BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Sunday, April 29, 2012

Lamarlah Dia

Antara ciri lelaki yang baik dan berkualiti ialah tidak pernah meninggalkan solat.

“Bolehkah wanita melamar lelaki?”

“Tidak jatuhkah maruah seorang perempuan jika mereka melamar lelaki?”

“Bagaimana cara hendak melamar lelaki?”

“Bukankah perbuatan ini menyalahi adat ibarat perigi mencari timba?”

Itulah antara persoalan-persoalan yang berlegar di dalam fikiran para wanita apabila timbul di dalam hati mereka perasaan minat yang sungguh-sungguh kepada seseorang lelaki sedangkan lelaki tersebut tidak mengetahui.  Sebelum saya menjawab persoalan-persoalan itu, ingin saya menyentuh beberapa perkara dahulu.

Yang pertama ialah tentang hakikat bahawa kurangnya lelaki-lelaki soleh pada zaman mutakhir ini.  Ini adalah suatu hakikat yang pahit namun terpaksa ditelan oleh semua orang.  Bukan sahaja para wanita yang secara khususnya perlu berhadapan dengan hakikat ini.  Malah juga terpaksa dihadapi oleh ibubapa yang tentunya sangat risau untuk menyerahkan anak-anak perempuan mereka kepada bakal suami masing-masing yang entah bagaimana latar belakangnya.

Yang kedua ialah tentang kepentingan memilih lelaki yang soleh dan berkualiti sebagai suami.  Kerana suamilah tunggak keluarga yang menegakkan rumahtangga.  Dan suamilah nakhoda yang berperanan mengemudi bahtera rumahtangga.  Tanpa tunggak yang utuh dan nakhoda yang berhikmah, tentunya rumahtangga mudah goyah akibat angin ribut yang meniup dan gelombang ombak yang memukul.  Justeru memilih lelaki yang soleh dan berkualiti sebagai bakal suami amat penting.  Mesti disertai dengan menggunakan akal dan rasional yang tinggi.  Bukan hanya memilih berdasarkan perasaan cinta semata-mata.
Berdasarkan dua perkara ini tentunya para wanita dapat memilih tindakan yang sewajarnya apabila tiba-tiba mereka mendapati ada lelaki soleh dan berkualiti yang layak untuk dijadikan tunggak dan nakhoda buat rumahtangga yang bakal mereka dirikan kelak.  Apakah tindakan itu?

Ya, tepat sekali.  Lamarlah lelaki itu…!

Itulah nasihat yang saya selalu berikan apabila saya didatangkan dengan situasi-situasi seperti ini dalam beberapa emel yang saya terima.  Tentunya juga jangan terburu-buru.  Selidik dan kajilah dahulu latar belakangnya.  Sertakan juga dengan doa dan solat istikharah agar ALLAH memberikan petunjuk kepada persoalan yang penting ini.  Petunjuk dari ALLAH adalah suatu yang sangat penting untuk diminta dalam membuat semua keputusan.

Sekarang saya akan cuba menjawab beberapa persoalan yang dilontarkan di awal tulisan ini.
“Bolehkah wanita melamar lelaki?”

Dalam agama Islam, tiada larangan untuk mana-mana jantina untuk melakukan lamaran.  Samada lelaki atau wanita, mereka layak dan boleh untuk menyatakan hasrat masing-masing untuk memperisteri atau mempersuami sesiapa sahaja yang mereka berkenan asalkan belum lagi menjadi milik orang lain.
Malah di dalam sejarah Islam, seorang wanita yang mulia dan banyak berjasa dalam dakwah awal Islam telah melakukannya.  Beliau ialah Ummu al-Mukminin Khadijah radhiAllahu `anha binti Khuwailid.  Beliau telah melamar seorang lelaki mulia, lagi bijak, lagi amanah, lagi kacak, lagi jujur iaitu Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam untuk dijadikan suami kepada beliau.
Betapa Khadijah tahu apa yang baik untuk dirinya.  Beliaulah yang memulakan lamaran apabila di sana terlihat pada pandangan mata dan hatinya seorang lelaki yang layak dan bisa membimbing beliau.  Dan ternyata perbuatannya itu menghasilkan keberuntungan, bukan sahaja di dunia bahkan juga di akhirat.
Nah, perbuatan melamar lelaki bukan sahaja boleh, malah telah dilakukan oleh seorang wanita yang mulia dan ahli Syurga, iaitu Khadijah radhiAllahu `anha.  Mencontohi perbuatan orang-orang yang mulia dalam agama, insyaALLAH akan menghasilkan natijah yang juga mulia.

“Tidak jatuhkah maruah seorang perempuan jika mereka melamar lelaki?”

Ini antara soalan yang selalu juga diutarakan oleh para wanita apabila membicarakan soal ini.  Mari kita lihat Khadijah radhiAllahu `anha dalam memahami situasi ini.

Khadijah radhiAllahu `anha bukanlah hanya wanita biasa dalam masyarakatnya.  Beliau adalah seorang yang dipandang mulia dan tinggi oleh masyarakatnya.  Harta kekayaannya besar.  Perniagaannya juga berjaya.
Beliau bukan sahaja hartawan dan usahawan, tetapi juga seorang ‘selebriti’ yakni tokoh yang disegani.  Telah beberapa kali Khadijah dilamar oleh orang-orang kaya dan kenamaan, namun ditolaknya.  Pilihan beliau teralih kepada seorang pemuda yang tidak punya apa-apa.  Tiada kekayaan.  Tiada harta.  Tiada pangkat.  Apa yang hanya ada pada lelaki tersebut ialah akhlaq yang baik, amanah, jujur, bijaksana dan merupakan keturunan yang mulia.  Lelaki itu ialah Muhammad al-Amin sallAllahu `alaihi wasallam.
Pada ketika itu, Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam berumur 25 tahun dan belum lagi menjadi Nabi dan Rasul.  Ini bermakna tiada apa-apa kelebihan yang terdapat pada Baginda melainkan apa yang telah disebut di atas.  Yang tertarik pada pandangan Khadijah ialah peribadinya sahaja.

Cuba lihat; seorang wanita yang hartawan, usahawan, jelitawan dan bangsawan tiba-tiba datang melamar seorang lelaki biasa.  Pada pandangan masyarakat ia mungkin menjatuhkan maruah.  Tetapi pada pandangan Khadijah, ia bukan.  Bahkan beliau tahu ia untuk kebaikan buat dirinya.

Dan hasil perbuatannya itu, bukan maruah yang jatuh.  Tetapi maruah dan kedudukannya diangkat setinggi-tingginya hingga hari ini, hingga Hari Kiamat.  Beliau adalah Ummu al-Mukminin dan dipuji oleh penduduk bumi dan langit.

Perbuatan melamar lelaki yang soleh dan berkualiti bukanlah suatu yang menjatuhkan maruah.  Bahkan ia melambangkan bahawa wanita itu mempunyai maruah yang tinggi dan mahu maruahnya dibela oleh lelaki yang layak dan tinggi maruahnya.  Dan insyaALLAH, maruah itu akan terus terjaga sampai Hari Akhirat.
“Bagaimana cara hendak melamar lelaki?”

Di dalam kitab sirah ada diceritakan bagaimana Khadijah melamar Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.  Sebenarnya Khadijah pada awalnya telah tertarik dengan pemuda bernama Muhammad setelah mendengar berita tentang sifat-sifat mulianya.  Khadijah lalu menawarkan Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam untuk membawa barang dagangannya ke Syam.

Kembali ke Makkah dari Syam, Khadijah mendapati keuntungannya berganda.  Keuntungan yang banyak ini hasil daripada peribadi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam yang baik, jujur, amanah, akhlaq yang mulia, fikiran yang tajam dan tutur kata yang benar.  Sifat-sifat ini telah diceritakan oleh Maisarah iaitu hamba Khadijah yang dihantar membantu Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam berdagang di Syam.
Khadijah mendapati apa yang dicarinya sudah ditemui.  Hasrat murninya itu telah disampaikan seorang temannya yang bernama Nafisah binti Muniyyah.  Nafisah lalu menemui Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam dan menyatakan apa yang telah disampaikan Khadijah kepadanya.  Baginda menerima dengan baik apa yang dihasratkan oleh Khadijah melalui Nafisah itu.

