BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Saturday, May 11, 2013

Jemu & Bosan


Sudah lumrahnya manusia diciptakan, akan membuat rutin yang kesemuanya hampir sama setiap hari. Dan kerana itu, ada yang telah merasa jemu. Merasa telah muak dengan apa yang dilakukan setiap hari. Merasa bahawa setiap hari yang dilalui tiada variasi. Sama dan tetap sama!

Kerana manusia kebanyakan hanya memandang yang zahir sahaja.

Terkadang keliru, apa sebenarnya yang ingin dilakukan? Apa sebenarnya yang sepatutnya dilakukan oleh setiap manusia. Dan yang lebih teruk, ada yang sudah sedia maklum, tetapi melawan arus akal dan membiarkan nafsu kejemuan menguasai diri. Makanya, siapa yang harus dipersalahkan? Rutin atau diri sendiri?

Memang manusia, cepat merasa jemu! Ya!

Merasa Telah dan Sangat Cukup
Kenapa ya, manusia cepat sangat merasa jemu? Nak salahkan syaitan? Oh, alangkah. Langkah untuk koreksi diri itu ialah hisab diri terlebih dahulu tanpa mencari pihak mana yang dapat dipersalahkan akibat daripada perbuatan diri sendiri. Ya, walaupun sesuatu itu menjadi asbab kepada kejadian yang berlaku.


Adakalanya, dalam berdakwah sekalipun. Oleh kerana kesalahan itu kecil dan anda telah memberikan teguran berkali-kali, anda merasa bosan dan jemu dan itu membuatkan anda senang dihasut amarah terhadap orang yang anda dakwah.

Senang cerita, sebagai contoh, dalam berblog. Ada manusia cepat merasa cukup dengan apa yang telah ia kongsikan. Dan ketika itu juga ia akan disapa dengan kejemuan untuk menjaga dan memelihara kualiti penulisannya.

Sebenarnya, apabila seseorang itu disapa dengan perasaan jemu, sebenarnya ia sudah mula menanam sifat takabbur/sombong dalam dirinya. Percaya? Tidak? Kajilah..

Sangat Cepat Menginginkan Hasil
Antara banyak-banyak sebab manusia cepat merasa jemu dan bosan adalah terlalu cepat menginginkan hasil daripada pekerjaan mereka. Macam mana tu?

Katakan anda inginkan kebaikan kepada seorang rakan anda yang agak ganas sikit, lalu anda menasihatinya dengan harapan dia cepat-cepat berubah setelah anda nasihatkan. Tetapi ternyata malah sebaliknya pula. Rakan anda degil dan tidak mendengar nasihat serta cepat melenting.

Oleh kerana nasihat anda tidak menampakkan hasil, maka anda merasa jemu untuk memberi nasihat lagi. Nah, bukankah ini sifat manusia yang terburu-buru?

Kalaulah Tuan Punya Dunia seperti kita, maka, akan hancurlah dunia ini. Tapi tidak, ALLAH Maha Pengasih dan masih tetap bersabar dengan kita yang tersangat hina ini.

Kenapa ye manusia punya sifat seperti ini?
Sedangkan dakwah Nabi memakan masa puluhan tahun dengan penuh kesabaran dan kegigihan. Kita yang hanya baru masuk dalam bidang dakwah yang belum mencabar sehingga kadang-kadang dalam berdakwah itu tiada peluh pun yang keluar, sudah hendak temberang untuk merasa jemu.

Jadi nak buat macam mana? *tanyadirisendiri*


NOTA KAKI
Kita, cepat sangat merasa diri bagus dari orang lain. Dan itu satu penyakit yang merbahaya. Saya takut dengan sifat ini. Boleh memakan diri. Dan saya takut sifat ini dihidapi oleh saudara-saudara seakidah saya. Maka, saya harap, semuanya boleh bermujahadah untuk mencuba jauh darinya.

Wednesday, March 20, 2013

Manusia Mudah Lupa


Hidup ini, ALLAH sengaja datangkan ujian. Bukan untuk mendera atau mempermainkan, tetapi untuk menguji sejauh mana ALLAh dalam kehidupan hamba-hambaNya. Adakah hamba yang sedang diuji seorang yang bersyukur dikala senang dan kesusahan? Ataukah seseorang itu hanya menjadi ‘hamba’ kepada Tuhan ketika ditimpa musibah?

Manusia, adakalanya hanya mengingati ALLAH tatkala dirundung masalah. Tetapi melupakan ALLAH ketika berada didalam kesenangan. Padahal, kalau ALLAH mahu, dalam sesaat saja ALLAH boleh binasakan hamba-Nya. Hakikatnya, manusia memang mudah lupa dan sangat jarang bersyukur!

Malu!


Hanya Menjadi Hamba Ketika Susah
Agaknya manusia boleh bersoal jawab dengan diri sendiri, adakah ketika didalam kelapangan, kesenangan ALLAH itu sentiasa ada dalam hati? Atau hanya ketika didalam kesusahan sahaja? Tahu tak, hakikatnya, ramai dikalangan manusia, yakni kita banyak melupakan ALLAh ketika senang dan lapang.

Eh. Janganlah marah. Bukan saya saja buat-buat. Tapi ALLAH sendiri yang mengatakannya dalam al-Quran. Tabarakallah! ALLAH Maha Tahu..

