BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Tuesday, July 2, 2013

Hidup Jangan Menderhaka





(Yang ni takde kena mengena,hehe)
Derhaka.

Biasanya perkataan derhaka ni apabila kita dengar dan terbaca, minda terus menafsirkan tentang seorang anak yang mungkin derhaka kepada kedua orang tuanya, kan? Mungkin juga seorang anak murid yang biadap terhadap gurunya, juga digelar derhaka.

Dan apabila mendengar perkataan derhaka tu, mesti persepsi kita mengenainya adalah yang buruk dan negatif sahaja. Mesti sesuatu yang tidak baik dan tidak wajar dicontohi.

Orang yang berbuat maksiat dengan sengaja juga seorang derhaka. Setuju?

Maksiat = Derhaka.


Manusia Yang Menderhaka
Seorang anak, jika melanggar perintah dan tidak mengikut kemahuan kedua orang tuanya, yang dimana perintah dan kemahuan orang tua itu adalah terbaik baginya, dan membuat kedua orang tuanya menangis lebih-lebih ibunya, sudah tentu mendapat gelaran anak derhaka kan?

Tidak mengikut suruhan kedua orang tua = Anak Derhaka
Membuat kedua ibu bapanya menangis = Anak Derhaka

Itu bagi kedudukan seorang anak. Anak yang begitu terus sahaja mendapat celaan dari masyarakat. Dan itu adalah hakikat. Anak yang derhaka, semua maklum tempatnya di neraka.

Jadi, bagaimana pula dengan seorang manusia yang melanggar dan tidak mengendahkan suruhan ALLAH. Sebaliknya, membuat pula perkara-perkara yang mendatangkan dosa dan kemurkaan ALLAH?

Sudah tentulah dirinya adalah PENDERHAKA!

Orang yang buat maksiat bermakna dia menderhaka kepada ALLAH. Padahal, apa yang ALLAH perintahkan tiap satu itu mempunyai kebaikan dan hikmah tersendiri.

Orang yang sombong untuk mengamalkan Islam dan tidak mahu kelihatan terlalu Islamik kononnya, sebab kelihatan tidak up-to-date, yang mementingkan pandangan manusia lain berbanding pandangan rahmat dari ALLAH adalah penderhaka! Tabarakallah~

Setuju atau tidak? Terpulang. Tepuk dada, tanya iman.

Hakikatnya, apabila disebut menderhaka, ramai yang tidak suka atau tidak senang hati mendengarnya. Tapi, cuba jika disebut MAKSIAT, pasti impaknya pada perasaan tidak begitu mendalam sebagaimana perkataan DERHAKA tadi.

Siapa Manusia Untuk Menderhaka
Dunia ini dan seluruh isinya, amat mudah bagi ALLAH. Jika manusia menyimpang dari jalan Islam, maka ALLAh tidak mendapat apa-apa kerugian pun. Sebaliknya, manusia itu yang akan menjadi orang yang paling rugi dunia dan akhirat, dengan izin ALLAH.

Maka, apakah kedudukan manusia yang membolehkannya menderhaka kepada ALLAH?

Kadang-kadang hidup ini betah menuduh orang lain begitu begini, walhal dalam tidak sedar, diri kita sebenarnya yang lebih teruk berbanding orang yang diperkatakan dan dituduh tadi.

Kenapa ya manusia sering menjurus ke arah perkara yang tidak disukai ALLAH?
Jawapannya, ada dengan manusia itu sendiri!

Ada juga yang menyalahkan takdir atas kesilapan yang pernah dilakukannya. MashaAllah! Sebenarnya orang begini hendak menyalahkan siapa sebenarnya? Menyalahkan takdir itu samalah dengan menyalahkan ALLAH.

Nampak sesuatu? Senyum. Saya nampak keegoan manusia!

ALLAH Masih Memberi Peluang
Siapa yang tidak pernah terbuat maksiat? Saya pasti dan yakin, sudah pasti semuanya pernah. Tapi bukan pernah atau tidak pernah yang mahu dilihat disitu. Persoalannya, sekuat mana kita melawan diri sendiri untuk tidak membuat maksiat?

ALLAH itu, kalau Dia sememangnya ingin mematikan manusia sedang ketika melakukan maksiat, sudah pasti tidak mustahil bagi-Nya. Sebab, ALLAH itu Maha Kuasa dan Maha Gagah Perkasa.

Manusia tahu dan mengakui, jika membuat maksiat, pasti ada balasan yang diturunkan oleh ALLAH. Manusia beriman bahawa setiap kejahatan pasti akan diberi balasan yang setimpal.

Tapi, pernah tidak manusia terfikir, kenapa sehingga selepas dia melakukan maksiat seperti tidak kelihatan tanda-tanda ALLAH hendak menurunkan bala? Dan selepas itu, terdetik rasa kesal dan takut sedikit dalam hatinya?

Sebab, ALLAH masih sayang wahai sahabat. ALLAH masih sayang!

ALLAH masih memberikan peluang kepada manusia untuk menyedari kesilapan diri dan kembali kepada-Nya. Kembali berkhalwat dengan-Nya. Kembali memohon keampunan dari-Nya. Kembali untuk cuba berusaha menjadi calon-calon syurga ALLAh.

Dan ALLAH sentiasa merindukan hamba-Nya yang selalu datang kepada-Nya untuk memohon keampuan dan berserah diri kepada-Nya. ALLAH rindu..

Sahabat, tidakkah anda teringin untuk menjadi seseorang yang dirindui oleh ALLAH? Subhanallah. MashaAllah!

Mati Yang Husnul Khatimah
Sesuatu yang saya pasti, hatta orang yang tidak melakukan suruhan ALLAH pun, akan menginginkan akhir hayat yang baik. Maksudnya mati dalam keadaan yang baik dan tidak mengaibkan.

Anda mahu? Saya pun mahu. Senyum.

Pasti saya dan sahabat sekalian mendambakan akhir hayat yang baik dan dipermudahkan serta mendapat pertolongan ALLAH semasa berhadapan dengan maut nanti. Kan?

Maka, tanya diri.. Apakah usaha yang kita sudah buat untuk meraih pertolongan-Nya?

Mengikut logik akal anda, selamatkah orang yang menderhaka kepada ALLAH di akhirat kelak? Ya, ALLAH memang Maha Pengampun, itu sifat ALLAH.

Tapi, saya pasti, jauh disudut hati anda berkata, ‘Tidak. Tidak selamat’.
Kita mengakui hal itu, kan?

MashaAllah! Pssst! Wahai sahabat, kita ini hamba. Dan kita tiada punya apa-apa kekuatan melainkan kudrat yang ALLAH telah berikan.

Untuk menginginkan mati yang husnul khatimah, itu adalah atas izin dan bantuan dari ALLAH. Maka, didiklah diri untuk menjadi seseorang yang layak diberikan pertolongan oleh-Nya semasa akhir hayat nanti. Layakkah kita? Cuba tanya diri sendiri.

Sahabat, saya juga masih mendidik diri. Maka, sudikah anda bersama-sama mendidik diri dengan saya? Kita semua saling lengkap-melengkapi sebenarnya. Kita tidak akan kuat jika seorang diri, tapi kita akan kuat dan lebih berdaya jika kita dalam kumpulan yang ramai.


NOTA KAKI
Senyum.

Friday, June 21, 2013

Mahu Jadi Anak Baik, Jadilah Yang Terbaik!


Anak-anak adalah harta berharga bagi mak ayah. Boleh jadi anak-anak menjadi tiket untuk ke syurga bagi kedua ibu bapa, boleh jadi menjadi tiket untuk melangkah ke pintu neraka. MashaALLAh. Betapa penting dan berharganya anak-anak, bukan?

Bagaimanakah diri anda sebagai seorang anak? The choice is in your hand.

Sebagai anak, bila melihat wajah kedua ibu bapa, apa yang anda rasakan? Cuba pandang mereka dengan hati dan kedudukan sebagai seorang anak, anda akan dapat rasa sesuatu dalam hati tu. InsyaALLAH.

Pernah cuba tatap wajah mereka tak?

Nak Anak Yang Soleh/ah, Didik Diri Dahulu

Saya, belum kahwin. Dan ada diantara anda juga belum kahwin, kan? Tapi satu yang saya sangat pasti adalah, anda menginginkan anak yang baik, soleh dan solehah, yang dapat memberi kebaikan kepada anda juga. Yang menyejukkan mata apabila dipandang, terasa tenang apabila mendengar suaranya, dan terasa damai apabila melihat anak anda (baca: masa depan) membuat kebaikan dijalan ALLAH.

Semestinya anak yang soleh/ah itu sentiasa mengingati kedua ibu bapanya didalam doanya. Tiada hari yang dilalui tanpa menyelitkan secebis doa kepada kedua orang tuanya dengan harapan, ALLAH memberikan belas kasih dan rahmat untuk menempatkan keduanya didalam syurga.

Subhanallah! Terasa berkaca-kaca mata ini menaip bait kata di atas.
Pasti bahagia memiliki anak yang sedemikian.

Apa yang saya cuba sampaikan ialah, saya dan anda tidak akan memperolehi anak yang baik atau lebih baik dari diri kita sendiri andainya tidak memulakan dengan diri sendiri terlebih dahulu.

Dapat tak?

Baik. Begini, untuk memiliki anak yang soleh/ah, semestinya anda yang terlebih dahulu patut mendidik diri sendiri agar menjadi seorang anak yang soleh/ah. Barulah nanti keturunan anda menjadi seperti apa anda pada hari ini. Adalah tidak adil sekiranya seseorang manusia itu hanya memasang angan-angan ada anak yang menyejukkan mata dan hati sekiranya dirinya sendiri tidak diperbaiki terlebih dahulu.

Kalau nak ada anak soleh dan solehah yang tetap mendirikan solat, kena mula dari diri sendiri. Anak kita adalah kita yang sekarang; boleh jadi lebih baik dari kita. Maka, selepas solat jangan lupa berdoa untuk anak-anak walaupun kamu belum ada anak. Didik anak-anak hatta mereka belum berada dalam rahim kamu. Ingat, anak yang soleh/solehah adalah harta berharga.

