BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Tuesday, May 1, 2012

Jangan Takut Untuk Berubah


Dalam kehidupan ini, aku pernah beberapa kali terjatuh, dipenuhi kotoran akibat keputusan yang aku buat. Situasi yang menerpa aku dalam sesuatu keadaan dahulu memerlukan aku membuat keputusan, tapi kadangkala aku terburu-buru hingga tersilap langkah. Tersadung di kaki sendiri. 

Dalam keadaan seperti itu, aku sering berasa tak berharga, tak bererti, tak berguna kepada sesiapa. Padahal apa yang telah dan akan terjadi, aku tidak akan pernah kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai aku, lebih-lebih lagi di mata Allah. Jadi walau bagaimana kotor dan teruk pun diri aku, aku masih mempunyai nilai yang tersendiri. 

Sungguh Allah itu punya banyak cara untuk mentarbiyah hati-hati manusia. Dan kadangkala perancangan Allah itu buat aku terkedu dan terdiam. Tidak aku sangka dan tidak pula aku duga. Tapi apa yang aku pasti, setiap yang dirancangNya pasti terbaik buat aku. Alhamdulillah!

Justeru sahabat-sahabat yang aku sayangi kerana Dia, sama ada kita baru kenal ataupun sudah lama, sayangilah diri anda. Bertaubat jika melakukan dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga. Dan jangan terlupa kita ialah makhluk Allah yang dipandang sama, hanya iman dan taqwa yang membezakan kita.

Aku tahu dan mengerti.
Bukan mudah untuk mengikis karat jahiliyyah dalam diri.
Bukan mudah untuk membaiki diri yang tertanam sifat buruk sana-sini.

Berubah itu tidak dijanjikan kesenangan hakiki.
Begitu juga dengan tiada rintangan berduri.
Semua itu tidak dipastikan lagi.

Tapi Allah janji.
Sesiapa yang datang kepadaNya dengan sesungguh hati.
Maka Dia akan menyambut insan tersebut juga dengan sesungguh hati.
Malah berlebih-lebih lagi.

NOTA KAKI
Cubalah untuk berubah :)


0 comments:

Related Posts with Thumbnails