Lalu Baginda memberitahu bapa-bapa saudaranya tentang hal itu.  Kemudian bapa-bapa saudara Baginda pergi menemui bapa saudara Khadijah untuk melamarnya.  Ekoran daripada itu, berlangsunglah perkahwinan dua insan yang mulia ini.  Khadijahlah wanita pertama yang dinikahi Baginda sallAllahu `alaihi wasallam dan Baginda tidak mengahwini wanita lain sehinggalah Khadijah meninggal dunia.
Dapat diambil iktibar daripada kisah yang mulia ini tentang cara yang baik bagaimana wanita melamar lelaki.   Caranya ialah dengan menghantar wakil menjumpai lelaki yang dihasratkan itu lalu bertanya tentang niat yang mulia tersebut.  Jika dipersetujui, maka pihak lelakilah yang datang melamar si wanita sebagaimana adat masyarakat kita dan umumnya di mana-mana.

“Bukankah perbuatan ini menyalahi adat ibarat perigi mencari timba?”

Sebagaimana telah disebut di atas, perbuatan melamar lelaki telah dicontohkan kepada kita oleh wanita yang sangat mulia iaitu Khadijah radhiAllahu `anha.  Natijah dari perbuatan tersebut telah memberikan kebaikan kepada beliau.  Wanita yang solehah, mulia dan suci tentu mahu yang soleh, mulia dan suci juga untuk dirinya.

Juga telah dikongsikan di atas bagaimana caranya untuk melamar lelaki.  Caranya tetap sama sebagaimana adat dalam masyarakat kita, cuma hasratnya sahaja dinyatakan terlebih dahulu oleh si wanita.  Langkah-langkah seterusnya dilakukan mengikut adat kebiasaan iaitu pihak lelaki datang melamar pula.
Jika masyarakat mahu ibaratkan juga ia sebagai perigi mencari timba, biarlah.  Katakan kepada mereka bahawa perigi yang ada ini adalah perigi istimewa.  Perigi yang suci.  Perigi yang mulia.  Dialah yang memilih timba mana yang layak untuk menimba kebaikan dari perigi itu.  Bukan sewenang-wenangnya si timba datang mahu mengaut kebaikan di dalam perigi ini.  Perigi ini perigi yang memilih timba, bukan perigi yang dipilih timba!

Katakan juga kepada mereka bahawa air dalam perigi ini bersih.  Dia tidak mahu air dalam perigi itu dicemari dek timba yang kotor dan tidak mencapai tahap piawai yang ditentukan sendiri oleh si perigi.  Justeru, sebab itulah perigi sendiri yang mencari timba.

Jika kata-kata di atas tidak sesuai diucapkan kepada orang, lalu berbisiklah kepada diri sendiri sahaja.  Supaya kalian tahu siapa diri kalian.  Dan kalian mahu hanya yang terbaik buat diri kalian.

Nasihat Buat Wanita, Lelaki dan Ibubapa
Sebagai penutup, saya ingin juga menasihatkan buat wanita-wanita di luar sana terutama buat wanita-wanita solehah.  Telah banyak kedengaran di dalam berita dan mulut-mulut orang tentang nasib kurang baik yang dialami oleh para isteri yang diperlakukan oleh suami mereka.  Antara sebabnya ialah mereka memlihi suami berdasarkan hanya kepada perasaan.  Nilai rasional dan akal ditolak ke tepi dalam memilih bakal suami.
Ada juga kerana termakan budi.  Disebabkan si lelaki atau keluarga si lelaki telah banyak menabur budi maka berkahwinlah mereka.  Sedangkan sepatutnya perkara ini difikirkan semasak-masaknya terutama dalam menilai peribadi, akhlaq dan nilai agama lelaki tersebut.

Justeru, buat wanita saya nasihatkan fikirlah baik-baik dan gunalah akal dan rasional yang waras dalam memilih pasangan hidup kalian.  Mintalah kepada ALLAH akan petunjuk dan berdoalah kepada ALLAH agar DIA berkati.  Dan gunakanlah hak-hak kalian sebagaimana Islam telah meluaskan hak kalian dalam hal memilih pasangan.

Buat lelaki, saya ingin menasihatkan agar jika kalian menerima lamaran daripada wanita, ketahuilah bahawa wanita itu telah melihat suatu yang baik lahir dari diri kalian.  Hormatilah dia.  Jangan kecilkan hatinya.  Jangan perli dan hina dia.  Dia cuma mengikuti sunnah Khadijah, Ummu al-Mukminin radhiAllahu `anha yang mahu hanya terbaik buat dirinya.  Jika kalian setuju, katakanlah.  Jika kalian tidak setuju, katakanlah juga.  Dan katakanlah samada setuju atau tidak setuju itu dengan penuh rasa hormat dan mulia.

Buat saya dan ibubapa yang membaca tulisan ini, saya menasihati diri ini dan kalian agar prihatinlah terhadap bakal suami anak-anak gadis kita.  Kita mahu yang terbaik buat mereka.  Baik bukan hanya di dunia.  Tetapi yang lebih utama ialah baik di negeri akhirat sana.  Jika terlihat di sana ada pemuda yang soleh, janganlah segan-segan untuk bertanya.  Risiklah sudahkah dia berpunya.  Jika belum dan ternyata dia seorang lelaki yang soleh hasil selidikan kalian, nyatakan hasrat yang mulia itu.

Sungguh, kita siang malam memikirkan kebaikan untuk anak-anak kita.  Kita doa yang baik-baik untuk anak-anak kita.  Kita mahu dikumpulkan di Syurga sekeluarga.  Maka, dalam hal memilih suami untuk mereka juga, hendaklah kita teliti dan proaktif.  Kerana warna suami akan kuat tercurah mewarnakan isteri.  Jika mahu anak-anak kita baik, maka pilihlah suami yang baik buat mereka.  Kita harus mainkan juga peranan.

Semoga apa yang ditulis ini terdapat manfaat padanya, insyaALLAH.  Mudah-mudahan ALLAH berikan kita semua kebaikan di dunia, kebaikan di akhirat dan dijauhkan kita semua dari azab api neraka, amin…

NOTA KAKI
Timba mencari perigi apa salahnya :)

Saturday, April 28, 2012

Paksa Diri Untuk Biasakan Diri


Kadang-kadang kita berasa kagum dengan kehebatan seseorang yang boleh istiqamah yakni berterusan dalam melakukan amal-amal soleh.  Rasa cemburu pun ada juga.

Kita tertanya-tanya bagaimana seseorang lelaki itu boleh setiap waktu mendirikan solat fardhunya di masjid?  Bagaimana lelaki itu boleh setiap malam bangun untuk mendirikan solat-solat sunat?  Bagaimana dia boleh istiqamah dengan puasa sunat hari Isnin dan Khamis?  Hairan macam mana dia boleh setiap hari menghabiskan berjuz-juz lembaran dari al-Quran?  Kagum bagaimana dia boleh berterusan dapat hadir ke majlis-majlis ilmu setiap kali diadakan?  Pelik bagaimana seseorang wanita itu boleh istiqamah dan tahan dengan pakaian yang tebal, bertudung labuh, malah berniqab pula?

Dari mana mereka dapat kekuatan untuk istiqamah ini??!

Tentulah mereka ini bukan mendapat kekuatan itu dalam masa sehari atau seminggu.  Kekuatan dalam bentuk istiqamah ini sebenarnya datang dari sifat disiplin mereka sendiri.  Sudah tentulah juga ia datang bersebabkan hidayah dan taufiq daripada ALLAH, TUHAN yang berkuasa memberikan petunjuk dan kekuatan itu.

Peraturan Yang Bersifat Memaksa
Saya telah mendengar beberapa perkongsian pengalaman dari ahli ilmu dan ahli ibadah tentang bagaimana mereka sebenarnya telah hidup dalam sistem yang memerlukan disiplin yang tinggi.  Peraturan yang telah ditetapkan oleh institusi pondok dan sekolah agama yang mereka duduki telah menyebabkan mereka telah terbiasa dengan amalan-amalan ibadah.

