BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Wednesday, April 14, 2010

"..kahwin awal?"


“..kenapa nak berkahwin? Eh, tak nak. Nanti terikat lah..tak boleh nak enjoy lagi..”

“..boleh nak kahwin muda. Tak kisah umur, asalkan ada compromise and faith. InsyaAllah perkahwinan akan kekal..”

“..tak nak kahwin muda..banyak benda tak tercapai lagi. Nak bina kerjaya dulu..”

Aduhai. Macam-macam pendapat yang timbul bila isu kahwin muda ini diperkatakan. Jawapan yang paling biasa kita dengar,”..dah jodoh, nak buat macam mana..” Biasalah tu, masing-masing empunya pendapat yang berbeza. Ada yang bersetuju, ada yang tidak. Perkara berkahwin ni bukannya boleh dibuat main-main. Nak bina rumahtangga bukannya untuk sehari dua. Ishh..banyaklah perkara yang perlu di fikirkan.



Secara peribadi, tidak salah rasanya berkahwin pada usia yang muda. Tapi pasangan itu haruslah berfikir secara mendalam sebelum membuat keputusan untuk mengikat perjanjian sehidup semati selama-lamanya. Anda menghadapai kesukaran untuk membuat keputusan? Tidak pasti samada haruskah anda meneruskan rancangan untuk berkahwinan awal bersama si dia? Nahh..tanyakan diri anda beberapa soalan ini. Adakah anda sudah bersedia dari segi fizikal dan mental? Adakah anda sudah memiliki kerjaya tetap yang stabil? Yelah..zaman sekarang ni ramai gadis yang career minded. Mereka lebih mengutamakan untuk membina kerjaya yang kukuh terlebih dahulu sebelum masuk ke alam perkahwinan. Perbelanjaan hidup pada zaman sekarang sekarang bukannya murah pula tu. Ada sesetengah bakal pengantin yang mengambil risiko dengan membuat pinjaman untuk melangsungkan majlis perkahwinan secara besar-besaran mengikut trend semasa. Tapi masalahnya sesudah berkahwin, terpaksa pula membanting tulang untuk melangsaikan bil-bil dan hutang keliling pinggang. Tak seronok la kalau begitu kan..?

Tapi jika anda mahu menjadi surirumah sepenuh masa kelak, ada perkara lain pula yang anda harus pertimbangkan. Adakah anda sudah bersedia untuk menerima tanggungjawab menjaga bakal suami dan anak-anak? Pada waktu yang sama rakan-rakan sebaya anda yang lain pula masih bebas ke sana ke mari tanpa perlu meminta izin dari insan yang bergelar suami. Biasalah..sesudah berkahwin tanggungjawab anda akan bertambah. Tanggungjawab kepada keluarga sendiri, dan juga kepada keluarga mertua. Kenalah pandai mengatur dan meluangkan masa untuk menguruskan kehidupan diri sendiri, dan juga suami.

Jika anda mampu dan sudah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan dan tanggungjawab, jangan lah di lengah-lengahkan lagi. Bak kata orang tua-tua, perkara yang baik tak elok di lengahkan. Ada bagusnya juga meneruskan rancangan untuk melangkah ke alam perkahwinan pada usia yang muda, sekurang-kurangnya dapat lah membina keluarga. Siapa yang tidak mahu mempunyai anak-anak dan keluarga yang bahagia kan?

Ada kelebihan dan ada kekurangannya dalam membina rumahtangga pada usia yang muda.

Yang penting, anda harus bijak untuk berfikir sedalam-dalamnya dan rujuklah kepada kedua ibu bapa anda sebelum keputusan mendirikan rumahtangga di tetapkan, tidak kiralah apa jua peringkat umur anda.

*sekadar berkongsi pendapat. hihi

3 comments:

navi said...

walk2 blog. haha
pd aku kawen muda x salah tp tpulg pd indvdu tsebut. skrg mgkin ko rase blm smpai masenya lg tok ko mbina masjid. mgkin psgn ko uda sedia skrg & rasa mampu bg komitmen tp bbeza pd ko. pnh x ko pikir satu arie ti bila ko uda bsedia tp sbaliknya blaku pd psngan ko. haha. gila jgk jdnya aku rasa. org pompuan bukn demand aku rase juz perlukn phatian je. skiranya org takot kawen awal sebab xda keje lg dan bmacam2 alasan, aku rasa silapnya kt situ. bila mbina masjid nie rezeki akan mlimpah ruah. tp tpulg masing2. sori la der, aku juz bg pndapat sbb aku da lalui semua bnda tuu. sibuk mcari hrta dunia smpai lupa dgn org yng kita bg komitmen. sgt sakit bila kita kehilngn org yg kita syng der. org yg kita nk idop smpai akhir hayt kita.

ibnuajmain said...

amboi, care tulis macam tensen je...hehe (sbb slalu org tanye eh..haha)

Hafiz_orange87 said...

mmg pun..susah2.

Related Posts with Thumbnails