Didik Anak Sebelum Mengandungkannya

Saya masih ingat kata-kata seorang Guru saya. Walaupun waktu tu saya tak ambil pusing sangat. Tapi saya tetap berpegang pada kata-kata itu. Didik anak sebelum berada dalam rahim anda (wanita/isteri).

Macam mustahil nak didik anak sebelum mengandung, kan. Senyum.
Macam mana tu?

Bermula dari sekarang, hatta anda belum berkahwin sekalipun. Didiklah anak-anak anda dengan sebaiknya. Macam mana? Jaga kelakuan anda sebagai seorang anak, jaga kebaikan hubungan dengan kedua orang tua, dan terutamanya dengan ALLAH.

Didik bakal anak-anak anda dengan doa yang baik selepas solat.

Kiranya, nak anak yang baik, kenalah diri sendiri menjadi baik terlebih dahulu.

Anak Anda Adalah Anda Pada Hari Ini

Bonda dan Ibu selalu cakap, nenek juga selalu nasihatkan. Kelakuan kita sekarang terhadap kedua ibu bapa, maka itulah kelakuan anak-anak pada masa terhadap kita, kedua orang tuanya.

Saya percaya akan itu. Sudah berapa kali pernah menyaksikan kejadian seperti ini.
Hukum alam, sunnatullah.

Bila memikirkan tanggungjawab ibu bapa dan cuba menyelaminya, berat juga tanggungjawab itu sebenarnya. Sebab, ibu bapa adalah pencorak kepada anak tersebut. Jika terukir buruk coraknya, maka buruklah si anak. Jika terukir cantik coraknya, maka cantiklah akhlak si anak.

Sehingga entri ini ditulis, doa saya, moga-moga saya boleh lebih berusaha menjadi anak yang tidak menyusahkan kedua orang tuanya. Yang sentiasa ingat mereka dalam doa saya. Yang saya kasihi mereka dengan hati kecil saya ini dengan kasih yang luar biasa.

saya nak sayang Abah dan Bonda melebihi dari adik beradik saya yang lain. Heh.

Oh, entri ini. Saja dicoret mengingatkan diri sendiri.

Sepertimana saya rasa bahagia bila membayangkan ada anak soleh/ah, maka saya kena jadi seperti yang saya bayangkan terhadap kedua orang tua saya. Kena didik diri sendiri, barulah anak dimasa depan akan terdidik. InsyaALLAH!

Seperkara lagi, saya sangat cemburu pada anak-anak yang soleh dan solehah. Betul. Saya sangat cemburu pada mereka sebenarnya.

NOTA KAKI
Jom menjadi anak penyejuk hati dan penawar dimata. Ececeh. Hi hi.

Friday, June 7, 2013

Sahabat Berkurang Kerana Sahabat Bertambah


Dalam hal persahabatan, manusia juga selalu teruji.

Didalam persahabatan, ada hak-hak yang wajib ditunaikan sebagai seorang sahabat kepada sahabat yang lain. Ada ingatan yang perlu sebagai ingatan kepada sahabat yang lain. Ada cinta dan kasih yang perlu disemaikan sesama sahabat yang lain. Ada akhlak yang baik dituntut sesama persahabatan.

Itu antara hak-hak yang ada dalam persahabatan.

Akibat kelemahan diri sendiri, ada diantara hak-hak itu dipandang ringan. Ada juga mungkin terlepas pandang, kurang mengambil tahu atau kesibukan telah memperdayakan diri sendiri. Atau juga kerana kurangnya titipan doa buat sahabat-sahabat yang lain, maka Allah hendak mengujinya dengan hubungan persahabatan.

Kelangsungan Sebuah Tali Persahabatan

Saya kira, dalam bersahabat, akhlak yang baik dan tanda-tanda kesetian seorang sahabat kepada sahabatnya, antaranya ialah mengingatinya sentiasa dalam doa dari kejauhan tidak kiralah doa itu diketahui oleh sahabatnya atau tidak. Namun sebaik-baiknya, doa yang khusus untuk sahabat itu biarlah antara anda dan ALLAh Ta’ala dan malaikat sahaja yang tahu. Dan juga, yang sentiasa bertanya khabar kepada sahabatnya dan keluarga meskipun melalui sms/emel atau yang sama waktu dengannya.

Benda-benda seperti ini memang kelihatan remeh, tapi memberikan impak yang besar!

Dan jika ada akhlak yang baik, saya percaya disitulah terdapatnya akhlak yang kurang baik. Anda tidak tertanya-tanya kenapa tajuk entri ini tertulis seperti ‘Sahabat Berkurang Akibat Sahabat Bertambah’? Kenapa tidak ‘Akhlak Dalam Persahabatan’? Senyum.

Dalam kesibukan ke sana ke mari, program sana sini, saya percaya ALLAh Ta’ala akan mempertemukan anda dengan ramai orang. Dan InshaAllah, saya percaya, diantara ramai-ramai orang itu ada yang telah dan akan menjadi sahabat anda nanti.

Keadaan seperti itulah yang memerlukan anda untuk istiqamah dalam persahabatan.

Memang indah menyulam benang-benang ukhuwah. Keterujaan mengenali seseorang, latarbelakangnya, kegemarannya, kelebihannya, akhlaknya dan tutur bicaranya akan selalu diperhatikan dalam diam. Maka secara tidak langsung, keterujaan itu menuntut masa yang lebih untuk diluangkan kerananya. Sedangkan, di suatu tempat yang lain, anda juga mempunyai sahabat yang perlu anda kenali lagi dan lagi.

MashaAllah. Sesungguhnya ALLAh Ta’ala suka pada hamba-Nya yang menyambung silaturrahim. Tapi akhlak yang buruk dalam persahabatan itu macam mana ya?

Mari…

Sahabat Lama vs Sahabat Baru

Antara akhlak buruk dalam persahabatan itu adalah, apabila anda mengenali seseorang sahabat yang baru dan anda sibuk serta teruja mengenali keperibadiannya, maka sahabat anda yang lama telah anda kenali, anda telah tinggalkan atau abaikan secara diam. Ya, mungkin anda sendiri tidak menyedari akan hal itu. Tapi ia memberikan impak kepada sahabat lama anda.

Boleh jadi, tali ukhuwah anda dengannya akan terputus!

Sebenarnya, saya tidak suka menggunakan label sahabat lama dan baru. Walaupun begitu, saya terpaksa gunakan kerana ia adalah suatu hakikat untuk disertakan dalam entri ini.

Ya, menjalinkan silaturrahim sesama manusia itu tidak dilarang, bahkan sangat digalakkan dalam agama. Namun kerana kelemahan anda, dalam menjalinkan silaturrahim dan menjaga hubungan sesama manusia, sahabat anda yang lain terasa terpinggir oleh anda. Mereka berasa bahawa anda dingin terhadap mereka, merasa bahawa mereka terabai kerana anda kurang bertanya khabar dan menyapa mereka.

Malah, mereka merasa bahawa ukhuwah anda dan mereka tiada seri!
Kerana menjumpai sahabat baru, maka sahabat lama diabaikan dalam tidak sedar.

Saya sangat pasti, anda tidak mahu persahabatan anda dengan semua sahabat-sahabat yang anda cintai menjadi seperti ini. Penuh dengan perasaan dingin dan perasaan diabaikan.

Eh. Saya sedang berbicara sikap dan akhlak kita dengan sahabat kita ya. Bukan akhlak sahabat kita terhadap kita. Entri untuk itu, inshaAllah panjang umur dan diilhamkan oleh Allah, pasti terlakar. Senyum.

Sahabat anda yang lama itu, jika benar menyayangi anda seikhlasnya, maka saya pasti dia akan gembira jika anda bertambah kenalan dan sahabat baru. Kerana kebahagiaan anda, adalah kegembiraan baginya, inshaAllah. Tapi apa yang tidak membahagiakan dirinya adalah apabila anda seakan-akan melupakan dirinya dan dia merasa sedih kerana anda membuatnya terasa yang anda memiliki orang yang lebih penting dan anda lebih cintai berbanding dia.

Persoalannya bukanlah kerana anda mempunyai sahabat baru.

Tetapi persoalannya adalah mengenai sikap anda yang membuatnya resah, dipinggirkan, merasa rendah diri dan terhina. Ya, semua itu dia dapat rasai walaupun anda tidak memberitahunya secara lisan. Pernah dengar kata-kata ini, Actions speak louder than words? Saya kira ayat ini memang betul!

Kerendahan Hati Sebagai Seorang Sahabat

Saya suka membaca mengenai sirah Rasulullah SAW; layanan Baginda terhadap kesemuanya sahabatnya. Umum tahu bahawa Baginda mempunyai sahabat-sahabat yang sanggup susah senang bersama Baginda. Dan setiap seorang dari mereka itu sebolehnya Baginda memberikan layanan istimewa dan membuatkan mereka merasa jiwa mereka dan jiwa Baginda itu sangat dekat walaupun Baginda pernah mengatakan bahawa sahabat yang paling dicintainya adalah Abu Bakar r.a..

Namun itu tidak membuatkan mereka jauh hati. Mereka merasa diberi keistimewaan oleh Rasulullah SAW sendiri, malahan! Layanan dan pendekatan yang Rasulullah berikan terhadap para sahabatnya menumbuhkan perasaan kepada diri masing-masing bahawa diri mereka adalah orang yang terdekat dengan Rasulullah SAW.

Rasulullah tidak lokek untuk memuji para sahabatnya. Walaupun kedudukan Rasulullah itu tinggi dan manusia mulia, namun itu tidak menghalang Rasulullah untuk bergurau-senda dengan sahabat-sahabat Baginda SAW. Sebagai contoh, Abu Dzar pernah berjalan-jalan dengan Baginda SAW disuatu malam. Mu’adz pernah menunggang tunggangan berdua dengan Rasulullah dan banyak lagi akhlak Rasulullah yang menjadikan mereka merasa mereka mendapat tempat dihati Rasulullah SAW.

Indah kan? Saya jadi tersenyum sendiri dengan perwatakan dan pendekatan Baginda SAW. Wallahi, memang Baginda adalah contoh manusia ikutan sepanjang zaman! Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad!

Semaikanlah Benih Ukhuwah

Begitu juga sepatutnya, kita ini sebagai ummat Baginda SAW. Tanda-tanda kesetiaan kepada sang sahabat adalah tetap merendah hati walau siapapun diri anda dan mengingatkan anda sekiranya terlupa!

