BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Sunday, October 31, 2010

Belajar Dari Kekecewaan,,


Kita harus belajar daripada kekecewaan… Kita bangkit daripada kegagalan… Kita harus memahami kejatuhan kita… Bukan bererti matinya semangat… Berkubur keyakinan begitu sahaja…

Tetapi… Daripada rebahnya sekeping hati… Akan bangkit seorang insan… Mengangkat martabat maruahnya… Menjulang kembali kekuatannya… Menggegar kembali jeritan dan laungan… Kejayaan serta kemegahan diri… Sebagai tanda bahawa… Setiap yang jatuh dan rebah itu… Bukannya tersengkur mati…

Malah…. Kehidupan berselimut kelesuan… Akan menjadi jaringan perkasa… Dan menyerkup kembali dunia baru… Dan pada masa itu… Kita adalah merupakan seorang insan… Yang paling bertuah di bumi… Tempat kaki berpijak dan berjunjung… Kita harus dan mengambil iktibar… Bahawa kekecewaan dan kegagalan… Bila dipintal mulia akan menjadi ratu… Simbol kejayaan diri sendiri…

Buat teman yang sudi mendengar… Buat teman yang sudi menemani saat jatuh bangun diri ini Terima kasih yang tak terhingga… Tak ada yang lebih bernilai untuk di balas Melainkan nilai persahabatan ini…

NOTA KAKI
*Dulu time belajar, kawan-kawan ramai. Bila dah habis belajar, masing-masing membawa haluan sendiri, al-maklumlah, nak bina kerjaya katanya. Terima kasih kepada yang masih sudi berkawan dengan diri ini :)

Dari dulu, sekarang dan selama-lamanya..

Satu untuk semua dan semua untuk satu..

Love you, love you all :)

Di alam Per"CINTA"an


PERCINTAAN di kalangan remaja sering membimbangkan ibu bapa. Bagaimanapun, remaja tidak dapat dihalang daripada bercinta kerana sememangnya itu fitrah manusia. Apatah lagi remaja yang baru mengenali cinta yang cukup seronok dimainkan perasaan dalam bercinta.

Apa yang penting ialah setiap remaja perlu tahu mengapa mereka bercinta. Adakah kerana kesepian, cuba meningkatkan keyakinan diri atau anda sememangnya gatal mahu bercinta?

Mereka juga perlu bijak mengendalikan cinta dengan positif kerana cinta remaja tidak semestinya membawa kesan yang negatif. Sebaliknya, cinta yang dikendalikan dengan baik dapat dijadikan dorongan untuk remaja meningkatkan perkembangan sahsiah diri mereka.

NOTA KAKI
*Bercinta selepas nikah :)

Kematian


Aku tak pandai mengarang.. tapi aku menulis note ini sekadar untuk berkongsi sebuah pengalaman dan memori sebagai iktibar kepada semua yg membacanya.. Cuaca pada pagi ini sangat cerah.. tiba-tiba pagi ini juga terdengar pengumuman yang di buat olah surau berdekatan mengenai ade seorang jiran ku pergi menyahut panggilan ilahi. Ayah, ibu, dan aku bersiap-siap untuk kerumah keluarga si mati..


Seperti biase suasana murung menyelubungi keadaan rumah tersebut.. suara tangisan dan bacaan yasin kedengaran di setiap sudut dan ceruk rumah itu. Si mati meninggalkan seorg suami dan 4 org anaknya.. Tetapi yang sangat menyedihkan ku ialah keadaan seorang anak kecilnya yg tidak tahu menahu tentang kematian.. pabila salah seorg jiran ku memberi tahu tentang kematian ibu nya..

jiran - "adik.. ibu dah pergi.. ibu dah tak da.."

si anak - "ibu g mane? bila dia balik?"

