BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Friday, April 30, 2010

Terkenang Zaman Kanak-Kanak Dulu.. Part 1


Really miss childhood time. Banyak perkara-perkara pelik yang dibuat ketika itu. Zaman dahulu, berlainan dengan kanak-kanak zaman skrg. Skrg ni, kanak-kanak dah maju, terlebih maju pun ade. Makanan pun, banyak yang lebih suke makan fast food macam KFC, McDonald, Pizza Hut, Burger King dan sebagai nya. Pasti ade implikasi pada kanak-kanak jika sering didedahkan dengan memakan fast food je. Like my fren, time die kecik-kecik dulu, asyik makan fast food. Then, bile dah besar ni,ade macam-macam penyakit. Pity for him.

Actually, nak story skit pasal something. Benda ni dah lame tak di beli, iaitu " DING DANG". Haha, Dulu time sekolah rendah, memang selalu beli benda nih semata-mata mahu kan mainan yang ada didalam nya. Antara yang sewaktu dengan Ding Dang ni ialah Tora, Jojo dan lain-lain. Memang suku sangat beli benda ni dulu. Dulu la until semalam time lunch, boleh plak terjumpe DING DANG time singgah di stesen Petronas KLIA. Hish, mmg mengimbau balik la. Kalau dulu harge nye RM0.60, skrg RM0.80. Ok la kot, cume tak berbaloi bg cokelat die, makin lame makin kecik,huhu. Gambar kat bawah ni hadiah yang ade dalam kotak DING DANG ni,hehe


Cumil kan? Puzzle,haha. Tak la besar mane, tp, tu la, nak citer pasal kenangan dulu-dulu yang tinggal kenangan (",)

Regards,

Hafiz Ajmain

Thursday, April 29, 2010

Sedutan Kisah remaja yang mati ditembak polis, Aminulrasyid Amzah..

Beberapa hari ini, media-media banyak menceritakan tentang peristiwa remaja mati di tembak polis. Aku pun mengikuti perkembangan ni setelah membaca blog member aku. Banyak media melaporkan pelbagai fakta-fakta yang banyak percanggahan, haisshh.. itu la, media, ade je spekulasi yang diorang buat kan. Kita ni, sebagai rakyat, terima je. Tapi, bagi siapa yang bijak, banyak sumber-sumber boleh dicari hanya dengan klik sahaja, iaitu internet.


Pertama skali, Al-fatihah buat arwah dan takziah buat keluarga beliau. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Kes-kes macam ni, mmg susah, cara penyelesaian nya pun susah becoz confirm berat sebelah dan ___________ (paham-paham jela). Keadilan? wujud ke keadilan? Kalau nak adil, kembalilah pada sistem Islam, sistem agama kita, agama Islam. Dalam Islam, setiap kesalahan, ade undang-undang nya sendiri. Ketika zaman Rasulullah sekali pun, kalau anak dia buat salah, akan dihukum, tanpa bersekongkol atau pilih kasih. Tapi, zaman moden, zaman sekarang ni, benda tu dah tidak diguna pakai. Sebab nya, kita mengikut sistem barat, bukan sistem Islam.

Biarlah, biarpun di dunia terlepas,hukuman diakhirat pasti menanti..

ni sedikit ulasan mengenai report yang dibuat oleh kawan arwah :


Berikut Salinan Report Polis yang telah dibuat oleh kawan kepada adik Aminul Rashid seorang remaja berusia 15 tahun yang mati ditembak Polis baru-baru ini. Kawan Aminul Rashid ini berada di dalam kereta semasa kejadian malah Allahyarham Aminul Rashid Meninggal dunia di atas pangkuan beliau. Laporan ini mungkin dapat memberi gambaran sebenar kepada anda semua tentang apa sebenarnya yang telah berlaku.

Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi. Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami. AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam. Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah. Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai. Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah. Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala. Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang… Sila klik Laporan berikut untuk membaca untuk paparan report yang lebih jelas



*Kita tunggu dan lihat reaksi dari pihak berkuasa. Wallahu'alam..



Aku Ke"SESAT"an di Sebuah Shopping Complex


Sebenarnye, amat segan + malu nak post benda ni, tapi, nak share jugak, sebagai ingatan bersama. Semalam, tanggal 28 April 2010, around jam 9.30 malam, di Plaza Mines, Seri Kembangan.


Actually, semalam lepas time kerja, bergegas ke Mines untuk training bowling bagi tournament bowling pada 15 Mei ni yang akan diadakan di situ. Ni kire group training la, one group terdiri dalam 4 orang. So kitorang pun train bermain 4 game. Biase la, time main ni, wallet, handphone dikeluarkan dari poket supaye time campak bowl tu perfect. So, tumpang la barang2 ni dalam beg member.

So, overall, our group performance good, but have to train a bit more to be perfect. Pkul 9.30 tu, aku mmg dah tak tahan nak buang air, bergegas ke tandas, member yang laen2 ni berpecah pergi bank and kedai comp. Unfortunately, aku lupe nak mintak hp and wallet dr member aku tu disebabkan dah tak tertahan nak menuju ke tandas.

Setelah selesai urusan di wash room, aku bergegas naik ke tingkat 3 (kedai comp). Alamak, bayang-bayang diorg semua dah tak nampak. Time ni memang menyesal sangat2 becoz tak amik barang2 aku kat member2 aku. Terpakse la aku menapak, berpusing2 round Mines Mall nih. Nak gile aku dibuat nye becoz dah terlalu penat + kelaparan + terpakse menapak cari member2 aku nih. Nak pinjam hp orng utk buat call segan la plak, takut org2 ni judge aku salesman, yela dressing aku pun dressing pergi ofis. Agak2 dalam 20-30 minit, aku berhenti termenung kat tepi escalator. Tetiba2 terpandang public phone! Peh, penyelamat! Then check seluar, kebetulan plak kan, ade RM0.30. Berlari-lari anak la jugak untuk mencapai ganggang public phone nih! Memang dah lama giler2 tak gune benda alah ni (last2 jadi penyelamat aku). Boleh plak tak terfikir nak gune public phone sebelum ni kan.

Dipendekkan cerita, aku dapat menghubungi member aku ni, kebetulan mmg teringat sangat2 no die, kalau tak ingat, mmg la, tersesat smpi pkul berape aku tak tahu. When i meet my friends back, diorg marah ckit2, tak la byk sgt kowt,haha. Ai, pelik2, dah besar2 pun boleh sesat erk... Mengimbau balik kenangan aku sesat di Komtar, Johor tahun 90'an. Time tu lagi dramatik kowt, baru berumur 7,8 tahun...Haish.. Kenangan-kenangan. Then, yang penting, benda ni aku hope dah tak berlaku lagi. Serik! haha...

Tournament makin dekat, hope dapat buat yang terbaik! wish me luck guys!

*pesanan : kalau nak gi mane2, pastikan anda membawa skali hp @ wallet anda. Bekalan kecemasan if something happen..huhu


Regards,

Hafiz Ajmain

Wednesday, April 28, 2010

Lagu Blog ini..


Pasti anda tertarik dengan lagu tema blog ni kan. Begitu juga aku. Tajuk lagu ini adalah "Sebiru Hari Ini" nyanyian kumpulan Edcoustic. Memang mendalam kot lagu die, enak didengar. Di sini saya sertakan link untuk download lagu ni bagi yang berminat :




Ketidak Selesaan..


Masuk hari ni, dah dua hari perut ku asyik meragam. Bukan kerana nak buang air, tapi sakit yang amat sangat di bahagian perut ni. Nak kata gastrik, makan selalu, on time lagi tu. Mungkin salah makan kot. Sebenarnye, aku alergik pada buah durian, tak kisah la buah durian, bau durian, bubur durian, kek durian, asal kan ade yang berkaitan dengan durian, memang aku alergik kot. Padahal, time kecik-kecik dulu suke makan buah durian..


Nak dipendekkan cerita, dua hari lepas time lunch hour, pergi lunch kat down town KLIA, mmg kat situ je kot tempat yang paling berdekatan area cni selain kat KLIA. Time amik lauk tu, terpandang kuah masak lemak cili api kot, becoz kuah nye berwarne kuning. Then, amik la kuah tu. Time makan tu mula terasa lain macam kat tekak nih, terase macam tempoyak. Setelah dihidu-hidu, memang sah, buakan masak lemak cili api, tapi masak lemak tempoyak. Hampeh. Nak tak nak, mmg terpakse makan la, karang membazir pulak. Balik je dr lunch, perut dah rase lain macam. Adeh, senak-senak. Dah la petang tu kene bambu dengan bos, tapi, mmg muke xde perasaan la becoz time tu tengah menahan sakit perut. Kembung jugak la perut time tu,huhu. So, selepas makan ubat and minum eno (utk kembung perut), perut dah mula lega ckit, tapi, still terasa sakit nye.. smpi skrg.. Hope, sakit ni cepat sembuh, agar dapat menjalani hidup seharian dengan tenang, tanpa sakit-sakit..