“Dan apabila manusia ditimpa bahaya (kesusahan), dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk, atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk menghilangkan bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan.” – Yunus : 12

Aduh. Tidakkah kita merasa terpukul dengan ayat ini? Sejujurnya, saya terasa.

Mengaku atau tidak, beginilah sifat manusia! Malah ALLAH menceritakan sifat-sifat sedemikian manusia didalam kitab-Nya.

Apabila berada dalam kesusahan, kegelisahan, kita sentiasa mengingati ALLAH. Dalam keadaan duduk, berjalan, baring, dan kalau boleh, tidak boleh tidur kerana sangat berharap ALLAH akan membantu menyelesaikan masalahnya, sehingga menangis-nangis dan bengkak segala biji mata. Tetapi, apabila ALLAH telah meringankan kesusahannya, manusia itu terus melupakan ALLAh.

Terus lupa pada ALLAH!

Tiada lagi dzikrullah dalam keadaan berdiri, berjalan, baring. Dan lagaknya seperti seseorang yang tidak pernah berdoa menadah tangan dalam keadaan tersedu sedan dihadapan-Nya. Senang cakap, terus berpaling dari ALLAH. Rabbi. . . Inilah sifat manusia. Kikir, kufur nikmat!

Baik. Mari kita bayangkan macam ni.. Katalah ada seseorang yang sungguh-sungguh minta pertolongan dari anda. Orang tu datang berjumpa dengan anda dalam keadaan tersedu sedan, lalu anda merasa kasihan dan menolongnya untuk mencari jalan penyelsaian kepada masalah orang tu. Anda berikan duit dan benda-benda berharga. Tetapi apabila orang yang anda tolong itu sudah senang, lalu memandang anda pun dia tidak ingin. Malah berlagak seperti tidak mengenali anda dan memperlekehkan pertolongan anda. Maka, masa tu, apa perasaan anda?

Marah? Kecil hati? Kecewa?

Tabarakallah

Maka, mari memperhatikan diri sendiri. Apakah ciri-ciri yang ALLAH sebutkan seperti dalam ayat di atas ada pada diri kita? Yang dimana ketika dalam kesedihan, sangat banyak ibadat dan amalan yang dilakukan. Tetapi apabila senang, maka semua amalan 100% ditinggalkan. Wal iyya dzubillah!

Semoga ALLAH mengampuni kita semua.

Berusaha Istiqomah Ketika Susah dan Senang
Benar. Memang begitulah sifat manusia. Namun anda harus jangan redha dengan sifat-sifat itu. Perlu ada sifat mujahadah untuk melawan sifat-sifat yang ALLAH telah sebutkan; melupakan ALLAH ketika senang.

Muslim sejati, tidak hanya mengingati ALLAH ketika susah. Malahan, sangat taqarrub dengan ALLAH ketika senang melebihi ketika susah. Memang tidak mudah. Kerana semuanya melalu frasa dalam mendidik diri sendiri. Dan cuba melawan nafsu dan hasutan syaitan.

Janganlah menjadi hamba kepada kesenangan.
Jangan bertuhankan kesenangan di dunia!

Anda tahu siapa diri anda. Maka, kita boleh tanya diri masing-masing. Anda tahu anda bagaimana. Anda tahu hubungan anda dengan ALLAh bagaimana. Anda tahu amalan anda seperti apa. Dan anda tahu anda seorang hamba yang macam mana.

Saya cuba menyeru dan berusaha melatih diri sendiri agar sentiasa mengingati ALLAH semaksimum yang boleh. Kalau boleh, biarlah kaki anda melangkah ke mana, tetapi sentiasa dzikrullah.

Kita ini lemah. Maka dalam proses berusaha mendidik diri, mohonlah doa kepada ALLAH.

“Ya ALLAH, Engkaulah Tuhanku, Engkau yang memelihara aku, Engkau yang menjagaku. Tidak ada Tuhan yang berkuasa kecuali Engkau. Engkau yang menciptakan aku, dan aku adalah hamba-Mu, dan aku berikrar di hadapan-Mu, bahawa aku tetap dengan janji dan tetap dengan ikrarku kepada-Mu. Engkaulah yang memberikan nikmat-Mu kepadaku sepenuhnya, namun aku mengaku membalas membalas nikmat ini dengan berbuat dosa. Wahai Tuhanku, ampunilah aku kerana hanya Engkau sahaja yang layak mengampuniku.”

Doa Sayyidul Istighfar yang diajarkan dan diamalkan oleh Nabi SAW.

Mengakulah akan kelemahan anda dihadapan ALLAH. Rendahkanlah hati mengakui kebesaran dan memohon keampunan dan kekuatan dari-Nya.

Sahabat, kita ini hamba. Kita tidak punya apa-apa melainkan apa yang ALLAh berikan kepada kita. Maka, tiada guna lupa diri di dunia. Tiada guna bangga diri dengan apa yang dimiliki. Betul. Semua itu akan menjadi sia-sia di akhirat sana.