Contohnya amalan bersolat malam ada dijadikan sebagai peraturan wajib sesebuah sekolah agama di luar negara, peraturan mewajibkan membaca doa-doa yang ma’thur setiap hari sebelum sekolah bermula, peraturan mewajibkan solat fardhu secara berjemaah, peraturan mewajibkan pelajar-pelajar lelaki berpakaian jubah serta berserban dan pelajar perempuannya bertudung labuh dan berniqab, membiasakan pelajar-pelajar berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis dan lain-lain lagi.

Memang biasa kedengaran ada yang membantah peraturan-peraturan yang keras ini samada bantahan itu datang dari para pelajar atau ibubapa.  Ada sebahagian pelajar yang berasa tertekan dan ‘terseksa’ dengan peraturan ini.  Ada yang membenci kepada peraturan-peraturan yang berbentuk paksaan sebegini.
Namun, setelah beberapa lama terbiasa dengannya, akhirnya amalan-amalan tersebut menjadi rutin kepada mereka.  Ia sudah mendarah daging di dalam kehidupan mereka.  Bak kata orang tua, “alah bisa tegal biasa”.  Sehingga akhirnya perasaan benci dan terpaksa itu bertukar kepada suka dan rela.

Paksa Diri Sendiri Untuk Biasakan Diri Dengan Amal Soleh
Samada kita setuju atau tidak dengan sistem paksaan dan peraturan yang menyusahkan pelajar-pelajar ini, hakikatnya ia telah berjaya melahirkan ramai ahli ilmu dan ahli ibadah yang dihormati di kalangan masyarakat.

Mengambil pengajaran dari itu, kita sebenarnya perlu memaksa diri untuk melakukan amal-amal soleh seperti yang telah saya sebutkan di awal permulaan tulisan ini.  Untuk menunggu ia tiba-tiba mendarah daging dan tiba-tiba terasa enak untuk beribadah adalah suatu yang agak mustahil.

Mungkin kalian antara orang yang biasa melakukan amal soleh seperti bersolat di masjid secara berjemaah, berpuasa sunat, hadir majlis ilmu, qiamullail dan lain-lain lagi.  Tetapi tentu kalian juga kadang-kadang didatangi juga akan perasaan malas dan lemah untuk meneruskannya.  Sifat istiqamah inilah yang jarang ada pada diri ramai orang yang melakukan ibadah.  Ia sifat saya dan mungkin kalian juga.

Jadi, hendak atau tidak hendak, kita mesti paksakan diri.  Mesti kuatkan disiplin.  Mesti berlindung dengan ALLAH dari sifat malas dan lemah.  Mesti berlindung dengan ALLAH dari bisikan Syaitan.  Mesti mohon hidayah dan taufiq dari ALLAH.  Mesti sedar bahawa tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin ALLAH.  Mesti buat macam-macam usaha seperti jadual, sistem denda dan sistem alert kepada diri sendiri untuk dapatkan istiqamah.

Contohnya solat berjemaah di masjid.  Kita mesti paksa diri dengan mengingatkan diri sendiri akan kelebihan dan ganjaran dari ALLAH tentang amalan perbuatan itu.  Tentang marahnya Nabi sallAllahu `alaihi wasallam kepada lelaki-lelaki yang tinggal berdekatan masjid yang tidak hadir sama solat di masjid berjemaah.  Mesti sediakan jadual waktu solat supaya kita maklum tentang komitmen kita kepada waktu-waktu tersebut untuk berada di masjid.  Mesti buat alert system samada di dalam telefon bimbit atau jam.  Mesti minta rakan-rakan atau pasangan tegur untuk pergi solat di masjid.  Dan sebagainya.
Begitu juga tentang amalan-amalan soleh yang lain…

Sungguh tuan-tuan sekalian, kita mahukan diri kita ini hidup dalam keredhaan ALLAH.  Mahukan anggota-anggota yang dipinjamkan ALLAH ini berbuat amalan-amalan ibadah yang diredhai ALLAH.  Mahu istiqamah dengannya.  Mahu menjadi orang soleh seperti orang-orang soleh yang lain.

Tidak cukup hanya mahu berbuat begitu.  Tidak cukup hanya kagum dan cemburu dengan orang-orang soleh.  Tidak cukup!

Kita mesti paksakan diri.  Semoga sedikit demi sedikit hasil dari tindakan memaksa diri itu menghasilkan istiqamah di dalam diri kita, insyaALLAH.  Dan akhirnya menjadikan diri kita sebagai salah seorang hambaNYA yang amalan soleh bukan lagi lebih sebagai paksaan kepada diri, tetapi ia bertukar manis dan lazat tatkala melakukannya.  Seterusnya memperbaiki kedudukan kita di sisi ALLAH `Azza wa Jalla, amin…

NOTA KAKI
Sekadar berkongsi :)

Friday, April 27, 2012

Sebab Sebab Kenapa Perlu Berhenti Merokok!




Berhenti sekarang! Jangan tangguh esok! Bukan senang hendak berhenti dari tabiat merokok.  Bagi saya yang tidak pernah merokok, mungkin senang untuk menasihatkan kenalan-kenalan saya agar berhenti merokok.  Hakikatnya dalam hati mereka memang mempunyai niat dan azam untuk berhenti merokok.  Namun, mereka selalu gagal akibat banyak faktor.  Antara faktor itu ialah merokok sudah menjadi tabiat yang sukar ditinggalkan, ketagihan dan juga dorongan kawan-kawan.

Kenaikan kadar cukai ke atas produk tembakau dan kempen ilustrasi bahaya rokok yang tertera di atas kotak rokok gagal membuatkan para perokok meninggalkan tabiat yang sudah sebati dengan kehidupan mereka.  Namun, ada juga yang berjaya berhenti dari merokok.  Sepemerhatian saya, ada faktor-faktor yang memberikan mereka motivasi yang lebih untuk berhenti merokok.

Antara faktornya ialah agama.  Telah banyak fatwa dari para ulama Islam yang mengatakan bahawa merokok adalah haram hukumnya di sisi Islam.  Saya sendiri ketika remaja dulu pernah membaca atau mendengar fatwa tentang pengharaman merokok sekitar tahun 1991 atau 1992.  Fatwa tersebut telah dikeluarkan oleh ulama-ulama dari timur tengah.

Kini, alhamdulillah fatwa-fatwa di Malaysia yang dahulunya mengatakan bahawa merokok adalah makruh atau tidak jelas tentang pengharamannya, mula bertegas bahawa merokok adalah haram.  Dan keputusan tersebut telah disebarkan di banyak ceramah di surau-surau dan masjid-masjid.  Malah, ada sebahagian institusi agama mengeluarkan poster kempen memaklumkan tentang pengharaman merokok.



Hasil dari kempen ini, maka ramailah yang telah meninggalkan perbuatan merokok.  Kepayahan yang terpaksa mereka lalui tentunya dikira sebagai mujahadah di sisi ALLAH.  Mereka akur dengan ketentuan agama dan tunduk patuh dengannya.  Semoga ALLAH membalasi mereka dengan hasanah, amin…

Saya mempunyai beberapa orang rakan yang berhenti merokok.  Selepas mendapat anak yang pertama, mereka mula menanam azam untuk berhenti merokok.  Mulanya mereka mengurangkan bilangan puntung yang mereka hisap.  Akhirnya, mereka berjaya meninggalkan tabiat itu terus.

Kasihan kepada anak-anak yang terpaksa menyedut asap busuk dan bahaya dari ibubapa mereka yang merokok.

Seperti yang telah saya sebutkan di atas, bukan senang hendak berhenti merokok.  Namun, disebabkan oleh kasih-sayang dan tidak mahu menyebabkan anak-anak menghidu asap busuk dan bahaya dari rokok, maka dikorbankan tabiat tersebut.  Betapa besar kasih-sayang seseorang terhadap anak-anak dan ahli keluarga sehingga berjaya menukarkan seseorang dari perokok tegar kepada perokok ringan, seterusnya tidak merokok.

Banyak lagi faktor lain yang menyebabkan mereka berhenti merokok.  Namun, faktor dalaman iaitu kasih sayanglah yang menyebabkan seseorang itu dapat berhenti merokok.  Yang pertama, sayangkan agama.  Dan yang kedua, sayangkan keluarga.