Terkedu jiran ku seribu bahasa kerana tidak dapat menahan sebak.. berderai darah dan air matanya.. Ketika si ibu sedang dimandikan.. si anak sekali lg bertanya.. kepada jiran ku..

si anak - "makcik.. suh la ibu bukak mata.. suh la ibu duduk.. adik nak baca doa ni..aritu ibu suruh baca..tp adik tak tau.. sekarang adik dah tau doa makan~

jiran ku terdiam lalu memeluk si anak.. si anak meronta minta di lepaskan.. lalu pergi kepada ibunya yg pucat dan kaku.. lalu membaca doa makan.. seluruh rumah yang menyaksikan kejadian itu tidak dapat menahan sebak lalu mengalirkan air mata.

ketika si ibu di-kafan kan si anak mula menangis sambil berkata "kenapa ibu kene balut, nanti dia tak boleh bernafas!! ayah beli bnyk baju untuk ibu.. nanti adik ambik kan.." si anak berlari ke bilik ibunya dan datang kembali bersama2 sehelai baju ibunya..

selepas selesai di solat kan si ibu di bawa ke kuburan..untuk dikebumikan.. sekali lg si anak menangis..dan meronta2~"ibu bangun lah.. adik janji tak nakal dah..nnt adik hafal doa makan.." si ayah tidak dapat menahan sebak.. lalu berderai laju air matanya ~ memeluk anak2nya..

Pada malam ini..di khabarkan si anak sedang demam dan sentiasa meminta ibunya dikembalikan..dan berjanji tidak nakal..

Selalunya aku mendengar cerita sahaja..hari ini dengan mata dan telinga sendiri aku dapat mendengar dan menyaksikan sendiri keadaan seperti ini..semoga si ibu di tempatkan di kalangan orang-orang yang solehah dan roh nya di cucuri rahmat..

kepada si-anak semoga membesar dan menjadi anak yang soleh dan berguna untuk agama.. insyaAllah..

NOTA KAKI
*Ketahuilah, kematian tu pasti akan berlaku bila-bila masa, tak kira waktu..

Cantik nya LELAKI.. Indah nya WANITA


Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki?


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.


Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan dimana Kegagahan Wanita???


Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.


Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.


Sabda Rasulullah SAW:

“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”


Surah Al-Ahzab : Ayat 71

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”


NOTA KAKI

*Manusia diciptakan oleh ALLAH berpasang- pasangan :)

Saturday, October 30, 2010

Indahnya Persahabatan

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa, Kecuali diri sendiri.. Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita… Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran Seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa… tetapi kita sering terlupa.


Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita. Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?


Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah…? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita.. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat Kerana dia juga seorang manusia, Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat..


Sebagai kekuatan… Jadilah kita sahabatnya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan… Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan… Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan… Kita tidak tahu… Tetapi. jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu..

NOTA KAKI

*Hargailah sebuah persahabatan kerana disebaliknya tersimpul segala-galanya..

Tenanglah..

Ia bukan sekadar sebuah tangisan air mata..

tapi ia adalah sebuah doa dan harapan yang tidak putus pada ALLAH..


Ku mendamba jambangan bunga indah namun Allah menghantar kaktus berduri...

Kemudian ku kata ku suka lihat rama-rama di taman,

namun yang menghuni taman rumahku hanyalah ulat-ulat beluncas,

jadi ku nantikan saja saatnya tiba..

kaktus ku bakal ditumbuhi bunga..

Dan ulat beluncasku bertukar menjadi rama-rama..

moga hati terus sabar menunggu dan berharap

insyaallah..



suatu masa nanti..

beluncas akan menjadi rama-rama jua

walaupun ia telah tinggal lama di dalam kepompong yg sempit itu

si rama-rama bakal terbang bebas.. bebas..

dan siap sedia menghadapi cabaran baru dalam kehidupan baru nya

.....

sabar ye..



Bersabarlah, agar kesabaran ini akan menambahkan kesabaran demi kesabaran.

Usah biarkan diri yang lemah terus menerus berada di lembah kelemahan. Jangan biarkan hari- hari yang berlalu ini berlepas pergi dengan tangisan, esakan dan teriakan keputusasaan yang melemahkan jiwa, semangat dan tekadmu.



YAKINLAH KEMENANGAN, KEBEBASAN DAN KEBAHAGIAAN ITU AKAN TIBA JUA..



yakinlah dan sabarlah..