NOTA KAKI
Perbaiki diri, renungi kembali apa yang kita lakukan seharian

Friday, February 1, 2013

Merenung Diri

Tidak perlu melihat keramaian untuk menilai zaman
Lihat saja pada diri sendiri untuk melihat zaman
Andai diri terasing dari zaman ini
Semoga ALLAH tetap memeluk kamu dalam pelukan-Nya

Jika ditanya, apa yang kamu inginkan?
Lantas menjawab menginginkan Islam dijulang
Tapi, cuba tanya pada diri sendiri
Akar Islam, kukuh sudahkah dalam diri?

Malangnya, sengih hanya diberi sebagai jawapan

Terlambat atau tidak, bukanlah persoalan
Persoalannya utama ialah sejauh mana kita menanamnya dalam diri
Benih-benih ad-deen adakah dibajai dengan zikr
Ataukah dibajai dengan hasad dan bangga diri

Lihatlah dunia dalam diri dan letakkan pada tanganmu
Andai kamu berjaya menempatkannya
Maka kamu sudah membuka kunci dunia
Semoga ALLAH memandang dengan pandangan rahmat-Nya


NOTA KAKI
Wahai diri, siap siagakan dirimu!

Saturday, January 5, 2013

Kerana Kasih


Kerana Kasih

Kadang kala sukar dimengerti
Kenapa dengan kasihnya itu
Sanggup menahan ejekan dan makian
Dari manusia yang tidak mengenal-Nya

Aku tertanya, dari mana dirinya mendapat kekuatan
Kekuatan untuk memasang tembok dijiwa
Tembok yang membezakan antara nafsu dan kasih-sayang

Bukan senang
Malah perlu pengorbanan


Jiwanya itu, sudah pasti telah lali terbakar
Terbakar dengan semangat juang
Perjuangan untuk bersama-sama dengan manusia lainnya
Mengenal akan kasih dan sayang ALLAh

Kerana kasih, mengapa sanggup dicaci
Kerana kasih, mengapa sanggup dimaki

Oh kasih
Sukar dimengerti

Jauh disudut jiwa
Ada alunan ombak kesyukuran
Menginsafi kekerdilan diri
Dengan kurniaan kasih dan rahmat Ilahi

NOTA KAKI
Cuba mengerti makna kasih..

Wednesday, December 26, 2012

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan


*Credit to dilabangi aka Mak Su for the pict :)
Entri khas ini aku tujukan buat isteriku yang tercinta, Hafizah.. sempena hari anniversary kita yang kedua ini abg ucapkan Happy Anniversary buat syg.. Semoga mahligai yang kita bina genap dua tahun ini akan berkekalan sampai ke Syurga.. amin.
Andai kata sepanjang  dua tahun abg menjadi suamimu ada menyinggung atau menyentuh hati dan perasaan sayang abg memohon seribu kemaafan.. Bak kata P.Ramlee "Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri"...

