepu emas, dah kawin belom? hehe :)

Sunday, May 13, 2012

Selamat Hari Ibu, Ummi, Mama, Sayang


Sebenarnya, Hari Ibu ni sepatutnya disambut setiap hari. Cuma, tanggal 13 Mei dispesifikkan khas untuk Hari Ibu. Oleh itu, aku berbesar hati menghadiahkan ucapan buat ibu-ibu, mak-mak, ummi-ummi especially buat Ummi tersayang, Noraini Bte Mohamah Nor dan dinda ku (yang telah menjadi seorang ibu) Hafizah Bte Sa'don dan juga adik iparku, Sakinah Bte Norkhair.


Ummi,
Dalam setiap irama tubuhmu kau selalu menyapa,
Dalam kepenatan yang tak pernah terbisikkan kau selalu mendekap,
Dalam kerinduan yang sangat kau tak pernah ingin lepas dariku.

Ummi,
Usiaku kini telah berubah,
Aku bukan lagi pelita kecil,
Kaulah yang telah membentuk jiwa mentah ini,
Kaulah yang telah mengelola emosi  ini,
Kaulah yang selalu memberiku semangat,
dengan nasihatmu.

Ummi,
Kala yang lain terlelap,
Kutahu kau tak pernah terlena,
Fikiran, hati, jiwa, dan emosimu selalu bekerja demi masa depanku,
Kau selalu bermain dengan waktu,
Untuk melungkan masa bersama anak-anakmu,

Ummi,
Andai aku mampu,
Akanku balas segenap cinta dan kasihmu
Andai aku mampu,
Kan kupersembahkan seterang kilauanmu,
sehangat dekapanmu, setulus kasihmu,
dan sebijak nasihatmu

 Ummi,
Tanganmu tak pernah lepas berharap untukku
dalam setiap do’a yang kau panjatkan

Ummi,
Senyummu selalu menyapa dalam setiap kata cinta
yang keluar dari lisanmu

Ummi,
Mata hatimu selalu terjaga dalam setiap derapku

Ya Allah
Kutadahkankan tanganku berharap
kau membahagiakannya sepertiku kini

Ya Rabbi
Kumemohon berilah Ummi mimpi yang selalu indah

Ya Rabbul Izzati
Kuberharap padaMu anugerahkan Ummi kecupan hangat
Seperti yang selalu ia berikan padaku saat aku terbangun di pagi hari

Ya Illahi
Sejahterakanlah Ummi,

Ummi, pelangi dan matahariku


NOTA KAKI
Selamat Hari Ibu!

Saturday, May 12, 2012

Halal or Haram Ber"couple" nih? (Part 3)

Halal Couple
Bercinta itu halal, tapi "couple" itu boleh jadi haram. Bagaimana nak bercinta tanpa "couple"? Jawapannya adalah kahwin. Tapi ianya bagaikan sesuatu yang berat, sebab perlulah kenal dulu orang yang nak dikahwini dan zaman sekarang ini mediumnya adalah "couple".

Wujud ke "couple" yang halal? Entahlah, saya pun tak tahu. Mungkin ada jika boleh dijamin jika :
  • berniat untuk berkahwin.
  • mencintai seseorang itu kerana Allah
  • dapat menjaga anggota dari menjurus ke arah maksiat 
  • terjaga batas aurat dan pergaulan, cth: tidak berdua-duaan.
  • tidak membazirkan wang dan masa, cth: call, message, dating n etc.
  • hubungan itu tidak melalaikan, kehidupan seharian diteruskan seperti biasa, begitu juga ibadat.
  • tidak melakukan aktiviti sia-sia, cth: menyampaikan rasa sayang setiap masa, atau berhubung tanpa urusan yang patut.
  • bertanggungjawab, iaitu melibatkan keluarga.
  • tidak menimbulkan fitnah.
  • Tapi masih lagi cara yang terbaik untuk mengatasi rasa cinta itu adalah penuhi diri dengan cinta Allah. Maka dihalalkan dengan perkahwinan. Jika masih lagi belum bersedia untuk berumah tangga, maka halalkanlah hubungan itu dengan khitbah (nikah gantung).
End of Halal or Haram Ber"couple" nih?