Semoga titipan ini memujuk dan melegakan sedikit perasaanku dan perasaan kalian di luar sana.



NOTA KAKI

*Kita hanya mampu berikhtiar.. Segala nya ketentuan ALLAH..

Friday, October 29, 2010

Mencari Syurga Cinta..

"KADANG-KADANG ALLAH SEMBUNYIKAN MATAHARI,
DIA DATANGKAN PETIR DAN KILAT,
KITA TERTANYA-TANYA KE MANA MENGHILANGNYA MATAHARI,
RUPA-RUPANYA ALLAH MEMBERI KITA PELANGI"
- SYURGA CINTA-

Adakalanya, kita selalu mempersoalkan apa yang telah terjadi pada diri kita, sedangkan apa yang ditakdirkan untuk kita, pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya.. Itulah tanda-tanda kasih sayang dan rahmat Allah pada kita. kita merancang, tapi perancangan-Nya lebih sempurna.. Dia memberi kita peluang untuk meminta apa sahaja, tetapi seringkali kita meminta di saat kita berduka, bermuram durja, saat ditimpa musibah bencana.. sedangkan di lain waktu, saat kita gembira, kita selalu alpa dan leka, sedangkan saat itu juga DIAlah yang memungkinkan segalanya.. itulah adat dan fitrah manusia.. tidak mudah menongkah fitnah dunia.. tidak mudah juga menepis bisikan menggoda.. siapalah kita.. tapi bukan mustahil mahu mencari syurga.. kita yang memilih, kita yang perlu berusaha.. CINTAILAH CINTA..

NOTA KAKI
** Hargai apa yang ada :)

So beautiful!!


just for today
i will believe i'm special, an important person
i will love me as what i am
just for today
i will have a quiet half hour all by myself and relax
for some time, i will try to get a better perspective of my life
just for today
i will be unafraid to enjoy what is beautiful
and to believe that what I gave to the world, so the world will give to me
just for today
i will smile no matter how much i hurt inside
for maybe if i smile a little, my heart will soften and i will begin to heal
just for today
when my heart feel like breaking
i will stop and remember that grief is the price we pay for loving
and the only reason i hurt is because i had the privilage of loving so much
just for today
i will not compare myself with others
i am fortunate for who i am
just for today
i will invest my most valuable resources: my time
in the most transcendental work: my life
i will spent each minute passionately
to make today a different and unique day in my life
just for today
i will defy every obstacle that appears on my way
trusting that i will succeed
difficulties are a part of life and are born to be conquered
especially, just for today
allow myself to be happy, to enjoy what is beautiful
to love and to believe that those i love, love me
i will do things that make me happy: watch a funny movie
do somethings kind, send e-cards, listen to my favourite songs
just for today, i will be happy...
(^___^)

Wednesday, October 27, 2010

Rindu Rinduan!


Rindu? Rindu nye!!


Adoi, malam tadi mimpikan family, my father, my mom and my brother. Terasa rindu yang bangat! Al-maklumlah dah hampir sebulan tidak pulang ke kampung halaman.

The point is, hujung minggu ni aku tekad nak balik rumah! Nak balik Johor! huhu. Rindu yang teramat. Rindu nak makan makanan kegemaran aku iaitu Ayam Percik Merah. Masakan ibu tak sama dengan masakan di kedai,huhu. Dah macam-macam plan aku fikir dalam kepala nih bila balik Johor.

Antara plan aku nak gi jumpe member-member lama. Dah lama tak jumpa dengan diorang. Banyak benda nak share-share bersama,adeh,haha. Dikemepatan tu,boleh la aku urus kan urusan-urusan laen.

Mak a.k.a Umi plak,sibuk menanda kertas Bahasa Melayu untuk PMR. Ayah a.k.a Abi subuk dengan paper thesis untuk PHd. Hope diorang dapat buat yang terbaik dan dapat membuat dengan tenang :)

Term of RINDU @ MISS sinonim dengan cara kita meluahkan bila dah lama tak bertemu seseorg tu, rasa ingin bertemu. Di sebab kan kita ni manusia, so perasaan RINDU tu mestilah ada :). Begitu juga dengan haiwan, seperti contoh, kucing. Kucing ni apabila bertemu dengan kaum kerabatnya,pastu akan menjilat sesama sendiri (betul ke ayat mcmni?).