NOTA KAKI
Berhentilah merokok.  Semoga ALLAH  mempermudahkan niat dan azam kalian untuk berhenti merokok, amin…

Doa Ketetapan Hati


Dalam kehidupan yang penuh ranjau ini, kita selalu dibisik oleh nafsu dan syaitan agar selalu melakukan perkara-perkara yang lalai dan dosa. Tentunya hati yang bertatahkan iman yang kukuh merupakan benteng yang ampuh bagi menangani godaan-godaan itu.

Masalahnya, hati kita juga selalu berbolak-balik dan malah iman kita juga selalu naik dan turun. Di bawah ini adalah satu doo yang selalu diamalkan Nabi supaya hati kemas dan tetap di atas agamaNYA dan taat kepadaNYA:


Pintalah sungguh-sungguh dengan ALLAH dengan doa ini. Hafallah ia dan bacalah selalu samada dalam solat atau luar solat:

َاَللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوْبِ, صَرِّفْ قُلُوْبَنَا عَلَى طَا عَتِك
(Ya ALLAH, Tuhan yang mengarahkan hati-hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadaMU)َ


اَللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ, ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِك
(Ya ALLAH, Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati, tetapkanlah hatiku pada agamaMU)


Doa ini selalu diamalkan oleh orang-orang soleh zaman berzaman sebagai mengikuti sunnah Nabi yang selalu membacanya.  Dan insyaALLAH, ia benar-benar mujarab dalam menetapkan hati kita di atas agama dan jalan ALLAH seandainya dibaca dengan penuh tulus dan istiqamah.

Hayati makna doa ini dan pintalah sungguh-sungguh dengan ALLAH.  KepadaNYA lah kita pinta akan hidayah dan taufiq.

Semoga hati-hati kita diarahkan untuk taat kepada ALLAH dan diteguhkan hati-hati kita semua pada agamaNYA, amin…

NOTA KAKI
Hidup ini banyak dugaan dan halangan.. Cubaan :)

Thursday, April 26, 2012

Sucikan HATI, Bersihkan JIWA


Pertama sekali kita kena faham idea atau ilham datangnya dari dua sumber. Pertama sumber yang baik dan kedua sumber yang tidak baik. Idea dari sumber yang baik pun kadang-kadang sebenarnya datang dari sumber yang tidak baik. Bukankah syaitan menggunakan pelbagai taktik untuk menipu manusia. Diberinya dorongan untuk melakukan sembahyang tetapi tengah-tengah sembahyang itu dibangkitkan rasa riak, leka dan lalai.

Sebenarnya memang agak sukar untuk mendapat idea dari sumber yang baik. Maklumlah kita ni baik manalah. Kebaikan kita dibauri pelbagai perasaan, kalau nampaknya baik sekarang, hujungnya berkait juga. Macam orang berbuat baik dengan kita sebenarnya hendak meminjam duit di hujung.

Jadi, usah hairan dengan orang yang banyak idea. Mungkin ideanya datang dari sumber jahat yang diwarnai oleh warna-warna menarik sehinggakan ia kelihatan baik.
Oleh itu, penyucian jiwa kena dilakukan berterusan. Dia tidak boleh berpuas hati dengan proses penyucian seminggu sekali sahaja tetapi mesti dilakukan hari-hari. Bagaimana? Bukankah kita biasa melihat orang lelaki hanya sembahyang Jumaat seminggu sekali atau setahun sekali pada hari raya?

Lakukanlah proses penyucian hati setiap hari paling tidak lima kali sehari semalam, iaitu sembahyang fardu. Sistem omboh dalam kereta kita akan menghimpun karbon jika minyak yang digunakan tidak bersifat menyuci. Demikianlah jiwa kita manusia. Setiap saat ia menghimpun jelaga kekotoran, maka penyucian mesti dilakukan setiap masa.
Ini bermakna solat lima kali sehari semalam mungkin tidak mencukupi. Tambahlah dengan solat-solat sunat dan amalan-amalan zikir yang lain. Misalnya amalan Zikir Al-Mathurat, ia satu teknik menyucikan hati yang amat berkesan.

Orang yang bersih jiwanya selalunya juga akan memiliki minda yang tenang. Minda yang tenang atau dalam arus alpha ini, insya-Allah bakal mencetuskan ilham-ilham yang lebih baik. Manakan tidak, hatinya suci, mindanya bersih, apalagi idea yang akan muncul? Apakah masih buruk?

Kalau anda lihat sekeliling, ramai orang memakai topeng berwajah syaitan ketika menjalani hidup masing-masing. Tanyalah orang ini, apakah dia ada amalan-amalan zikir sebagai proses penyucian hati dan minda? Selalunya tiada. Tanyalah pula orang yang penuh dendam kesumat, apakah mereka orang yang solat? Jawapannya tidak. Jika iya pun, solat mereka itu tiadalah nilainya di sisi ALLAH sebab ia dilakukan dengan tergesa-gesa, tidak betul, atas maksud-maksud tertentu dan sebagainya. Bukankah ALLAH berfirman, antara maksudnya, solat itu mencegah dari kemungkaran. Andainya seseorang itu solat tetapi berbuat mungkar juga, itu tandanya solat-solat berkenaan tidak diterima.

Andainya anda suatu hari dikurniai idea yang banyak, anda akan dapati anda semakin banyak dimusuhi. Eh, mengapa? Lumrah manusia, tidak suka melihat orang lebih daripada dirinya. Tambahan jika anda bukanlah siapa-siapa, kelulusan pun tiada tetapi idea anda mantop, dan meletup-letup, anda akan dapati ramai orang sakit hati oleh keupayaan anda itu. Cabaran untuk anda kekal sebagai kilang idea mungkin terencat dek sibuk melayan kerenah golongan ini.

Nasihat saya, fokus. Usah lari dari fokus apa-apa juga perkara baik yang anda lakukan. Padukan niat segalanya yang anda lakukan adalah kerana ALLAH untuk ALLAH. Itulah motivasi terbaik insan hebat berdepan dengan manusia yang tidak ingin bersaing secara sihat. Dalam kata lain, jiwa yang kotor sudah tentu tidak akan sealiran dengan jiwa yang bersih, suci lagi syahdu.

NOTA KAKI
Fokus-fokus, hidup ini perlu ada matlamat :)


Wednesday, April 25, 2012

Ujian Itu Dugaan


Sungguh ujian yang datang kadang-kadang buat hati rasa sakit. Kadang rasa ingin berputus asa tapi terus beringat bahawa Allah itu lebih mengetahui. Mungkin diberikan keadaan ini untuk gantian yang lebih baik buat masa yang akan datang. mana kita tahu kan? Lagipun, orang yang selalu diberi ujian, maknanya Allah sayang. 

"Allah beri ujian dekat kita, maknanya kita insan terpilih. Bukan semua orang melalui apa yang kita lalui dan bukan senang Allah nak beri perhatian kepada kita. Jadi, bersyukurlah dan berbahagialah dengan ujian itu dan laluilah perjalanan itu dengan sabar." -Kakak Usrah-

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
[Al Baqarah ayat 241]


Keikhlasan kita pasti saja akan diuji.
Bilamana kita berkata kita bekerja untuk Allah dan Islam, 
tapi kita sedikit pun tidak diuji, mesti ada yang tak kena di mana-mana.

Maka jika sedang diuji, bersangka baiklah kepadaNya.
Kerana ujian itulah yang akan membuktikan keikhlasan seseorang.
Jadi, bergembiralah.

NOTA KAKI
Ujian itu indah :)

Tuesday, April 24, 2012

Sayangilah Kucing Anda


Assalamualaikum. Kucing, siapa SUKA dan SAYANG kucing? Aku tahu tak semua sayang kucing macam aku sayang mereka. Kucing itu comel kan malah kucing itu juga haiwan kesayangan Rasulullah SAW tapi aku pelik dengan sikap sesetengah manusia yang suka mendera Si Comel ini. Dera macam mana tu? Ok, sebagai contoh macam ni lah. Kenyataan yang berlaku.

Ada seorang makcik. Kucing ni selalu pergi rumah dia tapi dia ni memang tak suka kucing. Sekali entah benda apa yang merasuk, dia pergi simbah kucing tu dengan air panas. Tujuan, nak halau kucing tu. Boleh pula dia kata lepas disimbah kucing tu dengan air panas, "Hah baru kau rasa. Lain kali jangan datang rumah aku lagi, kan dah kena!" Allahu Allah, sedihnya. Nasib baik air panas tu jumlahnya sedikit. Alhamdulillah kucing tu selamat sampai sekarang. 

