Soalan yang sebenarnya sudah terlalu ramai orang yang membahas
mengenainya.
“Abang, apa itu wanita solehah?”
“Hmm. Susah nak jawab ni. Kenapa?”
“Saje nak tahu. Apa yang dimaksudkan dengan wanita solehah dan
lelaki yang soleh. Saya keliru lah.”
Keliru? Hmm.. Pelik. Tapi, tidak mengapalah.
Generally, wanita solehah ni bukanlah sejenis pokok ataupun
sejenis galian. Tetapi, mereka sama je macam wanita-wanita yang lain. Ada mata,
telinga, perasaan dan lain-lain. Cuma mungkin perbezaan yang dapat kita lihat
itu tiada pada zahirnya, tetapi terletak pada sudut yang kita tak mampu untuk
melihatnya, kecuali Allah. Itulah hati.
Wanita yang solehah adalah mereka yang tidak melihat.
Wanita yang solehah juga adalah mereka yang tidak dilihat.
“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka
menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan
perhiasan (auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka
menutup kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya
(auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka atau ayah suami
mereka atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau
saudara-saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara-saudara lelaki mereka,
atau putra-putra saudara-saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama
Islam) mereka, atau hamb sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan lelaki
(tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhdap perempuan), atau anak-anak yang
belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan
kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu
kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.”
[An-Nuur, 24:31]
Panjang bukan?
Tetapi, inilah ayat Allah yang mengajarkan kepada kita mengenai
salah satu ciri-ciri yang ada pada mereka yang solehah.
Mereka tidak melihat bukan sebab mereka butakan mata mereka,
tetapi mereka sedar dan faham akan ayat Allah.
Mereka tidak dilihat bukan sebab mereka tidak menarik, tetapi
kerana pakaian serta perhiasan yang digunakannya adalah berasaskan
ketakwaan.
Contoh mudah, jika seorang wanita itu memakai hijab kerana
takutkan Allah. Maka kita juga takut untuk melihat ke arah dia. Walaupun kita
berpeluang. Bukan takut sebab dia macam hantu ke apa, tapi kerana dia memakai
hijab itu atas dasar takwa. Takut kepada Allah.
Tetapi, jika seorang wanita itu memakai hijab kerana fesyen atau
mahu dilihat oleh manusia, maka sebab itulah kita pun seronok je kadang-kadang
melihat mereka. Sebab yang membezakan antara keduanya hanya satu sahaja. Mereka
memakai hijab bukan lagi atas dasar takwa.
Itulah dia antara ciri-ciri wanita solehah. Mereka tidak akan cuba
untuk mencari ruang dan peluang untuk mengenal lelaki dengan sebab yang
peribadi atau personal, tidak akan mencari ruang dan peluang untuk
supaya dirinya menjadi perhatian para lelaki, dan inikan pula kalau membawa
kepada menggadaikan kesucian nilai cinta pada lelaki dengan sarana yang ada
pada zaman sekarang ni, seperti couple atau yang lebih teruk lagi, zina.
“Macam mana nak tahu mereka ni wanita solehah?”
Mudah saja nak tahu dia solehah ke tidak.
In real case, kalau dia yang mula dulu nak kenal dengan kita,
tiba-tiba mesej, bagi hadiah dan segala macam, maka di wanita murahan. Sebab
cinta yang dia miliki itu terlalu murah, hinggakan ianya boleh dibeli hanya dengan
mesej yang nilainya satu atau dua sen sahaja (tak termasuk cukai 6%). Ataupun
boleh dibeli hanya dengan hadiah atau makanan yang harganya mungkin dalam RM200
gitu saja. Terlalu murah. Inikan pula kalau hanya sekadar chatting di Facebook atau
mana-mana. Heh.
Mungkin agak kasar. Tetapi itulah realiti yang pahit terpaksa kita
telan.
Tetapi, kalau dia seorang wanita yang solehah, cintanya hanya
boleh dibeli dengan cinta kita pada Allah SWT dan satu perkara yang pasti
ialah, melalui proses yang sangat suci iaitu ikatan pernikahan.”
“Jadi, macam mana kalau seorang wanita yang solehah ni nak
berurusan dengan lelaki?”
Adapun bergaulnya wanita solehah ini adalah atas sebab-sebab yang
umum. Meeting.. Study group.. Selagimana ianya tidak bersifat personal.
Sebab, Allah tak melarang percampuran antara lelaki dan perempuan. Tetapi,
Allah cuma mengehadkan pergaulan antara lelaki dan perempuan, kerana Allah tahu
apa yang terbaik untuk kita dan apa kelemahan kita. Dia yang ciptakan kita.
Macam kalau kita cipta satu robot. Kita mesti tahu, apa kelebihan robot tu dan
kita juga tahu kelemahan robot tu.
Macam itu perumpamaannya untuk Allah, Pencipta diri kita sendiri. (sekadar
perumpamaan)
Kenapa Dia suruh kita jaga pandangan kita?
Kerana Dia tahu di mana titik kelemahan kita. Dari mata, turun ke
hati, lepas tu. Habis gelaplah hati tu.Kesian. Bila hati dah gelap, apa
jadi? Maka kita yang kononnya moden ni akan jadi seperti mereka yang
pernah kita gelar Arab Jahiliah dahulu.
“Couple, ‘ringan-ringan’, zina, bunuh bayi dan lain-lain…”
Jika indah peribadi seorang wanita itu, maka dia akan menjadi
perhiasan yang paling indah. Jika buruk peribadi seorang wanita itu, maka
perhiasan itu mungkin masih indah, tetapi hanya pada mata hawa nafsu.
Ok, cukuplah cerita tentang wanita solehah. Tak leh
banyak-banyak.
[END PART 1]
NOTA KAKI
Fuh, nak describe SOLEHAH ni complicated :)
0 comments:
Post a Comment