Hehe, so, kepada yang dah lama tak berjumpa dengan parents korang, hargai lah mereka selagi mereka masih ada. Kasih sayang mereka tidak dapat dibeli dan ditukar ganti. Ibarat nya, kehilangan seseorang tidak dapat ditukar ganti... Kepada yang telah tiada, bersama-sama kita sedekah kan al-fatihah. Mudah mudahan roh mereka tenteram di alam lain.. Antara janji ALLAH adalah tentang 3 perkara yang tidak terhenti kebaikannya walaupun setelah kita mati ialah doa anak yang soleh dan solehah.

Surah Al-Khaf ayat 46 yang bermaksud, "Harta dan anak-anak itu (adalah) perhiasan kehidupan dunia; tetapi amalan-amalan kebaikan yang kekal (manfaatnya di Akhirat) adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhan engkau serta lebih baik untuk menjadi harapan" ini menjadi penawar dan peringatan buat diri.

NOTA KAKI
*Adakah kita sering berdoa untuk ayah dan ibu samada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia? Renung-renung kan..


My Soul..


Assalamualaikum.... (Peace upon to all of u)

I feel free to write and share sumthing on my mind.

Everyday, every morning, when i woke up,
I'm realize that I'm growing up,
(aku da beso rupenye, saiz bkn ukuran,
tp jiwa yg menjadi taruhan... huhu)
Make up my mind,
What am i supposed to do,
With oll of my super spirit soul,
I'm planning sumthing better for my life,
And deep inside my little heart,
I wish everything will going as i'm desire,
Put some smile on my face,
Then my day will be shine all day long. (^^,)

"Faintawallaufaqul hasbiyallahulailahaillahu, 'alaihitawakkaltuwahuwarabbul'arsyil'adzim"

"Cukuplah ALLAH bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy (singgasana) yang agung."

Seandainya..

andai itu takdirnya...
aku redha...
ku terima...
segalanya..

tiada yg lebih membahagiakanku
selain melihat kebahagianmu
ku berdoa tanpa jemu
agar kekuatan milikku
agar aku mampu
melupakanmu..

sayangnya...
keakraban kita...
tidak seperti sebelumnya...
dimana silapnya..
tak pernah ku tau puncanya...

mungkin silap diri ini
terlalu mengharap pada yg tak pasti...
tp apakan daya diri ini
perasan itu dtg tanpa ku sedari...

apakah sayangku ini..
hanya sekadar sahabat..
hanya sekadar abang..
hanya sekadar teman..

aku masih keliru...
terlalu sukar bagiku..

ku tanya pada hati...
jawapan yg pasti...
tp masih belum ku temui..
kerna ku takut untuk dilukai..
buat kesekian kali...

NOTA KAKI
*Ni antara koleksi lama luahan hati aku satu ketika dulu. Tiba-tiba je terjumpe nota ni time kemas kereta,hehe. Peace! No War :p

Tuesday, October 26, 2010

Virus-virus Cinta (Edisi Final Exam)


Exam? Apa tu exam? Hehe, buat buat lupa plak kan, almaklumlah, dah habis blaja. Dari kecik sampai ke besar asyik EXAM je, bosan btol. Dari UPSR, lepas tu PMR, SKA(sijil Khas agama), SPM, Diploma, dan sampai ke Degree penuh dengan EXAM.. Haish,bosan btol.. Skrg ni buat master nasib baik xde final exam, just buat project paper je (Ceh, project paper pun payah jugak woo..)

Teringat time exam masa kat IPT dulu, virus-virus exam mula melanda pabila penghujung sem (bagi yang belajar kat IPT). Bagi yang mengambil SPM, akhir tahun adalah satu penyiksaan,betul tak? Biase nye bila exam-exam (test1 & 2) biase ni, main main, tak bagi perhatian langsung. Time final exam baru nak pulun habis habis. Ni la pengalaman sewaktu belajar dulu. Bila terkenang kan balik, boleh tersenyum sorang-sorang. Sampai orang sebelah akan cakap, asal mamat ni tersengih sorang-sorang, tak betul agak nya. Hahaha.