Sahabat yang baik dan sebenar-benarnya sahabat adalah sahabat yang menerima kelebihan dan kekurangan dalam sahabatnya. Jika sahabatnya mempunyai kekurangan dari satu segi, maka dia akan menutupi dengan kelebihannya. Dan dia tidak pula memandang rendah kepada sahabatnya tadi malah membantunya!

Jika ALLAh Ta’ala takdirkan untuk mengenali sahabat baru, jangan sekali-kali membandingkan sahabat yang baru anda kenali itu dengan sahabat yang telah lama anda kenali. Ia salah satu sifat yang jelek! Jika anda berbuat demikian, maka itu bukanlah ciri seorang sahabat yang baik kerana mengira-ngira akan kekurangan dan kelebihan sahabat lalu dibandingkan dengan sahabat yang baru dikenali.

Jangan sahabat baru bertambah, sahabat lama berkurang. Kerana hakikatnya, sahabat anda tidak akan pernah bertambah. Sebaliknya makin berkurang! Alangkah sedihnya..

Umar Al-Khattab pernah berkata, “Tiga hal yang dapat memurnikan tali kasih seorang sahabat kepadamu ialah, jika bertemu tegurlah dengan salam terlebih dahulu, memanggilnya dengan nama yang paling disukai, mempersilakan dan memberi tempat kepadanya dalam suatu acara.”

MashaAllah. Begitu sudahkah kita sebagai seorang sahabat?
Yang memuliakan sahabatnya lebih daripada diri sendiri.

Nasihat yang terutamanya untuk diri saya sendiri sebenarnya yang masih belajar dan akan terus belajar.

Jika anda ada sahabat yang mengasihi anda seperti mengasihi dirinya, maka hargailah ia.
Bersyukur dan berilah rasa istimewa dihatinya sebagai seorang sahabat anda.
Kerana dia, adalah sebahagian daripada hidup ini untuk ke akhirat!

NOTA KAKI
Senyum dalam keimanan selalu.

Saturday, May 11, 2013

Jemu & Bosan


Sudah lumrahnya manusia diciptakan, akan membuat rutin yang kesemuanya hampir sama setiap hari. Dan kerana itu, ada yang telah merasa jemu. Merasa telah muak dengan apa yang dilakukan setiap hari. Merasa bahawa setiap hari yang dilalui tiada variasi. Sama dan tetap sama!

Kerana manusia kebanyakan hanya memandang yang zahir sahaja.

Terkadang keliru, apa sebenarnya yang ingin dilakukan? Apa sebenarnya yang sepatutnya dilakukan oleh setiap manusia. Dan yang lebih teruk, ada yang sudah sedia maklum, tetapi melawan arus akal dan membiarkan nafsu kejemuan menguasai diri. Makanya, siapa yang harus dipersalahkan? Rutin atau diri sendiri?

Memang manusia, cepat merasa jemu! Ya!

Merasa Telah dan Sangat Cukup
Kenapa ya, manusia cepat sangat merasa jemu? Nak salahkan syaitan? Oh, alangkah. Langkah untuk koreksi diri itu ialah hisab diri terlebih dahulu tanpa mencari pihak mana yang dapat dipersalahkan akibat daripada perbuatan diri sendiri. Ya, walaupun sesuatu itu menjadi asbab kepada kejadian yang berlaku.


Adakalanya, dalam berdakwah sekalipun. Oleh kerana kesalahan itu kecil dan anda telah memberikan teguran berkali-kali, anda merasa bosan dan jemu dan itu membuatkan anda senang dihasut amarah terhadap orang yang anda dakwah.

Senang cerita, sebagai contoh, dalam berblog. Ada manusia cepat merasa cukup dengan apa yang telah ia kongsikan. Dan ketika itu juga ia akan disapa dengan kejemuan untuk menjaga dan memelihara kualiti penulisannya.

Sebenarnya, apabila seseorang itu disapa dengan perasaan jemu, sebenarnya ia sudah mula menanam sifat takabbur/sombong dalam dirinya. Percaya? Tidak? Kajilah..

Sangat Cepat Menginginkan Hasil
Antara banyak-banyak sebab manusia cepat merasa jemu dan bosan adalah terlalu cepat menginginkan hasil daripada pekerjaan mereka. Macam mana tu?

Katakan anda inginkan kebaikan kepada seorang rakan anda yang agak ganas sikit, lalu anda menasihatinya dengan harapan dia cepat-cepat berubah setelah anda nasihatkan. Tetapi ternyata malah sebaliknya pula. Rakan anda degil dan tidak mendengar nasihat serta cepat melenting.

Oleh kerana nasihat anda tidak menampakkan hasil, maka anda merasa jemu untuk memberi nasihat lagi. Nah, bukankah ini sifat manusia yang terburu-buru?

Kalaulah Tuan Punya Dunia seperti kita, maka, akan hancurlah dunia ini. Tapi tidak, ALLAH Maha Pengasih dan masih tetap bersabar dengan kita yang tersangat hina ini.

Kenapa ye manusia punya sifat seperti ini?
Sedangkan dakwah Nabi memakan masa puluhan tahun dengan penuh kesabaran dan kegigihan. Kita yang hanya baru masuk dalam bidang dakwah yang belum mencabar sehingga kadang-kadang dalam berdakwah itu tiada peluh pun yang keluar, sudah hendak temberang untuk merasa jemu.

Jadi nak buat macam mana? *tanyadirisendiri*


NOTA KAKI
Kita, cepat sangat merasa diri bagus dari orang lain. Dan itu satu penyakit yang merbahaya. Saya takut dengan sifat ini. Boleh memakan diri. Dan saya takut sifat ini dihidapi oleh saudara-saudara seakidah saya. Maka, saya harap, semuanya boleh bermujahadah untuk mencuba jauh darinya.

Saturday, April 6, 2013

Duduk Bersendirian Dengan Diri Sendiri



Memang kesibukan di jalan ini mengajar erti sebuah ketidakselesaan. Bila ditanya si dia yang sangat berjasa, maka dijawab juga dengan pertanyaan, ‘adakah kamu layak bersenang-lenang sedang Baginda Rasul tidak pernah merasa senang di jalan ini’.

Tidak menjawab, saya hanya mengangguk sambil memandang sinar matanya. Saya kira, soalan saya yang dijawab dengan pertanyaan itu mahu untuk saya kembali berfikir kenapa saya ditakdirkan untuk menjadi salah seorang yang ada di situ, barangkali.

Memang, tulisan dan lisan mudah berbanding melakukannya!

Mengakui hakikat kehambaan, adakalanya memang selalu tersilap tingkah dan bahasa. Tapi itu tidak menjadi alasan untuk terus berhenti. Jatuh, bangun dan berdiri itu adalah lumrah dalam kehidupan yang terpilih ini.


Kelalaian Yang Sering Menyapa Diri Ini
Mengakui hakikat seorang insan biasa yang kerdil dan penuh dosa. Adakalanya kelalaian itu memang menyapa diri sehari ke sehari. Mujur kalau merasainya dan pantas bertindak mencantas akan kelalaian. Kalau tidak, memang zalim adakalanya membiarkan diri menjadi mangsa kepada kelalaian duniawi.

Percaya atau tidak, kelalaian itu sering disedari dikalangan kita semua. Tapi kadang-kadang, kerana kelemahan iman akibat perbuatan diri sendiri, maka akhirnya kita tenggelam dalam kelalaian tersebut. Astaghfirullah~

Dan saya, saya juga adalah antara manusia yang sering lalai!

Saya bersoal jawab dengan diri sendiri memandang dunia ini..
Begitulah hidup. Kadang-kadang terlalu asyik berjalan dan berjalan meneroka alam sehingga mungkin ada terlepas pandang hatta pada masa itu kamu berada dalam sebuah misi menuju Tuhan!

Adakah itu sebuah kehinaan? Ya. Sebuah kehinaan saya rasa apabila sudah merasai kelalaian tersebut tapi masih bertopengkan keimanan dengan angkuhnya tanpa mahu membetulkan apa yang telah terlepas pandang.

Tapi sebuah kebaikan dan kerendahan diri sebagai hamba jika terus menerus memperingati diri tanpa mahu memandang serong kepada manusia lain yang mungkin tidak setara atau sekufu dengannya. Kerana dengan kemuliaan Islam, tidak pernah ada suatu perintah pun untuk memburuk-burukkan orang lain hatta orang itu adalah pengemis sekalipun!

Sungguh, saya termasuk diantara sekalian manusia yang sering lalai~

Impak Yang Dirasai Oleh Sekeliling
Hari ini, saya cuba menyelami hati dan diri sendiri. Cuba bercakap dari hati ke hati. Pelik? Anda berhak untuk menyangka dan berkata begitu. Tapi tidak pelik bagi saya.

Dan ALLAH memang Maha Memahami.

Didatangkan-Nya seseorang untuk memperingati. Untuk berbual mengenai rasa hati. Dan diluncurkan pula kalimah-kalimah thoyyibah melalui insan itu.

Iman yang turun naik memang lumrah.

Tapi percaya atau tidak anda, jika dikatakan apabila anda sendiri berada dalam kondisi iman yang sedang tidak sihat, maka sebenarnya anda mempengaruhi orang disekeliling anda. Bukan itu sahaja, mungkin mempengaruhi orang yang kenal dengan anda walaupun orang itu berada sangat jauh berbatu-batu.

Pengaruh yang bagaimana?
Mereka akan dapat merasai jiwa anda yang sedang tidak sihat. Allahuakbar~

Orang yang ALLAH hantarkan itu jugalah yang pernah muncul dalam mimpi saya disuatu hari. Dalam mimpi itu, tatkala saya berjalan mengasingkan diri dan orang lain hanya terseru-seru nama saya sepintas lalu sambil membiarkan saya begitu sahaja sehingga saya terduduk memikul beban dosa di tepi jalan. Saya mahu menuju ke sebuah jalan, sebuah jalan untuk membersihkan diri dan membuang beban. Saat itu, saya keseorangan dalam keramaian. Seseorang yang keseorangan sambil terduduk.

