Thursday, May 3, 2012
Bersih 3.0 : My Two cents
Bersih 3.0 menjadi titik hitam dalam sejarah demokrasi
negara. Kebebasan bersuara ditekan. Kebebasan berhimpun dimusnah. Rakyat
dipukul, diseksa dan ditangkap. Kerana apa? Kerana mereka mahukan pilihanraya
yg adil dan bersih. Rakyat bagaikan masyarakat Palestin yg lama ditindas. Polis
bagaikan penguasa Israel yg mengganas.
Jika dahulu kita sakit melihat tanah rakyat Palestin
dirampas sewenang-wenangnya oleh penjajah Israel. Kini kita disakitkan dengan
hakikat Dataran Merdeka dirampas daripada rakyat. Dataran Merdeka kekal milik
rakyat. Dalam konteks yg lebih luas, setiap inci ruang alam semesta ini adalah
milik Allah. Rakyat berhak berhimpun di dataran itu. Dataran Merdeka bukan
milik DBKL, tidak PDRM, jauh sekali kerajaan. DBKL hanya diberi amanah untuk
mengurus tadbir Dataran itu. Tidak lebih daripada itu. Analogi yg mudah, adakah
apabila anda menyimpan duit didalam bank, duit itu berpindah hak kepada pegawai
bank? Tidak bukan? Itulah juga perihal yg ingin disampaikan disini.
Jika dahulu penguasa Israel seringkali dilihat mencabuli hak
asasi manusia rakyat Palestin yg termaktub dalam undang-undang antarabangsa
bagi pelarian dan tahanan perang. Kini kita menyaksikan bagaimana polis
Malaysia mencabuli hak sivil rakyat Malaysia yg terkandung dalam Perlembagaan
Persekutuan dan Universal Declaration of Human Rights. Menurut Perkara 10 (1)
(a) dan (b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 19 dan 20 (1) Universal
Declaration of Human Rights, semua orang berhak bersuara bagi menyatakan
pandangan serta berhimpun secara rasmi tanpa sebarang senjata. Kami bangkit
untuk menuntut pilihanraya yang adil. Adakah itu salah? Kami bukannya seperti
Father Terry Jones yg berselindung disebalik the First Amendment of the US
Constitution yg memberikan hak kepadanya membakar al-quran. Niat dan hasrat
kami baik. Mengapa hak kami ditindas seperti di bumi Palestin?
Jika dahulu penguasa Israel menyerang menggunakan kereta
kebal dan peluru hidup ke arah rakyat Palestin yg bersenjatakan batu, kini
polis malaysia menyerang rakyat dengan air kimia dan bom asap. Tahukah betapa
sengsaranya kami? Mata tidak melihat. Tangan berasa dibakar. Hingus meleleh
dari hidung yg lemah. Rakyat mencungap kesakitan.
Tahukah anda wahai penguasa yg kejam bahawa kami bertolak
sesama sendiri dari kezaliman yg melampau? Tahukah anda, pak cik, makcik seusia
65 tahun berada disitu? Tahukah anda anak kecil dan bayi berada disitu? Tahukah
anda yg penulis sendiri percaya tidak akan lagi bertemu esok? Kematian, itulah
yg kami fikirkan! Mengapa tear gas canister itu ditembak tepat ke arah rakyat
bukannya ke udara? Tahukah anda bahawa kelajuan tear gas canister yg ditembak
itu boleh menyebabkan kematian dan kemusnahan harta benda? Selain itu, mengapa
pistol berisi peluru hidup dibawa sekali ke Dataran Merdeka? Adakah Dataran
Merdeka itu Tel Aviv?
Mengapa pihak polis begitu bereya-eya mengatakan polis
begitu teruk dibelasah sedangkan kami hanya bersenjatakan batu dan botol
mineral. Bukankah hanya 20 anggota polis yg tercedera? Peserta Bersih yg
dilanyak 3 kali ganda lebih banyak daripada polis yg terluka. Sekitar 60 orang.
Mereka diserang kayu cota, tear gas canister, air kimia, tumbukan dan tendangan
polis.