Tension...tension...tension...tulah yg sering kita dengar setiap kali exam. Lebih2 ag final exam, PMR dan SPM...lagi lah tggi pressurenyer...boleh dikatakan semua org x terlepas dr itu...cume cara penerimaannya sahaja yg berbeza...jika kuat org itu, maka pressure bukan lg pressure bg dia...jika sebaliknya...maka susah la sesorang itu...

Aku juga tidak terlepas drpd semua tu...Dulu, time blaja, setiap hari aku tension time nak exam..boleh di katakan dengan segala benda aku tension...mungkin ini menunjukkan aku ni seorg yg teruk..tapi itu lah hakikatnye..dh pelbagai cara aku gune tuk hilang kn tekanan tu..ade yg berkesan..ade yg x...x kesah la...pe yg penting kite berusaha untuk hilangkan tension tu... Bagi aku,sewaktu bergelar student dulu, DOTA adalah permainan kegemaran aku. Bak kata orang perempuan, DOTA ialah Dunia Orang Tanpa Awek,haha. Bayang kan, esok pagi paper final, malam tu aku sempat layan DOTA 2,3 round. Lepas habis main game, baru lah aku study,hehe.

Memang tension time nk final tu mungkin perkara biasa, rasenyer setiap org atau student dr mane-mane university pun akn berasa tension...salah satunyer ialah kerana mungkin time tu rase nervous la, mungkin byk lg x stdy or memg dh tabiat tension time nk final...hmm..??... time tu la iman kite benar2 diuji...kuat atau tdak...

Tp jangan tension2....yg penting relax n fikir satu-satu...Jangan serabutkan fikiran..Nanti satu ape pun xdapat...so..relax, tarik nafas...cube manage mase tu betul-betul...buat yg utama dulu walaupun ad banyak benda lain yang penting jugak...

dan yg paling penting...selalulah berdoa kepd ALLAH...DIA-lah tempat pergantungan yang paling bagus...kita tawakal...usaha...dan tawakal.....berdoa dan berusaha....

All the best for SPM candidate and student IPT yang nak final exam!!

CHAIYoK!! CHAIYoK!! CHAIYoK!...

Aja-aja Fighting!

JANGAN TENSION-TENSION....JUZ RELAX....heheehehehehhhehhe

Chills :p

Monday, October 25, 2010

Jangan lah Engkau memendam perasaan..


"Disini aku masih sendiri, merenungi hari hari sepi, aku tanpa mu, masih tanpamu..." (nada dering hp ku berbunyi)..



" Uiks, pelik nye,nape mamat ni tiba-tiba call aku nih? Terdetik dalam hati ku.

" Hello bro! Opps, Assalamualaikum! " AKU

"waalaikumussalam. Haha, ko busy ke?" MAMAT

" Tak la, baru je nak makan ni. Asal?" AKU

" Peh,orang busy kan,tiap-tiap kali call je, ade je hal, sibuk la, bateri kong la" MAMAT

Eh,sibuk plak mamat nih, sepak karang, aku bercakap dalam hati..

"Ala,xde la,ko tu call time tak betul. Ni plak call time makan. Ha, ade ape?" AKU

.............................................................................................................

About 20 minit panggilan dari mamat ni. Lebih kepada luahan perasaan. Agak melucukan la, tp bagi aku, ni pengalaman dia yang terindah.

Ok, untuk diperjelaskan lagi, mamat ni merupakan my friend di kolej dulu. Sejak berkenalan dengan dia, memang dia amat pemalu dan penyegan orang nya. Malu tak kira tempat. Sikap pemalu dia ni pun still ada hati kat seorang wanita, nama nya Een.

Biasalah, percintaan remaja, lelaki akan suka pada perempuan, dan perempuan akan suka pada lelaki. Tapi, bagi mamat ni, nk tackle Een ni amat mustahil kerana dia seorang yang pemalu dan Een seorang yang aktif, suka bercakap.