Erm, perkataan "abg" ni mcm geli-geli je bcoz we all selalu panggil "I" & "U" je,hihi
Sedar tak sedar dah dua tahun dah kami kahwin. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru lagi kami kelam-kabut buat persiapan – pergi kursus kahwin, tempah kad, buat costing kenduri, perah otak macamana nak tampung belanja kahwin, striking out to-do list, watching the timeline anxiously.
Pada yang dah kahwin, tentu faham betapa  banyaknya dugaan nak kahwin kan? Haha. Tapi pada aku, semua cabaran itu lebih daripada berbaloi. Kerana Allah menghadiahkan aku seorang isteri yang baik untuk melengkapkan segala kekuranganku. Alhamdulillah.
Hannah Nasuha a.k.a Ain sebaik sahaja kluar dari wad :)
23 Februari 2012, disambut dengan Hannah Nasuha yang semakin terserlah sifat ‘peramah’ nya, disambut dengan rumah yang sudah mula ada kelengkapan serba sedikit (kalau tak dulu macam dewan kosong lapang je!), kereta yang dah ada calar sana-sini, dan tak lupa dengan rahmat kasih sayang tuhan yang sentiasa melimpah-ruah tanpa henti. Alhamdulillah.
Untuk second anniversary ni, tiada yang special pun dalam perancangan. Memang tarikh penting yang lain juga selalunya pun begitu. Cukup sekadar ucapan dan doa. Aku bukanlah lelaki romantik yang menghantar bunga, menulis kad, apatah lagi membuat surprise party.
Bagiku romantic itu adalah apabila suami menolong isteri membasuh pinggan, mengemas dapur, menjemur baju, melipat kain, mengemop rumah, membasuh bilik air, ya, itu definisi romantikku. Bukanlah bermaksud aku ni rajin sangat. Tapi paksa juga diri membantu mana yang boleh. Kenapa aku kata membantu isteri itu lebih romantic daripada membelikan bunga? Cuba fikirkan, rumahtangga siapa yang paling ideal? Yang boleh dijadikan contoh?
Yang terbaik tentulah rumahtangga rasulullah s.a.w.! Dan bagaimana kehidupan rasulullah dengan isteri? Sebagai seorang ketua kerajaan yang hebat, panglima perang yang tersohor, baginda tidak kekok langsung membantu isteri membuat kerja-kerja rumah. Tidak seperti yang digambarkan di dalam filem, kehidupan rumahtangga rasulullah juga disulami rajuk dan cemburu dalam ketawa. Bukannya tidak pernah berselisih pendapat, namun cara penyelesaian itu yang menjadi pemanisnya.
Jadi, bukan hanya berkahwin empat sahaja ‘sunnah nabi’. Menolong isteri juga adalah sunnah ya para suami. Dapat pahala! :)
Tahu tak, kenapa bila nak berkahwin, orang akan kata baguslah nak mendirikan masjid.
Pernah terfikir tak, kenapa masjid?
Sebab, di masjid orang bersolat, membaca quran, berzikir, ada tazkirah, ada usrah, semua aktiviti untuk mengingati Allah. Bagaimana dengan rumahtangga kita pula? Adakakah seperti masjid yang sentiasa meriah dengan ibadah? Atau seperti kubur yang sepi daripada amal kerana penghuninya ‘telah mati’?
Immediate gift yang kita akan dapat selepas berkahwin, adalah Sakinah. Ketenangan. Tak percaya, cuba tanya pasangan yang baru berkahwin. Rasa tenanggg sangat hati. Betul tak?
Kemudia datang pula perasaan kasih sayang antara suami dan isteri. Dan bila disemai dan dibaja, akhirnya dapatlah Rahmah (belas ihsan).
Semua ni ada terangkum dalam sepotong ayat yang menjadi kegemaran pasangan pengantin untuk diselitkan di dalam kad kahwin,
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu lebih cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan di antara kamu kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
Surah Ar-Ruum, ayat 21.
Some might say, alah, setakat baru dua tahun berkahwin, dah mula nak bagi ceramah kat orang! Hehe. Benar. Usia perkahwinan saya baru dua tahun jagung. Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan usia perkahwinan orang lain yang lebih berpengalaman.
Tapi rasanya tak salah untuk kita saling ingat-mengingatkan. Sebab fitrah manusia ni memang mudah lalai. Baru je tadi duduk dalam masjid dengar kuliah maghrib, keluar je masjid, tak berkelip mata tengok perempuan. Sebab tu kita perlu sentiasa diingatkan. Walaupun perkara sama yang diulang-ulang.
Kita bercakap yang baik-baik ni, bukanlah bermakna kita ni baik. Tidak. Tapi, sekurang-kurangnya kita dah elak daripada bercakap perkara-perkara yang tidak baik. Setuju? :)
Eh, nak cakap pasal anniversary ni tadi. :p
Buat isteriku, tahniah kerana ‘bertugas’ dengan cemerlang sebagai seorang isteri dan ibu. Terima kasih kerana sabar melayani kerenah daddy dan Ain. Kami beruntung kerana mempunyai pengurus yang baik seperti mummy.
Ain now, 10 months already :)
Saya tahu, ramai ibu-ibu di luar sana yang melakukan perkara yang sama. Tahniah! Dan percayalah, kami golongan suami, walaupun ada antara kami yang sukar menzahirkan ucapan terima kasih, sebenarnya amat-amat menghargai susah payah anda. Semoga Allah membalas anda dengan balasan yang lebih baik. Amin.
Pada yang dah berkahwin tapi belum dikurniakan rezeki anak lagi, fikir kembali. Jujurnya, anda sanggup tak nak bangun awal pagi untuk sediakan segala macam keperluan anak daripada makanan sehinggalah beg pakaian? Sanggup tak nak bangun malam memujuk anak yang kadang-kadang menangis tanpa sebab? Bolehkah anda sabar dengan tidur yang sekejap-sekejap terganggu kerana rengekan anak di tengah malam?
Kalau jauh di lubuk hati anda mengatakan tidak, mungkin, sebab itulah Allah tangguhkan dulu rezeki yang satu ini. Kerana mungkin dalam pengetahuan Yang Maha Bijaksana, anda belum bersedia dan belum mampu nak mengharungi semua itu. Bahkan kalau diberikan juga, mungkin akan menyebabkan lebih banyak keburukan dan mengundang dosa. Itulah bukti sayangnya tuhan pada hambaNya. Tak mau kita ni buat dosa sebab kelemahan kita.
Suka kacau time Ain tengah tido :)
Allah saja yang tahu betapa aku bahagia dengan hadiah yang bernama isteri. Walaubagaimanapun, mustahil untuk hadiah lebih dibesarkan daripada ‘si pemberi’. Begitulah cinta. Ada turutannya. Pertama, Allah. Kedua Rasul. Ketiga suami (ibu untuk lelaki). Jika dilanggar turutan ini, nescaya menempah bencana.
Mana mungkin cinta pada makhluk mengatasi cinta pada Pencipta. Manusia ini hatinya sentiasa berbolak-balik. Sesaat gembira, sesaat boleh bertukar duka. Hari ini kita sayang, esok mungkin bergoyang. Itulah cinta manusia.
Tapi cinta Allah, cinta yang kekal. Bila Allah dan nabiNya di atas, cinta yang lain akan sempurna dengan sendirinya. Aku mencintai kamu kerana Allah. Kerana kamu akan menjadi pembantu ku dalam mencari redha Allah. Bila cinta kerana Allah, yang salah akan mengaku tanpa disuruh, yang benar akan memaafkan tanpa mengeluh.
Ya Tuhanku, jadikanlah aku, serta zuriatku, orang yang tetap (istiqamah) mendirikan solat. 
Surah Ibrahim, ayat 40.
Wanita tetaplah wanita. Tak mungkin kita dapat mengubah fitrahnya. Sedangkan Saidina Umar yang ditakuti syaitan pun rela menadah telinga mendengar leteran isteri, kenapa tak boleh kita? Pesannya pada para suami,
Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu, dia yang membantu menjaga anak-anak kita, dia yang membantu menjaga makan minum kita, dia yang mencuci kain baju kita, dia yang membantu membersihkan rumah kita. Lalu apa salahnya kita bersabar dengan kerenah mereka?
Untuk para isteri, ingatlah sabda nabi s.a.w,
Mahukah aku beritahukan sesuatu yang dapat dijadikan sebagai harta simpanan seseorang?
Iaitulah isteri yang solehah. Jika seorang suami memandangnya, dia membuatnya gembira. Jika dia memerintahkannya, dia mematuhi. Dan jika dia pergi, maka dia akan selalu menjaganya.
Para suami tentu dapat merasakan betapa pentingnya peranan seorang isteri, kan? Jangan kata kehilangan, sekadar berjauhan sebentar pun sudah terasa susahnya. Bila stress, hati tak tenang, jantung berdegup kencang, pasti lega bila mendapat pelukan isteri. Ajaib sungguh. Semacam anesthetics yang dapat membuatkan tidur menjadi lebih nyenyak.
Dan untuk itu, hayatilah bait-bait ini duhai Permaisuri Hatiku.
Di antara kekasih pilihan di hati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan perkerti yang tinggi
Indahnya perhiasan dunia
Di antara diriku juga dirimu
Hanya mengharap cinta yang satu
Ku binakan mahligai impianmu
Oh sayang, ikhlaskanlah hatimu
Malumu bernilai
Katamu berhikmah
Hatimu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Illahi
Benarlah cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian didunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga
Kau Permaisuri di hatiku
Di dunia ini engkau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku pasti akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tanganmu oh kasih meniti hari
Semoga kita dapat bersama
Sampai kepadaNya di syurga sana
Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hatiku
Untuk menemaniku dalam mengapai cintaMu..

