BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Saturday, May 26, 2012

Manusia VS Hati

Benda yang kalau boleh aku mahu ubah tentang manusia (aku bukan nak melawan takdir Tuhan, cuma mahu berbicara tentang "jikalau") ialah hati.

Tentang perubahan hati, perubahan perasaan. Itu adalah yang terpaling mahu dicuba dirubah dan distatikkan ianya menjadi sebegitu sahaja, lebih pada pendirian utama. Kerana tentang hati yang berubah, banyak manusia terkecewa.

Si jejaka yang terlalu mencintai kekasihnya tetapi terpaksa merelakan kepergian cinta hatinya kerana cinta hatinya telah berubah perasaan dan mencintai sang lelaki lain. Kerana hati si gadis berubah, satu hati manusia telah pun pecah dan jikalau pecahan itu dicantum-cantum semula pun tidak akan sesempurna semula. Apa kes hati berubah?

Kawan rapat kita yang memang kita fikir kitalah teman dunia akhiratnya tetapi rupanya bila dia telah berpindah ke suatu tempat baru, hatinya mula berubah dan mula melupakan kita dengan alasan dia mempunyai kawan baru. Hati berubah, dulu katanya kitalah Best Friend Forever (BFF) dia, tapi sekarang mungkin hanya F saja, iaitu friend. Apa kes hati berubah?

Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh sejak 1 hari hidup di dunia dan apabila telah berkahwin hatinya mula merekah sayangnya pada ibu bapanya. Hati mula berubah, sayang pada ibu bapa mula berkurang, sayang kepada isteri/suami pula yang melaut-laut tingginya. Apa kes hati berubah?

Tapi itulah, indahnya kalau hati dapat distatikkan rasa. Kerana perubahan hati membuat banyak lagi hati yang terluka. Parah nanti susah.



NOTA KAKI
Soal hati dan perasaan bukan perkara mainan. Jadi sebelum hati itu berubah fikirkan hati-hati yang bakal kau siat-siatkan dengan kata-kata kau yang setajam pisau itu, fikirkan. Entri ini juga entri ingatan untuk aku sendiri.

2 comments:

izzanis said...

Salam singgah.. :)

betul.. Moga Allah kurniakan kita hati yg tidak berubah kasih sayangnya pada ibu bapa...

Hafiz Ajmain said...

Selagi hayat dikandung badan, selagi itulah kita masih bertanggung jawab terhadap kedua ibubapa kita. Dari bayi hingga ke dewasa mereka menjaga dan mendidik kita tanpa jemu. Merekalah adi wira / idola kita.

Tunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak yang soleh dan solehah :)

Related Posts with Thumbnails