Kucing juga makhluk Allah, jangan didera begitu. Jika ada seseorang yang berani mendera kucing, maka berani jugalah dia menghadapi balasan yang akan diberi olehNya sama ada di dunia ataupun di akhirat. Balasan yang sangat berat. Sanggupkah dia? Allahu Akhbar. Allah itu Maha Adil. Setiap perbuatan ada balasan. Jangan ambil ringan.

Ingatlah hamba Allah yang disayangiNya sekalian, dalam sebuah hadis sahih Bukhari dan Muslim. Ibn Umar RA meriwayatkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Seorang wanita dimasukkan ke neraka kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan dan minum sehingga mati kelaparan." 

Tiada sebab mengapa haiwan harus didera, jika tidak kerana hati yang keras dan tidak bertimbang rasa. Memang hati yang keras tidak pernah mengenal mangsa sama ada kucing mahupun manusia. Renungkan-renungkan!

Marilah berkasih-sayang dengan kucing atau haiwan yang lainnya. Bila kita kasih kepada kucing@haiwan yang lain-lain tuh, hati kita akan jadi lembut dan selalunya orang yang suka dan sayang dekat kucing dan haiwan-haiwan yang lainnya, mereka seorang yang penyayang. So, jomlah jadi orang penyayang! Hehe :D

NOTA KAKI
Kucing Oh Kucing :)

Monday, April 23, 2012

Bersyukurlah Dengan Apa Yang Ada


"Aduh! Hari-hari makan roti berintikan kaya jer. Bosan betul!" Keluh Aiman. Digigit-gigitnya roti di tangan tanpa perasaan. Sedang dia duduk di tepi jalan sambil menikmati roti tersebut, matanya melihat sebuah situasi.

"Encik, tolonglah saya! Beri makanan sedikit pun tak apalah asalkan anak saya tak kelaparan."Rayu seorang wanita yang kelihatan comot kepada seorang penjual di tepi jalan. Di sisinya terdapat anak kecil yang kelihatan polos saja. 

"Hah! Jangan nak mengemis dekat sini. Nanti semua pelanggan aku lari. Dah pergi sana!" Halau si penjual sambil melayang-layangkan tangannya ke depan. 

Aiman yang melihat situasi itu hanya terkedu. Dipandang roti yang hampir habis di makannya. Dia mula bermonolog sendirian..

"Aku masih punya roti untuk dimakan tapi wanita itu? Sungguh aku manusia yang tak tahu bersyukur. Hanya tahu mengeluh saja. Haiihh walaupun hanya secebis roti, tapi itu tetap sebuah nikmat  dan rahmat dariNya yang harus aku syukuri. Sekurang-kurangnya aku masih ada makanan untuk dimakan bukan seperti wanita tadi. Terpaksa menebalkan muka dan meminta-minta hanya untuk mendapatkan secebis makanan. Kau harus bersyukur, Aiman. Bersyukur!"

Aiman mula bangkit dari tempat yang dia duduki. Tangannya mula mengagau ruang poket seluarnya. Keluar dua keping wang kertas berwarna biru. Langkahnya dituju ke arah kedai tersebut lalu tangannya pantas mengambil dua keping roti. Setelah selesai semuanya, matanya melilau mencari kelibat wanita tadi. 

"Yeahh itu dia!" Sorak Aiman perlahan. Langkah diatur. Sebaik saja sampai di hadapan wanita tersebut, dihulurkannya dua keping roti tadi. Ternyata wanita itu terpinga-pinga. Aiman senyum.

"Ambillah kak. Akak dengan anak akak tentu lapar kan?"

"Berapa harga roti ni dik, akak tak mampu nak bayar." Muram saja wajahnya.

"Takpe kak. Cuma doakan saja saya dikurniakan kesenangan di dunia mahupun akhirat. Itu pun sudah cukup memadai." Balas Aiman tenang.

"Terima kasih dik! Semoga Allah balas kebaikan adik dengan kebaikan juga, berlipat kali ganda. Amin!" Kata wanita tersebut dengan wajah ceria.

Aiman hanya senyum. Sungguh hatinya kini bagai ada satu perasaan yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata tapi apa yang dia tahu, hatinya rasa PUAS! Puas untuk apa dia juga masih memikirkannya. Dia dapat merasai bahawa sungguh Allah masih sayang akan dirinya. Tatkala dia mengeluh, Allah kembali menyedarkan dia dengan situasi yang dilihatnya tadi. Allah masih lagi memberinya peluang untuk mengenal erti syukur. Alhamdulillah. Dan ternyata benar, berkongsi nikmat dan pemberian Allah dengan makhluk Allah yang lain sangat menceriakan hati dan menenangkan jiwa. Lapar yang dirasainya tadi seolah-olah hilang apabila melihat si kecil dan ibunya menikmati makanan yang dibelinya. Alhamdulillah Ya Allah!

Pandanglah ke bawah.
Untuk menyedari nikmat yang melimpah.
Pandanglah ke atas.
Untuk menginsafi amalmu yang terbatas.
Moga di situ nanti takut dan harapmu bersemi.

Kadangkala mahmudah tidak tercapai dengan amalan.
Tapi harus ditempa oleh kerikil ujian.
Seringkali kealpaan dan mazmumah diri.
Diperingatkan oleh kesempitan rezeki.

Sejauh mana kita mengasihi manusia.
Dibatasi oleh seutuh mana kasih kita pada Yang Esa.
Hitunglah kesyukuranmu.
Bukan kesukaranmu.

Kadangkala Tuhan menyempitkan.
Agar engkau tidak hanyut dalam kesenangan.
Kadangkala Dia melapangkan.
Agar engkau tidak terlalu dalam kesempitan.
Kadangkala Dia melepaskan engkau daripada kedua-duanya.
Agar engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain dariNya.

Rahmat Allah itu terbentang sangat luas.
Buat hambanya yang menagih kasih dan keredhaanNya. 
Jadilah hamba itu.


NOTA KAKI
Kenikmatan yang bertandang. Terkadang tidak dihiraukan. (Lepas dari pandangan) Dan bila hilang barulah dikesalkan. Pernah dengar? Itulah bait-bait lagu erti syukur yang dinyanyikan oleh UNIC. Lagu yang memberi inspirasi untuk menghasil cerita ringkas ini. Buat pengajaran kita bersama. Selain itu, izinkan aku berkata sepatah dua, huhu. Manusia itu tidak pernah puas dengan apa yang dia terima. Namun manusia, belajarlah untuk bersyukur walaupun apa yang diterima hanya sedikit. Sekurang-kurangnya kamu masih dikurniakan pemberian sedangkan manusia yang lain? Satu lagi, sebelum kamu mengeluh, lihat dulu manusia lain disekeliling kamu. Di situ nilailah, layakkah kamu mengeluh? Sama-samalah kita fikir yer :)

Sunday, April 22, 2012

Bukan Semua Insan Menemui Kebahagiaan Di Pengakhiran Cerita. Itulah Kehidupan.


Kehidupan itu bukannya seperti yang digarapkan dalam novel-novel cinta. Kehidupan itu bukan semuanya mesti berakhir dengan kebahagiaan, itulah kenyataan. Setiap insan yang hidup dalam dunia ini sudah ditakdirkan bagaimana kehidupan mereka. Mungkin hidup seseorang itu diuji dengan pelbagai ujian sehinggakan mata-mata lain yang melihat memalingkan wajah mereka, tidak sanggup menatap wajah yang sedang menerima ujian itu.

Namun insan yang diuji itu tetap tersenyum dalam kesedihan, ketawa dalam tangisan. Bibirnya tenang melafazkan, Allah sangat cinta dan sayang pada dia. MasyaAllah. Walaupun kebahagiaan tidak terasa di dunia, tapi kehidupan selepasnya pasti penuh keindahan. Allah sudah menetapkan balasan bagi orang-orang yang bersabar.

Yakinlah, walaupun hidup di dunia berakhir dengan sad ending, tapi di sana nanti happy ending pasti muncul, disana yang abadi. InsyaAllah. Cinta yang dibina antara dua insan itu pula bukan cinta kosong tetapi cinta yang punya pengertian yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang sentiasa mencari cinta Tuhan.