NOTA KAKI
Sesungguhnya diri ini tidak layak berbicara tentang perkara sebegini kerana di zaman gelap dahulu, ber"couple" itu perkara biasa, malah pernah digelar playboy. Kini pun diri masih belum terjaga dari segi ikhtilat. Tapi perkongsian ini juga adalah ingatan untuk diri sendiri

Thursday, May 10, 2012

Halal or Haram Ber"couple" nih? (Part 2)

Haram Couple
Sebut pasal "couple" itu haram, dijatuhkan hukumnya haram kerana melibatkan zina.

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk."
Al-Isra : 32

Zina disini bukan sahaja melibatkan hubungan intim antara lelaki dan perempuan tetapi juga zina-zina kecil yang lain. Contohnya zina mata, zina lidah, zina tangan, zina kaki dan lain-lain. Zina kecil ini bermaksud perbuatan-perbuatan yang mana dilakukan boleh mengarah kepada zina; tidak menjaga pandangan, lidah yang bermain dengan kata-kata yang menggoda, tangan dan kaki yang lincah melakukan aksi ringan. Malah walaupun itu semua dielakkan, masih ada lagi zina hati yang mana ramai menafsirkan bahawa zina hati itu berlaku bila kita asyik memikirkan pasangan yang ajnabi (bukan mahram) yang tidak halal bagi kita.

Zina Hati
Apakah betul teringatkan orang yang disukai/dicintai itu zina hati? Ada pendapat mengatakan zina hati itu adalah disertai dengan fikiran bernafsu. Ini berdasarkan Sabda Rasulullah S.A.W,

"Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat berlaku ke atas anak-anak Adam, zina mata adalah pandangan, zina lidah adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan mengiyakan dan atau mendustakannya."
Hadis  riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud

Dalam hadis yang lain dalam riwayat Imam Muslim yang membawa maksud serupa, digantikan istilah nafsu itu dengan zina hati. Maka diertikan bahawa zina hati itu adalah nafsu untuk melakukan sesuatu yang haram.

Itu sahaja hujah yang ingin disampaikan tentang bagaimana "couple" itu boleh menjadi haram.

NOTA KAKI
Perh, susah-susah, Couple Selepas Nikah jela ea :)

Wednesday, May 9, 2012

Halal or Haram Ber"couple" nih? (Part 1)

Ada yang kata haram, tapi yang pasti yang sedang ber"couple" akan kata halal. Kalau dicari hadis atau ayat Quran yang spesifik menjelaskan perihal "couple" ini rasanya tiada. Mungkin ada tapi diluar pengetahuan saya, kerana diri ini sebenarnya masih jahil.

Ada sebuah "discussion group"   Group An Nasru Ilal Huda (Peringatan Itu Indah)  hangat membicarakan tentang isu "couple" dan zina hati.

Masing-masing mengeluarkan pendapat, pelbagai artikel dan hujah dikeluarkan. Menarik juga isu ini.

Ini pula pandangan saya,

Makhluk diciptakan berpasangan-pasangan,

"Dan segala sesuatu itu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati akan kebesaran Allah."
(Al Dzariyaat:49)

Dan dianjurkan juga dalam Quran untuk berkahwin, boleh rujuk surah An Nisa;1-3, An Nur;32, An Nahl;72 dan lain-lain.

Secara logik akalnya, diciptakan manusia berpasangan dan dianjurkan pula perkahwinan maka cinta itu fitrah manusia. Adakah perkara fitrah seperti bercinta itu diharamkan?

Tapi harus diingat, bercinta itu tidak semestinya "couple"!!

-End of part 1-

NOTA KAKI
Couple, perlu ke? hehe

Tuesday, May 8, 2012

Bersangka Baiklah Diantara Kamu

Kadang-kadang apa yang kita dengar menipu diri kita sendiri. Kadangkala apa yang kita lihat jelas tetap rasa kabur. Situasi buruk yang berlaku mungkin memberi tanggapan yang negatif kepada kita kan? Selalunya macam tu, kita tak pernah bersangka baik kepada situasi yang berlaku. Bila benda tu berlaku, benda yang buruk semestinya, mulut kita akan terus memarahi dan mencaci tanpa mendengar dahulu  penjelasan. Pernah tak sekali kita bersangka baik? Tak pernah kan?

