BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Tuesday, May 22, 2012

Bicara Hati, Jagalah Auratmu

Dia: Walaupun aku ni tak pakai tudung, tapi hati aku baik. Walaupun aku tak solat, hati aku baik, suka tolong orang yang susah. Walaupun aku tak buat apa yang kau buat, tapi hati aku baik!

Aku: Betul ke hati kau baik?

Dia: Betullah!

Aku: Setahu aku, jika hati seseorang itu baik, hati tersebut akan membawa tuannya ke arah jalan yang baik. Hati akan menyuruh tuannya menutup aurat. Hati akan menyuruh tuannya mendirikan solat. Hati akan sentiasa menegah tuannya daripada melakukan kemungkaran dan menyuruh tuannya melakukan amalan kebaikan. Segala perintah Allah, pasti hati akan menurutinya tanpa banyak alasan dan pasti tuan punya hati juga  turut merasakan tempiasnya, akan melakukan perkara yang sama. Jadi, kau mendakwa hati kau baik selama ini, boleh dipercayai?

Dia: Bercakap memang hebat tapi buktinya mana? Apa bukti mengatakan hati itu mempengaruhi segalanya. Ini hati aku, aku tahu la keadaannya bagaimana! Aku yang hidup bersamanya.

Aku: Rasulullah SAW bersabda, "Di dalam tubuh manusia itu, terdapat segumpal daging, jika baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuhnya, jika buruk daging itu, maka buruklah seluruh tubuhnya, maka ketahuilah bahawa segumpal daging itu ialah hati." (Hadis 40 An-Nawawi)


Jagalah hati jangan kau kotori.
Jagalah hati lentera hidup ini.
Jagalah hati jangan kau nodai.
Jagalah hati cahaya Ilahi.

NOTA KAKI
Kalau dah kotor tu, bersih kan ia :)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails