BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Monday, August 31, 2009

Konsep Merdeka


Salam MERDEKA….

Setelah membaca beberap artikel tentang hari kemerdekaan. Banyak yang mengatakan bahwa sekarang ini kita belum merdeka. Mungkin ada benarnya. Tapi sebetulnya kemerdekaan yang selalu sinonim dengan kebebasan itu kita lihat di diri kita sendiri. Kita bebas bersuara s dan kita selalu merdeka fikiran kita tanpa terkekang oleh orang lain. Maka dari itu kita harus memerdekakan diri kita sendiri sebelum menuntut kemerdekaan yang lebih besar kepada orang lain. Bertepatan dengan 31 Ogos ini, mari kita merdekakan diri kita sendiri.


Negara kita mencapai keMERDEKAan yang ke-52 tahun, namun begitu, apakah yang MERDEKA sebenarnya? Apa sebenarnya KONSEP MERDEKA yang diharapkan? MERDEKA kah kita sebenarnya? Adakah fantasi semata-mata??


*Persoalan ini saya ajukan buat teman-teman seperjuangan sekalian, adakah anda seorang yang patriotik? Ataupun anda sekarang mau hidup di negara yang Merdeka dari penjajahan? Luahkan apa yang anda semua ingin luahkan


PENYAKIT-PENYAKIT YANG ADA DALAM JIWA MANUSIA


Penyakit-penyakit yang biasa terdapat dalam jiwa manusia adalah seperti berikut:

1. Mensyirikkan Allah SWT.

2. Melakukan amalan yang berdosa kepada Allah SWT.

3. Lalai terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan Allah SWT kepada hamba yang Muslim.

4. Menghina dan memandang kecil kepada orang yang dikasihi dan disokong Allah SWT.

5. Meninggalkan keputusan Allah SWT dalam kehidupan, sebaliknya mengambil keputusan yang lain.

Dalam realiti kini, segala ketentuan dan ketetapan Allah SWT dipandang tidak baik dan tidak diredhai oleh manusia. Manusia tidak memberi harga dan nilai kepada kehendak Allah SWT. Manusia memandang sepi terhadap ketetapan Allah SWT.

Mungkin terdapat segelintir manusia daripada umat ini yang memandang berat, mulia, tinggi dan agung dengan keputusan Allah SWT. Tetapi umumnya apabila dikemukakan keputusan Allah SWT maka dirasakan menjatuhkan maruah, seterusnya bersikap tidak mempedu­likan dan tidak mengendahkan keputusan tersebut. Inilah penyakit jiwa.

6. Tidak merujuk kepada Allah SWT, sebaliknya mengambil rujukan yang lain dalam permasalahan hidup meliputi di bidang ilmu penge­tahuan, sistem, peraturan dan sebagainya.

7. Tidak bergantung harap kepada Allah SWT, sebaliknya bergantung harap kepada ilah-ilah selain Allah SWT.

Apabila manusia tidak merujuk kepada Allah SWT, maka sudah tentu tiada lagi pergantungan kepada Allah SWT. Hakikat ini dinilai berasaskan praktik hidup manusia hari ini, meskipun dari segi dakwaan sememangnya mereka mengakui merujuk dan bergantung Allah SWT. Inilah yang sedang nyata berlaku.


8. Mencurigai, syak dan sangsi kepada janji-janji dan ingatan-ingatan Allah SWT.

Allah SWT memberitahu orang-orang yang beriman, bertaqwa dan beramal saleh akan janji syurga. Allah juga memberitahu orang-orang yang menentang-Nya akan janji azab neraka. Namun dalam perlaksanaan hidup manusia kini, ramai merasa syak dan sangsi terhadap janji-janji Allah SWT.

Jika manusia yakin akan janji-janji itu, sudah tentu realiti manusia berbeza daripada apa yang ada sekarang. Kini secara meluas manusia berasa curiga dan syak dengan janji-janji dan ingatan-ingatan Allah SWT.

**psst : Itulah perkara-perkara atau sebab-sebab yang membawa penyakit kepada jiwa manusia.

Sunday, August 30, 2009

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran.

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud

"Ada 4 di pandang sebagai ibu", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.