Chentaku... :)
Happy second anniversary my dear wife. Thanks for everything. Semoga rasa cinta ini sentiasa subur sehingga sampai kepadaNya, di syurga sana. Love you!

Sunday, November 18, 2012

Panduan Menjalani Kehidupan Yang Semakin Mencabar Zaman Ini



Tajuk post paling panjang setakat nih,hehe. Untuk kaum Adam..........Wahai insan bernama lelaki, renungilah pedoman di bawah sebagai panduan menjalani kehidupan yang semakin mencabar zaman ini.

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA BERTUNANG
Tunang bukanlah tiket untuk berdua-duaan, apatah lagi berpegangan tangan kerana pertunangan bukan bermaksud menghalalkan. Ia cuma bertindak sebagai persetujuan awal sahaja.

4. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah.

5. KETIKA MENJALANI KEHIDUPAN RUMAH TANGGA
Masing-masing mempunyai tanggungjawab yang berat. Jangan terlalu difikirkan untuk memewahkan hidup, tapi berfikirlah untuk melaksanakan amanah yang terbeban.




NOTA KAKI
Aku dah jumpa, korang plak macamana? :)

Friday, November 16, 2012

Nasihat Menasihati



Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.

Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan menjadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.”
-Hassan Al Basri

“seseorang Da’ie tidak akan lari dari medan Dakwah”


p/s: Dengan mengeluarkan kata kata agama,tidak semestinya aku seorang ustaz/zah. labuhnya tudung ku, tidak semestinya aku seorang yang alim. Dengan menasihati orang lain tidak pula bermaksud aku ini adalah la orang yang sebaik-baiknya. Aku cuma insan biasa yang mempunyai keinginan seperti kamu. Cuma aku berkongsi apa yang aku pelajari dan apa yg aku tahu dan mengingati diri sendiri supaya menjadi lebih baik.

NOTA KAKI
Sharing is caring  :)

Friday, June 1, 2012

Kawan Sejati, Kawan Setia


KAWAN sejati ialah KAWAN yang setia..
Sanggup berkorban demi KAWAN mereka.
Kenapa??
Kerana CINTA itu buta..

Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga...
Kenapa??
Kerana KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA!!
Di dalam telaga CINTA hilang.

Kenapa??
Kerana CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap.
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA dan terus menunggu ..

Kenapa??
Kerana KAWAN itu sejati dan akan kekal sebagai KAWAN yang setia..


NOTA KAKI
Hargailah kawan-kawan korang semua :)

Sunday, May 27, 2012

Epilog Rindu

Image

EPILOG RINDU

Prolog:
Bila bunga-bunga kelayuan berguguran…

Bagaikan pelangi selepas hujan reda
Indah berseri mewarnai alam
Beburung berterbangan riang berkicauan
Tiada lagi mendung semalam


Damainya di hati bila terpandang wajahmu
Manis senyuman menghulurkan salam
Lembut tutur bicara tersusun bahasa
Hapus sudah titis airmata


Kenangkan suka dan duka yang dilalui bersama
Indahnya kenangan yang pernah tercipta
Hindarkan persengketaan, jernihkan kekeruhan
Bara amarahmu jangan dinyalakan


Kasih dan sayang membentuk titian rindu
Menghubungkan hati yang lama terpisah
Mengeratkan lagi ukhuwah
Yang lama telah terbina
Bahagia dalam maghfirahNya
Oh… indahnya jalinan kasih sayang


Tidak sempurna iman, tidak bernama insan
Andai permusuhan dibiar berterusan
Leburkan keegoan, hulurkan kemaafan
Semoga sentosa dalam keredhaan


Epilog:
Tinggal duri-duri yang mencalar melukakan…

Wednesday, May 23, 2012

Simple Word, But Interesting..