Dalam masa menekup wajah dalam tangis, datang seseorang memegang bahu saya. Lalu menepuk-nepuknya sambil berkata, ‘kamu harus kuat’. Dipeluknya saya lalu diajak membersihkan diri untuk menyembah-Nya. Sungguh, sinar wajahnya dan sinar keikhlasan terpancar dibalik sepasang matanya.

Dan saya faham. Saya mesti ada terlepas pandang sepanjang berjalan dan ALLAH mahu menegur saya dalam pelbagai cara.

ALLAH bekerja secara rahsia. Dan ALLAH punya cara tersendiri.

Pengajaran untuk saya; harus mencari dan terus mencari. Jangan pernah berhenti!

NOTA KAKI
Post kali ini, kalau memang sukar difahami setelah dibaca, maka mungkin begitulah sifatnya. Saya sedang duduk bersendirian dan berkomunikasi dengan diri sendiri sambil mencari idea di rumah maya ini.

Wednesday, March 20, 2013

Manusia Mudah Lupa


Hidup ini, ALLAH sengaja datangkan ujian. Bukan untuk mendera atau mempermainkan, tetapi untuk menguji sejauh mana ALLAh dalam kehidupan hamba-hambaNya. Adakah hamba yang sedang diuji seorang yang bersyukur dikala senang dan kesusahan? Ataukah seseorang itu hanya menjadi ‘hamba’ kepada Tuhan ketika ditimpa musibah?

Manusia, adakalanya hanya mengingati ALLAH tatkala dirundung masalah. Tetapi melupakan ALLAH ketika berada didalam kesenangan. Padahal, kalau ALLAH mahu, dalam sesaat saja ALLAH boleh binasakan hamba-Nya. Hakikatnya, manusia memang mudah lupa dan sangat jarang bersyukur!

Malu!


Hanya Menjadi Hamba Ketika Susah
Agaknya manusia boleh bersoal jawab dengan diri sendiri, adakah ketika didalam kelapangan, kesenangan ALLAH itu sentiasa ada dalam hati? Atau hanya ketika didalam kesusahan sahaja? Tahu tak, hakikatnya, ramai dikalangan manusia, yakni kita banyak melupakan ALLAh ketika senang dan lapang.

Eh. Janganlah marah. Bukan saya saja buat-buat. Tapi ALLAH sendiri yang mengatakannya dalam al-Quran. Tabarakallah! ALLAH Maha Tahu..

“Dan apabila manusia ditimpa bahaya (kesusahan), dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk, atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk menghilangkan bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan.” – Yunus : 12

Aduh. Tidakkah kita merasa terpukul dengan ayat ini? Sejujurnya, saya terasa.

Mengaku atau tidak, beginilah sifat manusia! Malah ALLAH menceritakan sifat-sifat sedemikian manusia didalam kitab-Nya.

Apabila berada dalam kesusahan, kegelisahan, kita sentiasa mengingati ALLAH. Dalam keadaan duduk, berjalan, baring, dan kalau boleh, tidak boleh tidur kerana sangat berharap ALLAH akan membantu menyelesaikan masalahnya, sehingga menangis-nangis dan bengkak segala biji mata. Tetapi, apabila ALLAH telah meringankan kesusahannya, manusia itu terus melupakan ALLAh.

Terus lupa pada ALLAH!

Tiada lagi dzikrullah dalam keadaan berdiri, berjalan, baring. Dan lagaknya seperti seseorang yang tidak pernah berdoa menadah tangan dalam keadaan tersedu sedan dihadapan-Nya. Senang cakap, terus berpaling dari ALLAH. Rabbi. . . Inilah sifat manusia. Kikir, kufur nikmat!

Baik. Mari kita bayangkan macam ni.. Katalah ada seseorang yang sungguh-sungguh minta pertolongan dari anda. Orang tu datang berjumpa dengan anda dalam keadaan tersedu sedan, lalu anda merasa kasihan dan menolongnya untuk mencari jalan penyelsaian kepada masalah orang tu. Anda berikan duit dan benda-benda berharga. Tetapi apabila orang yang anda tolong itu sudah senang, lalu memandang anda pun dia tidak ingin. Malah berlagak seperti tidak mengenali anda dan memperlekehkan pertolongan anda. Maka, masa tu, apa perasaan anda?

Marah? Kecil hati? Kecewa?

Tabarakallah

Maka, mari memperhatikan diri sendiri. Apakah ciri-ciri yang ALLAH sebutkan seperti dalam ayat di atas ada pada diri kita? Yang dimana ketika dalam kesedihan, sangat banyak ibadat dan amalan yang dilakukan. Tetapi apabila senang, maka semua amalan 100% ditinggalkan. Wal iyya dzubillah!

Semoga ALLAH mengampuni kita semua.

Berusaha Istiqomah Ketika Susah dan Senang
Benar. Memang begitulah sifat manusia. Namun anda harus jangan redha dengan sifat-sifat itu. Perlu ada sifat mujahadah untuk melawan sifat-sifat yang ALLAH telah sebutkan; melupakan ALLAH ketika senang.

Muslim sejati, tidak hanya mengingati ALLAH ketika susah. Malahan, sangat taqarrub dengan ALLAH ketika senang melebihi ketika susah. Memang tidak mudah. Kerana semuanya melalu frasa dalam mendidik diri sendiri. Dan cuba melawan nafsu dan hasutan syaitan.

Janganlah menjadi hamba kepada kesenangan.
Jangan bertuhankan kesenangan di dunia!

Anda tahu siapa diri anda. Maka, kita boleh tanya diri masing-masing. Anda tahu anda bagaimana. Anda tahu hubungan anda dengan ALLAh bagaimana. Anda tahu amalan anda seperti apa. Dan anda tahu anda seorang hamba yang macam mana.

Saya cuba menyeru dan berusaha melatih diri sendiri agar sentiasa mengingati ALLAH semaksimum yang boleh. Kalau boleh, biarlah kaki anda melangkah ke mana, tetapi sentiasa dzikrullah.

Kita ini lemah. Maka dalam proses berusaha mendidik diri, mohonlah doa kepada ALLAH.

“Ya ALLAH, Engkaulah Tuhanku, Engkau yang memelihara aku, Engkau yang menjagaku. Tidak ada Tuhan yang berkuasa kecuali Engkau. Engkau yang menciptakan aku, dan aku adalah hamba-Mu, dan aku berikrar di hadapan-Mu, bahawa aku tetap dengan janji dan tetap dengan ikrarku kepada-Mu. Engkaulah yang memberikan nikmat-Mu kepadaku sepenuhnya, namun aku mengaku membalas membalas nikmat ini dengan berbuat dosa. Wahai Tuhanku, ampunilah aku kerana hanya Engkau sahaja yang layak mengampuniku.”

Doa Sayyidul Istighfar yang diajarkan dan diamalkan oleh Nabi SAW.

Mengakulah akan kelemahan anda dihadapan ALLAH. Rendahkanlah hati mengakui kebesaran dan memohon keampunan dan kekuatan dari-Nya.

Sahabat, kita ini hamba. Kita tidak punya apa-apa melainkan apa yang ALLAh berikan kepada kita. Maka, tiada guna lupa diri di dunia. Tiada guna bangga diri dengan apa yang dimiliki. Betul. Semua itu akan menjadi sia-sia di akhirat sana.


NOTA KAKI
Perbaiki diri, renungi kembali apa yang kita lakukan seharian

Thursday, March 14, 2013

Masalah Itu Manis


“Jangan katakan kepada Allah kalau kita ada masalah, tapi katakan kepada masalah  kita ada Allah”

Ketika kita ditimpa sebuah masalah, bererti Allah mahu kita lebih dewasa dalam menghadapi hidup ini. Ketika kita ditimpa musibah, bererti Allah ingin agar kita mendekat kepadanya. Ketika kita ditimpa kesusahan, bererti Allah telah menyediakan untuk kita kemudahan.

Kerana sesungguhnya disebalik permasalahan ada proses pendewasaan, disebalik musibah ada hikmah, disebalik kesusahan ada kemudahan.

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.”( QS. al-Insyirah: 5-6)
Ketika permasalahan datang menghampiri, jangan mengeluh dihadapan sang pencipta, jangan memberontak akan keputusannya apalagi dengan mengatakan bahawa Allah tidak adil. Namun, mintalah agar kita diberi kesabaran serta ketabahan dalam menghadapinya, diberikan penyelesaian  yang terbaik bagi kita, dan selalu mengharap dia memberikan ganjaran pahala untuk kita.

Tanpa malam, bulan purnama takkan indah. Tanpa lapar, nikmat makanan takkan terasa. Tanpa dahaga sejuknya air takkan memberi banyak makna. Begitu juga kemenangan atau kemudahan takkan banyak memberi erti tanpa didahului rintangan masalah kesusahan. Setelah mendung terbitlah cerah.

Tak ada hidup tanpa masalah, kerana masalah adalah sunnah-Nya. Yang kita perlukan hanya dada yang lapang dalam menghadapinya. Jika ketabahan yang kita bina, nikmat masalah akan terasa. Jika keluhan yang sentiasa kita bina sengsara masalah akan selalu bertambah.

Masalah datang untuk kita hadapi, bukan untuk dicaci atau dimaki. Masalah adalah medium dalam proses pendewasaan. Tanpa masalah kita takkan pernah dewasa. Tanpa masalah kita takkan menjadi orang yang luar biasa.”Jalan yang lurus dan rata takkan pernah menghasilkan pemandu yang hebat. Laut yang tenang takkan pernah menghasilkan pelaut yang cekap. Langit yang cerah takkan pernah menghasilkan juruterbang yang handal.”

Di saat kita mencari solusi dalam suatu masalah, di saat itulah sebuah proses pendewasaan hidup akan bermula. Maka,senyumlah mereka yang memiliki masalah dan mampu mengatasi masalah tersebut dengan bijak, iaitu dengan tetap selalu bergantung kepada keputusan Allah yang maha adil setelah tawakal dilakukan.

NOTA KAKI
Segala permasaalahan, ada jalan penyelesaiannya :)

Saturday, February 9, 2013

Bantulah Walaupun Sekadar Senyuman




Senyuman boleh meringankan duka dihati. Percaya tidak? Saya percaya. Senyuman yang lahir ikhlas dari hati boleh memancarkan sinar ketenangan kepada sesiapa yang melihatnya. Boleh jadi ia akan mengubati jiwa yang lara.