2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP.

3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.

4. Ibu dari segala CITA2 adalah SABAR

waRkaH bUat tEmaN

sAyAng tiDaK bEeRti mEmiliKi..................

kaTa-kaTa yaNg sElalu Kita uNgkapkaN...

tEmaN maAfkaNlaH daKu,

amPunKanlaH daKu....

ku TaK bErdAya lAgi mELihat pEngoRbaNanMu...

wAlaupUn diRi iNi rAsA disAyanGi dAn teRasa aMat berTuah mEmiliki

tEmaN sePeRtimu,nAmun diRi iNi juGa aMat bErsaLah dan tErsEksa

mElihat kEtabahaNmu.......

sEtiaP dEtiK2x yaNg kiTa lalui amaT bErmaKna dLm diRi iNi...

sEnyuMu,taWamu,sEnduMu.........sEmua tErsEmat di DaLam jiWa dAn

sAnubAriKu...

inGat laGi kaH kaMu SaAt pErKeNalaN kiTa????

sAngAt iNdaH bUkan..?tERtaWa juga HaTi biLa TerKeNang.. =)

taPi haNya sEmEntara.......... =( sEmua sAlaH saYa.........cuBa mEnumPaNg

kEbaHagiaaN oRAng lAin....

OH BAHAGIAKAH DIA....

WAHAI ANGIN KHABARKAN PADANYA BETAPA

DAKU MERINDUKAN IKATAN INI....

OH HUJAN SEDIAKAH DIA MEMAAFKAN DIRIKU??

TIDAK MENGAPA KU AKAN SEMATKAN IKATAN INI

WALAUPUN SAMA2X TERSEKSA,SAKIT,PEDIH.....

CUKUPLAH SEKADAR BAHAGIA DI ALAM MIMPI....

YA ALLAH....HARUSKAH INI TERJADI PADA HAMBA2XMU...

AMPUNKAN DAKU YA ALLAH...

JANGANLAH ENGKAU PUTUSKAN IKATAN INI..........

TEMANILAH DAKU TEMAN......

WALAU HANYA DI DALAM MIMPIKU....

DARI INSAN X BERDAYA...


**************************************************************************************************

*Psst, hanya sekadar coretan semata-mata, tidak ada kene mengena sama ada yang hidup mahupun mati (",)

Saturday, August 29, 2009

Tanggal 28 Ogos 2009

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua, diharapkan semua berada dalam keadaan sihat walafiat ;)

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka-mereka yang masih lagi berpuasa penuh, dah hampir seminggu kita menempuh puasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Juga dengan sukacita nya, saya ingin memaklumkan bahawa, hari ini merupakan hari kedua berturut-turut saya tidak tidur dimalam hari gara-gara assigment yang berlambak and Test Legal Maxim. memang huru-hara dibuat nye.. huhu. Namu begitu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat akak tersayang, Kak Laili, kerana banyak menolong diri ini, huhu. Jasa mu akan ku kenang sampai bila-bila.

**Psst, nak rase makan nasi minyak akak nih,hehe ;p

**************************************************************************************

Seterusnya, point saya td adalah untuk menyentuh apa yang istimewanya hari ini kan? Hari ini saya berpeluang berbuka puasa bersama persatuan Orang Kurang Upaya (OKU) di Kuala Terengganu.

Program ini adalah program usahasama antara pelajar UiTM, Ijazah Pengurusan Operasi dan persatuan OKU. Kami bertolak dari Uitm Dungun jam 3 ptg dan sampai disana kira-kira jam 5 petang. Setelah sampai, kami disambut oleh Abg Fauzi (seorang yang cacat penglihatan), merupakan pengerusi kelab OKU di daerah Juala Terengganu. Kami kemudian nya diberi taklimat mengenai aktiviti yang akan diadakan. Kami akan melayani masyarakat OKU untuk masjlis berbuka puasa yang dijangka mencecah seramai 200 orang. Melihatkan keadaan Dewan, kami macam bengong-bengong + pending sebentar,hahaha. Nampak macam mustahil kan?? keadaan Dewan yang kekurangan meja and sempit mmg tidak muat untuk menanpung jumlah berkenaan.

Kemudian nya kami membahagikan tugas-tugas, saya (selaku imam jemputan) terus melihat keadaan surau yang akan dijadikan tempat solat. Rasa nya tidak sampai 30 minit dewan solat selesai dikemaskan dengan dihiasi sejadah ;)

Seterusnya, kami yang lelaki dikehendaki mengangkat meja-meja dan susun untuk dibuat meja makan. Adeh, memang terasa penat yang amat sangat. Jam sudah menunjukkan jam 6.20 ptg, tetamu-tetamu sudah berpusu-pusu datang disamping keluarga mereka.

Pelbagai adegan dapat dilihat, memang manarik dan mencuit hati. Kami selaku penyambut tetamu, menunjukkan meja makan untuk tetamu. Apa yang menarik dan kelakar nya ialah apabila kami terpisah kan seorang anak yang cacat penglihatan dari ibu nya. Kami tidak sedar akan kejadian itu sampai lah waktu berbuka puasa apabila lelaki itu tidak menjamah langsung makannya, rupa-rupanya dia buta. huhu.

Saya ditugaskan untuk membaca doa buka majlis dan doa berbuka puasa. Part doa buka majlis tu memamng tergagap yang amat becoz not prepared yet. Teks doa pun memang xde, hampeh btol la planning last minute diorg nih,huhu..


Kemudian, setelah selesai berbuka, kami mendirikan solat maghrib berjamaah bersama-sama. Setelah selesai solat, tibalah giliran kami untuk berbuka. Perut ni memang dah masuk angin sangat-sangat.

Saya sedikit gementar apabila mendirikan solat trawikh bersama-sama golongan OKU ini apabila saya mengimami mereka, golongan-golongan OKU ini lah yang membarisi saf pertama and saf kedua. Rakan-rakan seperjuangan yang lain semua berada di saf belakang-belakang,huhu.

Solat trawikh dibuat sebanyak 8 rakaat, tekak terasa kering, mujurlah salah seorang makmum(OKU) menyambut laungan saya sewaktu mendirikan solat. Alhamdulillah, selesai tugasan saya, memang seronok ditugas kan begini walaupun hanya saya seorang pelajar Islamic Banking disitu.


Setelah selesai, saya sempat berborak-borak dengan Abg Fauzi, dan beliau amat gembira dengan kedatangan kami semua. Dan pada 17 Oktober ini, kami akan pergi lagi ke Kuala Terengganu untuk menjalankan aktiviti dengan mereka. Kali ini kami akan bermain bowling, catur, domino and congkak bersama mereka. Jangan pandang rendah pada mereka kerana mereka serba kekurangan! Mereka semua ada kelebihan masing-masing. We as human being are not perfect!



Semasa perjalanan balik, sempat lagi menangkap gambar candid kawan-kawan yang sedang nyenyak tido,seronok nye ;)

**jagan marah ea

Friday, August 28, 2009

Untuk santapan rohani kita semua…


1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar
di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu
telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan
harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada
kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup
penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia! Dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan
tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa
depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras
dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang
lunak seperti sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang
tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia.Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya.
Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang
hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat
sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan
perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan
memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu
akan berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.
Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada
Yang Maha Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran.
Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah
tua untuk bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan
rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata
terbuka belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat
berteduh.Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah
daripada melaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya
semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman
anda.

28)Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlahuntuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak
seperti yang diimaginasi .

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.Sahabat
yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda
kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut pada ALLAH, maka ALLAH akan menggantikannya dengan Iman yang dirasakan manisnya dalam hati…

33) “Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca
mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-
apa”

34) “Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan
kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup”

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan
(Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika
kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan,itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.”

37)”Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair”

38) “Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk
menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-
kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan”

39) “Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala
boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan
ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan
kenyataan”

40) “Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah
menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41) Hadiah Terbaik :
Kepada ALLAH – Ketakwaan
Kepada kawan – Kesetiaan
Kepada musuh – Kemaafan
Kepada ketua – Khidmat
Kepada yang muda – Contoh terbaik
Kepada yang tua – Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan – Cinta dan ketaatan
Kepada manusia – Kebebasan

42) “Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau
emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg
paling berkesan”

43) “Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup
seperti duri : mencucuk diri dan menyakiti orang lain.”

44) “Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat”

45) “Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan”.

46) “Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari”

47) “Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang”

48) “Ingatlah, sabar itu iman!!
Duit bukan kawan!!
Dunia hanya pinjaman !!
Dan mati tak ber teman..”

49) “Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka
ia tidak akan mempedulikanmu”

50) “Orang yg paling berkuasa adalah orang yg
dapat menguasai dirinya sendiri”

51) “Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.”

52) “Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.”

53) “Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki,
tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.”

54) “Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya
daripada apa yang kita berikan padanya.”

55) “Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan engkau akan menjadi
terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi.”

56) “Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.”

57)”Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.”

58) “Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.”

59) “Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya
datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.”

60) “Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna
jika tidak melakukan perkara yang betul.”

61) “Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.”

62) “Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.”

Nurkilan ku..



"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam
ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum
dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka
merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

"Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar
untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata."

"Bahagia seseorang manusia tidak terletak pada penilaian orang lain, duka
seseorang manusia tak sama dirasai orang lain, tetapi bahagia yang hakiki adalah ketaqwaan yang semua manusia patut miliki."

"Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ
tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia."

Thursday, August 27, 2009

Keagungan Ramadhan

عن ابي هريره قال قال رسول الله (ص) اعطيت امتي خمس خصال في رمضان لم تعطهن امة قبلهم خلوف فم الصائم اطيب عند الله من ريح المسك وتستغفر لهم الحيتان حتى يفطروا. ويزين الله عزوجل كل يوم جنته ثم يقول يوشك عبادي الصالحون ان يلقوا عنهم المؤنة ويصيروا اليك وتصفد فيه مردة الشياطين فلا يخلصوا فيه الى ما كانوا يخلصوا اليه في غيره ويغفرلهم في اخر ليله قيل يا رسول الله اهى ليلة القدر قال لا ولكن العامل انما يوفى اجره اذا قضى عمله.

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

How to fast healthily during Ramadan

With the month of Ramadan upon us it is useful to look at ways of trying to maintain a healthy diet whilst fasting. Fasting for 12 to 24 hours or more can lead to dizziness and fatigue and a lowering of metabolic rate as a means of conserving calories or energy. Here are some simple guidelines to make sure that your diet remains balanced and healthy during this fasting period:

Don't skip breakfast (Sahur)
Even though sleep may seem far more appealing than waking up to force down some food, don't skip breakfast. Breakfast is the most important meal of the day. Research has shown that breakfast provides the essential energy and nutrients needed for concentration, while keeping hunger symptoms like headaches, fatigue, drowsiness and restlessness at bay. In addition, it speeds our metabolic rates. It is therefore vital to ensure an adequate intake at breakfast time.

Eat a wide variety of foods
When your daily intake is limited to two meals per day, you need to put extra effort into including foods from all the food groups. Our bodies need at least 40 different nutrients daily, to ensure that we grow properly and maintain good health. Although most foods contain more than one nutrient, no single food provides all the necessary nutrients. Moreover, foods have benefits that can't be replicated by a pill. So it is important to eat a wide variety of foods every day, to ensure that we get all of these nutrients. Select foods each day from each of the five food groups:

· Breads, cereals and other grain products

· Fruit and vegetables

· Meat, fish and poultry

· Milk, cheese and yoghurt

· Fats and sugars (these are low in nutrients & high in calories, so limit intake!)

Eat low glycaemic (GI) foods at breakfast to help control blood sugar levels
Carbohydrates are classified according to their glucose response or glyceamic index (GI). The GI measures how fast the carbohydrate of a particular food is converted to glucose and enters the bloodstream. The lower the GI, the slower the food is converted to sugar and the longer it satisfies your hunger. Selecting low GI foods helps maintain normal blood sugar, minimises hunger pangs & satisfies appetite without providing excess calories. Also, by controlling blood sugar levels, you prevent excessive eating binges as a result of low blood sugar levels. Remember to include low GI foods at each meal, and to avoid eating high GI foods on their own, but rather to mix them with low GI foods, which will give an intermediate GI overall.