I wonder,

Instead of asking "Saya suka awak,boleh kita couple?"
Why don't we ask "Saya suka awak,boleh kita tunang?"


Instead of asking "Awak free tak hari ni,boleh kita keluar date?Dah lama tak jumpa awak"
Why don't we ask "Awak ada kat rumah hari ini,boleh saya datang melawat?Nak jumpa awak dan parents."


In my point of view, relationship is not only about love. It also need to have respect and responsibility.


NOTA KAKI
Hehe, just my 10 cent :)

Friday, May 18, 2012

Bicara Sepasang Kekasih

Satu pasangan sedang berbicara kat kedai makan..

Lelaki:  
Awak, saya nak cakap something kat awak ni..

Perempuan:
Ape dia?

Lelaki:
Da lama saya nak bagitau awak..

Perempuan:
Ye?

Lelaki:
Tolonglah jangan seksi sangat.

Perempuan:
Seksi?!Saya pakai tudung..Baju pun lengan panjang..Cover
sume OK!!

Lelaki:
Janganlah marah..Memanglah awak full cover tapi yang cover tu ketat sangat macam kain balut nangka dah saya tengok..Ape bezanye yang free hair,yang pakai kain singkat dengan yang pakai penuh tapi yang pakai baju tapi nampak susuk tubuhnya..

Perempuan:
...

Lelaki:
Lagipun saya risau kalau awak pakai ketat-ketat macam ni,ramai lelaki yang pandang..Dan kalau jadi pape nanti camne?

Perempuan:
Ahh..tu salah diorang,gatal nak tengok..Lelaki jahat yang tak jaga pandangan,mata keranjang..Asal nampak perempuan cantik sikit, mesti nak usha,nak ngorat..

Lelaki:
Yup,ramai lelaki yang camtu,jahat..Tapi katakanlah ada ikan terhidang depan mata,kucing mana tak berminat..Cubalah kalau ikan tu kat bawah tudung saji,tertutup rapat,kucing lalu pun tak perasan..

Perempuan:
Tapi sekarang semua orang pakai style gini kot..Biase jek saya tengok..

Lelaki:
Tu yang saya nak tanya,kenapa ramai perempuan yang pakai pakaian yang nampak bentuk dada,pinggang dan pinggul..Lagi ketat lagi diorang suka..Bukan ke semua tu macam nak tunjuk kat orang ramai..So kenapa nak marah kalau lelaki pandang kat *mempelam ranum awak tu..

Perempuan:
Habis tu awak nak suruh saya pakai jubah,baju kurung ke??

Lelaki:
Walaupun saya suka begitu,tapi saya tak paksa awak..Saya tak kesah awak pakai camne pun cuma biarlah yang longgar..Kalau saya nak tunjuk bakal isteri kat mak saya,saya nak tunjuk yang tudungnya menutup dada,bajunya labuh menutup pinggulnya..


NOTA KAKI
Sekadar coretan di Hari Jumaat :)

Saturday, May 12, 2012

Halal or Haram Ber"couple" nih? (Part 3)

Halal Couple
Bercinta itu halal, tapi "couple" itu boleh jadi haram. Bagaimana nak bercinta tanpa "couple"? Jawapannya adalah kahwin. Tapi ianya bagaikan sesuatu yang berat, sebab perlulah kenal dulu orang yang nak dikahwini dan zaman sekarang ini mediumnya adalah "couple".

Wujud ke "couple" yang halal? Entahlah, saya pun tak tahu. Mungkin ada jika boleh dijamin jika :
  • berniat untuk berkahwin.
  • mencintai seseorang itu kerana Allah
  • dapat menjaga anggota dari menjurus ke arah maksiat 
  • terjaga batas aurat dan pergaulan, cth: tidak berdua-duaan.
  • tidak membazirkan wang dan masa, cth: call, message, dating n etc.
  • hubungan itu tidak melalaikan, kehidupan seharian diteruskan seperti biasa, begitu juga ibadat.
  • tidak melakukan aktiviti sia-sia, cth: menyampaikan rasa sayang setiap masa, atau berhubung tanpa urusan yang patut.
  • bertanggungjawab, iaitu melibatkan keluarga.
  • tidak menimbulkan fitnah.
  • Tapi masih lagi cara yang terbaik untuk mengatasi rasa cinta itu adalah penuhi diri dengan cinta Allah. Maka dihalalkan dengan perkahwinan. Jika masih lagi belum bersedia untuk berumah tangga, maka halalkanlah hubungan itu dengan khitbah (nikah gantung).
End of Halal or Haram Ber"couple" nih?