Sebab itu banyak saranan cuba untuk senyum apabila hati sedang suram.


Susahkah untuk senyum? Tidak. Anda cuma perlu senyum. Senyumlah dengan bahagia. Saya suka untuk bertemu dengan orang yang pemurah senyuman. Namun tidak bererti saya kurang senang pada orang yang tidak selalu senyum. Kita melihat pada keadaanlah.


Senyumlah Pada Orang Lain
Orang lain yang saya maksudkan adalah orang yang mungkin hatinya dirundung pilu. Hidup mereka yang menghadapi ujian dari ALLAH. Kadang kala, cukup sebuah senyuman itu sebagai pendengar yang baik kepada mereka. Tidak perlu bertanya itu dan ini. Yang penting, anda senyum seikhlas hati. Maka dengan izin, senyuman itu meringankan duka orang lain.

Saya jadi teringat akan sebuah hadith yang mengatakan setiap kali Baginda SAW senyum, maka gigi geraham Baginda akan kelihatan. MashaAllah. Hati rindu kepada Rasulullah. Bertuah manusia yang dapat melihat senyum dan tawa Baginda SAW dihari kemudian kelak.

Ada yang mudah senyum. Ada yang tidak. Anda yang mana? Hehe.

Senyumanmu itu Berharga
Kenapa saya katakan berharga? Sebab dengan hanya sebuah senyuman yang ikhlas kepada orang lain, maka anda sudah membuat amalan yang mendatangkan pahala. Tidak percaya? Baca hadis ini,

Daripada Abu Dzar al-Ghifari r.a, Rasulullah SAW bersabda :

“Kamu senyum kepada saudaramu adalah sedekah, kamu melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar adalah sedekah, kamu menunjuki seseorang yang sesat adalah sedekah dan kamu membuang batu, duri dan tulang dari jalan adalah sedekah.” – Hadis Riwayat Imam Bukhari

MashaAllah! ALLAH Maha Pemurah! Manusia saja yang tidak pandai merebut peluang yang telah ALLAH berikan. Semuanya sudah terbentang, mahu tidak mahu saja manusia itu lakukannya.

Saya yakin, senyuman itu salah satu ubat yang mujarab yang didatangkan oleh ALLAH dan dizahirkan pula oleh manusia dalam kehidupan.

Sahabat, maka rajin-rajinkanlah untuk senyum seindah suria!

Entri yang agak nakal dimalam hari. Semoga semuanya terus tersenyum, senyum dan senyum. Belum terlambat untuk melatih bibir untuk lebih mudah mengukir senyuman kepada orang lain.

NOTA KAKI
Tetapi senyum kepada berlainan jantina itu, harus juga ada hati-hatinya. Sengih.

Friday, February 1, 2013

Merenung Diri

Tidak perlu melihat keramaian untuk menilai zaman
Lihat saja pada diri sendiri untuk melihat zaman
Andai diri terasing dari zaman ini
Semoga ALLAH tetap memeluk kamu dalam pelukan-Nya

Jika ditanya, apa yang kamu inginkan?
Lantas menjawab menginginkan Islam dijulang
Tapi, cuba tanya pada diri sendiri
Akar Islam, kukuh sudahkah dalam diri?

Malangnya, sengih hanya diberi sebagai jawapan

Terlambat atau tidak, bukanlah persoalan
Persoalannya utama ialah sejauh mana kita menanamnya dalam diri
Benih-benih ad-deen adakah dibajai dengan zikr
Ataukah dibajai dengan hasad dan bangga diri

Lihatlah dunia dalam diri dan letakkan pada tanganmu
Andai kamu berjaya menempatkannya
Maka kamu sudah membuka kunci dunia
Semoga ALLAH memandang dengan pandangan rahmat-Nya


NOTA KAKI
Wahai diri, siap siagakan dirimu!

Sunday, January 13, 2013

Kerana Mereka Juga Manusia..


Sudah menjadi isi dan kulit zaman sekarang ini apabila masyarakat menyebut remaja, maka terbayang kerosakan akhlak dan sahsiah. Dan bila disebut kerosakan moral dan hilangnya harga diri, maka remaja juga akan tergambar di benak setiap masyarakat yang memandang penuh egois.

Saya seorang yang masih dalam lingkungan remaja (20++ masih remaja,hehe). Apa perasaan saya apabila remaja yang ada dalam diri saya ini diperkatakan dengan buruk sekali orang masyarakat yang ‘baik’? Terluka? Iya, lukanya terasa sampai ke hati. Mana mungkin saya tidak terasa apabila seangkatan saya dihukum oleh penghukum-penghukum dunia yang sangat ‘baik’? Menghukum tanpa menasihati terlebih dahulu adalah sesuatu yang sangat menjengkelkan bagi saya. Hatta dalam Islam sekali pun, membagi pengajaran kepada orang yang berbuat kesalahan adalah selepas dinasihati setelah berperingkat-peringkat.

Hati saya terguris, pedih.

Jiwa remaja saya berkata.. Mereka menghukum tanpa menghulurkan tangan terlebih dahulu.

Sakit? Sangat sakit!


Dihukum, Dicaci, Dimaki, Dijauhi
Dunia sekarang, isu pembuangan bayi dan yang sama waktunya sangat berleluasa. Benar, saya sedih dengan berita-berita sebegini. Rasa kasihan kepada bayi yang diperlukan seperti itu, lebih kasihan lagi kepada kedua ibu bapanya yang melakukan kerja yang zalim bagi manusia.

Apabila mendengar berita sebegini, ramai manusia yang kasihan kepada si bayi kecil yang tidak berdosa. Tidak kurang juga yang mencaci, memaki, menyumpah dan melaknat si pendosa-pendosa itu. Saya juga turut berasa marah. Mana mungkin saya akan gembira dengan berita seperti itu. Atau mana mungkin saya akan tersenyum melihat berita di kaca televisyen, dada-dada akhbar dan corong-corong radio mengenai peningkatan kes pembuangan bayi.

Namun, apa yang lagi menyedihkan ialah.. Banyak manusia yang tidak meninggalkan sedikit rasa kasihan kepada si pendosa-pendosa itu. Tiada rasa di hati untuk membantu mereka kembali ke jalan yang benar. Apatah lagi untuk mendoakan mereka, jauh sekali. Kawan-kawan, apakah ini? Ini namanya saudara?

Di sini, saya bukan ingin membela perbuatan kejam remaja-remaja yang tersilap jalan. Bukan juga mengiyakan perbuatan mereka adalah benar. Na’dzubillah.

Tapi di sini, saya hendak kita bertanya kembali kepada kalbu masing-masing. Apakah anda seorang saudara yang menginginkan kebaikan untuk semua saudara anda? Atau apakah anda seorang yang hanya sendirian sahaja mendapat rahmat kebaikan?

Ramai antara kita, berasa sudah sangat baik. Tidak membuat dosa besar seperti mana remaja-remaja yang tersilap jalan di luar sana.

Mereka kamu tinggalkan dengan jalan yang sesat tanpa kamu berusaha menunjukkan jalan yang benar. Lalu, dengan senang hatinya kamu mencaci mereka.


Jangan Salahkan 100%
Pernahkah kita semua berfikir dengan sungguh-sungguh, kenapa mereka itu jadi seperti itu? Saya yakin, banyak diantara kita akan berfikir/bertanya seperti ini,

“Kenapa mereka boleh jadi begitu?”

“Apa masalah mereka sampai boleh buat sekejam itu?”

“Apa nak jadilah dengan anak muda sekarang?”

Ya, saya pasti. Dialog di atas pernah kita ungkapkan dalam fikiran kita. Tapi kita tidak pernah berfikir dengan sungguh-sungguh. Sungguh-sungguh macam mana tu?

Berfikiran sungguh-sungguh yang membuahkan tindakan!

Bukan membuahkan makian!

Ramai antara kawan-kawan saya, kawan-kawan kepada kawan saya, malah saudara mara sendiri mempunyai pe’el yang nakal. Saya faham. Dan hampir kesemuanya berasal dari keluarga yang tidak faham dan amal Islam, faham tapi tak amal Islam, tahu tapi sengaja buat keluarga mereka tidak tahu.

Boleh dikatakan, semuanya bermula dari rumah. Nah, siapa yang nak disalahkan lagi?

Tiada!

Sekarang bukan masa untuk mencari kesalahan setiap satu individu di muka bumi ini. Zaman ini adalah zaman untuk mencari penyelesaian kepada masalah tanpa meninggalkan pengetahuan tentang asbab kerosakan yang terjadi akibat oleh tangan manusia itu sendiri.

Kalau hendak mencari salah orang, maka perbuatan kejam remaja yang tersilap jalan, boleh jadi kerana pegangan agama yang tak kuat kerana tidak diberi didikan oleh keluarga, kerana kawan-kawan sebaya, kerana guru-guru, kerana orang-orang yang ‘alim tentang agama dan juga kerana pemimpin negara itu sendiri.

Tapi bukan nak cari KERANA, kita nak cari PENYELESAI.

Bimbing Diri Sendiri
Kalau ada sahabat yang saya kasihi, yang pernah tersilap jalan dan membaca blog saya ini. Saya nak khabarkan satu perkara pada anda.. Anda sebenarnya tidak bersendirian. Dan anda sebenarnya lebih mulia dari insan lain. Ya, LEBIH MULIA dari insan yang ‘baik’.

Lebih mulia daripada orang-orang yang tidak melakukan perbuatan seperti anda lakukan jika anda menyesal dan kembali ke pangkal jalan.

Wahai sahabat, tidak semua orang membenci anda. Dan mungkin banyak juga yang membenci perbuatan anda tapi amat mengasihi anda. Andainya orang-orang disekeliling anda membenci anda.

Maka saya di sini sedia jadi sahabat anda.
Saya mengasihi anda. Dan saya menghormati anda. Serta saya sedia membantu anda. Andaikan anda meminta bantuan dari saya, tetapi saya tidak dapat membantu. Maka kita boleh sama-sama mencari bantuan daripada orang lain.