Regards,

Hafiz Ajmain

Tuesday, April 27, 2010

Bila Dalam Hati Ada Cinta..


Eemm... sekarang musim bunga-bunga cinta sedang mekar dan berkembang.. tersenyum saya.. hari ini saya telah menerima banyak kad jemputan walimatul urus.. berbagai bentuk dan gaya.. dari sekecil kad sampai bentuk kalendar pun ada. seronok bila lihat cinta yang disemai.. tumbuh subur hingga terlihat bunganya yang berwarna warni.. mekar dan wangi.. lalu kata sepakat dicapai dan disatukan lah dua hati dan jasad agar halal dan diredhai Ilahi.. tahniah buat teman,handai taulan yang bakal merubah status.. kepada yang masih mencari.. teruskan misi.. kerana PADA SAAT YANG TEPAT DAN TELAH DIJANJIKAN ALLAH.. kalian pasti akan bertemu....

*************

*Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

*Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

*Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

*Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

*Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

*Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

*Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

*Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

*Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

*Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

*Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

*Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

*Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

*Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan, pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

*Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

*Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

*Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.

*Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

*Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta!

*Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

*Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

*Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

*Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

*Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

*Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

*Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

*Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)



Moral : bila dalam hati ada cinta, manusia akan rasa bahagia.. namun sering kita terpesona pada cinta dunia dan cinta manusia semata.. justeru, jangan kita lupa bahawa mencintai Yang Maha Pencinta itu jauh lebih nikmat perasaannya...

"Cinta dikatakan bergerak dari titik yang lebih tinggi menuju titik yang lebih rendah. Serupa dengan hal tersebut,maka jika cinta kepada Tuhan tumbuh di dalam hati kita, itu pertanda Cinta Tuhan kepada kita. Seperti yang dikatakan seorang sufi, “Pada mulanya, aku keliru dalam empat hal. Aku mencoba untuk mengingat Allah, mengetahuiNya, mencintaiNya, dan mencariNya. Sesampainya di tujuan, aku melihat ternyata Ia mengingatku sebelum aku mengingatNya, pengetahuanNya tentang diriku mengalahkan pengetahuanku tentangNya, cintaNya padaku sudah ada sebelum cintaku padaNya, dan Ia sudah mencariku sebelum aku mencariNya”

cinta tidak semestinya memiliki.. cinta adalah membiarkan yang dicintai berbahagia walau bukan bersama dengan kita.. cinta adalah bahagia kerana dapat membahagiakan...

Regards,

Hafiz Ajmain

Muhasabah Diri..


Salam sejahtera.. Sedikit perkongsian ingin dikongsikan bersama. Hari ini, kali kedua aku dimarahi teruk oleh bos aku gara-gara EL (emergency leave). Ditanye nye aku, faham tak ape tu EL? Aku pun jawab dengan tenang, EL tu emergency leave wich secara tiba-tiba dan bukan di plan.. Hampir 1/2 jam aku dibambu, diceramah bla bla bla.. Memang aku akui, kelalaian aku.. Aku sabar, aku tenang biarpun bergenang air mata jantan. Ceh, habuk kot tibe-tibe masuk kat dalam mate nih,haha.... Full stop! malas nak fikir.. sekadar berkongsi..

Manusia dibekalkan oleh Allah dengan dua sifat, iaitu sifat keji dan sifat terpuji. Sifat-sifat ini tidak dibekalkan kepada binatang, jin dan malaikat. Bahkan malaikat itu sendiri dibekalkan dengan semata-mata taat kepada Allah dengan melaksanakan perintah-Nya. Lantaran adanya sifat keji atau mazmumah dalam diri manusia, perlulah manusia itu menghisab atau muhasabah dirinya.

Hadis Rasulullah bermaksud: “Buatlah perhitungan ke atas dirimu sebelum kamu dihitung pada hari akhirat”

Perkara-perkara yang perlu dihisab pada diri setiap Muslimin dan Muslimat ialah:

* Apakah ilmu Allah yang telah dipelajari?
* Apakah amanah Allah yang telah disempurnakan?
* Apakah Ilmu Allah yang telah disebari?
* Kemanakah rezeki Allah dibelanjakan?
* Bagaimanakah rezeki Allah digunakan?
* Sudahkan anak-anak yang dikurniakan Allah diuruskan dengan kehendak Islam?
* Sudahkan isteri-isteri yang dikurniakan Allah diuruskan dan dilayani seperti kehendak Islam?
* Apakah sudah memberi makan kepada anak-anak yatim dan orang miskin?
* Adakah anak dan isteri menjalankan solat dan sentiasa taat kepada Allah?
* Adakah kesombongan diri dan ego telah menguasai diri?
* Apakah diri sudah bersedia untuk menghadap Allah?
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka”.

Regard,

Hafiz Ajmain

Friday, April 23, 2010

Gerbang perkahwinan..


Hari ini, genap 5 bulan aku meninggal kan kampung halaman, Kulai, Johor.. Esok, aku nekad, lepas tournement futsal, aku akan pulang ke Johor. But, have to rushing becoz ari ahad da kene balik.. Ape-ape pun, aku sudah rindu kat rumah tu, rindu dkat my family and kawan-kawan.

Next week balik Johor lagi,hehe. Kebetulan my frend punye wedding di Singapore. And beberapa minggu lagi tiba lah giliran my cousin, Syahril (ail) berkahwin.. Wah, tersenyum manis melihat wajah-wajah bahagia teman taulan. Menjadi raja sehari.. eh kenapa sehari yek? yang lelaki dah tentu jadi raja sepanjang bergelar suami.. heheehe.. tiap kali melihat wajah mempelai, saya suka mengimbau perjalanan kisah cinta manusia. ada ketika sekali jatuh cinta. kita rasa telah bertemu pasangan sejati, ada waktu kita putus cinta dan mencari penganti. tapi tidak juga berkenan dihati.. Saya? lambat lagi,ade jodoh kahwin la,hehe

Begitulah perjalanan hidup, ia bukan cerita novel yang indah untuk dibaca,. tapi ia adalah satu pilihan.. ada waktunya pilihan mungkin kelihatan salah, tapi pengajaran darinya adalah membentuk kita menjadi insan yang tahu bahawa .. apa pun keadaan, pergantungan terakhir kita adalah semata-mata kepada Allah swt jua.

*********


Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya

Pelajar: Guru, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya…?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun…?

Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: Ya, itulah cinta…

Di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan…?

Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini….?

Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya…

Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan…….

Moral :Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah anugerah Allah, dengan doa dan redha, itu lah pasangan anda, terima dia seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

Dan perkahwinan adalah menyatukan 'dua' hati 'dua' sikap, 'dua' manusia... yang banyak bedanya namun merasakan saling melengkapi, walau pada masa lain, mungkin kita terluka atau melukakan.

Buat bakal mempelai, atau yang baru saja mendirikan masjid..

SELAMAT PENGANTIN BARU, SELAMAT MENEMPUH ASAM GARAM RUMAHTANGGA, SELAMAT BERSABAR MENGHADAPI DUGAAN,
MOGA ALLAH SWT SAJA TEMPAT KITA BERSANDAR...



Regard,

Hafiz Ajmain

Wednesday, April 21, 2010

Ade aku kisah? Merapu sedikit sebanyak..


Hm, some times, we cannot accept what has happens right?


blog ni dah jadi macam personal blog yang hari-hari merapu meraban cakap pasal diri sendiri yang takda orang nak ambil tahu. wahh, ambik kau. tapi betul. hari demi hari blog ni dah jadi semakin sampah dan sarap. ohh. sungguh kasihan akan kamu incik blog.

incik blog,
saya mintak maaf. saya janji tak ulang lagi lepas ni. lepas ni saya suap makanan sedap-sedap ye. tapi saya tak pandai memasak, so incik blog kena hadap laah ye. makanya incik blog, hari-hari kamu makan daily life saya saja laah. ohh. sungguh tidak menarik..

incik blog,
kamu jangan risau. malam ini Shahir balik. daily life dah tak kusam, suram, comot momot lagi dah. makanya, makanan kamu sedap le jugak. tapi mungkin ada yang akan allergic pulak. mintak maaf ye incik blog dan semua.


kerana kau mata hatiku..


Hayati cerita ini.. semoga kita semua dapat mengambil iktibar dari kisah ini..
...................................................................................................
Hari ini aku pulang dari kerja agak awal dari biasa. Memandangkan hari masih awal, aku mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di sekitar ibu kota. Sekadar melepaskan penat bekerja seharian. Hmm…sudah lama aku tidak berkesempatan mengambil angin seperti petang ini. Seronok pula rasanya walaupun manusia sentiasa memenuhi segenap ruang disana sini. Sedang aku leka melihat barang-barangan yang dijual di sekitar Masjid India, aku terlihat sekumpulam manusia sedang leka berkerumun melihat sesuatu. Pastinya sesuatu yang menarik!

Terdetik juga dihati ini ingin melihat apakah yang melekakan mereka semua sehingga langsung tidak berganjak dari tempat mereka berdiri. Entah mengapa hatiku semakin kuat meronta-ronta ingin melihat apabila orang ramai yang mengerumuni bertepuk tangan. Seolah-olah mereka sedang melihat ahli silap mata membuat magic. Aku juga pelik dengan perasaanku yang tiba-tiba ini. Mungkin ianya sesuatu yang menarik? Mungin juga…siapa tahu.

Ketinggian yang ku miliki langsung tidak membantu ku melihat. Puas ku cuba berasak-asak dengan mereka yang lain. Harapanya dapatlah ku kehadapan bagi melihat dengan jelas lagi ‘panorama’ didepan sana. Namun, hanya bau-bauan yang tidak tertahan menghidangi hidungku ini. Masam…masin… manis…semua ada!

Tidak mahu mengalah, aku bergerak ke sebelah kanan pula. Ya! Dari sini aku nyata boleh melihat dengan jelas. Namun apa yang terpampang dihadapanku hanyalah perkara biasa… seorang pelukis jalanan yang sedang tekun melukis potret seorang wanita. Dikelilingnya juga penuh dengan lukisan potret pelbagai wajah.

Memang tidak disangkal, lukisan-lukisan nya semua tampak hidup. Cantik! Tapi apa yang dipelikkan? Di sekitar bandar raya ini juga setahu ku terdapat ramai lagi pelukis jalanan. Namun, tidaklah terlalu mendapat perhatian seperti pemuda ini.

Apa istimewanya lelaki ini? Adakah wajahnya kacak sehingga meraih perhatian? Tapi serasaku tidak logik pula. Kalau benar pun pemuda itu terlalu kacak, pastinya dia hanya mendapat perhatian gadis-gadis saja. Namun kini bukan saja para gadis, ‘mak-mak’ dan ‘bapa-bapa’ juga turut setia melihat.

Takkan orang KL tak pernah tengok orang melukis potret??? Ada baca ayat ‘guna-guna’ ke??? Alamak…terlebih sudah! Hehehe. Aku cuba mengintai wajah pemuda itu tapi gagal kerana kedudukannya membelakangi ku. Yang kelihatan hanyalah lukisan potretnya yang hampir sempurna siap.

Selagi aku tidak melihat wajah pemuda itu dan keistimewaanya, hatiku ini tidak akan puas. Mungkin bukan rezeki ku hari ini.Esok aku akan datang lagi…

***

“Lewat kau balik, Wan?” Hadi yang melihat sahabatnya itu terkial-kial membawa perkakas lukisan ditangan turun membantu.

“Hmm…ramai sangat pelanggan tadi. Tak menang tangan aku…” Ikhwan menghela nafas. Penat siang tadi masih belum hilang.

“Yeke? Alhamdulillah…murah rezeki kau, Wan.” Hisyam yang sedang leka menonton drama Impak Maksima, menyampuk.

“Alhamdulillah. Aku pun tak sangka di bandar besar macam ni masih ada rezeki menanti untuk orang macam aku ni.” Wajah Ikhwan berubah mendung.

Melihat akan perubahan di wajah sahabat mereka itu, Hadi dan Hisyam mendekati. Mereka tahu apa yang difikirkan Ikhwan itu.

“ Wan, dahlah tu. Sebagai hamba Allah, kau kena redha dengan Qada dan Qadha nya.” Hadi menepuk-nepuk bahu sasa sahabatnya sebagai tanda semangat. Hisyam disebelah mengangguk tanda mengiyakan.

Ikhwan seyum. Dia tahu Hadi dan Hisyam merupakan sahabat yang baik…di masa senang mahupun susah. Dia berasa sungguh bertuah dapat memiliki sahabat sebaik mereka.

“Aku tahu. Terima kasih Hadi…Syam.”

Ikhwan bangkit. Berlalu ke bilik. Badan harus dibersihkan dan diri ini pula memerlukan rehat secukupnya kerana esok masih banyak tugas yang menanti.

***

Masjid India, 10 pagi…

Sengaja aku datang ke sini lebih awal hari ini. Niatku bukan untuk membeli-belah tetapi memburui agenda yang tidak kesampaian semalam.

Dari jauh sudah kelihatan orang ramai sudah berpusu-pusu mengelilingi pelukis jalanan itu. .Hmm! Nampaknya ada lagi yang lebih awal dari aku. Cuma ia tidaklah seramai semalam. Mungkin hari masih awal.

Naluri ku kuat mengatakan lelaki ini pasti ada yang ‘istimewa’ tentangnya kerana semalam dia turut hadir dalam mimpiku. Walaupun begitu, wajahnya tidak jelas kelihatan. Sesungguhnya, kehadirannya mengundang misteri kepadaku. Siapa dia???

***

Masjid India, 10 malam…

Jam sudah menjengah ke angka 10 malam. Aku masih disini. Setia menati si dia. Hanya memerhati dari jauh. Tidak pernah aku membuat kerja segila ini!

Untuk mendekatinya terus serasa tidak sesuai kerana dia begitu sibuk melayan ‘pelanggan-pelanggannya.’ Oleh itu, aku membuat keputusan menantinya sehingga dia selesai melakukan ‘tugasnya’ untuk malam itu.

Sewaktu dia sedang leka mengemas perkakas lukisannya, aku terus menjalankan misi ku yang tertangguh kelmarin.

“Encik, boleh tolong lukiskan potret saya?” Aku pura-pura bertanya. Sengaja ingin mengumpanya bersembang denganku.

“Maaf, cik. Saya dah nak balik ni. Hari pun dah lewat. Cik datang esok saja ye.” Dia tidak memandangku. Tangannya tangkas mengemas tanpa mempedulikan kehadiranku. Ape…tak cantik ke aku ni?!

Dalam samar-samar cahaya itu aku dapat melihat wajahnya dengan jelas. Kacak! Matanya…keningnya… hidungnya…mulutnya… semuanya cantik terbentuk.

Aku bagaikan berada dalam duniaku sendiri. Terasa seperti jatuh cinta pandang pertama. Tetapi mengapa dia tidak memandangku? Seakan tersedar dari mimpi yang panjang, aku kembali ke alam nyata.

“Encik, tolonglah. Satu potret je.” Aku merayu lagi. Dengan harapan dapat mengenalnya dengan lebih dekat.

Panas hati ku ini apabila rayuanku sedikit pun tidak diendahkannya. Sudahlah aku menantinya dari pagi sehingga malam menjelma, boleh pula dia buat tidak tahu!

Tanpa aku sedar, aku merampas semua berus lukisan yang entah berapa batang ditangannya dengan kasar. Ke semua berus lukisan itu bertaburan jatuh ke tanah. Aku tergamam sendiri dengan sikapku yang tiba-tiba itu. Namun,dia dengan selamba tunduk mengutip berus-berus itu tanpa memarahiku langsung. Terdetik rasa bersalah dihati tapi….

Aku terperanjat apabila tangannya teraba-raba mencari dan mengutip berus-berus yang jatuh tadi. Aksinya seolah-olah dia tidak nampak di mana kedudukan berus lukisan tersebut. Aku terpaku memandangnya. Mungkin terasa diri diperhatikan, dia menghentikan perbuatannya.

“ Kenapa? Terkejut? Tak sangka?” Bertubi-tubi soalan dia ajukan padaku.

“Err…awak…” Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku….

“Ya! Saya buta. Puas?” Aku terperanjat dengan kenyatan yang diberikan.

“Tapi…” Aku tidak mampu meneruskan kata-kata seterusnya.

“Kuasa Allah. Segala yang diberikan adalah kurniaanNya yang tak ternilai…” Dengan perlahan dia mengungkapkan kata-kata itu yang menusuk ke jantung hatiku.

Barulah kini ku tahu mengapa dia mendapat perhatian ramai. Dia melukis dengan mata hati. Walaupun buta, tapi setiap lukisannya seolah-olah dia nampak apa yang dilukis. Dalam diam, aku mengagumi dirinya.

***

Dua tahun kemudian…

“Ikhwan…Suri nak tanya cikit boleh?” Aku memberanikan diri bertanya.

“Hahaha..sejak bila pulak kalau Suri nak tanya, Ikhwan kenakan cukai? Tak ada kan? Tanya aje lah…” Dia ketawa. Seakan-akan satu jenaka pula padanya.