Be aware of your cooking methods
By making small changes in your cooking habits, you can create great-tasting foods that are also healthy for you. Many of those treasured family-favourite recipes have a very high fat content for today's health-conscious living. Don't give up on your favourites – just convert them! Here's how:

· Always trim off excess fat from before cooking, or use venison, chicken and soya as lower fat options. Remove poultry skin & choose light meat (eg. breast).

· Cut down on fat intake during cooking:

- cook onions in a little water or vegetable stock rather than oil or butter

- use non-stick frying pans & non-stick sprays rather than oil or margarine

- bake, grill or roast foods rather than frying

- cook roasted meat or poultry on a wire rack so that the fat can drip off

- Steam or boil vegetables

- when preparing rice, noodles & other grains, season with herbs, spices & broths rather than added fat

- prepare soups, gravies & sauces in advance, so that they can be refrigerated, allowing you to remove the layer of fat that forms on top.

- Use herbs and spices to add flavour & zest to low-fat cooking. Basil, bay leaf, oregano, & rosemary add distinctive flavours & colours to meat & vegetables. Spices, like cinnamon, ginger & nutmeg enhance the sweet taste of foods, & seasoning blends, such as chilli powder, curry powder provide a complex array of flavours

· Avoid taking in too much salt

- Use garlic, dry mustard, pepper, onions, mushrooms & tomatoes to add flavour to meat and vegetables
- Add sliced lemon or lemon juice to white meats & fish

· Make healthy changes to recipes
Cut the fat in half - if a recipe requires cream or whole milk, use evaporated or fresh skim milk. If a recipe requires a whole egg, use two egg whites, etc.

Eat enough carbohydrate foods - especially those rich in fibre
These foods provide the body with energy. They are rich in B vitamins, and are an excellent source of fibre. Hi-fibre foods also fill you up more than low-fibre counterparts. Foods high in fibre include brown rice, wholegrains, fresh fruit and raw veggies.

Remember your fruits and vegetables
Fruit and vegetables add colour and variety to the menu. They are "protective" foods as they help the body fight off sickness and disease. They are also rich sources of a variety of vitamins, minerals, and fibre, and are low in calories.

Drink sufficient fluid
Always include water in your diet, and cut down on caffeine-containing beverages. Caffeine is a diuretic and will not provide adequate hydration.

We all know that maintaining a balanced diet by eating healthily has a vital influence on your well being. Try following the above principles so that this fast period does not sway too much from the principles of good nutrition.

It's H.a.R.d



"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan
orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg
telah dicari"

Untuk mu, yang bergelar teman..



Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.

-Saidina Ali bin Abi Talib

Nilai seseorang sesuai dengan kadar tekadnya, ketulusannya sesuai dengan kadar kemanusiaannya, keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya terhadap perbuatan jahat dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kadar kepekaannya terhadap kehormatan dirinya -Khalifah Ali bin Abi Talib

Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani -Khalifah Ali bin Abi Talib
Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat -Saidina Umar bin Al-Khatab

Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya. -Saidina Umar bin Al-Khatab

Orang-orang yang suka berkata jujur mendapatkan tiga hal, kepercayaan, cinta, dan rasa hormat. - Saidina Ali bin Abi Thalib

Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
Tidak ada kebaikan bagi sedekah kecuali niyt yang ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan.

-Al-Ahnaf bin Qais

Hatim Azzahid berkata : 4 perkara yang tidak diketahui kadarnya melainkan oleh 4 perkara
1) Muda tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang tua
2) Kesejahteraan (kedamaian) tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang terkena bala
3) Kesihatan tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang sakit
4) Hidup tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang telah mati

Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi, sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya. Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan - Ibnu Abbas

Tiga macam yang tidak diketahui kecuali pada tiga macam:
1. Orang yang sabar tidak diketahui kecuali ketika marah.
2. Orang yang berani tidak diketahui kecuali ketika perang
3. Saudara tidak diketahui kecuali ketika berhajat (ada kepentingan)

-Luqman Al-Hakim

Buku adalah: Teman bicara yang tidak mendahuluimu. Teman bicara yang tidak memanggilmu ketika kamu bekerja. Teman bicara yang tidak memaksamu berdandan ketika menghadapinya. Teman hidup yang tidak menyanjungmu. Kawan yang tidak membosankan. Penasihat yang tidak mencari-cari kesalahan.
-Ahmad bin Ismail

Musibah manusia di dunia:
· Sakit pada waktu mengembara
· Miskin di hari tua
· Maut pada waktu masih muda
· Buta setelah melihat
· Dilupakan orang setelah disanjung-sanjung
-Ahli Hikmah

Ada tiga hal yang meningkatkan kemuliaan seseorang:
· memaafkan orang lain dan menghilangkan bekas-bekas kesalahannya;
· memberi sesuatu kepada orang lain yang tidak memberi sesuatu kepadanya;
· menghubungkan silaturahmi dengan orang yang memutuskannya.

Waktu adalah kehidupan manusia. Jika digunakan untuk membaca akan menjadi sumber kebijaksanaan. Jika digunakan untuk berfikir akan menjadi kekuatan. Jika digunakan untuk berdoa akan menjadi keberkahan dan rahmat. Jika digunakan untuk bekerja akan menjadi keberhasilan. Jika digunakan untuk beramal akan menghantarkan menuju syurga. Semua itu adalah kewajiban seorang hamba terhadap Tuhannya. Gunakanlah waktu untuk kehidupan yang sebenarnya. Sesungguhnya kewajiban-kewajiban hamba didunia lebih banyak daripada waktu yang tersedia.
Mereka yang berhasil menaklukkan orang lain adalah orang kuat, akan tetapi jauh lebih kuat lagi , mereka yang berhasil menaklukkan dirinya sendiri .

Wednesday, August 26, 2009

Iktibar Ramadhan (MP3)

Assalamualaikum semua, disini sekadar ingin berkongsi mengenai satu nasyid yg bagi saya cukup menginsapkan diri sempena di bulan yang mulia ini. Nasyid ini diadaptasikan oleh kumpulan Raihan. Tajuk nya Iktibar Ramadhan.

IKTIBAR RAMADHAN

Nun di sana anak kehilangan
Ibu dan ayah… entah di mana
Kesedihan melanda
Derita yang berpanjangan
Belas kasihan pengharapan
Dari redup mata yang lemah
Tak siapa dapat merasa
Di manakah belas kasihan

Ramadhan menginsafkan kita
Kesusahan mereka semua
Ramadhan menyedarkan kita
Senang tak lama
Bahagia tak kekal
Ketenangan hanya padaNya
Kembalilah kepadanya

Nun di sana masih ada jalan
Putih peluang kebaikan
Sebulan di bulan Ramadhan

Nun di sana masih kedengaran
Tangisan insan yang kelaparan


*saya sertakan sekali link untuk download nasyid ini ;)

http://filespump.com/index.php?q=raihan+iktibar+ramadhan+mp3

Tuesday, August 25, 2009

Adakah sakit itu ujian?



Apabila seseorang itu ditimpa sakit, maka seluruh manusia yang ada kaitan dengannya turut diuji oleh Allah. Pertama orang yang sakit itu sendiri, sekiranya sabar di samping mencari jalan agar penyakitnya sembuh akan mendapat pahala yang berganda-ganda. Kedua ahli keluarga yang menjaganya yang juga dituntut agar sabar melayani karenah anggotanya yang ditimpa musibah. Di sini kita dapat melihat kesabaran suami atau isteri serta anak-anak. Seterusnya Allah menguji anggota masyarakat bermula dengan jiran tetangga. Sejauh mana keprihatinan mereka kepada jiran yang sakit itu. Adakah mereka peka serta melakukan amalan ziarah menziarahi bagi meringankan sedikit beban yang dipikul pesakit ataupun sebaliknya. Begitu juga pengamal-pengamal perubatan (atau kita namakan doktor, jururawat, staf hospital dan sebagainya) yang didatangi pesakit. Adakah mereka benar-benar ikhlas di dalam membantu pesakit atau sebaliknya hanya mementingkan motif perniagaan semata-mata. Bahkan yang difikirkan terlebih dahulu adalah sumber pendapatan mereka yang sangat lumayan walaupun kadang-kadang terpaksa memberikan pesakit dos (ubat) yang tidak sesuai.