Ingat! Sebelum dibantu oleh orang lain, anda perlu ada azam untuk membantu diri sendiri. Biarkan dunia beserta seluruh isinya yang mencacimu. Harus kau ingat, ALLAH sangat mengasihi!

Saya juga adalah pendosa. Dan saya mahu kebaikan. Saya sayangkan anda, dan saya nak kita sama-sama hendakkan kebaikan dan mati di dalam Islam.


NOTA KAKI
Ayuh Sahabat! Sama-sama kita berpimpin tangan untuk bertemu dengan ALLAH, Sang Kekasih yang Pengasih!

Tuesday, December 18, 2012

Berdosa? Bukan Alasan


Berfikir tentang dosa, tiada siapa yang mahu menambahkan jumlah akaun dosa.

Tiada siapa yang mahu hidup dalam kesesakan dosa. Tapi manusia sentiasa hidup dalam lautan dosa akibat perbuatan manusia itu sendiri. Benar, semua orang melakukan salah dan silap yang mengundang dosa besar mahu pun kecil. Tapi itu tidak sepatutnya menjadi alasan untuk manusia membiarkan diri hanyut dalam lautan dosa.

Bila seseorang melakukan salah dan silap, adalah normal manusia itu akan mengelak dari bertembung dengan kesan perbuatan salah dan silap yang telah dilakukan sendiri. Tapi sebenarnya, boleh manusia berpaling daripada ALLAH apabila sering berdosa?

Kalau berpaling dari ALLAH, kepada siapa mohon diampunkan dosa?


Manusia Berdosa, Bukti Kekerdilan Diri
Melalui proses kehidupan rutin sehari-hari, melakukan kesilapan itu adalah sebahagian fitrah dari diri manusia. Tiada siapa yang tidak membuat kesilapan. Saya dan anda semua termasuk dalam golongan orang-orang yang melakukan dosa.

Dan dosa itu pula ada dosa kepada diri sendiri, dosa kepada orang lain, dan dosa terhadap. Apabila melakukan menzalimi diri sendiri, perasaan bersalah itu akan terbit dan mungkin akan timbul satu perjanjian dengan diri sendiri bahawa tidak akan melakukan perbuatan itu lagi.

Begitu juga halnya dengan manusia lain. Rasa bersalah itu pasti ada. Dan adakalanya perasaan bersalah itu menghantui diri sendiri. Kadang-kadang juga, kerana ego yang tinggi, perasaan bersalah terhadap orang lain itu akan ditenggelamkan dengan ungkapan, “alahh, biarlah.”

Kata hati manusia adalah saksi tentang dosa yang ada pada manusia. Pada saat seseorang melakukan perkara yang salah, kata hatinya akan menyalahkan dia, menuduh dan menghukum diri dengan perasaan rasa bersalah. Tetapi kerana keegoan yang berjaya meninggi dalam diri, maka perasaan bersalah itu diketepikan dan dibiarkan berlalu dan kalau boleh, berusaha mengelak untuk memikirkan perkara tersebut.

Tapi, bagaimana dosa manusia dengan ALLAH?

Apabila kita terbuat salah dengan seseorang manusia misalnya, akibat dirundung oleh perasaan bersalah, setelah meminta maaf, tingkah laku kita apabila berhadapan dengan orang yang pernah kita buat salah itu akan tidak sama seperti sebelumnya. Sebolehnya, manusia akan mengelak dan mengelak. Oh, itu normal.

Tetapi, dengan ALLAH, manusia tidak akan sesekali dapat berbuat demikian. Mungkin jasad kelihatan akan mengelak dari bertemu dengan ALLAH; tidak solat, tidak menghadiri majlis ilmu, mengelak bertembung dengan orang-orang alim agama. Tetapi hakikatnya, hati yang diciptakan suci secara fitrah itu akan menghasilkan suatu perasaan bersalah yang mengecam jiwa.

Apabila manusia tidak menghiraukannya, maka percayalah, kehidupan seseorang itu tidak akan pernah tenang walaupun zahirnya penuh kebahagiaan.

“Dan mereka mengingkarinya kerana kezaliman dan kesombongan (mereka) pada hal hati mereka meyakini (kebenaran)nya.” (An-Naml: 14)

Kalau manusia berbuat demikian, adakah ALLAH yang rugi?
Tidak! Sesekali tidak!

Hei. ALLAH yang menciptakan manusia. Dan ALLAH tidak akan rugi dan berkehendak pun kepada manusia jika manusia memalingkan diri dari-Nya. Sebaliknya manusia yang sangat-sangat bergantung dan memerlukan ALLAH dalam hidupnya.

Firman Allah SWT,

“Wahai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah, dan Allah, Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji.” – Fathir : 15


Banyak Dosa, Tidak Layak Memohon Ampun ALLAH

Tidak layak memohon ampunan dari ALLAH?

Mungkin ramai manusia yang akan beranggap sedemikian terhadap diri mereka sendiri. Jika ditanya kenapa, kerana mereka merasakan yang diri mereka sangat-sangat berdosa sebelum ini. Hanyasanya disapa dengan perasaan ingin kembali kepada Tuhan, maka mereka ada kesedaran kekerdialan sebagai hamba ALLAH.

Dan salah satu yang menjadi halangan ialah perasaan yang sedemikian. Perbuatan silam yang banyak mengundang dosa membuat segelintir manusia merasa sangat hina dihadapan ALLAH dan merasa tidak layak memohon ampun daripada ALLAH. Dan diantara manusia yang berfikiran seperti itu, ada yang kembali kepada ALLAH. Dan ada juga yang semakin jauh dari ALLAH.

Kenapa? Apakah pendosa tiada peluang mendapat keampunan ALLAH?

Tidak. ALLAH itu Maha Pengampun. Antara buktinya, saat seseorang manusia melakukan dosa, masa itu jika ALLAH berkehendak, boleh aja ALLAH mencabutnya nyawanya dalam kehinaan dan menjadi iktibar kepada manusia lain. Tapi, bersyukurlah seandainya pada saat anda melakukan dosa yang terhijab dari pandangan manusia lain, anda masih diberikan peluang untuk bernafas.

Dosa yang anda lakukan saat itu, hanya anda dan ALLAH yang tahu. ALLAH memelihara keaiban anda daripada diketahui oleh orang lain, disebabkan boleh jadi ALLAH ingin memberi anda peluang memeluk kesedaran dari perbuatan tersebut dan bertaubat serta berdoa kepada ALLAH.

Hidup ini, kadang-kadang sentuhan dari ALLAH itu dari pelbagai arah dan ketika tanpa disedari oleh manusia.

Maka, apa yang perlu dilakukan? Bawalah diri yang terasa penuh kehinaan itu menghadap ALLAH. Percayalah, perasaan menghadap ALLAH beserta rasa kehinaan terhadap Tuhan itu ada ketenangan yang ALLAH akan campakkan dalam jiwa manusia yang kembali mengetuk pintu ALLAH.

Berdoa Memohon Akan Keampunan
Suatu masa dahulu, seorang Mak Cik pernah berkata -semoga beliau ditempatkan di tempat orang-orang yang mendapat kemuliaan di sisi ALLAH- yang manusia masuk syurga bukan kerana amalan manusia yang banyak. Tetapi manusia masuk syurga kerana rahmat dari ALLAH. Lalu beliau berpesan, banyakkan berdoa dan menangis ketika berdoa. Dengan doa, keajaiban akan muncul dengan izin ALLAH.

Buang perasaan yang memakan diri, iaitu perasaan tidak layak memohon keampunan dari ALLAH kerana selautan dosa yang pernah dilakukan. Sebaliknya, tukar dengan perbuatan sungguh-sungguh mengerjakan amalan yang sudah lama ditinggalkan.

Yang paling penting, banyakkan berdoa. Doa itu penghubung antara seseorang hamba dan Tuhannya. Doa itu menjadi antara salah satu saluran manusia dengan Tuhan untuk saling berkomunikasi. Saya teringat sebuah hadis Rasulullah SAW,

“Sesiapa antara kamu yang dibukakan pintu hatinya supaya berdoa, nescaya Allah bukakan padanya pintu-pintu rahmat. Dan tidak ada doa yang dipohon itu yang lebih disukai Allah selain daripada memohon kemaafan (keselamatan di dunia dan akhirat).” – HR. Tirmizi

Dalam berdoa, berdoalah dengan penuh kerendahan diri dihadapan ALLAH. Selepas solat, ambillah masa beberapa minit untuk memuja dan memuji ALLAH seterusnya memohon keampuan dari-Nya. Selepas itu, dengan kudrat yang masih kuat, berusahalah untuk mendirikan solat diwaktu malam.

Solat diwaktu malam itu lebih tenang untuk berkhalwat dengan Tuan Punya Dunia. Dan doa-doa pada waktu itu juga boleh jadi tiada hijab. MashaAllah.

Sabda Baginda SAW,

“Sesungguhnya Tuhanmu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu pemalu lagi mulia. Dia malu terhadap hamba-hamba-Nya yang mengangkat tangan berdoa, tiba-tiba tidak diberi oleh-Nya akan permintaan itu.” – HR. Tirmizi & Abu Daud

Dan apa yang patut anda pagarkan dengan pagar duri besi atau apa-apa sahajalah, ialah anda berusaha sedaya-upaya dan berjanji kepada diri dan kepada ALLAH bahawa anda akan berusaha untuk tidak melakukan dosa seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

Semuanya tidak mudah. Kerana hakikat kekuatan kudrat itu datangnya daripada ALLAH. Maka, mohonlah diberikan kekuatan untuk melawan nafsu liar yang ada dalam diri. Saya pernah terbaca sebuah hadis daripada Nabi SAW. Begini..

“Seorang Mukmin melihat dosanya bagaikan seseorang duduk dibawah gunung dan takut kejatuhan gunung itu.” -HR. Bukhari

Merasa susah dengan ungkapan doa? Naaa. Ketika berdoa, ungkapkan sahaja yang terlintas didalam hati. Percayalah, lintasan itu ALLAH sebenarnya yang bagi. Menurut ulama’ Tasawwuf, apabila seseorang ALLAH ringankan lidahnya untuk berdoa, maka sebenarnya dengan rahmat ALLAH, doa itu akan diperkenankan. Subhanallah~

Bukan mudah seseorang hamba ALLAH menggerakkan hati dan lidahnya untuk konsisten dalam berdoa jika tidak kerana hidayah dan taufik dari ALLAH. Maka, jangan pernah sudah cukup dengan hidayah yang ALLAH berikan. Minta dan mintalah lagi untuk sentiasa dipelihara ALLAH pada jalan kebenaran ini.