“Emm… kalau Wan dapat melihat semula, Wan nak kahwin dengan Suri tak?” Aku memandang tepat ke matanya. Matanya celik namun siapa sangka pemuda kacak ini tidak cukup satu pacaindera yang tak ternilai harganya..

Kali ini ketawanya semakin galak. Aku hanya membatukan diri.

“ Wan, Suri tak main-main…” Tanpa dipaksa, air mataku menitis. Dia bungkam.

“Suri, Suri sendiri tahu Wan ni macam mana. Wan tidak sesempurna orang lain. Wan tak layak bergandingan dengan Suri. Wan buuu…” Cepat-cepat aku meletakkan jari telunjuk ke mulutnya.

Sesungguhnya, aku tidak mahu perkataan akhir itu keluar dari mulutnya. Aku ikhlas menyayanginya. Dan aku yakin dialah jodoh yang telah tersurat oleh Allah kepadaku.

“Hmm…” Ikhwan mengeluh panjang.“Suri, seandainya Tuhan takdirkan Wan dapat melihat semula, Wan akan mengawini Suri. Ini janji Wan!” Ayat terakhirnya benar-benar menbuat hatiku berlagu riang.

Aku akan nantikan saat itu…

***

Suatu pagi…

“Hello, Suri.” Awal pagi itu aku mendapat panggilan dari Ikhwan.

“Wan, kenapa ni tiba-tiba aje call?” Biasanya dia tidak akan menelefonku seawal hari ini.

“Good news! Tak lama lagi Wan akan dapat melihat semula…” Suaranya kedengaran begitu ceria.

“ Betul ke ni?” Aku sungguh gembira dengan berita yang disampaikan Ikhwan. Dalam hati, aku mengucap syukur kehadratNya.

“ Iye, sayang. Minggu depan operation .” Dari suaranya, aku tahu dia sudah tidak sabar lagi melihat dunianya kembali.

***

Sebulan kemudian…

“Suri! Kenapa Suri cuba jauhkan diri dari Wan?” Walaupun hanya berbual melalui telefon, suaranya jelas kedengaran tegang.

Ya! Selepas Wan mendapat ‘mata barunya’, aku sudah tidak menghubunginya lagi mahupun berjumpa. Kali terakhir aku berjumpanya sehari sebelum dia diusung ke bilik pembedahan. Sengaja igin menatap wajah Ikhwan sepuas-puasnya.

“Suri…cakaplah. Kenapa diam? Suri tak suka Wan dapat melihat semula?” Aku diam. Tiada kata yang mampu ku ungkapan.

“ Suri..kalau Wan tahu akan jadi begini, Wan sanggup untuk tidak melihat selama-lamanya asalkan Suri tak jauhkan diri dari Wan.” Nada suara Ikhwan berubah kecewa.

Dihujung talian, hanya esak tangisku saja yang kedengaran. Bukan aku tidak mahu bertemu Ikhwan tapi ada rahsia yang harus ku sembunyikan dari pengetahuannya.

“ Wan nak tatap wajah ‘mata hati’ Wan ni. Dan… Wan nak kabulkan janji Wan dulu pada Suri. Kita jumpa, ok?” ‘Mata hati?’ Aku tersenyum mendengar perkataan yang disebut Ikhwan itu.

***

Aku setia menanti Ikhwan di tempat dimana dia pernah melukis dulu. Di sini jugalah tempat pertemuan pertama kami dulu. Sengaja aku datang lebih awal sebelumnya. Apakah reaksinya nanti apabila melihatku?

Ikhwan sampai tepat pada masanya. Sewaktu dia sampai ditempat yang dijanjikan bersama Suri, kelihatan seorang gadis buta turut berada di situ. Dia berasa serba salah samada mahu terus ke sana atau menanti saja Suri di tempatanya berdiri.

Jantung aku pula tiba-tiba saja berdegup kencang. Aku dapat merasakan seperti Ikhwan sudah berada dekat dengan diri ini.

Entah mengapa tiba-tiba saja kaki Ikhwan laju saja melangkah ke arah di mana gadis buta itu berada. Seolah-olah gadis itu menggamit Ikhwan datang kepadanya.

Dengan ringan mulut, Ikhwan menegur. “Err…maafkan saya Cik. Cik dah lama ke duduk dekat sini?” Sekilas dia memandang wajah gadis buta itu. Cantik! Sudah lama dia tidak melihat keindahan ciptaan Ilahi itu.

“Ikhwan??? Awak Ikhwan kan?” Ikhwan terkejut kerana gadis buta itu tahu namanya.

“Ya..saya Ikhwan tapi macam mana…” Belum sempat Ikhwan menghabiskan kata-katanya,gadis buta itu bersuara lagi.

“ Sebab saya Su..Suri…” Menggeletar aku menyebut namaku sendiri.

Adakah lelaki dihadapanku ini terkejut apabila mengetahui gadis buta yang dilihatnya itu adalah aku? Bagaimanakah reaksinya? Sayangnya aku tidak mampu melihat.

“Suri??? Betul ke awak ni Suri? Ikhwan tahu Suri dulu tak macam ni kan?” Agakkan ku tepat sekali. Ikhwan benar-benar terkejut.

Yang bermain-main di hatiku kini sanggupkah dia menerimaku seperti dulu? Sanggupkah dia menunaikan janjinya dulu padaku? Aku pasrah andainya dia tidak mampu menerimaku seperti dulu. Aku terima takdirNya andainya dia bukan untukku lagi.

“Ya Allah…Suri, kenapa Suri sanggup buat ini semua? Kenapa Suri?” Ikhwan memegang bahuku dengan kedua belah tangannya. Kuat!

“Sebab Suri sayangkan Ikhwan. Suri nak Wan tahu Suri sanggup berkorban apa saje demi cinta kita ni. Dan paling penting, Suri nak tengok Wan melihat semula. Walaupun Suri tak dapat melihatnya tapi Suri gembira.” Aku senyum.

“Suri nak tengok Wan melihat semula tapi Suri…” Suara Ikhwan kedengaran sedih. Benar-benar menyentuh naluri wanitaku ini. Aku terdengar satu esakan kecil dekat ditelingaku.

Tanganku meraba-raba wajah kacak milik Ikhwan. Walaupun aku tidak boleh melihat lagi tapi aku tahu dia tetap lelaki paling kacak yang menghuni hatiku ini. Wajahnya basah. Ya! Ikhwan menangis. Aku seperti tidak percaya air mata lelaki ini tumpah jua akhirnya. Tidak semena-mena, air mataku mengalir. Bukan kerana menyesal mendermakan mata milikku kepada putera hatiku ini tapi hatiku benar-benar terkilan kerana telah menyebabkan air mata lelakinya tumpah.

“ Suri, Suri tahu tak pancaindera yang satu ini penting sangat? Suri tahu tak betapa besarnya pengorbanan yang Suri dah buat ni?” Ikhwan menyeka air mataku. Mata-mata yang melihat langsung tidak dipedulikan.

“Suri tak perlukan lagi…” Pendek aku menjawab.

“ Tapi kenapa?” Suara Ikhwan kedengaran terkejut.

“Sebab… Ikhwan mata hati Suri. Suri boleh melihat dan merasa getaran melaluinya” Aku senyum lagi.

Perlahan-lahan aku merasakan pegangan tangan Ikhwan semakin kejap pada tanganku. Terasa diri ini teramat dekat dengan dirinya.

“Suri..” Ikhwan memalingkan tubuhku mengadapnya.

“Sudikah Suri menjadi permaisuri hidup Wan? Bukan untuk seketika tapi untuk selamanya…” Kata-katanya lembut menusuk terus ke jantungku.

Aku tersenyum dan mengangguk setuju. Itulah satu-satunya ayat keramat yang aku tunggu-tunggu selama ini.

Terima kasih Tuhan kerana menemukan diriku dengan lelaki ini. Aku yakin dialah jodohku kerana Kaulah mata hatiku. Selama-lamanya…

Tuesday, April 20, 2010

Lagu..Sebagai peneman..


Tajuk post kali ni adalah ...Lagu sebagai teman :

1. Saat sunyi. Bila sunyi, saya akan mendengar lagu sambil mengemas, menyiang ikan, memasak dan terlena.

2. Saat sedih. Ada suatu saat, bila sedih, suka mendengar lagu yang menyedihkan untuk menyedihkan lagi hati. (Gila sikit agaknya, yalah, bayangkan kecewa saat putus cinta, ish3).

3. Saat gembira. Ada suatu saat, gembira bertemu cinta agaknya, jadi pasti siapa pun akan asyik mendengar lagu hikayat cinta. (Kebanyakannya..kan?)

4. Saat marah? Ohh tidak.. mendengar lagu di saat marah adalah satu tindakan yang tidak tepat.

5. Saat ingin mendapatkan ilham. Ohh ada suatu saat, untuk mendalami hati, saya perlukan lagu untuk menterjemah apa yang saya rasa. Sebab, saya jenis tak pandai meluah dengan lafaz, tapi dengan bait tulisan.

......................................................................................

Atau adakah ia melalaikan....????
Contoh : Saat memasak. Ohh!!!! sangat bahaya.

Nenek dahulu kala berpesan, “Jangan menyanyi ketika memasak, nanti dapat suami tua”. Frasa pertama sebagai satu amaran kerana adalah sangat bahaya menyayi ketika memasak. Bayangkan anda memasak sambil membayangkan diri di atas pentas sambil menghayati lagu, bisa jadi penyenduk memasak yang berminyak panas jadi microphone nya. (Bisa kah?) Jadi, sebelum badan melecur, nenek sumpah “nanti mendapat suami tua” siapa yang ingkar. Jadi, ramai gadis dahulu yang takut untuk menyanyi sambil memasak. Mulut nenek, “masin”....

Tapi, terus terang la kan. Kalau mandi, for sure saya akan menyanyi. Syokkk,hehe. Tapi ikut mood la. Takkan la pagi-pagi buta baru bangun dari tido terus nak nyanyi kan,hehe.

So, lagu memang peneman di kala duka dan sunyi dan disaat-saat boring. Layan skit lagu-lagu rancak sure hilang ngantuk (",)

Amaran


Buat pembaca yang dihormati dan disayangi sekalian. Tujuan aku menulis post ni adalah untuk mengingatkan kepada mereka-mereka yang suke menKOMEN yang bukan-bukan atau yang yang berbaur sindiran, setiap post yang aku post di blog ni hanya sekadar suke-suke dan untuk dikongsi bersama. Aku tak kata aku perfect, tapi penulisan aku adalah hak aku. So, suke hati aku la nak cakap ape-ape pun. Harap maklum.


Maaf sekiranya terasa bagi sesiape yang terasa. Siape makan cili terasa pedas nye. Terima kasih daun keladi.

Monday, April 19, 2010

20 Perkara tentang lelaki..


1. Lelaki akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara ntuk kekasihnya dengan rela hati bukan kerana terpaksa atau dipaksa.

2. Lelaki akan sentiasa ingin menghiburkan kekasih hatinya dan berubah menjadi orang yang suka berbual.

3. Lelaki akan kerap menasihati dan memberi pandangan kepada kekasihnya sebagai tanda dia menyayangi kekasihnya itu.

4. Kadangkala lelaki cuba menyekat kebebasan kekasihnya kerana wujudnya perasaan cemburu dan curiga.

5. Lelaki sentiasa berasa takut akan kehilangan kekasihnya.

6. Lelaki tidak menyukai sekiranya kekasih hatinya rapat atau berkawan dengan lelaki lain.

7. Apabila kekasihnya tidak memberi tumpuan sepenuhnya, lelaki akan mudah berasa cemburu dan sensitif.

8. Adakalanya lelaki bersikap seperti keanak-anakan kerana mahukan perhatian dan layanan daripada kekasihnya.

9. Lelaki akan berubah menjadi seorang yang rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa sahaja.

10. Lelaki mula pandai merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

11. Lelaki akan mula berasa risau dan curiga apabila kekasihnya berjauhan darinya dalam tempoh yang lama.

12. Lelaki akan sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya kerana dia lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

13. Lelaki akan kerap bertanyakan sedalam mana cinta kekasihnya terhadap dirinya.

14. Lelaki tidak akan melayan perempuan lain jika tiada urusan penting.

15. Lelaki akan cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu.

16. Lelaki akan cuba membanggakan kekasihnya di depan kawan-kawan atau orang lain.

17. Apabila putus cinta, lelaki mudah berasa serik dan wujudnya rasa tidak percaya dengan cinta perempuan lain. Pada masa yang sama, dia mengharapkan kekasihnya kembali.

18. Lelaki menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta mahupun nyawa.

9. Lelaki tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya. Tetapi apabila mereka curang ini bermakna kasih sayang terhadap kekasihnya itu belum sepenuhnya.

20. Tidak semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya kerana seorang perempuan.

sedikit nasihat dari teman..


Salam Sejahtera..

Baru-baru ni aku ditegur oleh seorang rakan tentang blog nih. Dia kate, aku ni open sangat. So, secara officially, blog aku nih adalah pasal blog aku. cerita pasal diri aku dan ape saja yang aku ingin kongsikan. Cume, aku takkan melibatkan blog aku ni pasal politik-politik murah atau pun benda-benda yang tak patut diceritakan (paham-paham jela)..

Dan apa jua post yang aku post, adalah untuk dikongsikan bersama. Harap maklum.

Peace, no war!

Regard,

Hafiz Ajmain

Thursday, April 15, 2010

Omong Kosong..


Tengah-tengah tension bekerja ni, kebetulan radio Hot FM memainkan lagu nih. Lagu ni merupakan antara my feveret song. Lagu tika dalam kesedihan, keputusan dan ketensionan....gagaga. Rimas from Fabulous Cat!


Rimas:
Nananananananananananananananana
o0o0o0...........
Nananananananananananananananana
o0o0o0...........

Lari,lari,lari
Aku lari tingallkan semua ini
Untuk mencari, cari,cari
Ketenangan diri.........hi......

Pergi,pergi,pergi
Engkau pergi dari hidupku ini
Ku tak mahu, mahu
Engkau hadir dalam diri ini...hi...

Keluhan hatiku tak siapa yang tahu
Ku simpan semua sebak di dada
Biar ku yang terluka
Pernahkah kau mengerti caraku memujukmu
Pernahkah kau hargai caraku mencintaimu

Lafaskan kata dari bibir
Adakahnya dari hati
Mungkin kau tak fahami maksudnya
yang tersembunyi
Titisan air mata dari pipi ke bumi
Pernahkah kau peduli betapa sedih diriku ini

Mengapa.....
Aku yang terluka...
Aku yang merana....
Aku yang menahan sisa baki cinta ini
Engkau yang meminta...
Aku yang sengsara...
Rimas,rimas..aku rimas

Tidak pesona kecundang
Istana jiwa ku goyang
Roboh dan tumbang
Sawan ku lantang
Tidak berpantang
Letupnya siang-siang
Bukannya alang-kepalang datangnya perang
Dan bawa ku ke jurang
Pulanglah sayang janji ku tatang
Ku hapuskan dalang
Dalangnya sayang
Sayangnya hilang
Hilanglah garang
Garang ku Terbang melayang
Terbongkang ku terbangkau terhoyong-hayang
Tak pandang belakang
terkangkang kira ku tak diundang kurapuh
semua tak bertiang janji ku kini kan berulang

Mengapa.....
Aku yang terluka...
Aku yang merana....
Aku yang menahan sisa baki cinta ini
Engkau yang meminta...
Aku yang sengsara...
Rimas..rimas..aku rimas

Nananananananananananananananana
o0o0o0...........
Nananananananananananananananana
o0o0o0...........

Lari-lari aku
Lari tinggalkan...
Tinggalkan semua ini
Untuk mencari
Untuk mencari....ketenangan
aku pergi tinggalkan
Tinggalkan kau sendiri
Ku pergi, kini ku pergi
tinggalkanmu


Nananananananananananananananana
o0o0o0...........
Nananananananananananananananana
o0o0o0...........

Kasihan..

Salam buat sahabat-sahabat sekalian

Kebelakangan ini, kita asyik dikejutkan mengenai kes buang bayi, kes penderaan kanak-kanak. Hampir disetiap media menceritakan benda yang sama. Kadang-kadang, kite hanya mampu kesian, mampu beristigfar.. Kita tak mampu berbuat apa-apa. Kita hanya lah manusia biasa..


Sedikit perkongsian.. gambar nye agak 18sg..Untuk renungan bersama.. Ambil iktibar..


kesian.. lihatlah mukanya macam tidur...
tubuh kecil ini semasa hayatnya telah dicucuh dgn rokok lihatlah kesan2 cucuhan rokok pada tubuh yg tidak berdosa ini.

Innalillah...

Renung-renungkan..

Wednesday, April 14, 2010

Oh kawan!


Ari ni ari Rabu, suppose aku cuti ari ni becoz dapat MC dua hari dari doktor. Tapi, demi menjaga kepentingan orang, aku berkorban, aku datang bekerja. Dan selama dua hari ni jugak la, banyak kerja yang bertimbun. Masak jugak la aku nak settle kan. Dengan keadaan badan yang masih lemah dan mamai-mamai, sikit demi sedikit kerja aku siapkan. Tapi, still, banyak yang tertangguh. Adoi, masak-masak. Dengan claim, PO, surat-surat..