Tahukan juga anda wahai polis bahawa penguasa israel itu
lebih baik daripada anda? Mereka tidak menyerang rakyat sendiri. Mereka
menyerang rakyat Palestin sahaja. Sedangkan polis Malaysia ini menyerang rakyat
sendiri. Yg lebih menyayat hati kebanyakan anggota polis itu beragama islam
tetapi sanggup menyakitkan saudara seagamanya. Begitu besarkah gaji yg dibayar
kepada anda untuk menyakitkan kami? Jika rakyat israel dibolehkan membina
khemah dan dijaga keselamatan mereka untuk menyatakan bantahan kenapa kami
tidak dibenarkan untuk duduk selama 2 jam? Mengapa kami ditangkap? Adakah kami
pembunuh Altantuya?
Selepas kami lari berpecah jauh daripada Dataran Merdeka,
polis masih melemparkan gas beracun ke arah kami dan sentiasa mengejar?
Bukankah perintah mahkamah hanya menyatakan hanya Dataran Merdeka tidak
dibenarkan untuk perhimpunan? Adakah kawasan Mydin, Masjid Jamek dan Sogo itu
termasuk dalam Dataran Merdeka? Mengapa polis masih mengganas walaupun kami
sudahpun 700 meter dari Dataran Merdeka? Apakah yg cuba disampaikan? Siapa yg
melanggar undang undang pada masa ini? Tidak takutkah kamu akan dosa? Perbuatan
ini mirip tindakan polis Israel yg sentiasa mengejar, menyerang dan memukul
rakyat Palestin walaupun mereka telah jauh pergi daripada kawasan konflik.
Adakah pihak polis diberi tauliah dan didikan daripada israel?
Jika dahulu kita sering dikejutkan dengan tindakan polis
israel menyerang wartawan yg merakam keganasan keganasan yg dilakukan terhadap
rakyat Palestin. Kini, perkara sama juga berlaku terhadap wartawan wartawan di
Malaysia. Arif Kartono, seorang fotografer yg bekerja dengan the Malay Mail
diserang oleh 6 orang anggota polis dan kameranya dipecahkan. Koh Jun Lin dan
Harry Fawcett, masing masing wartawan daripada MalaysiaKini dan AlJazeera telah
kehilangan memori kad dan koleksi video yg mendokumenkan keganasan polis yg
dilakukan.
Apa yg ingin disembunyikan? Pampasan wang tunai tidak cukup
untuk menggantikan apa yg terjadi terhadap wartawan wartawan ini. Menurut CIJ,
9 orang wartawan telah menjadi mangsa perbuatan kasar polis. Tetapi tidak
mengapalah, video amatur ratusan ribu telah ditangkap dan banyak telah
dinaikturun ke Youtube. Keadilan sentiasa ada.
Kerajaan Israel sentiasa melakukan penipuan bagi menunjukkan
bahawa kononnya mereka telah menang. Penipuan itu diwujudkan dalam bentuk buku,
berita, dokumentari dan sebagainya. Begitu jugalah halnya dengan kerajaan
Malaysia amnya dan PDRM khasnya. Menurut PDRM, jumlah peserta yg hadir untuk
Bersih 3.0 ini hanyalah sekitar 25000 hingga 50000 orang. Sedangkan anggaran
daripada penganjur Bersih sekitar jauh lebih tinggi daripada itu iaitu sekitar
250000 hingga 300000 orang. Manakala menurut badan badan bebas pula, jumlah yg
hadir sekitar 80000 hingga 100000.
Jumlah yg dianggarkan penganjur Bersih ini bukanlah sesuatu
yg mustahil untuk dicapai kerana Bersih bukan sahaja diadakan di Kuala Lumpur
tetapi juga di 85 buah bandar di 35 buah negara sekaligus memecah rekod dunia
dalam penganjuran perhimpunan. Persoalan yg muncul sekarang ini, mengapa
anggapan pihak polis itu jauh terpesong daripada bukti, saksi dan dokumentasi
fakta? Tidak tahukah mereka mengira dan menganggar? Atau adakah mereka takut
menyatakan pada rakyat bahawa begitu banyak rakyat menyampah dengan kerajaan yg
kotor ini?
Ya Allah, aku berdoa padaMu agar Kau berikanlah keadilan
kepada hambaMu yg disakiti, Kau berikanlah kami peluang untuk memilih pemimpin
dalam satu sistem pilihanraya yg adil lagi bersih.
NOTA KAKI
Aku tengah update perjalanan Bersih 3.0. Wait ya :)
Posted by Hafiz Ajmain at 11:01 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment