BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Sunday, January 13, 2013

Kerana Mereka Juga Manusia..


Sudah menjadi isi dan kulit zaman sekarang ini apabila masyarakat menyebut remaja, maka terbayang kerosakan akhlak dan sahsiah. Dan bila disebut kerosakan moral dan hilangnya harga diri, maka remaja juga akan tergambar di benak setiap masyarakat yang memandang penuh egois.

Saya seorang yang masih dalam lingkungan remaja (20++ masih remaja,hehe). Apa perasaan saya apabila remaja yang ada dalam diri saya ini diperkatakan dengan buruk sekali orang masyarakat yang ‘baik’? Terluka? Iya, lukanya terasa sampai ke hati. Mana mungkin saya tidak terasa apabila seangkatan saya dihukum oleh penghukum-penghukum dunia yang sangat ‘baik’? Menghukum tanpa menasihati terlebih dahulu adalah sesuatu yang sangat menjengkelkan bagi saya. Hatta dalam Islam sekali pun, membagi pengajaran kepada orang yang berbuat kesalahan adalah selepas dinasihati setelah berperingkat-peringkat.

Hati saya terguris, pedih.

Jiwa remaja saya berkata.. Mereka menghukum tanpa menghulurkan tangan terlebih dahulu.

Sakit? Sangat sakit!


Dihukum, Dicaci, Dimaki, Dijauhi
Dunia sekarang, isu pembuangan bayi dan yang sama waktunya sangat berleluasa. Benar, saya sedih dengan berita-berita sebegini. Rasa kasihan kepada bayi yang diperlukan seperti itu, lebih kasihan lagi kepada kedua ibu bapanya yang melakukan kerja yang zalim bagi manusia.

Apabila mendengar berita sebegini, ramai manusia yang kasihan kepada si bayi kecil yang tidak berdosa. Tidak kurang juga yang mencaci, memaki, menyumpah dan melaknat si pendosa-pendosa itu. Saya juga turut berasa marah. Mana mungkin saya akan gembira dengan berita seperti itu. Atau mana mungkin saya akan tersenyum melihat berita di kaca televisyen, dada-dada akhbar dan corong-corong radio mengenai peningkatan kes pembuangan bayi.

Namun, apa yang lagi menyedihkan ialah.. Banyak manusia yang tidak meninggalkan sedikit rasa kasihan kepada si pendosa-pendosa itu. Tiada rasa di hati untuk membantu mereka kembali ke jalan yang benar. Apatah lagi untuk mendoakan mereka, jauh sekali. Kawan-kawan, apakah ini? Ini namanya saudara?

Di sini, saya bukan ingin membela perbuatan kejam remaja-remaja yang tersilap jalan. Bukan juga mengiyakan perbuatan mereka adalah benar. Na’dzubillah.

Tapi di sini, saya hendak kita bertanya kembali kepada kalbu masing-masing. Apakah anda seorang saudara yang menginginkan kebaikan untuk semua saudara anda? Atau apakah anda seorang yang hanya sendirian sahaja mendapat rahmat kebaikan?

Ramai antara kita, berasa sudah sangat baik. Tidak membuat dosa besar seperti mana remaja-remaja yang tersilap jalan di luar sana.

Mereka kamu tinggalkan dengan jalan yang sesat tanpa kamu berusaha menunjukkan jalan yang benar. Lalu, dengan senang hatinya kamu mencaci mereka.


Jangan Salahkan 100%
Pernahkah kita semua berfikir dengan sungguh-sungguh, kenapa mereka itu jadi seperti itu? Saya yakin, banyak diantara kita akan berfikir/bertanya seperti ini,

“Kenapa mereka boleh jadi begitu?”

“Apa masalah mereka sampai boleh buat sekejam itu?”

“Apa nak jadilah dengan anak muda sekarang?”

Ya, saya pasti. Dialog di atas pernah kita ungkapkan dalam fikiran kita. Tapi kita tidak pernah berfikir dengan sungguh-sungguh. Sungguh-sungguh macam mana tu?

Berfikiran sungguh-sungguh yang membuahkan tindakan!

Bukan membuahkan makian!

Ramai antara kawan-kawan saya, kawan-kawan kepada kawan saya, malah saudara mara sendiri mempunyai pe’el yang nakal. Saya faham. Dan hampir kesemuanya berasal dari keluarga yang tidak faham dan amal Islam, faham tapi tak amal Islam, tahu tapi sengaja buat keluarga mereka tidak tahu.