Dalam tension-tension, saje je bukak internet, update blog and bukak manga.com. Sambil-sambil tu bukak jugak facebook. Agak lame tak bukak, asyik update status gune handphone je, tapi xsempat reply comment2 diorng. Kebetulan, ternampak status my fren, ema yang berbunyi ::

":: DAN JANGANLAH KAMU MENGKEHENDAKI SEORANG KAWAN DISAAT MEMERLUKAN SAHAJA ::"

{tp jgn lah membakar diri sehingga diri sendiri terbakar.. dan jgk jgn lah terlalu menerangi orang laen sehinggakan diri sendiri dlm kegelapan.maka berpada-pada lah.}


Hoho, memang la, amat betul statement beliau. Jangan lah kite perlukan teman hanya pada saat kite perlukan teman sahaja. Time susah time senang, kite kene appreciate diorg. Then, jangan lupe budi dan jasa diorang. Kebetulan plak, tengah dengar lagu UNIC berjudul "kawan"


"kawan"

Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan dihadapan oh! Indahnya
Kita bersama berkelana

Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan dihadapan oh! Indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh di dunia sendiri
Bekalan sendiri(semangat sendiri) Impian sendiri
Meski pun jauh namun kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini umpama awan yang tidak selalu putih
Ingatlah bintang-bintang di langit Takkan terus berkelipan
Ingatlah pelangi yang indah Pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya menjadi perhiasan di dinding
Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya menjadi perhiasan di meja tulis

Oh! Kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh! Kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi ummat semesta

Try la dengar, pastu, renung-renung kan ^^


Regard,

Hafiz Ajmain




"..kahwin awal?"


“..kenapa nak berkahwin? Eh, tak nak. Nanti terikat lah..tak boleh nak enjoy lagi..”

“..boleh nak kahwin muda. Tak kisah umur, asalkan ada compromise and faith. InsyaAllah perkahwinan akan kekal..”

“..tak nak kahwin muda..banyak benda tak tercapai lagi. Nak bina kerjaya dulu..”

Aduhai. Macam-macam pendapat yang timbul bila isu kahwin muda ini diperkatakan. Jawapan yang paling biasa kita dengar,”..dah jodoh, nak buat macam mana..” Biasalah tu, masing-masing empunya pendapat yang berbeza. Ada yang bersetuju, ada yang tidak. Perkara berkahwin ni bukannya boleh dibuat main-main. Nak bina rumahtangga bukannya untuk sehari dua. Ishh..banyaklah perkara yang perlu di fikirkan.



Secara peribadi, tidak salah rasanya berkahwin pada usia yang muda. Tapi pasangan itu haruslah berfikir secara mendalam sebelum membuat keputusan untuk mengikat perjanjian sehidup semati selama-lamanya. Anda menghadapai kesukaran untuk membuat keputusan? Tidak pasti samada haruskah anda meneruskan rancangan untuk berkahwinan awal bersama si dia? Nahh..tanyakan diri anda beberapa soalan ini. Adakah anda sudah bersedia dari segi fizikal dan mental? Adakah anda sudah memiliki kerjaya tetap yang stabil? Yelah..zaman sekarang ni ramai gadis yang career minded. Mereka lebih mengutamakan untuk membina kerjaya yang kukuh terlebih dahulu sebelum masuk ke alam perkahwinan. Perbelanjaan hidup pada zaman sekarang sekarang bukannya murah pula tu. Ada sesetengah bakal pengantin yang mengambil risiko dengan membuat pinjaman untuk melangsungkan majlis perkahwinan secara besar-besaran mengikut trend semasa. Tapi masalahnya sesudah berkahwin, terpaksa pula membanting tulang untuk melangsaikan bil-bil dan hutang keliling pinggang. Tak seronok la kalau begitu kan..?

Tapi jika anda mahu menjadi surirumah sepenuh masa kelak, ada perkara lain pula yang anda harus pertimbangkan. Adakah anda sudah bersedia untuk menerima tanggungjawab menjaga bakal suami dan anak-anak? Pada waktu yang sama rakan-rakan sebaya anda yang lain pula masih bebas ke sana ke mari tanpa perlu meminta izin dari insan yang bergelar suami. Biasalah..sesudah berkahwin tanggungjawab anda akan bertambah. Tanggungjawab kepada keluarga sendiri, dan juga kepada keluarga mertua. Kenalah pandai mengatur dan meluangkan masa untuk menguruskan kehidupan diri sendiri, dan juga suami.

Jika anda mampu dan sudah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan dan tanggungjawab, jangan lah di lengah-lengahkan lagi. Bak kata orang tua-tua, perkara yang baik tak elok di lengahkan. Ada bagusnya juga meneruskan rancangan untuk melangkah ke alam perkahwinan pada usia yang muda, sekurang-kurangnya dapat lah membina keluarga. Siapa yang tidak mahu mempunyai anak-anak dan keluarga yang bahagia kan?

Ada kelebihan dan ada kekurangannya dalam membina rumahtangga pada usia yang muda.

Yang penting, anda harus bijak untuk berfikir sedalam-dalamnya dan rujuklah kepada kedua ibu bapa anda sebelum keputusan mendirikan rumahtangga di tetapkan, tidak kiralah apa jua peringkat umur anda.

*sekadar berkongsi pendapat. hihi

Monday, April 12, 2010

Cemburu = Sayang?


Cemburu – Betulkah Tanda Sayang?

Banyak sudah terjadi pasangan yang putus hubungan kerananya. Ada yang putus persahabatan, tali pertunangan dan tidak kurang juga berlaku perceraian ikatan perkahwinan gara-gara cemburu. Malah sering juga terdengar kisah cemburu menjadi motif kepada kes-kes jenayah termasuklah pembunuhan. Justeru adanya cemburu boleh meracuni perhubungan dan pergaulan di tengah kehidupan.

Namun tanpa cemburu juga merbahaya. Tanpa cemburu maka tiada siapa yang akan ambil peduli dan terpanggil untuk rasa bertanggungjawab untuk membaiki keadaan. Sebarang kebiasaan tabiat buruk dan keterlanjuran akan mudah membarah menjadi gejala tidak sihat, maksiat dan mungkar. Tanpa perhatian dan pengawasan maka tingkah laku yang buruk akan semakin menjadi-jadi sehingga sukar dipulihkan lagi.

Friday, April 9, 2010

Jangan Percaya Pada Diri Sendiri..


Sealam sejahtera..

Merujuk kepada topik diatas, ia merujuk kepada baka2 yang sejenis dengan diri saya. mungkin kepada mereka yang tidak seperti saya, mungkin anda pernah juga merasai apa yang kerap kali berlaku kepada diri ini.

Mengapa saya berkata sedimikian? sedangkan ramai orang sentiasa bersikap optimistik terhadap diri sendiri. dan sikap optimistik itu penting

Mengapa saya berkata sedemikian?

Mungkin kerana terlalu percaya pada diri sendiri mungkin akan membawa padah.

Mengapa? pernahkah anda percaya bahawa anda ingin tidur sekejap dan bangun awal pagi untuk meneruskan pelajaran? berehar seketika selepas itu meneruskan asaimen yang berlambak2? main game SEBENTAR untuk menghilangkan stress ketika study?

Saya pernah. jam 3 pagi. tidur kejaplah, pukul 6 bangun untuk siapkan kerja. dan Kerja berlambak-lambak. kerana percayakan diri sendiri, saya pun tidur. akibatnya, terjaga pada kerja belum siap-siap dan masih belum mula apa apa pun.. akhirnya terpaksa menjawab dihadapan bos berdasarkan naluri sahaja.. haha..

ini adalah cuma salah satu contoh akibat terlalu percayakan diri sendiri. banyak lagi contoh2 yang nyaris mengakibatkan kemalangan besar. mujurlah naluri saya begitu hebat.. haha

sekian..

Duhai Malam..


duhai bulan,
malam ini aku sendiri lagi.
bisa temankan aku?
. . . . . . . . . . .
bulan, aku sedang berbicara denganmu,
bersuara, lah.
. . . . . . . . . . .
eh awan, ke tepi lah,
aku ingin lihat bulan,
aku ingin berbicara dengan bulan.
. . . . . . . . . . .
tidak,
aku tak mahu berbicara sama bintang,
aku mahu sama bulan.
. . . . . . . . . . .
apa,
bulan tak mahu dengar rintihan aku lagi?
benarkah, bulan?
. . . . . . . . . . .
jadi, benarlah?
kalau begitu, tak mengapalah bulan,
usahlah dipaksa hatimu lagi.
aku mimpikan kau malam ini pun sudah cukup indah.