Contohnya macam situasi ini. Manusia A sangat-sangat memerlukan sebatang pensel tapi malangnya dia tiada. Mata dia melilau mencari kot-kot adalah penselnya. Tiba-tiba ternampaklah dia sebuah kotak pensel atas sebuah meja, terus dia sambar kotak pensel tersebut dan mengambil sebatang pensel. Tengah manusia A syok-syok menulis, tiba-tiba manusia B menghampiri manusia A dan terus memarahinya. Manusia A digelar pencuri. Yelah ambil barang orang suka-suka hati, tanpa minta kebenaran, pencuri la kan?

Lebih kurang sama dengan cerita di atas. Bila kita hilang sesuatu barang, kena curi semestinya. Tindakan pertama sekali yang akan kita buat ialah kita mesti akan mengata, mencaci dahulu si pencuri tu kan? Hah! Pernah kita bersangka baik? Pernah tak kita fikir kembali kenapa dia buat macam tuh?

Pernah tak bila barang kita kena curi, hati kita berbicara, "mungkin orang yang curi kasut aku tu sangat-sangat memerlukannya dari aku tapi dia tak berkemampuan. Ya Allah, jika orang tersebut sangat-sangat memerlukan kasut itu, maka aku halalkannya namun jika sebaliknya yang berlaku, Kau berikanlah hidayah padanya agar menghentikan kegiatannya itu dan biarlah aku menjadi mangsa terakhirnya."

Pernah atau tak pernah? Tepuk dada tanyalah hati.

Mungkin sesetengah orang yang mencuri itu dalam keadaan yang sangat terdesak, lalu dia melakukan cara yang mudah untuk mendapatkan sesuatu. Mana tahu kan? (Tapi niat tetap tidak menghalalkan cara) Sebab itu pentingnya bersangka baik dalam kehidupan dan pentingnya doa seorang muslim buat saudaranya yang lain. Bersangka baik itu merangsang hati yang bersih. Doa yang dipanjatkan buat orang lain juga membawa seribu manfaat kepada kita. Tak rugi pun kalau kita buat macam tu kan? Lastly, apabila ditimpa musibah, bersangka baik lah yer. Allah sedang menguji kesabaran dan nilai hatimu yang satu itu. 

P/S: Setiap yang berlaku pasti ada sebab. Husnuzon selalu.


Suuzon = Bersangka Buruk
Husnuzon = Bersangka Baik

NOTA KAKI
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali kali

Sunday, May 6, 2012

Kita Dan Hala Tuju Kita

'"Perjalanan hidup sentiasa mengetengahkan pilihan-pilihan. Sebagai manusia berakal dan beragama, kita dituntut memilih sebaiknya. Kematian sepatutnya mengingatkan kita pentingnya memilih dengan betul. Kemampuan memilih dengan baik membentuk peribadi yang sentiasa berfikir panjang. Dalam hal ini, agama menjadi jambatan untuk kita memahami hakikat kehidupan dan kematian."

Betul tuh! Pilihan di tangan kita. Kalau kita nak buat kebaikan, kita akan usaha untuk melaksanakannya hinggalah akhirnya kita berjaya buat apa yang kita mahu. Contohnya, kita nak ubah sikap yang malas solat kepada rajin solat. Kita yang tentukan bila kita hendak ubah dan satu sikap yang perlu dibuang jauh-jauh semasa hendak melakukan perubahan ialah sikap BERTANGGUH. 

Amalan yang baik, yang diredhai Allah, yang semua orang suka janganlah tangguh-tangguhkan untuk laksanakannya. Jika selalu tangguh dan tangguh, maka lambatlah nak menjadi ataupun yang paling mengecewakan mungkin terus tak menjadi. (Selalunya beginilah yang terjadi kepada orang yang suka bertangguh. Jadi, tolong buang sikap itu jauh-jauh.)

Itu sahaja perkongsian pada hari ini yer dan semoga bermanfaat. Ada masa kita jumpa lagi. Jaga diri, jaga iman.