Cinta yang ikhlas kerana Allah pasti akan diuji dan sesiapa yang berjaya dalam ujian itu, kebahagiaan pasti akan menanti tidak kira dimana saja dia berada. Disitu tamatlah pencarian cinta yang hakiki antara dua insan itu. (My Heart Says)

NOTA KAKI
InsyaALLAH, semuanya sudah ditentukan :)

Sekadar Nurkilan Dipaksa & Terpaksa


Hati siapakah mampu menahan rasa terkilan
Setelah percintaan dihujani halangan
Sia-sialah aku berkorban selama ini
Andai dirimu tak mampu aku miliki

Pernah jua ku terluka dihiris belati tajam
Walaupun rasa pedih masih mampu ku menahan
Tapi kini aku luka erti luka perasaan
Walaupun tak berdarah bisa buat aku gundah

Kutahu cintamu amat kuat untuk diri ini
Namun tak memberi erti
Jurang pemisah di antara kita
Makin hampir ketara

Hina sangatkah aku pada pandangan keluargamu
Hingga sewenang tohmahan dilemparkan
Engkau hanya bisu melihat aku
Yang bermatian seorang menepis hinaan

Oh kasih andai ini kesudahan
Ikhtiarku tiada lagi
Walau kita saling sayang
Terpaksa kuundur diri

Agar tiada pihak terluka kerna kita
Kau dipaksa lupakan aku
Dengan rela kau menurut
Ku terpaksa lepaskan mu
Walau sayangku bertahun..

NOTA KAKI
Jodoh itu Rahsia Illahi, dan Dia mengatakan awak untuk saya, dan saya untuk awak :)


Feelings... ON or OFF?


Alangkah indahnya jika perasaan boleh dimatikan dan dihidupkan,
Kalau ada perasaan dekat orang yang takda perasaan kat kita, kita matikan perasaan,
Kalau orang ada perasaan dekat kita tapi kita takda perasaan, kita tekan suis hidupkan perasaan,
Huish, senangnya hidup.

Banyak hati akan terjaga jika ada suis on off ini,
Hati sendiri pun lebih terjaga.
Siapa mahu suis hidup mati ini?

NOTA KAKI
Hanya ALLAH yang tahu :)



Saturday, April 21, 2012

Apa Itu SOLEHAH (Part 3)


Bila kita akan bernikah? 

Insya-Allah, di saat apabila kita memerlukannya nanti. Allah akan memberikan kepada kita apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita mahu.

Dekatkan diri kita dengan Allah, baca al-Quran selalu, solat berjemaah, hidupkan solat Dhuha dan tahajjud. 

Jangan takut untuk clash. Jangan takut untuk tinggalkan apa yang bukan hak kita. Yakinlah bahawa Allah akan membalas sesuatu perkara itu dengan sesuatu yang lebih baik. 

“Kenapa kamu terlalu yakin dengan tuhan?” 

Kalau bukan dengan janji Allah dan pesan Rasulullah SAW yang kita yakini, maka janji siapa lagi yang kita boleh pegang secara jujurnya pada zaman sekarang? 

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi, boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyenangi sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."  
[QS al-Baqarah, 2:216] 


"Seluruh dunia ini adalah perhiasan dan perhiasan terbaik di dunia ini adalah wanita yang solehah.” 
[HR an-Nasa’i dan Ahmad]

Setiap wanita pula perlulah mempersiapkan diri mereka untuk menjadi wanita solehah samaada yang belum berkahwin atau yang telah bersuami. Kerana sesungguhnya sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah. Di akhirat nanti wanita yang solehah di dunia ini apabila ia dimasukkan ke dalam Syurga, kedudukannya lebih cantik dan mulia daripada bidadari Syurga. Seandainya kedua-duanya suami dan isteri yang soleh dan solehah, andainya mereka dapat memasuki Syurga mereka akan di nikahkan semula oleh Allah s.w.t. di Syurga dan ini adalah kenikmatan yang tidak ada tolok bandingnya.

THE END of Apa Itu SOLEHAH

NOTA KAKI
Wanita yang baik (solehah)adalah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka


Friday, April 20, 2012

Apa itu SOLEHAH (Part 2)


Untuk siapa mereka itu?

Hanya lelaki yang soleh sahaja yang boleh dikatakan layak untuk mendapatkan wanita solehah. Persoalannya, siapakah lelaki yang soleh itu? 

Mudah saja, ciri-ciri dia lebih kurang sama. Dalam surah yang sama, ayat dalam post yang lepas, iaitu mestilah seorang lelaki yang menjaga pandangan dia, memelihara kehormatan. Lelaki yang soleh juga merupakan seorang lelaki yang memiliki cinta. Cinta yang juga hanya mampu diberikan kepada seseorang yang meletakkan cinta dia, hanya pada Allah juga.” 

“Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” 
[An-Nuur, 24:30] 


Islam itu praktikal. Begitulah ceritanya secara teori. Sekarang mari kita berbicara mengenai part yang praktikal, sebab Islam itu agama yang praktikal, bukan teori semata-mata. 

Saya nak ajak kita semua lihat kembali ke dalam diri kita. Adakah kita sudah menjadi seorang yang soleh atau solehah? 

Seseorang yang sangat menjaga pandangannya. 

Seseorang yang berhias kerana takutkan Allah. 

Seseorang yang memastikan hati mereka terbentuk dengan sangat baik, sebelum berbicara masalah penampilan luaran. 

Seseorang yang sangat menjaga kehormatan. 

Dan juga seseorang yang tidak menduakan atau mentigakan cinta kita pada Allah? 

Kalau belum, marilah kita sama-sama memperbaiki diri kita sementara masih belum terlambat. 

Selagi kita masih hidup, 

Selagi kita masih mampu untuk membaca ayat Allah untuk diri kita dan orang lain, mampu bernafas untuk mengingat Allah, mampu berkata untuk menyampaikan kebenaran hakiki dan mampu bergerak untuk melaksanakan tugas dakwah dan tarbiyah demi agama Allah. 

“Kamu ingat semua orang bertuahkah untuk mendapat cinta berpaksikan keimanan?” 

Sekurang-kurangnya kita berusaha daripada tidak berbuat apa-apa. 

“Allah tidak adil!” 

Sebelum kita berbicara tentang adil atau tidak Allah kepada kita, lebih baik kita lihat diri kita semula. Adakah kita sudah cukup adil dalam berurusan dengan Allah? 


Mahu atau tidak? 

"Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya, Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya, Sungguh beruntung orang yang mensucikannya (jiwa itu),  
Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya"  
[As-Syam, 91:7-10] 

Terpulanglah pada diri kita. Bagaimana mahu melihat ke dalam satu-satu isu itu. Melalui pandangan akal berpandukan wahyu, atau pandangan akal yang disandarkan kepada hawa nafsu. 

Satu benda yang kita kena faham dan ingat baik-baik ialah Allah SWT akan bertindak sesuatu kepada kita setelah kita yang bertindak terlebih dahulu. 

Jika kita mahukan pasangan hidup yang soleh ataupun solehah. Maka kita adalah orang yang pertama sekali kena memulakan langkah ke arah itu. Dan apabila kita sudah memulakan langkah, jangan pernah mengenal kata putus asa. 

“Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)” 
[An-Nuur, 24:26]

Jelas Allah kata, perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya. 

Jadi, kalau kita mahukan seorang isteri yang solehah, mentarbiyah dirinya dengan baik, seorang yang bakal mendidik anak-anak nanti dengan sempurna, seorang yang meletakkan cintanya pada Allah, maka kita kena jadi macam itu dahulu. Insya-Allah, Allah Maha Tahu, apa yang kita perlukan. 

"Harta yang paling utama adalah lisan yang berdzikir, hati yang bersyukur, dan isteri solehah yang membantu suami menegakkan imannya." 
[HR Tirmidzi]

Bahkan di dalam Al-Quran, Allah SWT menjanjikan kepada orang lelaki yang beriman dan beramal soleh dengan balasan bidadari sebagai menggalakkan mereka beribadah. 