Tidak ada seorang pun yang inginkan kesakitan (ujian dalam bentuk sakit). Apabila ditimpa sakit, seboleh-bolehnya akan dicari ubat berkesan dengan seberapa segera. Sebaliknya Allah suka kepada hamba-hambaNya yang sakit serta dapat pula mengambil peluang semasa sakitnya untuk lebih mendekatkan diri kepadaNya. Bukan terhad kepada dirinya sendiri sahaja, malah seluruh manusia yang berurusan dan berkaitan dengannya termasuklah kaum keluarga (yang dekat maupun yang jauh) jiran-jiran sehingga kepada ahli masyarakat yang lain.

Keranamu Demam




Erk, tanggal 25 Ogos jam 12.05 pagi, ku dengan rela hati memberanikan diri menjejakkan kaki ke hospital, itu pun ditemani oleh my best frend, zahir. Mule-mula rasa janggal plak nak masuk tu bila nurse minta ukur suhu badan. Alhamdulillah temperature cuma 38 je, hik hik (padahal mmg panas).

Penantian, penantian sungguh menyakitkan. Padahal Cuma kami berdua di bilik kecemasan tu. Jam 12.30 pagi baru kami dipanggil. Disoal siasat bagaikan pesalah, mmg hampeh btul. Disuruh pula memakai topeng muka (mask). Mane la reti nak pakai, namun setelah ditunjuk ajar oleh doctor tu, bak kata dia macam ikat tali kasut. Padahal dalah hati, mane la penah ikat tali kasut. Kasut pun main sarung je,haha. Diberi ubat demam, vitamin c, selsema dan ubat batuk.

Tapi, hendak ke makan ubat??? Dah la penakot makan ubat.hahaha.. weeekkk!

Monday, August 24, 2009

Kerenah Ramadhan..


Assalamualaikum ;)

Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari ketiga umat Islam berpuasa. Macam-macam adegan dapat kita lihat disekeliling kita, dan juga krenah-krenah manusia berpuasa. Seperti saya, sebagai seorang pelajar, mmg secara reality nya, pasti akan mencari-cari juadah untuk berbuka. Walaupun syaitan telah diikat, namun, nafsu masih ada, mengawal diri kita. Peperangan antara jiwa and nafsu mmg tidak dpt dielakkan. Cuma, diingat kan jangan ada pembaziran kerana membazir itu adalah amalan syaitan. Di bazar Dungun, Terengganu ni, banyak gerai yang menyediakan juadah berbuka, namun, semua mknn sama shj, seperti contoh, kerang bakar, ayam percik, hampir 6 gerai menjual mknn itu. sepatut nye mereka cuba lah jual mknn yang variety, mempelbagaikan juadah berbuka, barulah happening,hehe.

Di malam ketiga trawikh, sy sempat mendengar tazkirah mengenai fadilat bulan Ramadhan. Memang banyak la. Cume yang menarik nya ialah mengenai semangat Coca-Cola. Sy pun hairan mengapa penceramah menggunakan pepatah semangat coca-cola. Rupa-rupanya, pepatah itu ditujukan kepada mereka-mereka yang semangat nya hangat-hangat taik ayam. seperti contoh, 10 malam pertama rajin ke masjid, 10 mlm yang berikut nya sudah sibuk dengan persiapan raya dan 10 mlm yang terakhir masjid lengang kerana masing-masing sudah bersemangat untuk beraya. Ada logik nya disitu. Alhamdulillah, mujur lah persiapan raya sy sebagai seorang pelajar simple, pakaian sudah dibeli,cuma pakaian untuk nenda tersayang masih belum dibeli. Apa-apa pun, sambutan menjelang syawal hendak lah secara berhemah dan tidak keterlaluan dalam berbelanja.

Oh,m sebelum saya terlupa, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa buat semua, ingat, jangan ponteng-ponteng puasa ye ;)

P.e.A.c.e!!

ilal' liqa'

Related Posts with Thumbnails