NOTA KAKI
Berubahlah sekarang :)

Saturday, May 5, 2012

If Tomorrow Never Comes..

Assalamualaikum. Lately, I'm really occupied with something. Not really in to study or work but something that really hinders me from writing. I want to share many many things with the readers outside there or those who happen to came suddenly to my blog but unfortunately, I'm unable to do so during this short period of time. Life is short. Many people say that. Some says that we need to enjoy our life to the fullest but is it right to say so?

Do we have to enjoy everything up to the limit without considering the boundaries that had been stipulated by Allah? What will happen if we just postpone and postpone every good deeds that we intend to do in the name of Allah and finally we discover that there are no more tomorrow for us?

Nothing can stop me or others from preventing this to happen. Our mission in this world will be consider as accomplish even though it might be not so fully accomplish as what we suppose to do according to the Quran and Sunnah. 

If I'm not mistaken, yesterday 3 peoples passed away in an accident. I do not remember where the incident occurred and today, several people are involved in an accident and some of them die. All this incidence reminds me of something. Day by day we are approaching our dateline. Unfortunately, we never know when, where and how is the dateline will come. Is it tomorrow, the day after or is it a few second from now. We never know. It is destined by Allah and we could only pray that our ending will be in a good way.

Just remember that the dateline will come and if so happen, there will no more tomorrow for us. May Allah bless all of us! InsyaAllah, amin.


NOTA KAKI
Chills :)

Thursday, May 3, 2012

Bersih 3.0 : My Two cents


Bersih 3.0 menjadi titik hitam dalam sejarah demokrasi negara. Kebebasan bersuara ditekan. Kebebasan berhimpun dimusnah. Rakyat dipukul, diseksa dan ditangkap. Kerana apa? Kerana mereka mahukan pilihanraya yg adil dan bersih. Rakyat bagaikan masyarakat Palestin yg lama ditindas. Polis bagaikan penguasa Israel yg mengganas.

Jika dahulu kita sakit melihat tanah rakyat Palestin dirampas sewenang-wenangnya oleh penjajah Israel. Kini kita disakitkan dengan hakikat Dataran Merdeka dirampas daripada rakyat. Dataran Merdeka kekal milik rakyat. Dalam konteks yg lebih luas, setiap inci ruang alam semesta ini adalah milik Allah. Rakyat berhak berhimpun di dataran itu. Dataran Merdeka bukan milik DBKL, tidak PDRM, jauh sekali kerajaan. DBKL hanya diberi amanah untuk mengurus tadbir Dataran itu. Tidak lebih daripada itu. Analogi yg mudah, adakah apabila anda menyimpan duit didalam bank, duit itu berpindah hak kepada pegawai bank? Tidak bukan? Itulah juga perihal yg ingin disampaikan disini.

Jika dahulu penguasa Israel seringkali dilihat mencabuli hak asasi manusia rakyat Palestin yg termaktub dalam undang-undang antarabangsa bagi pelarian dan tahanan perang. Kini kita menyaksikan bagaimana polis Malaysia mencabuli hak sivil rakyat Malaysia yg terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan Universal Declaration of Human Rights. Menurut Perkara 10 (1) (a) dan (b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 19 dan 20 (1) Universal Declaration of Human Rights, semua orang berhak bersuara bagi menyatakan pandangan serta berhimpun secara rasmi tanpa sebarang senjata. Kami bangkit untuk menuntut pilihanraya yang adil. Adakah itu salah? Kami bukannya seperti Father Terry Jones yg berselindung disebalik the First Amendment of the US Constitution yg memberikan hak kepadanya membakar al-quran. Niat dan hasrat kami baik. Mengapa hak kami ditindas seperti di bumi Palestin?

Jika dahulu penguasa Israel menyerang menggunakan kereta kebal dan peluru hidup ke arah rakyat Palestin yg bersenjatakan batu, kini polis malaysia menyerang rakyat dengan air kimia dan bom asap. Tahukah betapa sengsaranya kami? Mata tidak melihat. Tangan berasa dibakar. Hingus meleleh dari hidung yg lemah. Rakyat mencungap kesakitan. 