Thursday, April 8, 2010

8 April yang panjang...


Salam sejahtera.. sekadar ingin berkongsi dengan pembaca blo sekalian. Hari ini, hari Khamis. Awal pagi dah bangun kerana hari ini adalah hari yang penting. Mengapa? Hanya sekadar ingin sampai awal di ofis! Hari ni, orang-orang dari HQ akan datang ke cni untuk menilai kerja-kerja kami. Kami semua akan diaudit. Bayang kan, buat pertama kali nye kerja ofis aku bawak balik ke rumah. Peh, memang dasyat tu, hanya untuk update staff claim yang bertimbun-timbun. Amat lah banyak..


Sebelum ni, hanya ambil endah tak endah je pasal benda nih. Lastly, bile time audit, semua nya kecoh. Habis huru hara satu ofis ni. Sesampai je di ofis, terus settle kan kerja yang belum siap lagi. Alhamdulillah, semua nya settle. Then, pkul 9.30 pagi, meeting dengan auditors. Welcoming speech from En Nordin who will evaluate us. Then, after meeting, we continue our work. Sorang demi sorang dipanggil ke bawah untuk di audit. Rase gelabah la jugak. Bile tanye kat member2 yang telah diaudit, diorg bgtau yang auditors banyak soal pasal producers and work course. Adoi, bab ni la yang aku lemah. Mane la tahu sangat kan,huhu. Then, pkul 12 tghr plak, ade meeting dengan Project Director. Meeting ni la meeting pasling membisankan. Bukan ape, project Director akan cakap, berleter dan membambu kitorg. Arrgghh!! Just shut your mouth please! So boring,huhu.. About 1 and half hour meeting with my stomach sudah berkeroncong,huhu. Lapar sangat-sangat. Ape lagi, habis meeting terus driving to Ali Maju!

Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang, thats mean, my turn to be evaluate! i call my lovely and have some chit chat before i enter the room.

...................................

and 15 minutes letter

...................................

All done,haha, so scared! Alhamdulillah, just fine. But they all asked me to remember the procedure,huhu. Thanks to Isma (my cousin) because help me when auditing me,hehe. He give me some hint to answer the question. Just now, i got a called from RHB Islamic bank,their offered me a job,huhu. Lucky, but i want to think it first. Currently i already working as Executive Finance at KLiA. So, i want to focus on this job first, currently, not permanently :p
Just waiting for going back home,owh,lalalala

Regards,

Hafiz Ajmain

Cerpen : Satu kehidupan


Saya dilahirkan disebuah perkampungan yang terletak dipergunungan. Hidup ini sememangnya sukar. Demi meneruskan kehidupan keluarga, setiap hari, ibu dan ayah saya, berusaha membajak tanah merah yang kering untuk menyemai tanaman. Setiap hari jugalah belakang ibu dan ayah sentiasa menghadap langit.

Saya mempunyai seorang adik lelaki berumur tiga tahun lebih muda dari saya. Saya ingin benar memiliki sehelai saputangan sebagaimana gadis-gadis sebaya saya. Satu hari, saya mengambil 50 sen dari laci ayah. Ayah mengetahui kehilangan wangnya.

Ayah benar-benar marah. Dia memaksa saya dan adik lelaki saya berlutut menghadap dinding. Dengan rotan bambu di tangan, ayah bertanya, “Siapa yang mencuri wang itu?”. Saya kelu dan terkedu, terlalu takut dan gementar untuk bersuara. Saya dan adik saya tidak berani mengaku dan memang pun adik saya tidak tahu menahu mengenai kehilangan itu. “Baik, kalau tidak ada yang mengaku kamu berdua akan saya pukul!” Ayah mengangkat rotan bambu.

Tiba-tiba adik saya mencapai tangan ayah dan berkata, “Ayah, sayalah yang mencuri wang ayah!” Rotan bambu yang panjang hinggap di belakang adik berulang-kali. Ayah benar-benar marah. Dia terus merotan adik sehingga kepenatan. Kemudia ayah duduk di atas katil kami yang keras bagaikan batu. Ayah terus memarahi adik.

“Kamu sudah belajar mencuri di rumah anda sendiri. Apa lagi perkara memalukan yang akan anda lakukan dimasa-masa akan datang? Kamu seharusnya dipukul sampai mati, kamu pencuri tak tahu malu!” Ayah begitu marah.

Malam itu, ibu dan saya memeluk adik. Tubuh badannya yang kecil itu dipenuhi luka-luka akibat pukulan dari ayah namun adik tidak pun menitiskan setitis pun air mata. Adik benar-benar tabah.

Tengah malam itu, saya tak dapat menahan emosi, saya berteriak kuat. Cukup kuat. Adik meletakkan telapak tangannya yang kecil dan mungil itu di mulut saya dan berkata, “Kak, jangan menangis lagi. Segalanya sudah berlaku”. Saya benci dengan diri ini. Benci kerana tidak mempunyai cukup keberanian untuk mengaku kesalahan dihadapan ayah.

Tahun itu, adik saya berumur lapan tahun dan saya sebelas tahun.

Tahun berganti tahun, namun kejadian itu terasa baru kelmarin berlaku. Saya tidak pernah dan tidak pernah mahu melupakan bagaimana tindakan adik kecil saya mahu melindungi saya.

Ketika adik ditahun akhir persekolahan menengahnya, dia diterima untuk melanjutkan persekolahan menengah atasnya di salah sebuah sekolah di ibukota. Dalam masa yang sama, saya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran disebuah universiti tempatan. Malam itu, saya nampak ayah gelisah. Dia mundar-mandir di halaman. Ayah merokok luar biasa sekali. Lepas satu, dia nyalakan lagi rokok yang lain.

Saya mendengar suara ayah berbicara dengan ibu, “Kedua-dua anak kita mendapat keputusan persekolahan yang baik, amat baik”. Ibu tak dapat menahan perasaan. Dia menyeka air matanya dan bersuara, “Untuk apa, tiada gunanya. Bagaimana mungkin kita dapat memenuhi perbelanjaan persekolahan kedua-dua mereka?” Ketika itu adik keluar, kemudian dia berdiri benar-benar di hadapan ayah dan berkata, “Ayah, saya tak mahu meneruskan persekolahan saya lagi, saya sudah membaca banyak buku”.

Ayah menghayun tangannya dan menampar tepat ke muka adik. “Kenapa semangatmu lemah sekali? katanya. Walaupun saya terpaksa meminta sedekah di jalanan, saya pasti akan menghantar kamu ke sekolah sehingga kamu tamat pengajian.”

Ayah memang prihatin. Dia mempunyai semangat yang kental. Walaupun miskin dia tetap berusaha. Dia mahu melihat kejayaan anaknya yang dua orang ini. Tidak lama kemudian ayah mula mengetuk setiap pintu rumah jiran-jiran yang ada di desa itu. Saya tahu ayah malu berbuat demikian tetapi demi anak-anaknya dia tidak mementingkan diri. Dia membuang jauh-jauh rasa malu dari mengheret emosinya tanpa daya.

Saya mulai mengoles perlahan muka adik yang bengkak dan memberitahu dia, “Lelaki harus meneruskan pelajarannya; jika tidak, dia tidak pernah akan dapat mengatasi kemiskinan yang telah menjadi pengalaman hidup kita selama ini.” Pada saya, saya berkeputusan untuk tidak meneruskan pengajian di universiti.



Tiada siapa yang tahu apa berlaku seterusnya. Pada keesokannya, sebelum fajar menyingsing, adik meninggalkan rumah. Dia hanya membawa beberapa pasang baju yang sudah agak lusuh dan sedikit bijirin buat pengelas perut. Saya tahu adik hanya mempunyai baju-baju itu sahaja. Tiada yang lain.

Sebelum pergi, adik sempat manyusup masuk dan meletakkan sekeping nota di atas bantal saya, “Kak, mendapat tawaran ke universiti tidak senang. Saya akan mencari kerja dan mengirim wang untuk pengajian kakak nanti.” Saya mendekap nota tersebut sementara duduk di birai katil. Saya tidak mampu menahan emosi. Saya menangis sehingga saya hampir kehilangan suara.

Tahun itu, adik berumur tujuh belas dan saya dua puluh tahun.

Dengan wang yang ayah pinjam dari seluruh jiran di desa itu, beserta gaji yang adik peroleh dengan mengangkat simen di salah sebuah kawasan pembinaan, akhirnya saya berjaya meneruskan pengajian saya ketahun ketiga di universiti.

Satu hari sementara saya mengulang-kaji dan menaalah pelajaran saya di dalam bilik, seorang teman sebilik memberitahu saya, “Ada orang kampong di luar mahu berjumpa dengan mu.” Kenapa ada orang kampong mahu berjumpa dengan saya? Saya beredar keluar, dari jauh saya melihat adik. Seluruh tubuh badannya dikotori dengan abu, habuk, simen dan pasir.