Hati sedang jauh dari ALLAH? Maka, ambillah langkah untuk dekat pada-Nya!

Peringatan yang lebih untuk diri saya sendiri. Kerana saya juga makhluk pendosa yang sering melakukan dosa. Memohon dengan rahmat dan inayah dari ALLAH, moga ALLAH tidak melepaskan saya dari genggaman-Nya. Dan doa yang sama untuk anda semua.

Mungkin satu peringatan yang biasa untuk diri saya terutamanya. Kita dimuka bumi, bukan siapa-siapa dan tiada nilai jika tiada rahmat ALLAH bersama dalam kehidupan! Dan ingatlah duhai diri, kepada ALLAH tempat kembali.


NOTA KAKI
Pssst! Sahabat, dengan dosa, manusia tidak akan sampai ke mana. Tapi memohon keampuanan atas segala dosa itu, boleh jadi ALLAH akan memuliakan manusia. Maka, apakah pilihan yang kita ada selain membawa diri kembali pada-Nya?

Thursday, November 22, 2012

Persediaan Arus Kehidupan


Persediaan.
Satu perkataan yang mengetuk minda saya. Ya, persediaan. Persediaan adalah sebagai salah satu cara manusia mengumpul kekuatan sebelum berhadapan dengan sesuatu. Tidak kira apa yang ingin manusia lakukan. Sama ada perkara itu kecil atau besar.


Langkah pertama adalah, persediaan.
Orang-orang yang berakal dan berjaya adalah mereka yang membuat pertimbangan dengan persediaan yang rapi. Sama ada sempurna atau tidak, belakang cerita. Persoalan yang utama adalah, manusia ingin membuat persediaan dalam hal apapun.


Persediaan Mendahului Kejayaan
Manusia, apabila berjiwa besar dan bercita-cita besar atau ingin mencapai suatu kejayaan yang besar, maka kita haruslah bersedia jiwa dan raga untuk menghadapi segala kemungkinan yang berlaku, halangan dan rintangan yang sememangnya tidak mudah bagi orang-orang yang lemah.

Apa yang ingin anda capai, maka itu adalah fokus utama anda. Anda perlu mempersiapkan zahir dan batin anda untuk menerima sebarang kejutan, kerahan tenaga mahupun kepayahan dalam menuju apa yang anda impikan.


Semuanya dimulakan dengan persediaan selain niat.
Segala perasaan takut, berputus asa, dan mudah mengaku kalah seharusnya sudah ditapis dengan kekuatan iman sebelum bercita-cita besar. Kerana orang yang bercita-cita besar hanyalah bagi orang-orang yang berjiwa besar. Jangan sesekali segala macam perasaan seperti itu bersarang di dalam hati kerana ia akan menjadi suatu penyakit yang akan merebak ke seluruh badan seterusnya melumpuhkan seluruh anggota badan anda.


Selepas Persediaan, Bina Kubu Kekuatan Diri
Dari mana ya manusia dapat kudrat untuk melakukan segala pekerjaan dalam kehidupan seharian? Jawapannya hanya satu, dari ALLAH manusia dapat.


Makanya, mohon kekuatan daripada ALLAH.
Seseorang yang berjiwa besar saya kira akan berjuang bermati-matian demi mempertahankan cita-citanya hatta dilanda badai yang besar. Dia sanggup menghadapi segala macam dugaan dan semangat jihadnya sentiasa tersemat di dalam diri.

Perasaan gentar? Buang jauh-jauh.
Jangan membuat persediaan dengan terburu-buru. Sebaliknya, kita perlu memahami jalan cita-cita yang kita akan tempuhi dan seterusnya kita mempelajari segala taktik untuk sampai ke puncak kegemilangan.

Persediaan tidak menjanjikan kejayaan, andai anda tidak istiqamah.
Oleh itu, anda sebagai seorang yang berjiwa besar dan bercita-cita besar mestilah melangkah dengan teratur dan cantik gaya persembahan hasil persediaan yang anda lakukan selama ini.


Berani Berhadapan Dengan Pelbagai Situasi
Persediaan yang dilakukan itu adalah cara kita mengumpul kekuatan untuk berhadapan dengan sesuatu. Makanya, anda harus berani menghadapi sebarang bentuk risiko dimasa akan datang. Apa yang penting sekali, siap sedia memujuk hati anda untuk terus tabah dan sabar terhadap natijah yang anda lakukan.

Eh, saya bukan berniat melemahkan semangat.
Sebaliknya, saya ingin kita semua bersedia dengan pelbagai bentuk dugaan. Seperti kegagalan dan kejayaan. Anda jangan mengira bahawa kegagalan itu dugaan, sebaliknya kejayaan itu adalah simbol menandakan kemenangan. Jangan. Kemenangan juga adalah dugaan buat kita. ALLAH akan menguji.

Prinsip yang anda pegang juga seharusnya anda genggam seerat-eratnya selagi prinsip itu tidak bertentangan dengan syariat Islam.


Keberanian anda diperlukan merealisasikan impian anda.
Satu yang perlu kita tanam dalam benak fikiran adalah, segala pekerjaan yang dipaksikan kerana hanya mengharap keredhaan  ALLAH adalah sifat yang mulia dan terpuji sepertimana seorang penuntut ilmu menuntut ilmu dijalan  ALLAH .

Keberanian anda adalah sebagai tunggangan anda untuk pergi lebih jauh. Kerana, tiada tempat bagi orang yang pengecut untuk berada di puncak.

Katanya berjiwa besar. Maka, ambillah pepatah Melayu ini,

“Membujur lalu melintang patah..”


Hakikat Kekuatan dan Kejayaan
Apapun yang kita lakukan, hakikatnya, berjaya atau tidak adalah dengan kehendak  ALLAH juga. Namun,  ALLAH itu Maha Adil dan DIA memberikan hasil sesuai dengan usaha yang kita lakukan demi mencapai cita-cita.

Oleh itu, mohon kekuatan dari  ALLAH .


Manusia itu, takkan punya apa-apa melainkan dengan perhatian ALLAH SWT.
Kita berjuang. Kita menjadi pahlawan atau pejuang. Haruslah diiringi dengan kerendahan hati dan jiwa dihadapan ALLAH. Meskipun dihadapan manusia kita kelihatan tabah dan sabar, biarlah seorang pahlawan itu bersimpuh sujud dan tunduk dihadapan Tuhannya lebih rendah dari rumput yang ada di bumi.

Kerana, disitu kemuliaan sebagai seorang hamba.


NOTA KAKI
Jangan pernah lupakan ALLAH. Kerana ALLAH sentiasa bersama kita.

Tuesday, November 20, 2012

Palestin, Prihatinkah kita?



Antara isu yang paling hangat diperkatakan dunia sekarang adalah mengenai kekejaman rejim zionis yahudi yang menghalang sebarang bentuk bantuan untuk disalurkan ke Gaza. Akhirnya, bantuan dan amanah rakyat sedunia yang dibawa oleh para sukarelawan tidak sampai ke tempat yang dituju.

Amat menyedihkan bukan? Semestinya penduduk Gaza yang mengharapkan bantuan tiba ke tanah air mereka lagi sedih dan terkilan. Apakah tiada pembelaan untuk mereka semua? Dengan apa yang telah terjadi baru-baru ini, moga mata dunia terbuka luas melihat kekejaman rejim zionis yang sememangnya tidak berhati perut.

Penentangan terhadap tindakan rejim zionis itu bukan hanya berdasarkan pada keagamaan sahaja. Tetapi ia menyentuh sensitiviti kemanusiaan masyarakat dunia umumnya tentang penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin. Bagi kita rakyat yang biasa ini, apa yang mampu kita lakukan untuk membantu saudara-saudara kita yang berada di Palestin selain menghulurkan derma dan menerbangkan doa?

Boikot.
Iya. Perkataan boikot barangan Yahudi ini sudah lama bermain di bibir manusia. Namun ada juga diantara kita yang masih berkelakuan seolah-olah dunia sekarang tidak mengalami apa-apa kejadian. Apa yang mampu dilakukan adalah memboikot barangan yang mampu anda boikot. Untuk memboikot semuanya adalah mustahil, kerana kalau anda sedar.. Hidup anda setiap hari dikelilingi oleh barang buatan Yahudi.
Jangan menjadi pemboikot membabi buta.

Untuk penganut Islam khususnya, jika kejadian yang menimpa Palestin sampai sekarang masih belum menyentuh hati kita ini, maka bersedialah anda dari sebarang penyakit hati. Mereka itu, adalah saudara mara kita. Iya, saudara berlandaskan akidah. Bayangkan saja jikalau ada saudara kandung kita yang terbunuh di sana. Apa perasaan kita sekarang?

Kawan-kawan, setiap dari Muslim itu adalah bersaudara!

Khaibar khaibar ya yahud! Ja’isyu Muhammad saufa ya’ud!

NOTA KAKI
No more MacD...

Monday, November 19, 2012

Bagaimana YAHUDI Melemahkan Umat ISLAM



Musuh-musuh Islam terutama Yahudi tahu rahsia di mana kekuatan umat Islam dan di mana kelemahannya. Mereka usahakan untuk mengambil tahu supaya di mana kekuatan itu yang hendak dilemahkan dan juga supaya kelemahan umat Islam itu terus dilemahkan. Sepatutnya rahsia ini cendikiawan Islam yang faham, tetapi mereka nampaknya sudah tidak faham di mana kekuatan umat Islam dan di mana kelemahan mereka.


Oleh kerana cendikiawan Islam sudah tidak tahu lagi rahsia kekuatan dan kelemahan umat Islam, bolehlah kita katakan mereka-mereka yang dikatakan arif dengan ilmu Islam sudah tak boleh jadi pemimpin kepada umat Islam, dengan demikian terdedahlah umat Islam kepada bahaya,kepada musuh Islam terutama Yahudi.

Bagaimana orang Yahudi melemahkan umat Islam? 