Tahukah anda wahai penguasa yg kejam bahawa kami bertolak sesama sendiri dari kezaliman yg melampau? Tahukah anda, pak cik, makcik seusia 65 tahun berada disitu? Tahukah anda anak kecil dan bayi berada disitu? Tahukah anda yg penulis sendiri percaya tidak akan lagi bertemu esok? Kematian, itulah yg kami fikirkan! Mengapa tear gas canister itu ditembak tepat ke arah rakyat bukannya ke udara? Tahukah anda bahawa kelajuan tear gas canister yg ditembak itu boleh menyebabkan kematian dan kemusnahan harta benda? Selain itu, mengapa pistol berisi peluru hidup dibawa sekali ke Dataran Merdeka? Adakah Dataran Merdeka itu Tel Aviv? 

Mengapa pihak polis begitu bereya-eya mengatakan polis begitu teruk dibelasah sedangkan kami hanya bersenjatakan batu dan botol mineral. Bukankah hanya 20 anggota polis yg tercedera? Peserta Bersih yg dilanyak 3 kali ganda lebih banyak daripada polis yg terluka. Sekitar 60 orang. Mereka diserang kayu cota, tear gas canister, air kimia, tumbukan dan tendangan polis.

Tahukan juga anda wahai polis bahawa penguasa israel itu lebih baik daripada anda? Mereka tidak menyerang rakyat sendiri. Mereka menyerang rakyat Palestin sahaja. Sedangkan polis Malaysia ini menyerang rakyat sendiri. Yg lebih menyayat hati kebanyakan anggota polis itu beragama islam tetapi sanggup menyakitkan saudara seagamanya. Begitu besarkah gaji yg dibayar kepada anda untuk menyakitkan kami? Jika rakyat israel dibolehkan membina khemah dan dijaga keselamatan mereka untuk menyatakan bantahan kenapa kami tidak dibenarkan untuk duduk selama 2 jam? Mengapa kami ditangkap? Adakah kami pembunuh Altantuya?

Selepas kami lari berpecah jauh daripada Dataran Merdeka, polis masih melemparkan gas beracun ke arah kami dan sentiasa mengejar? Bukankah perintah mahkamah hanya menyatakan hanya Dataran Merdeka tidak dibenarkan untuk perhimpunan? Adakah kawasan Mydin, Masjid Jamek dan Sogo itu termasuk dalam Dataran Merdeka? Mengapa polis masih mengganas walaupun kami sudahpun 700 meter dari Dataran Merdeka? Apakah yg cuba disampaikan? Siapa yg melanggar undang undang pada masa ini? Tidak takutkah kamu akan dosa? Perbuatan ini mirip tindakan polis Israel yg sentiasa mengejar, menyerang dan memukul rakyat Palestin walaupun mereka telah jauh pergi daripada kawasan konflik. Adakah pihak polis diberi tauliah dan didikan daripada israel?

Jika dahulu kita sering dikejutkan dengan tindakan polis israel menyerang wartawan yg merakam keganasan keganasan yg dilakukan terhadap rakyat Palestin. Kini, perkara sama juga berlaku terhadap wartawan wartawan di Malaysia. Arif Kartono, seorang fotografer yg bekerja dengan the Malay Mail diserang oleh 6 orang anggota polis dan kameranya dipecahkan. Koh Jun Lin dan Harry Fawcett, masing masing wartawan daripada MalaysiaKini dan AlJazeera telah kehilangan memori kad dan koleksi video yg mendokumenkan keganasan polis yg dilakukan. 

Apa yg ingin disembunyikan? Pampasan wang tunai tidak cukup untuk menggantikan apa yg terjadi terhadap wartawan wartawan ini. Menurut CIJ, 9 orang wartawan telah menjadi mangsa perbuatan kasar polis. Tetapi tidak mengapalah, video amatur ratusan ribu telah ditangkap dan banyak telah dinaikturun ke Youtube. Keadilan sentiasa ada.