Kemudian saya bertanya kepadanya, “Kenapa adik tidak memberitahu rakan sebilik saya bahawa kamu adalah adik saya.” Sambil tersenyum adik menjawab, “Lihatlah penampilan saya. Apa fikiran mereka jika mereka mengetahui bahawa saya adikmu? Tidakkah mereka mentertawakan kakak nanti?” Saya benar-benar tersentuh. Air jernih mula memenuhi kelopak mata saya. Saya membuang kekotoran dan habuk dari badan adik. Dengan perasaan sebak, saya berkata kepadanya, “Saya tidak peduli apa orang lain kata! Apa pun keadaan penampilan kamu, kamu adalah adik saya!”

Dari poket bajunya dia mengeluarkan klip rambut yang berbentuk rama-rama. Indah sekali. Dia memasangkannya pada rambut saya lalu berkata, “Saya melihat semua gadis-gadis di bandar memakainya. Saya fikir kamu juga sukakannya lalu saya beli.” Emosi saya sayu dan pilu. Bukan kerana sedih tetapi tersentuh. Cukup tersentuh. Saya memeluk adik yang amat saya kasihi. Saya menangis.

Tahun itu adik berumur dua puluh tahun dan saya dua puluh tiga.

Buat pertama kali, saya membawa teman lelaki saya ke rumah. Saya perasaan tingkap kaca yang pecah sudah dibaiki. Rumah itu walaupun agak sederhana tetapi cukup bersih. Seperti segala-galanya baru sahaja digosok. Selepas teman lelaki saya pulang, ibarat seorang gadis kecil, saya menari-nari amat gembira dihadapan ibu, “Mama, saya yakin mama sudah terlalu penat dan letih membersihkan rumah ini!’ Tetapi dengan tersenyum ibu menjawab, “Adikmulah yang balik lebih awal dan membersihkan rumah ini. Tidakkah kamu nampak luka ditangannya kerana membaiki tingkap yang pecah itu.” Saya beredar ke bilik adik. Melihat kepada wajahnya yang kecil dan kurus itu, seolah-olah saya merasakan ribuan jarum sedang menusuk ke hati ini.

Saya merawat luka adik, sapukan ubat dan balut lukanya. “Adakah itu menyakitkan mu?” Saya cuba menyelami kesakitan adik. Tetapi dengan lembut adik menjawab, “Tidak. Kamu tahu, kalau di tempat pembinaan, batu-batu akan terus berjatuhan ke atas kaki saya dan semuanya itu tidak pernah membantutkan keinginan saya untuk bekerja.” Sementara dia berkata-kata, dia berhenti seketika. Saya menatap wajah adik Saya pilu untuk ke sekian kalinya. Air mata mengalir membasahi pipi ini.

Tahun itu adik berumur dua puluh tiga dan saya dua puluh enam tahun.

Saya berkhawin dengan teman lelaki saya, dan kami tinggal di kota. Suami saya menyuarakan keinginannya agar ibu dan ayah tinggal bersama-sama dengan kami di kota. Tetapi mereka enggan dengan alasan, sekali mereka meninggalkan kampong, mereka tidak akan tahu apa mereka perlu lakukan.

Adik setuju dengan kedua ibu dan ayah. Katanya, “Kak, kamu hanya perlu jaga bapa dan mama mertua mu. Jangan risau, ibu beserta ayah akan saya jaga sebaik mungkin di desa ini.”
Suami saya menjadi pengarah kepada kilangnya sendiri. Saya beserta suami merayu agar adik menerima pelawaan kami untuk menjadi pengurus kepada salah satu bahagian dikilang itu. Dia enggan menerima jawatan pengurus tersebut. Dia Cuma menerima jawatan sebagai juruteknik sahaja sebagai permulaan.

Satu hari, semantara adik sedang berada di atas tangga untuk membaiki kabel, dia mengalami renjatan elektrik kemudian terjatuh. Dia dihantar ke hospital.

Saya dan suami mengunjunginya di hospital. Kakinya patah dan buat semantara waktu kaki itu ditopang menggunakan logam. Saya menyuarakan kekesalan, “Mengapa kamu menolak tawaran kerja sebagai pengurus?”

“Pengurus tidak melakukan kerja-kerja merbahaya seperti itu. Sekarang kamu menderita patah kaki. Kenapa kamu tidak sahaja dengar kata-kata kami?”

Dengan raut wajah yang serius, adik cuba mempertahankan keputusannya, “Suami mu baru sahaja menjadi pengarah, dan saya tidak terpelajar dan menjadi pengurus pula, apakah nanti anggapan orang?” Saya lihat mata suami saya dipenuhi dengan air mata, kemudian saya meneruskan, “Tetapi, kamu tidak ada pelajaran kerana saya.” Adik memang teguh. Teguh dengan pendiriannya. Segala-galanya ada alasan yang kukuh.

“Kenapa kakak mempersoalkan perkara yang sudah berlalu?” Adik menarik dan mengganggam tangan saya. Waktu itu adik berumur dua puluh enam tahun dan saya dua puluh sembilan.

Adik berkhawin sewaktu dia berumur tiga puluh tahun dengan seorang anak perempuan petani di desa kami. Majlis itu sederhana tetapi cukup meriah. Sementara majlis perkhawinan sedang berlangsung, pengacara mengajukan satu pertanyaan kepada pengantin lelaki, “Diantara hadirin yang ada di sini, siapakah yang amat anda sanjungi dan kasihi?”

Tanpa berfikir panjang adik menjawab, “Kakak saya.” Kemudian dia meneruskannya dengan satu kisah. Saya sendiri tidak mengingati akan cerita itu.

“Ketika dibangku sekolah rendah, saya dan kakak akan berjalan jauh selama dua jam dari rumah ke sekolah setiap hari. Satu hari, saya kehilangan sarung tangan. Kakak memberikan kepada saya satu dari pada sarung tangannya.

Kakak memakai hanya satu sarung tangan sahaja. Cuaca cukup sejuk. Kami berjalan jauh untuk sampai ke rumah. Apabila sampai di rumah, tangan kakak gementar kesejukan sehingga memegang penyepit makanan pun dia tidak dapat. Mulai saat itu, saya berjanji di hati ini, selagi saya hidup, saya akan menjaga kakak saya dan berbuat baik sentiasa kepadanya”.

Ruang majlis dipenuhi keheningan. Senyap sekali. Semua jemputan memandang kepada saya. Hati ini meruntun. Pilu. Sayu, dan tersentuh. Saya rasa inilah satu-satunya pengalaman yang paling sukar bagi saya untuk bersuara, “Dalam segenap hidup saya, saya ingin mengucapkan sesungguhnya ucapan terima kasih kepada adik yang saya amat kasihi,” dan di majlis yang indah dan bersejarah, di hadapan para temu, air mata mengalir sekali lagi di pipi ini.



Dalam setiap saat kehidupan anda, hargai dan jagai mereka yang anda kasihi dengan segenap hati, dan dengan segenap akal budi, dan dengan segenap khudrat anda. Mungkin anda berfikir bahawa apa yang pernah anda lakukan hanya sedikit sahaja, tetapi bagi seseorang, itu mungkin amat bererti bagi mereka.

Wednesday, April 7, 2010

Coretan Hati..


Suatu masa dahulu, aku sering sangkakan aku adalah insan yang lemah….

Aku tidak reti bersukan…mungkin kerana aku lemah…

Aku sering mudah terasa dek usikan rakan-rakan…mungkin kerana aku lemah…

Aku terlalu cepat panik dengan perkara remeh…mungkin kerana aku lemah…

Aku terlalu mudah kasihankan peminta sedekah…mungkin kerana aku lemah…

Aku kekadang menangis pabila menonton filem sedih…mungkin kerana aku lemah…

NAMUN…

Aku telah menempuh perbagai dugaan hidup…

Hujan Badai…Panas Terik…

Ribut Taufan…Kemarau Kontang…

Tetapi aku masih berdiri di sini…

Sekarang aku sedar, aku bukannya lemah…

Ketabahanku membuatkan aku masih berada di sini…teguh berdiri…

Ya Allah, aku bersyukur kerana Engkau kurniaankan kecekalan hati kepadaku…

Maka tepatlah firmanMu…Engkau tidak akan menguji umatmu lebih daripada kemampuannya…

Hati, bawalah aku berlayar lebih jauh…jauh merentasi lautan kehidupan….

AMIN…


Sahabatku, ketika detik kamu merasakan asamu semakin rapuh, kentalkanlah azammu dan terus berjalan…dalam tak sedar, percaya lah, kamu akan tiba di penghujung kembara….dengan semangat yang lebih membara….percaya lah…

Regards,

Hafiz Ajmain

Related Posts with Thumbnails