NOTA KAKI
Sesungguhnya diri ini tidak layak berbicara tentang perkara sebegini kerana di zaman gelap dahulu, ber"couple" itu perkara biasa, malah pernah digelar playboy. Kini pun diri masih belum terjaga dari segi ikhtilat. Tapi perkongsian ini juga adalah ingatan untuk diri sendiri

Thursday, May 10, 2012

Halal or Haram Ber"couple" nih? (Part 2)

Haram Couple
Sebut pasal "couple" itu haram, dijatuhkan hukumnya haram kerana melibatkan zina.

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk."
Al-Isra : 32

Zina disini bukan sahaja melibatkan hubungan intim antara lelaki dan perempuan tetapi juga zina-zina kecil yang lain. Contohnya zina mata, zina lidah, zina tangan, zina kaki dan lain-lain. Zina kecil ini bermaksud perbuatan-perbuatan yang mana dilakukan boleh mengarah kepada zina; tidak menjaga pandangan, lidah yang bermain dengan kata-kata yang menggoda, tangan dan kaki yang lincah melakukan aksi ringan. Malah walaupun itu semua dielakkan, masih ada lagi zina hati yang mana ramai menafsirkan bahawa zina hati itu berlaku bila kita asyik memikirkan pasangan yang ajnabi (bukan mahram) yang tidak halal bagi kita.

Zina Hati
Apakah betul teringatkan orang yang disukai/dicintai itu zina hati? Ada pendapat mengatakan zina hati itu adalah disertai dengan fikiran bernafsu. Ini berdasarkan Sabda Rasulullah S.A.W,

"Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat berlaku ke atas anak-anak Adam, zina mata adalah pandangan, zina lidah adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan mengiyakan dan atau mendustakannya."
Hadis  riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud

Dalam hadis yang lain dalam riwayat Imam Muslim yang membawa maksud serupa, digantikan istilah nafsu itu dengan zina hati. Maka diertikan bahawa zina hati itu adalah nafsu untuk melakukan sesuatu yang haram.

Itu sahaja hujah yang ingin disampaikan tentang bagaimana "couple" itu boleh menjadi haram.

NOTA KAKI
Perh, susah-susah, Couple Selepas Nikah jela ea :)

Wednesday, May 9, 2012

Halal or Haram Ber"couple" nih? (Part 1)

Ada yang kata haram, tapi yang pasti yang sedang ber"couple" akan kata halal. Kalau dicari hadis atau ayat Quran yang spesifik menjelaskan perihal "couple" ini rasanya tiada. Mungkin ada tapi diluar pengetahuan saya, kerana diri ini sebenarnya masih jahil.

Ada sebuah "discussion group"   Group An Nasru Ilal Huda (Peringatan Itu Indah)  hangat membicarakan tentang isu "couple" dan zina hati.

Masing-masing mengeluarkan pendapat, pelbagai artikel dan hujah dikeluarkan. Menarik juga isu ini.

Ini pula pandangan saya,

Makhluk diciptakan berpasangan-pasangan,

"Dan segala sesuatu itu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati akan kebesaran Allah."
(Al Dzariyaat:49)

Dan dianjurkan juga dalam Quran untuk berkahwin, boleh rujuk surah An Nisa;1-3, An Nur;32, An Nahl;72 dan lain-lain.

Secara logik akalnya, diciptakan manusia berpasangan dan dianjurkan pula perkahwinan maka cinta itu fitrah manusia. Adakah perkara fitrah seperti bercinta itu diharamkan?

Tapi harus diingat, bercinta itu tidak semestinya "couple"!!

-End of part 1-

NOTA KAKI
Couple, perlu ke? hehe

Sunday, April 22, 2012

Bukan Semua Insan Menemui Kebahagiaan Di Pengakhiran Cerita. Itulah Kehidupan.


Kehidupan itu bukannya seperti yang digarapkan dalam novel-novel cinta. Kehidupan itu bukan semuanya mesti berakhir dengan kebahagiaan, itulah kenyataan. Setiap insan yang hidup dalam dunia ini sudah ditakdirkan bagaimana kehidupan mereka. Mungkin hidup seseorang itu diuji dengan pelbagai ujian sehinggakan mata-mata lain yang melihat memalingkan wajah mereka, tidak sanggup menatap wajah yang sedang menerima ujian itu.

Namun insan yang diuji itu tetap tersenyum dalam kesedihan, ketawa dalam tangisan. Bibirnya tenang melafazkan, Allah sangat cinta dan sayang pada dia. MasyaAllah. Walaupun kebahagiaan tidak terasa di dunia, tapi kehidupan selepasnya pasti penuh keindahan. Allah sudah menetapkan balasan bagi orang-orang yang bersabar.

Yakinlah, walaupun hidup di dunia berakhir dengan sad ending, tapi di sana nanti happy ending pasti muncul, disana yang abadi. InsyaAllah. Cinta yang dibina antara dua insan itu pula bukan cinta kosong tetapi cinta yang punya pengertian yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang sentiasa mencari cinta Tuhan.

Cinta yang ikhlas kerana Allah pasti akan diuji dan sesiapa yang berjaya dalam ujian itu, kebahagiaan pasti akan menanti tidak kira dimana saja dia berada. Disitu tamatlah pencarian cinta yang hakiki antara dua insan itu. (My Heart Says)

NOTA KAKI
InsyaALLAH, semuanya sudah ditentukan :)

Tuesday, April 17, 2012

Oh Indahnya..