Kerajaan Israel sentiasa melakukan penipuan bagi menunjukkan bahawa kononnya mereka telah menang. Penipuan itu diwujudkan dalam bentuk buku, berita, dokumentari dan sebagainya. Begitu jugalah halnya dengan kerajaan Malaysia amnya dan PDRM khasnya. Menurut PDRM, jumlah peserta yg hadir untuk Bersih 3.0 ini hanyalah sekitar 25000 hingga 50000 orang. Sedangkan anggaran daripada penganjur Bersih sekitar jauh lebih tinggi daripada itu iaitu sekitar 250000 hingga 300000 orang. Manakala menurut badan badan bebas pula, jumlah yg hadir sekitar 80000 hingga 100000. 

Jumlah yg dianggarkan penganjur Bersih ini bukanlah sesuatu yg mustahil untuk dicapai kerana Bersih bukan sahaja diadakan di Kuala Lumpur tetapi juga di 85 buah bandar di 35 buah negara sekaligus memecah rekod dunia dalam penganjuran perhimpunan. Persoalan yg muncul sekarang ini, mengapa anggapan pihak polis itu jauh terpesong daripada bukti, saksi dan dokumentasi fakta? Tidak tahukah mereka mengira dan menganggar? Atau adakah mereka takut menyatakan pada rakyat bahawa begitu banyak rakyat menyampah dengan kerajaan yg kotor ini?

Ya Allah, aku berdoa padaMu agar Kau berikanlah keadilan kepada hambaMu yg disakiti, Kau berikanlah kami peluang untuk memilih pemimpin dalam satu sistem pilihanraya yg adil lagi bersih.


NOTA KAKI
Aku tengah update perjalanan Bersih 3.0. Wait ya :)

A Change Is Not Easy As Reading ABC

Assalamualaikum. Seriuosly. I'm struggling, everday, every hour, every minute and every second. But I'm trying. Bit by bit. Step by step. InsyaAllah. I will become one. I will become a better Muslim worker. A successful person in this world and hereafter. Succeed in my studies or whatsoever that's good for me. For Allah. For me. For my family. For my friends. For everybody.

Ameen!

And please remember one thing.
If Allah brings you to it,
He will bring you through it.

Just ignore what people say.
It's me/you now to make an action and choices.
It is NO or YES.

May Allah bless whatever choices and every action we did.
Importantly, God's plan is the best.

Tuesday, May 1, 2012

Jangan Takut Untuk Berubah


Dalam kehidupan ini, aku pernah beberapa kali terjatuh, dipenuhi kotoran akibat keputusan yang aku buat. Situasi yang menerpa aku dalam sesuatu keadaan dahulu memerlukan aku membuat keputusan, tapi kadangkala aku terburu-buru hingga tersilap langkah. Tersadung di kaki sendiri. 

Dalam keadaan seperti itu, aku sering berasa tak berharga, tak bererti, tak berguna kepada sesiapa. Padahal apa yang telah dan akan terjadi, aku tidak akan pernah kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai aku, lebih-lebih lagi di mata Allah. Jadi walau bagaimana kotor dan teruk pun diri aku, aku masih mempunyai nilai yang tersendiri. 

Sungguh Allah itu punya banyak cara untuk mentarbiyah hati-hati manusia. Dan kadangkala perancangan Allah itu buat aku terkedu dan terdiam. Tidak aku sangka dan tidak pula aku duga. Tapi apa yang aku pasti, setiap yang dirancangNya pasti terbaik buat aku. Alhamdulillah!

Justeru sahabat-sahabat yang aku sayangi kerana Dia, sama ada kita baru kenal ataupun sudah lama, sayangilah diri anda. Bertaubat jika melakukan dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga. Dan jangan terlupa kita ialah makhluk Allah yang dipandang sama, hanya iman dan taqwa yang membezakan kita.

Aku tahu dan mengerti.
Bukan mudah untuk mengikis karat jahiliyyah dalam diri.
Bukan mudah untuk membaiki diri yang tertanam sifat buruk sana-sini.

Berubah itu tidak dijanjikan kesenangan hakiki.
Begitu juga dengan tiada rintangan berduri.
Semua itu tidak dipastikan lagi.

Tapi Allah janji.
Sesiapa yang datang kepadaNya dengan sesungguh hati.
Maka Dia akan menyambut insan tersebut juga dengan sesungguh hati.
Malah berlebih-lebih lagi.