Nak dipendekkan cerita lagi, akhirnya aku menjadi orang tengah. Haha, susah btol jadi orang tengah ni. Nak tu la, nak ni la. Nak menyenangkan hati dua dua belah pihak bukan nya senang, susah wo.. At the end, hubungan diorang tak berjaya bcoz si mamat ni tak berani luahkan perasaan die kat Een.

Bayangkan, mamat ni sanggup buat ape sahaja demi Een ni. Belanje makan, beli kan hadiah dan lain-lain lagi. Siap hafal nama akak, selok belok family Een lagi. And the most important, koleksi gambar Een ni pun die ada simpan jugak,hehe (oppps, sorry bro :p)

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.. begitulah yang terjadi. Hubungan mamat ni dengan Een terputus di tengah jalan (ceh,bile mase plak diorg ni declare couple kan,haha)

Dipendekkan cerita lagi, selepas beberapa tahun lost contact, diorng bertemu kembali,tapi dalam dunia maya,iaitu muka buku atau dikenali FACEBOOK.

Dan dari sini lah hubungan diorang bersemi kembali. Mamat ni plak akhirnya memberanikan diri untuk berterus terang (peh,gentle la plak kan) dan meluah kan perasaan serta isi hati nya yang telah terpendam sekian lama kepada Een...

Een terdiam.. dan dia berkata.. "awak lah satu-satunya lelaki yang meluahkan perasaan secara berdepan dan berterus terang pada saya.."

Apa lagi,mamat ni gembira sakan la. Dia yakin yang dia tidak bertepuk sebelah tangan. Een juga ada hati pada mamat ni.

"Tapi..." Jawab Een..

Peh,yang part tapi-tapi ni yang tak best.

"Saya dah ada pakwe. Hubungan kitorang baru lagi.. Kenapa awak tak luahkan perasaan ni time blaja dulu. Kalau tak, hubungan kita dah lama tau. Kata Een..

Tersentap jiwa mamat nih. Sungguh menyesal kerana tidak luahkan perasaan semasa berpeluang dulu..

"Saya suka sikap awak yang berterus terang.." Kata Een lagi..

..................................................................................................................

End of the story, Mamat ni still berharap untuk dapat kan Een balik. Een pula memberi harapan pada mamat ni. Hope, hubungan korang akan berjaya. Aku akan tolong apa yang aku mampu.


*Moral of the story :

1. Jangan pendam perasaan suka korang tu.

2. Be strong, jadi berani. Lelaki harus bertindak, bukan perempuan.

3. Setia @ Loyalty.

4. Think positive

5. If the time can turn back, change it (if it's possible, but it impossible)

Saya KECEWA dengan AWAK!!


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih..


Salam awak..

Awak, semalam saya mimpi pasal awak.

Awak gadis yang saya lihat di stesen bas hari itu. Waktu tu, awak berbaju kurung moden warna ‘pink’. Tudung awak warna putih. Suci je Nampak muka awak yang kuning langsat tu. Awak amat manis. Amat ayu. Tu yang buat saya boleh terlupa nak jaga ‘pandangan’..huu


Saya pun duduk di barisan hadapan awak. Waktu tu, awak tak pandang saya, awak tunduk. Bertambah manis!huu


Tapi tak lama lepas saya duduk di barisan kerusi hadapan awak, saya dengar bunyi wanita ketawa. Macam tak pernah gelak setahun bunyinya. Saya pusing belakang, terkejut tengok wanita seayu & semanis awak gelak macam tu. Langsung takde rasa malu. Saya kecewa dengan awak.Saya pandang je awak lama-lama. Saya nak awak rasa segan sikit. Tapi awak jeling saya, wat muka yang ‘xleh bla’ kat saya. Tapi takpe la, sebab sekurang-kurangnya awak berhenti gelak macam tu bila saya pandang awak.