Tak perlu dah yang namanya couple tak islamik atau islamik, mesej-mesej sebelum nikah dan lain-lain. Buang masa, tambah dosa. Kalau endingnya pernikahan sekalipun, apa jaminan keberkatan Allah bersama kita seandainya kita melakukan satu perkara ibadah, tetapi dicemari dengan nilai kemaksiatan. 

Air banyak manfaatnya. Minyak pun banyak manfaaatnya. Tetapi jika air telah bercampur dengan minyak, maka apa lagi manfaatnya?

Maaf kalau saya katakan bahawa kebanyakan orang zaman sekarang mempunyai corak fikir yang sangat kolot. Mereka merasakan bahawa mereka perlu mencari kasih sayang dahulu sebelum bercerita mengenai pernikahan. Kemudian dari situ, mereka akan cuba sedaya upaya melahirkan rasa cenderung dan tenteram terhadap pasangannya itu, kemudian apabila rasa sesuai dengan mata hawa nafsu, barulah nak jadikan isteri. 

Itu salah! 

Secara sedar atau tidak. Kita telah menterbalikkan aturan yang telah ditetapkan oleh Allah.

“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.” 
[Ar-Rum, 30:21] 

Perhatikan elok-elok. Dan siapakah kita untuk mengatakan sesuatu selain ini?

“Kalau tak bercouple, macam mana nak kenal pasangan kita?” 

Soalan saya. Apa jaminan kita akan kekal bersama si dia yang kita cintai setelah kita kenal dia melalui proses couple? Kebanyakan dari sebab kenapa pasangan suami isteri bercerai adalah kerana lemahnya pegangan agama dalam diri masing-masing. Bukan kerana mereka tidak bercouple!

Apabila mak dan ayahnya sendiri sudah jauh dari pengajaran al-Quran, maka apa akan jadi pada anak-anak?

Persoalannya, Siapakah bakal mak dan ayah itu?



NOTA KAKI
Bersambung dalam Part 3 :)

Thursday, April 19, 2012

Masa Semakin Suntuk..


Sunyi...

Bukankah sunyi itu mendekatkan diri pada Allah?
Bukankah sepi itu merapatkan hati pada Illahi?
Bukankah sunyi dan sepi itu tenang yang Ar Rahman anugerahkan?

Melihat ayam itik direban, merenung buah mempelam yang merimbun didahan, meneguk nyaman air kelapa muda yang segar melegakan, menelan cempedak goreng yang manisnya tak mampu digambarkan... semuanya buat saya mencari mana perlu diletakkan rasa syukur yang menggunung.

Biarpun adakala sepi itu kadang menyakitkan, saya perlu menukar rasa itu. Mengingatkan diri bahawa itu adalah kelebihan yang tak ada pada kehidupan yang lalu. Bukankah ini yang pernah saya impikan...?

Impian saya... hajat dan keinginan saya... Kembali ke desa dan berbakti pada ayah bonda, menemani mereka melalui hari tua dengan ceria. Walaupun ayah dan bonda yang saya temani kini adalah mertua, tapi nyata sekali kasih sayang mereka pada saya melimpah tak terucap dek kata-kata.

Lalu kenapa harus ada rindu untuk kembali pada masa lalu di rantau sana?

Saya ingatkan diri sendiri... rindu itu adalah ingatan. Dan selagi kita bergelar manusia dan bukan mayat, rasanya ia tak boleh dielakkan.

Saya rindu untuk menulis... mencoret rasa di sini. Cuma... dalam sepi dan sunyi itu, sibuk juga seiring dan sebati.

Sungguh saya kesuntukan masa....

NOTA KAKI
Masa selalu mencemburui kita :)

Wednesday, April 18, 2012

Apa itu SOLEHAH? (Part 1)


Soalan yang sebenarnya sudah terlalu ramai orang yang membahas mengenainya. 

“Abang, apa itu wanita solehah?”  
“Hmm. Susah nak jawab ni. Kenapa?”  
“Saje nak tahu. Apa yang dimaksudkan dengan wanita solehah dan lelaki yang soleh. Saya keliru lah.” 
Keliru? Hmm.. Pelik. Tapi, tidak mengapalah. 

Generally, wanita solehah ni bukanlah sejenis pokok ataupun sejenis galian. Tetapi, mereka sama je macam wanita-wanita yang lain. Ada mata, telinga, perasaan dan lain-lain. Cuma mungkin perbezaan yang dapat kita lihat itu tiada pada zahirnya, tetapi terletak pada sudut yang kita tak mampu untuk melihatnya, kecuali Allah. Itulah hati. 

Wanita yang solehah adalah mereka yang tidak melihat. 

Wanita yang solehah juga adalah mereka yang tidak dilihat. 

“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara-saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara-saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama Islam) mereka, atau hamb sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhdap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” 
[An-Nuur, 24:31] 

Panjang bukan? 

Tetapi, inilah ayat Allah yang mengajarkan kepada kita mengenai salah satu ciri-ciri yang ada pada mereka yang solehah. 

Mereka tidak melihat bukan sebab mereka butakan mata mereka, tetapi mereka sedar dan faham akan ayat Allah. 

Mereka tidak dilihat bukan sebab mereka tidak menarik, tetapi kerana pakaian serta perhiasan yang digunakannya adalah berasaskan ketakwaan. 

Contoh mudah, jika seorang wanita itu memakai hijab kerana takutkan Allah. Maka kita juga takut untuk melihat ke arah dia. Walaupun kita berpeluang. Bukan takut sebab dia macam hantu ke apa, tapi kerana dia memakai hijab itu atas dasar takwa. Takut kepada Allah.

Tetapi, jika seorang wanita itu memakai hijab kerana fesyen atau mahu dilihat oleh manusia, maka sebab itulah kita pun seronok je kadang-kadang melihat mereka. Sebab yang membezakan antara keduanya hanya satu sahaja. Mereka memakai hijab bukan lagi atas dasar takwa. 

Itulah dia antara ciri-ciri wanita solehah. Mereka tidak akan cuba untuk mencari ruang dan peluang untuk mengenal lelaki dengan sebab yang peribadi atau personal, tidak akan mencari ruang dan peluang untuk supaya dirinya menjadi perhatian para lelaki, dan inikan pula kalau membawa kepada menggadaikan kesucian nilai cinta pada lelaki dengan sarana yang ada pada zaman sekarang ni, seperti couple atau yang lebih teruk lagi, zina.

“Macam mana nak tahu mereka ni wanita solehah?” 

Mudah saja nak tahu dia solehah ke tidak. 

In real case, kalau dia yang mula dulu nak kenal dengan kita, tiba-tiba mesej, bagi hadiah dan segala macam, maka di wanita murahan. Sebab cinta yang dia miliki itu terlalu murah, hinggakan ianya boleh dibeli hanya dengan mesej yang nilainya satu atau dua sen sahaja (tak termasuk cukai 6%). Ataupun boleh dibeli hanya dengan hadiah atau makanan yang harganya mungkin dalam RM200 gitu saja. Terlalu murah. Inikan pula kalau hanya sekadar chatting di Facebook atau mana-mana. Heh.

Mungkin agak kasar. Tetapi itulah realiti yang pahit terpaksa kita telan.

Tetapi, kalau dia seorang wanita yang solehah, cintanya hanya boleh dibeli dengan cinta kita pada Allah SWT dan satu perkara yang pasti ialah, melalui proses yang sangat suci iaitu ikatan pernikahan.” 

“Jadi, macam mana kalau seorang wanita yang solehah ni nak berurusan dengan lelaki?” 

Adapun bergaulnya wanita solehah ini adalah atas sebab-sebab yang umum. Meeting.. Study group.. Selagimana ianya tidak bersifat personal. Sebab, Allah tak melarang percampuran antara lelaki dan perempuan. Tetapi, Allah cuma mengehadkan pergaulan antara lelaki dan perempuan, kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita dan apa kelemahan kita. Dia yang ciptakan kita. Macam kalau kita cipta satu robot. Kita mesti tahu, apa kelebihan robot tu dan kita juga tahu kelemahan robot tu.

Macam itu perumpamaannya untuk Allah, Pencipta diri kita sendiri. (sekadar perumpamaan) 

Kenapa Dia suruh kita jaga pandangan kita? 