NOTA KAKI
Cubalah untuk berubah :)


Kehidupan Bak Secawan Kopi


Sekumpulan bekas pelajar yang sudah berjaya di dalam kerjaya masing-masing telah berkumpul untuk melawat pensyarah universiti yang pernah mengajar mereka.  Mereka berasa gembira kerana dapat bersua sesama mereka setelah lama tidak berjumpa, apatah lagi dapat menemui pensyarah universiti yang selama ini telah banyak membantu mereka ketika menuntut ilmu di universiti yang menatijahkan kerjaya yang baik buat mereka.

Setelah lama berbual, timbullah beberapa rungutan tentang tekanan di tempat kerja dan juga dalam kehidupan seharian yang disuarakan oleh beberapa bekas pelajar ini.  Pensyarah itu hanya mendengar dan kemudian beliau ke dapur untuk menyediakan air kopi untuk tetamu-tetamunya.

Beliau kemudiannya keluar dengan membawa satu bekas besar yang berisi air kopi dan beberapa jenis cawan.  Ada cawan itu diperbuat daripada porselin, plastik, kaca dan kristal.  Ada yang kelihatan ringkas sahaja, ada yang kelihatan murah, ada juga yang kelihatan mahal dan sangat cantik.

Pensyarah itu mempelawa tetamu-tetamunya agar melayan-diri.  Masing-masing pergi ke meja tempat dihidangkan air kopi itu dan menuangkan sendiri air kopi ke dalam cawan yang berbagai-bagai bentuk dan buatannya itu.  Setelah semuanya mengambil secawan kopi, pensyarah itu berkata:

“Jika anda perasan, kesemua cawan-cawan yang kelihatan cantik dan mahal telah pun diambil, tetapi cawan-cawan yang ringkas dan nampak murah tiada sesiapa yang mahu mengambilnya.  Biasalah tu, memang semua nakkan yang terbaik untuk diri sendiri kan…”

Beliau kemudian menyambung.

“Itulah puncanya kepada masalah-masalah anda.  Dan itulah sebabnya kenapa anda berasa tertekan dengan kerjaya dan kehidupan.”

“Saya pasti, cawan-cawan itu tidak memberikan apa-apa nilai kepada air kopi yang anda minum.  Dalam beberapa situasi, cawan-cawan itu hanya membuatkan kopi yang diminum itu lebih mahal harganya.  Dan di dalam situasi yang lain, cawan itu malah menyorokkan apa yang kita minum.”

“Apa yang anda semua betul-betul mahukan adalah air kopi itu, bukan cawannya.  Tetapi anda tetap mahukan cawan yang terbaik sifatnya, dan kemudian anda memandang dan menjeling ke arah cawan kawan-kawan anda untuk melihat siapakah yang memiliki cawan yang paling cantik atau paling bagus.”

“Sekarang, cuba anda fikirkan:  KEHIDUPAN adalah air kopi.  Manakala pekerjaan, wang, pangkat dan kedudukan di dalam masyarakat adalah cawan.  Itu semua merupakan alat untuk memegang dan terkandung di dalamnya KEHIDUPAN!”

“Rupa dan jenis cawan tidak memberi makna atau mengubah nilai KEHIDUPAN yang sedang kita jalani ini.  Kadang-kadang dengan kita hanya menumpukan kepada rupabentuk CAWAN, kita gagal untuk menikmati AIR KOPI itu.  Jadi, nikmatilah AIR KOPI itu, bukan CAWANNYA!”

“Manusia yang bahagia bukanlah mereka yang memiliki yang terbaik dalam setiap perkara.  Manusia yang bahagia adalah mereka yang sentiasa membuat yang terbaik di dalam setiap perkara.”

“Hiduplah dengan sederhana.  Bercakaplah dengan baik, ambil beratlah dengan sungguh-sungguh, berkasih sayanglah, bermurah hatilah…dan hayatilah kehidupan ini dengan penuh makna, dan jangan terlalu ditumpukan kepada aksesori kehidupan”

NOTA KAKI
Kita semua mahukan semuanya TERBAIK dalam hidup kita, tapi,adakah kita BERSYUKUR?

Related Posts with Thumbnails