Di antaranya sebahagiannya kita sebutkan di sini untuk difaham.

Yang pertama : 

Orang-orang Yahudi menggalakkan maksiat, dengan digalakkan pergaulan bebas di dalam pelbagai saluran,di dalam pendidikan, di dalam kebudayaan, di dalam ekonomi, supaya keturunan umat Islam terdedah kepada penzinaan, supaya keturunan umat Islam rosak. Bila keturunan umat Islam rosak,hidayah Tuhan tidak dapat. Setidak-tidaknya kalau umat Islam sudah asyik berhiburan, mereka akan lalai dengan tanggungjawabnya kepada Tuhan, seperti cuai sembahyang, seperti tidak memikirkan halal dan haram. Keturunan yang lalai itulah akan menikah kahwin melahirkan generasi, sambung menyambung yang akan datang dan melahirkan Generasi yang tidak dipimpin oleh Tuhan,maka akhirnya mereka hidup di dalam kelemahan.

Yang Kedua: 

Begitu juga mereka orang-orang Yahudi mengeluarkan produk-produk makanan dan minuman.Di dalam makanan dan minuman itu dimasukkan unsur-unsur sihir, serta makan minum yang tidak halal supaya jiwa umat Islam yang sudah rosak tak dapat pimpinan Tuhan, hiduplah mereka sebagai haiwan. Kalau mereka hidup macam haiwan,senanglah mereka mengkotak-katikkan umat Islam. Maka sambung menyambung jugalah generasi umat Islam di dalam kelemahan.

Yang Ketiga: 

Begitu juga orang Yahudi merosakkan fikiran umat Islam melalui pendidikan, filem-filem serta bahan-bahan bacaan atau kebudayaan atau melalui ideologi, supaya merosakkan fikiran dan jiwa umat Islam.Kemudian umat Islam itu tak boleh dididik dan disedarkan dan di dalam keadaan itu umat Islam tidak akan kembali kepada Tuhan, dan tidak akan bersatu dan berkasih sayang sesama umat Islam. Kalau mereka berjuang pun tidak mengikut yang dikehendaki oleh Tuhan.

Bila mereka berjuang tidak seperti yang dikehendaki oleh Tuhan, bantuan Tuhan tak datang,tinggallah mereka di dalam kelemahan.

Di waktu itu orang Yahudi mengkotak-katikkan umat Islam yang di dalam kelemahan. Umat Islam hari ini adalah seperti yang kita gambarkan tetapi mereka yang bertanggujawab dalam Islam masih tidak sedar juga di mana titik tolak umat Islam ini hendak diberi kekuatan. Mereka masih tercari-cari, masih terjebak dengan ideologi dan fikiran sekular tajaan Yahudi. Kalau Tuhan tidak menunjukkan seorang pemimpin untuk memimpin umat Islam,maka di masa yang akan datang umat Islam di seluruh dunia akan lebih lagi malang.

Bila umat Islam lalai dengan Tuhan, lahirlah golongan-golongan, yang masing-masing ada watak dan sikap bersendirian. Akibatnya satu golongan dengan satu golongan yang lain tidak dapat disatukan dan di dalam keadaan itu musuh-musuh Islam mengambil peluang. Mereka mengkotak-katikkan umat Islam yang tidak boleh disatukan, maka akhirnya umat Islam termasuk di dalam perangkap musuh. Akhirnya kehinaan pun datang, kehinaan itu berpanjangan dari satu generasi ke satu generasi sambung menyambung.Walaupun ramai umat Islam di dalam kelemahan macam buih-buih di lautan,watak setiap golongan itu seperti berikut yang akan diceritakan. Di antaranya:

Kalau dia orang politik,jatuh menjatuhkan di antara mereka, fikirannya, kuasa dan jawatan. Mudah untuk mendapat musuh, tetapi mudah juga untuk mendapat kawan. Mudah untuk musuh jadi kawan, dan begitu juga sebaliknya amat mudah kawan menjadi musuh. Keadaan itu jadi budaya di dalam kehidupan.

Kalau golongan ekonomi fikirannya mencari keuntungan dan kekayaan, sekalipun orang lain mendapat kesusahan dan penindasan asalkan apa yang penting dapat diperolehi iaitu wang dan kekayaan.

Kalau golongan pendidikan berbangga dengan ilmu pula, dengan ilmunya untuk mendapat jawatan supaya hidup lumayan. Kemudian megah pun datang dan hidup nafsi-nafsi menjadi budaya, masing-masing hidup cara sendiri.

Kalau golongan artis dan budayawan kerana mencari makan membuatlah filem-filem walaupun hasil dari filem-filem itu hanya merosakan orang ramai. Yang penting ialah mereka menjadi popular dan dapat glamour, dapat duit senang makan. Senang dapat rumah besar dan kenderaan mewah, walaupun kegiatan mereka itu merosakkan sehingga akhlak orang ramai bercanggah dengan syariat Islam.

Kalau golongan buruh pula mereka asyik fikirkan kenaikan gaji.Kalau menuntut dengan majikan mereka sanggup demonstrasi kerana kenaikan gaji, tidak fikir zaman inflasi. Yang penting majikan naikkan gaji.

Kalau orang-orang agama pula mereka asyik sibuk dengan motivasi dan dakwah, bukan kerana Allah tetapi hendak hidup mewah. Orang biasa menyangka mereka berjuang untuk fisabilillah, tetapi yang sebenarnya mereka berjuang untuk hidup mewah.

Begitu jugalah golongan-golongan lain yang kita tidak sebutkan, mereka masing-masing ada watak dan gaya hidup yang bersendirian. Kita boleh carilah sendiri tidak payahlah diberitahu disini, kita akan tahu sendiri.

Begitulah umat Islam sudah tak fikirkan Tuhan,watak dan sikap tidak boleh disatukan. Masing-masing golongan ada watak dan hidupnya yang tersendiri. Itulah yang berlaku kepada umat Islam di hari ini dan hendak dibetulkan semula semua ini kita memerlukan seorang pemimpin yang ada wibawa,yang boleh menyatukan semua golongan itu.

Kita berdoalah agar Tuhan cepat tunjukkan seorang pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan, untuk memimpin umat Islam dan mendapat bantuan Tuhan untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku di kalangan umat Islam, supaya kehinaan itu tidak berpanjangan.


NOTA KAKI
Mari kita sama-sama bangkit membantu penduduk di Palestine!

Sunday, November 18, 2012

Panduan Menjalani Kehidupan Yang Semakin Mencabar Zaman Ini



Tajuk post paling panjang setakat nih,hehe. Untuk kaum Adam..........Wahai insan bernama lelaki, renungilah pedoman di bawah sebagai panduan menjalani kehidupan yang semakin mencabar zaman ini.

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA BERTUNANG
Tunang bukanlah tiket untuk berdua-duaan, apatah lagi berpegangan tangan kerana pertunangan bukan bermaksud menghalalkan. Ia cuma bertindak sebagai persetujuan awal sahaja.

4. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah.

5. KETIKA MENJALANI KEHIDUPAN RUMAH TANGGA
Masing-masing mempunyai tanggungjawab yang berat. Jangan terlalu difikirkan untuk memewahkan hidup, tapi berfikirlah untuk melaksanakan amanah yang terbeban.




NOTA KAKI
Aku dah jumpa, korang plak macamana? :)

Friday, November 16, 2012

Nasihat Menasihati



Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.

Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan menjadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.”
-Hassan Al Basri

“seseorang Da’ie tidak akan lari dari medan Dakwah”


p/s: Dengan mengeluarkan kata kata agama,tidak semestinya aku seorang ustaz/zah. labuhnya tudung ku, tidak semestinya aku seorang yang alim. Dengan menasihati orang lain tidak pula bermaksud aku ini adalah la orang yang sebaik-baiknya. Aku cuma insan biasa yang mempunyai keinginan seperti kamu. Cuma aku berkongsi apa yang aku pelajari dan apa yg aku tahu dan mengingati diri sendiri supaya menjadi lebih baik.

NOTA KAKI
Sharing is caring  :)

Wednesday, November 14, 2012

Doa Akhir & Awal Tahun


Pada tahun ini, akhir tahun hijriah ialah pada 29 Zulhijjah 1433H iaitu bersamaan 14 November 2012 (Rabu) dan 1 Muharram 1434H jatuh pada 15 November 2012 (Khamis). Jangan lupa membaca kedua-dua doa akhir tahun (1433H) dan doa awal tahun (1434H) ini supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan semoga mendapat keampunan Allah SWT, insya Allah….Aamiin.

Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1434H (Hari Rabu malam Khamis).

Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

NOTA KAKI
Mudah-mudahan, kedatangan tahun baru ini membuka lembaran baru dalam kehidupan kita, InsyaALLAH




Wednesday, August 1, 2012

Wahai Wanita, Dirimu Begitu Berharga

Wanita itu bunga.
Bunga yang cantik kelopaknya.
Bunga yang tumbuh mekar gembira.
Bunga yang harus dipelihara sebaik-baiknya.

Wanita itu bunga indah.
Tangkainya lembut senang patah.
Hanya tangan yang agamanya gagah.
Dapat memetik dan menjaganya dengan mudah.

Wanita itu bunga agama.
Bunga yang tinggi nilainya.
Rumput-rumput mahmudah sentiasa menemaninya.
Tanah yang dibaja akhlak muslimah pelengkap hidupnya.
Siraman air agama menyuburkan kualitinya.
Jika tiada layulah dia.

Wanita itu bunga megah sebenarnya.
Megah pada manusia-manusia yang bukan mahramnya.
 Dia tidak akan memperlihatkan kelopaknya yang bersinar cahaya.
Hanya insan yang halal memilikinya.
Dapat melihat betapa indah rupa aslinya.


Wanita Solehah - 
lahir dari pakej yang pelbagai.

Tiada jalan yang singkat
atau perubahan yang segera.

Ia suatu proses - 
ada trial and error.
ada 'yes' and 'no'.


NOTA KAKI
Menjadi wanita SOLEHAH tu tak senang, tapi ia juga tak susah :)

Friday, July 20, 2012

Susah ke Jadi Wanita?



Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti…


NOTA KAKI
Selamat Menjalani Ibadah Puasa ye! :)


Related Posts with Thumbnails