Kerana Dia tahu di mana titik kelemahan kita. Dari mata, turun ke hati, lepas tu. Habis gelaplah hati tu.Kesian. Bila hati dah gelap, apa jadi? Maka kita yang kononnya moden ni akan jadi seperti mereka yang pernah kita gelar Arab Jahiliah dahulu. 

“Couple, ‘ringan-ringan’, zina, bunuh bayi dan lain-lain…” 

Jika indah peribadi seorang wanita itu, maka dia akan menjadi perhiasan yang paling indah. Jika buruk peribadi seorang wanita itu, maka perhiasan itu mungkin masih indah, tetapi hanya pada mata hawa nafsu.

Ok, cukuplah cerita tentang wanita solehah. Tak leh banyak-banyak. 

[END PART 1]

NOTA KAKI
Fuh, nak describe SOLEHAH ni complicated :)

Rasa Kecewa


Setiap antara kita pernah rasa kecewa dengan sesuatu yang terjadi dalam hidup kita. Mungin kita pernah kecewa dengan masalah keluarga, putus cinta atau gagal mencapai sesuatu yang kita impikan dan usahakan selama ini. Rasa kecewa adalah sesuatu yang normal dan adakalanya sukar dielakkan namun jangan sesekali membiarkan rasa kecewa ini menguasai diri kita.

Rasa kecewa yang ada dalam diri kita kalau tidak dapat dikawal boleh menyebabkan kita mengalami masalah kemurungan atau tekanan perasaan. Sekiranya ianya dibiarkan begitu sahaja, ada kemungkinan kita akan bertindak di luar dugaan seperti cubaan membunuh diri.

Ada pelbagai cara untuk kita cuba mengurangkan rasa kecewa yang ada dalam diri kita..antaranya :-

1) Terima Kenyataan - setiap apa yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmahnya. Kita perlu redha dengan segala ketentuanNya. Adakalanya sesuatu yang terjadi dalam hidup kita adalah untuk menyedarkan dan menginsafkan kita.

2) Berfikir Secara Positif - jangan terlalu mengikut perasaan dan emosi. Kita perlu kawal perasaan kita. Cuba pandang masalah kita dari pelbagai aspek. Berusaha untuk bangkit semula dan ubah nasib kita.

3) Luahan Perasaan - cuba luahkan masalah kita kepada seseorang yang kita percayai seperti keluarga ataupun sahabat baik. Cuba dapatkan pandangan dan nasihat dari mereka. Pastinya nasihat dan semangat dari mereka dapat membantu mengurangkan kekecewaan kita.

4) Permulaan Baru - cuba beri tumpuan pada hidup kita. Cari punca kekecewaan kita dan cuba untuk tidak mengulanginya. Fokuskan kepada sesuatu yang mampu membangkitkan semula semangat kita. Jangan biarkan perkara yang remeh menghancurkan hidup dan masa depan kita.

Memang bukan mudah untuk memadamkan rasa kecewa yang kita alami. Namun kita tak sepatutnya membiarkan sesuatu dugaan menjadi penghalang untuk kita terus maju melangkah ke depan. Gagal hari ini tidak bermakna kita gagal selamanya. Tiada siapa yang dapat mengubah nasib kita melainkan kita sendiri yang cuba mengubahnya.

NOTA KAKI
Jangan lah memendam rasa, kelak memakan diri :)

Tuesday, April 17, 2012

Oh Indahnya..


Pada fitrahnya, kita manusia ini memang dijadikan berkeinginan untuk disayangi. Kita suka betul kalau ada orang yang sayang. Lebih-lebih lagi kalau orang itu merupakan orang kesayangan kita. Tak kisahlah siapa. Mak abah ke, adik beradik kita ke, kawan-kawan kita ke atau sesiapa pun. Rasa seronok kalau ada orang ambil berat tentang kita.
Kita pun mesti rasa seronok kalau dapat ambil berat hal orang kesayangan kita. Kita ambil tahu perasaan dia, masalah dia dan keinginan dia. Kemudian kita cuba gembirakan dia, cuba berkongsi masalah dia dan cuba tunaikan keinginan dia.
Apa kita dapat kalau kita ambil berat orang kesayangan kita?
Kita pasti rasa puas dan gembira kalau kita berjaya buat dia rasa gembira, kalau kita berjaya tolong selesaikan masalah dia dan kalau kita berjaya penuhi keinginan dia. Setiap kali orang kesayangan kita itu tersenyum bahagia bila kita ambil berat, mesti timbul rasa kepuasan dalam diri kita. Then, kita pun boleh tersenyum bahagia bersama.
Indah kan?

NOTA KAKI
Kalau ada orang ambil berat hal kita, kita pun ambil berat lah hal dia supaya boleh tersenyum sama-sama.



Monday, April 16, 2012

Bila Tak Cukup Tidur..

Bila tak cukup tido, macam-macam boleh terjadi. Boleh tahan bahaya rupanya kalau tak cukup tidur ni. Senang cerita bagi yang insomnia. dah pukul 3 pagi mata duk bulat lagi.

Memang kita boleh bertahan beberapa hari kalau tak tidur, tapi sebenarnya tubuh kita sedang menuju ke arah keburukan. Ada orang tak boleh tidur sebab banyak fikirkan masalah, ada yang sebab jaga baby, jadi waktu tidur kucar kacir, ada juga sebab travel, dah jadi keliru time tidur. Ada juga sebab obes, berat melampau. ada lagi sebab mempunyai masalah jantung. Banyak lagi saya nak state kat sini.

Bila kita tak boleh tidur, efek pertama yang di rasai adalah LETIH sangat. Kita kan jadi mudah marah, pelupa, dan paling tak best, sistem kekebalan tubuh kita menurun. Jadi bila sistem imun kita dah lemah, kita mudah diserang penyakit. Dan korang mesti tak nak tertidur depan awek cun kan..or tertido time boss tengah marah? Jangan biar KENA BUANG KERJA KERANA MASALAH MENGANTUK!

Ni bukan omong kosong ye. Saya sempat jugak study kat web National Sleep Org. Memang disarankan kita berubat supaya mudah tidur. Kita juga di saran ubah gaya hidup, jadi lebih disiplin dan fokus pada diri. Kalau dah disiplin semua dah buat, tak jadi jugak, janganla telan ubat tidur.


NOTA KAKI

Sekarang timing tido dah lari :(

Sunday, April 15, 2012

Perasaan Marah

SATU kelemahan aku adalah; aku cepat marah. Dulu aku panas-baran, tapi sekarang panas-baran sudah terkawal tapi perangai cepat marah belum berubah. Orang-orang yang penting dan akrab dalam hidup aku memang maklum tentang perangai yang satu ini. Aku menyedari perangai aku ini pun kerana mereka. Sahabat aku Akif dan Cinta adalah dua orang yang pernah memberikan komen yang sama terhadap perangai aku . Mereka kata aku terlampau cepat marah hinggakan kalau aku marah aku seperti orang yang tidak berfikir terhadap tindakan yang diambil dan perkataan yang diucapkan. Syukurlah mereka tegur dan aku memikirkannya semula dan cuba mengubahnya sedikit demi sedikit.

Dulu kalau panas-baran menyala aku akan menjerit, membaling dan membuat apa saja untuk melepaskan amarah itu. Tapi apabila aku sedar itu perangai bodoh dan kebudak-budakan, maka sekarang kalau marah aku pilih untuk diam, (just mencarut skit je,haha) simpan dalam hati dan luahkannya kepada orang yang aku percaya – selalunya pada cinta.

Kini, tabiat terbaru aku adalah aku suka menyimpan perasaan ketidakpuasan hati aku. Semua ini gara gara untuk mengelakkan aku dari melenting tak tentu pasal. Jadi, bila aku pendam perasaan tak puas hati aku, aku mula emo emo. Semuanya akan tertulis melalui wajah monyok aku. Dari situ aku mula berfikiran negatif dan membuatkan aku rasa ingin melakukan sesuatu di luar jangkaan. Aduh! Banyak betul masalah dalamam aku.

Apa patut aku buat. Kenalan aku cakap luahkan je ape yang terbuku dihati pabila hati itu tidak berpuas hati takut melarat. Hurm Biarlah aku melayan perasaan itu..


NOTA KAKI

Kalau marah, makan cokelat banyak-banyak :)

Related Posts with Thumbnails