BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Friday, April 13, 2012

Ubat Putus CINTA

Ada sorang kawan ni, dia putus cinta.. Kesian die. Putus cinta ni memang menyakitkan, rasenye bagi sesetengah orang macam nak bunuh diri, terutamanya bagi orang orang yang tak banyak kawan atau orang orang baik yang tak kenal banyak perempuan. Kekasihnya tu seolah olah satu satunya lah baginya. Jadi, sekali dah berpisah rasanya macam sunyi sepilah dunia walaupun berada dalam kebisingan orang ramai. So pity..


Disaat hati rasa sedih ni, segala galanya rasa macam dah tak berguna lagi.. Itulah permainan Chenta (nama official bagi cinta). Ubatnya? Saya nyatakan ubat untuk penyakit putus Chenta ni.


Ubat yang paling baik untuk mengatasi masalah kemurungan, rasa sedih akibat putus pertalian kasih dalam percintaan ialah Al Quran. Al Quran merupakan ubat hati paling ajaib (setahu saya lah) yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia keseluruhan.


Untuk orang orang yang putus cinta, haruslah sedar bahawa Allah SWT yang menentukan perpisahan itu terjadi Allah SWT mentakdirkan sebegitu berkemungkinan bagi menyedarkan kita bahawa selama kita bercinta dengan si dia tu, kita telah banyak melalaikan Allah dan perintahnya. Sesungguhnya kita harus sedar, ketetapan Allah itu adalah kerana Allah SWT amat menyayangi kita dan mahu kita sentiasa kembali meminta, merayu, bermunajat kepada Nya dari semasa ke semasa. Allah SWT mahu kita menjadi kekasih Nya.


Syaitan menyebabkan diri kita berlebih lebihan dalam kecewa agar kita berasa putus asa dan menghadapi hidup rosak yang semakin rosak. Putus harapan dalam kehidupan akibat kecewa dalam percintaan.


Ya, memang ramai orang yang putus harapan dalam hidup mereka, merasakan seolah olah hidup ini sudah tidak bermakna lagi. Tapi, sabar dulu, sebelum pergi membunuh diri, tanya dulu dalam hati, benarkan jika bunuh diri masalah akan selesai? Tak juga, di akhirat nanti keputusan bunuh diri itu akan dipersoalkan. So terpaksa lah mengharungi hidup yang kecewa itu. Apa nak buat dengan diri sendiri, terasa macam tak tahu bagaimana nak meneruskan sisa kehidupan? Cuba renungkan ayat Allah ini:


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُون

“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz –Dzariyat: 56 )



Ya, Allah ciptakan manusia untuk beribadat kepada Nya, bukan untuk membunuh diri atau mengabdikan diri kepada percintaan semata mata. Rasa sangat sunyi? Ingatlah bahawa dalam kita bergembira dan dalam kita keseorangan ada satu zat yang sentiasa mendengar dan melayani segala rintihan kita, setiap waktu. Itulah Allah yang Maha Pengasih. Sekiranya kita berasa sedih dan keseorangan, ingatlah bahawa Allah sentiasa ada untuk mendengar segala luahan hati kita. Allah lah yang melihat perkembangan kita sejak kecil lagi sehingga kita dewasa, mencukupkan kita dengan kurniaan Nya, harta, pakaian, makanan, hiburan, tempat tinggal.. Tapi kitalah yang selalu melupakan Nya. Gunakanlah saat saat kesunyian ini untuk kembali mengingati Allah SWT, dan ingatlah waktu waktu silam kita yang tidak kita gunakan sebaiknya untuk menjadi hamba Allah yang Pengasih. Allah sentiasa ada menemani kita, tetapi kitalah yang selalu melupakan Nya..


Susah mengharungi hidup yang kecewa? Tak mampu sangat? Apabila terasa susah, renungilah ayat ayat Allah di dalam Surah Zumar, ayat 53-56:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.

"Dan turutlah - Al-Quran - sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.

"(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: ` sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (ugama Allah dan penganut-penganutnya)! -


Ayat 186 dari Surah Al Baqarah:

“Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, supaya mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)


Yakinlah kita bahawa Jodoh, Rezeki dan Ajal telahpun ditakdirkan Allah dalam Luh Mahfuz.


Ingatlah kawan kawan, hidup kita ni ada hala tujunya, janganlah kita menghabiskan masa kita yang berharga ini dengan perkara yang tidak membawa kebaikan akhirat, kehidupan kita yang kekal abadi..


Ha, dari segi perubatannya, apa yang dapat membantu ialah dengan bersukan. Apabila kita terasa stres sangat sangat, sampai tegang tegang leher krem sampai, kita kena keluar dan berlari sekuat hati supaya kita dapat menyalurkan stres itu ke tempat yang betul. Apabila kita selesai bersukan, dah penat dah, kita akan sedar bahawa diri kita lebih bertenaga dan bersemangat memulakan hidup yang baru yang diredhai Allah. Tapi perlu beberapa hari juga bersukan setiap petang. Kembalikan keyakinan diri kita. Jangan kata 'aku tak cantik', 'aku tak ensem', 'teruk sangat ke aku ni?' sebabnya, kecantikan individu itu adalah unik, dan pencintanya juga unik. Contohnye.. Bukan semua orang suka Siti Nurhaliza, tapi Datuk K suka aje. Contoh lain, orang putih kawin dengan orang kulit gelap, tak ke unik tu, tapi berlaku aje. Jadi jangan lah hilang keyakinan diri tu. Setiap orang ada kecantikan nya yang unik dan pencintanya yang unik. Pergilah gym bina badan ke kalau nak tingkatkan lagi keyakinan diri, hadapi kekecewaan dengan cara yang membina, bukan cara yang memusnah seperti bunuh diri ok..



NOTA KAKI

Ala, CINTA selepas NIKAH je :)

1 comments:

syieha_wanah said...

yeah right ~ sedang mengalami situasi tersebut

Related Posts with Thumbnails