Boleh dikatakan, semuanya bermula dari rumah. Nah, siapa yang nak disalahkan lagi?

Tiada!

Sekarang bukan masa untuk mencari kesalahan setiap satu individu di muka bumi ini. Zaman ini adalah zaman untuk mencari penyelesaian kepada masalah tanpa meninggalkan pengetahuan tentang asbab kerosakan yang terjadi akibat oleh tangan manusia itu sendiri.

Kalau hendak mencari salah orang, maka perbuatan kejam remaja yang tersilap jalan, boleh jadi kerana pegangan agama yang tak kuat kerana tidak diberi didikan oleh keluarga, kerana kawan-kawan sebaya, kerana guru-guru, kerana orang-orang yang ‘alim tentang agama dan juga kerana pemimpin negara itu sendiri.

Tapi bukan nak cari KERANA, kita nak cari PENYELESAI.

Bimbing Diri Sendiri
Kalau ada sahabat yang saya kasihi, yang pernah tersilap jalan dan membaca blog saya ini. Saya nak khabarkan satu perkara pada anda.. Anda sebenarnya tidak bersendirian. Dan anda sebenarnya lebih mulia dari insan lain. Ya, LEBIH MULIA dari insan yang ‘baik’.

Lebih mulia daripada orang-orang yang tidak melakukan perbuatan seperti anda lakukan jika anda menyesal dan kembali ke pangkal jalan.

Wahai sahabat, tidak semua orang membenci anda. Dan mungkin banyak juga yang membenci perbuatan anda tapi amat mengasihi anda. Andainya orang-orang disekeliling anda membenci anda.

Maka saya di sini sedia jadi sahabat anda.
Saya mengasihi anda. Dan saya menghormati anda. Serta saya sedia membantu anda. Andaikan anda meminta bantuan dari saya, tetapi saya tidak dapat membantu. Maka kita boleh sama-sama mencari bantuan daripada orang lain.

Ingat! Sebelum dibantu oleh orang lain, anda perlu ada azam untuk membantu diri sendiri. Biarkan dunia beserta seluruh isinya yang mencacimu. Harus kau ingat, ALLAH sangat mengasihi!

Saya juga adalah pendosa. Dan saya mahu kebaikan. Saya sayangkan anda, dan saya nak kita sama-sama hendakkan kebaikan dan mati di dalam Islam.


NOTA KAKI
Ayuh Sahabat! Sama-sama kita berpimpin tangan untuk bertemu dengan ALLAH, Sang Kekasih yang Pengasih!

Saturday, January 5, 2013

Kerana Kasih


Kerana Kasih

Kadang kala sukar dimengerti
Kenapa dengan kasihnya itu
Sanggup menahan ejekan dan makian
Dari manusia yang tidak mengenal-Nya

Aku tertanya, dari mana dirinya mendapat kekuatan
Kekuatan untuk memasang tembok dijiwa
Tembok yang membezakan antara nafsu dan kasih-sayang

Bukan senang
Malah perlu pengorbanan


Jiwanya itu, sudah pasti telah lali terbakar
Terbakar dengan semangat juang
Perjuangan untuk bersama-sama dengan manusia lainnya
Mengenal akan kasih dan sayang ALLAh

Kerana kasih, mengapa sanggup dicaci
Kerana kasih, mengapa sanggup dimaki

Oh kasih
Sukar dimengerti

Jauh disudut jiwa
Ada alunan ombak kesyukuran
Menginsafi kekerdilan diri
Dengan kurniaan kasih dan rahmat Ilahi

NOTA KAKI
Cuba mengerti makna kasih..

Tuesday, January 1, 2013

Coretan Tahun Lalu


Azam Baru Tahun Baru

Tahun baru itu, tidak semestinya ada azam baru. Azam yang tidak berguna adalah azam yang sentiasa diazamkan, namun hasilnya tiada dek kerana empunya yang pasang azam tiada usaha untuk merealisasikan azamnya itu.

Kebiasaan masyarakat,tahun baru azam baru. Lantas azam yang lama walaupun tidak menjadi kenyataan ditinggalkan jauh dibelakang. Kelakar. Senyum.

Saya? Tahun baru saya semasa awal Muharram tempoh hari. Berbangga dengan sambutan tahun Masihi yang diagung-agungkan oleh majoriti umat Islam? Tidak. Sedikit pun hati saya tidak tertarik. Im proud to be a Muslim. Alhamdulillah.

NOTA KAKI
Misi saya : Mari Perbaiki Diri dan Orang Lain! =)

Related Posts with Thumbnails