Saya kembali pusing depan, terasa amat sayang jika ada rupa tapi adab kurang. Saya rasa amat kesian dengan awak. Sepatutnya awak mesti rasa malu nak gelak macam tu..huhu


Tak lama lepas tu, saya tengok ada sorang mamat ni duduk sebelah awak. Korang Nampak amat mesra. Saya bersangka baik yang itu abang awk. Then, saya tengok dia gosok-gosok peha awak. Saya perasan awak macam malu-malu bila saya tengok korang. Peliknya, sebab masih ada lagi abang yang mesra sangatt dengan adik perempuan dia zaman sekarang ni. Takpe, saya masih bersangka baik. Saya anggap keluarga awak amat bahagia sebab tak Nampak kekok antara awak & abang awak mesra.


Tapi, tiba-tiba saya terkejut dengar awak cakap macam ni..


”Janganlah abang..sayang segan la..nanti-nanti la..”


Astaghfirullahulazim…beristighfar panjang saya dengar awak cakap macam tu. Tapi memang betul la dia abang awak. ‘ABANG’ yang boleh batal wudhuknya jika bersentuh dengan awak. Sumpah saya amat geli.Saya kecewa dengan awak.


Tak lama pastu, saya tengok korang mula beredar. Baguslah tu, tak payah la korang nak tambah dosa orang lain tengok korang. Sedangkan dosa korang pun tak tertanggung kan? Wallahualam~ saya harap mamat tu bawa awak balik rumah. Jumpa mak ayah awak, nyatakan hasrat nak memperisterikan awak kemudian nikahlah. Korang nak buat apa lepas tu pun, lantak korang la.


Tapi korang datang balik kat kerusi belakang saya. Tak sempat saya nak aminkan doa dalam hati, korang dah buat saya panas hati. Mana tak panas hatinya. Tadi saya tengok awak bertudung, lepas korang da beredar, saya dapat tengok rambut awak. Sayang. Amat sayang. Awak dah jatuhkan maruah awak semata-mata untuk lelaki. Mamat kurang ajar tu pun selamba je pegang tangan awak, belai rambut awak.


Awak nak marah ke saya cakap dia kurang ajar? Memang dia kurang ajar, sepatutnya dia jaga awak kalau betul-betul dia sayang awak. Waktu awak sorang-sorang awak masih bertudung, masih nak tunduk bila nampak saya pandang awak. Tapi bila mamat tu sampai, awak berubah. Dari gadis suci kepada yang ‘no komen’..terkejut tau tengok awak macam tu, tak sangka. Part yang paling best, awak sanggup buka tudung bila bersama mamat kurang ajar tu. Saya kecewa dengan awak.


Awak, apa awak rasa kalau awak nampak suami awak ‘couple’ dengan orang lain, pastu pegang sana pegang sini, dia dah dapat rasa macam-macam kat awek dia tu. Tapi last-last awak kahwin dengan dia. Awak nak ke orang macam tu? Entah-entah awak pun ‘kurang best’ bagi dia. Faham-fahamlah maksud saya kan sebab zaman sekarang ni kalau dah tergedik-gedik sangat pegang sana pegang sini, tak mustahil boleh terlanjur. Pastu dapat anak luar nikah, tak sempat budak tu lahir dah dicampak ke dalam tong sampah. Kebanyakan kes tu berpunca dari orang-orang macam awak la tau tak! Saya kecewa dengan awak.


Awak saya tak benci awak tapi amat kesian pada awak. Takde yang betul-betul menjaga awak. Awak pulak macam bahagia je ‘hanyut’. Saya nak pesan kat awak, jangan jadi punca lemahnya iman kaum adam. Awak, peluang untuk bertaubat itu sentiasa terbuka selagi matahari tak terbit dari barat. Bertaubatlah ye awak. Kalau awak betul-betul bertaubat, Allah akan datangkan jodoh yang sesuai dengan awak. Tak mustahil awak akan dapat jodoh lelaki beriman, jika awak jua beriman padaNya. Lelaki yang beriman itu takkan menolak awak kalau dah korang dijodohkan bersama. Nama pun dah dijodohkan bersama kan, so terima jelah. Lelaki beriman tengok keimanan awak, bukan tengok pada masa silam awak. Semua manusia pernah buat silap. Pintu taubat Allah pula sentiasa terbuka. Saya harap awak akan bertaubat dalam masa terdekat ni. Sebab dunia ni dah tak lama lagi. Takut tak sempat untuk kita bertaubat. Kita sama-samalah mendoakan kesejahteraan masing-masing ye.


Saya bukan nak hina awak tau. Saya cuma nak mengingatkan. Semua yang awak buat tu, dosa pahala nya Allah je yang tahu. Ingatlah di akhirat nanti ‘abang’ awak tu takkan tolong awak untuk jawab soalan-soalan yang Allah persoalkan pada awak.


K la awak. Saya stop kat sini dulu. Semoga pandai jaga diri. Allah sayang awak. Hargailah kasih sayang Allah tu. Manusia hanya melalaikan tapi tak semua tau..manalah tau kot-kot awak jodoh saya, saya nak bimbing awak jadi wanita solehah. Bina keluarga islam. Lahirkan anak-anak yang soleh & solehah & kembali berjumpa di syurga Allah nanti. Kalau awak jodoh saya, saya janji saya terima awak seadanya..hehe :D


Salam tulus ingatan,

Saya Hamba Allah


*Sharing dari pagisyawal.blogspot. Nice entry. Untuk dikongsikan bersama.

Doa Khas buat Ayahanda dan Bonda


Ya Allah, rendahkanlah suaraku bagi mereka,
Perindahlah ucapanku di depan mereka.
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkanlah hatiku untuk mereka.

Ya Allah, berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang Mereka limpahkan padaku,
Peliharalah mereka Sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah, apa saja gangguan yang telah mereka rasakan,
atau kesusahan yang mereka derita karena aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka karena perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab rontoknya dosa-dosa mereka, meningginya kedudukan mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu, ya Allah sebab hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah, bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika magfirah-Mu lebih dahulu mencapai diriku, maka izinkahlah aku memberi syafa'at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Karunia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih Di antara semua pengasih.
Amin...Amin...Ya Rabbal Alamin.....

Kesetiaan dan Kejujuran


Cinta dan Kesetiaan – dua sisi dalam satu mata keping yang tidak terpisahkan. Cinta menjadi landasan sebuah Kesetiaan. Di dalam kesetiaan terkandung nilai cinta yang mempersatukan. Sulit membayangkan ada cinta berdiri sendiri tanpa disertai kesetiaan. Demikian pula sulit memahami, ada sebuah kesetiaan tanpa landasan cinta di dalamnya. Cinta tanpa kesetiaan adalah kosong. Dan kesetiaan tanpa didasari cinta adalah kepura-puraan. Dalam kesetiaan ada komitmen yang perlu dengan tulus dan ikhlas.


Bila berucap tentang istilah kesetiaan dan kejujuran dalam perhubungan persoalan yang bermain main difikiran aku adalah di manakah letaknya bahagia? Sebagian orang berpendapat rasa bahagia ditemukan ketika kita mencapai apa yang dicita-citakan, didambakan dengan segenap harap. Tidak jarang juga belakangan kita merasa kebahagiaan yang datang dari terpenuhinya kenginan, agaknya cepat berubah menjadi kegelisahan.

Ketika kita yang berharap agar orang lain menerima kita, maka sesungguhnya kita tidak menerima diri mereka seadanya. Pabila kita merasa sulit untuk menerima dalam hati, maka belajarlah untuk menerima diri kita sendiri yang masih belum bersedia untuk menerima orang lain. (cewah!)

Dalam hubungan, setiap orang bertanggungjawab untuk menjaga hubungan dengan menerima diri dan orang lain dalam hidup kita. Dalam konteks entri ini, aku ingin menyatakan supaya mempercayai pasangan sedalamnya supaya tiada perasaaan prejudis yang boleh mengoyahkan sebuah hubungan. (benar!).

Di sebalik kejujuran dan kesetian mahupun kebahagian, bagi aku kita haruslah berhati hati. Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu kita utarakan padanya agar dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Related Posts with Thumbnails