Pada fitrahnya, kita manusia ini memang dijadikan berkeinginan untuk disayangi. Kita suka betul kalau ada orang yang sayang. Lebih-lebih lagi kalau orang itu merupakan orang kesayangan kita. Tak kisahlah siapa. Mak abah ke, adik beradik kita ke, kawan-kawan kita ke atau sesiapa pun. Rasa seronok kalau ada orang ambil berat tentang kita.
Kita pun mesti rasa seronok kalau dapat ambil berat hal orang kesayangan kita. Kita ambil tahu perasaan dia, masalah dia dan keinginan dia. Kemudian kita cuba gembirakan dia, cuba berkongsi masalah dia dan cuba tunaikan keinginan dia.
Apa kita dapat kalau kita ambil berat orang kesayangan kita?
Kita pasti rasa puas dan gembira kalau kita berjaya buat dia rasa gembira, kalau kita berjaya tolong selesaikan masalah dia dan kalau kita berjaya penuhi keinginan dia. Setiap kali orang kesayangan kita itu tersenyum bahagia bila kita ambil berat, mesti timbul rasa kepuasan dalam diri kita. Then, kita pun boleh tersenyum bahagia bersama.
Indah kan?

NOTA KAKI
Kalau ada orang ambil berat hal kita, kita pun ambil berat lah hal dia supaya boleh tersenyum sama-sama.



Friday, April 13, 2012

Ubat Putus CINTA

Ada sorang kawan ni, dia putus cinta.. Kesian die. Putus cinta ni memang menyakitkan, rasenye bagi sesetengah orang macam nak bunuh diri, terutamanya bagi orang orang yang tak banyak kawan atau orang orang baik yang tak kenal banyak perempuan. Kekasihnya tu seolah olah satu satunya lah baginya. Jadi, sekali dah berpisah rasanya macam sunyi sepilah dunia walaupun berada dalam kebisingan orang ramai. So pity..


Disaat hati rasa sedih ni, segala galanya rasa macam dah tak berguna lagi.. Itulah permainan Chenta (nama official bagi cinta). Ubatnya? Saya nyatakan ubat untuk penyakit putus Chenta ni.


Ubat yang paling baik untuk mengatasi masalah kemurungan, rasa sedih akibat putus pertalian kasih dalam percintaan ialah Al Quran. Al Quran merupakan ubat hati paling ajaib (setahu saya lah) yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia keseluruhan.


Untuk orang orang yang putus cinta, haruslah sedar bahawa Allah SWT yang menentukan perpisahan itu terjadi Allah SWT mentakdirkan sebegitu berkemungkinan bagi menyedarkan kita bahawa selama kita bercinta dengan si dia tu, kita telah banyak melalaikan Allah dan perintahnya. Sesungguhnya kita harus sedar, ketetapan Allah itu adalah kerana Allah SWT amat menyayangi kita dan mahu kita sentiasa kembali meminta, merayu, bermunajat kepada Nya dari semasa ke semasa. Allah SWT mahu kita menjadi kekasih Nya.


Syaitan menyebabkan diri kita berlebih lebihan dalam kecewa agar kita berasa putus asa dan menghadapi hidup rosak yang semakin rosak. Putus harapan dalam kehidupan akibat kecewa dalam percintaan.


Ya, memang ramai orang yang putus harapan dalam hidup mereka, merasakan seolah olah hidup ini sudah tidak bermakna lagi. Tapi, sabar dulu, sebelum pergi membunuh diri, tanya dulu dalam hati, benarkan jika bunuh diri masalah akan selesai? Tak juga, di akhirat nanti keputusan bunuh diri itu akan dipersoalkan. So terpaksa lah mengharungi hidup yang kecewa itu. Apa nak buat dengan diri sendiri, terasa macam tak tahu bagaimana nak meneruskan sisa kehidupan? Cuba renungkan ayat Allah ini:


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُون

“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz –Dzariyat: 56 )



Ya, Allah ciptakan manusia untuk beribadat kepada Nya, bukan untuk membunuh diri atau mengabdikan diri kepada percintaan semata mata. Rasa sangat sunyi? Ingatlah bahawa dalam kita bergembira dan dalam kita keseorangan ada satu zat yang sentiasa mendengar dan melayani segala rintihan kita, setiap waktu. Itulah Allah yang Maha Pengasih. Sekiranya kita berasa sedih dan keseorangan, ingatlah bahawa Allah sentiasa ada untuk mendengar segala luahan hati kita. Allah lah yang melihat perkembangan kita sejak kecil lagi sehingga kita dewasa, mencukupkan kita dengan kurniaan Nya, harta, pakaian, makanan, hiburan, tempat tinggal.. Tapi kitalah yang selalu melupakan Nya. Gunakanlah saat saat kesunyian ini untuk kembali mengingati Allah SWT, dan ingatlah waktu waktu silam kita yang tidak kita gunakan sebaiknya untuk menjadi hamba Allah yang Pengasih. Allah sentiasa ada menemani kita, tetapi kitalah yang selalu melupakan Nya..


Susah mengharungi hidup yang kecewa? Tak mampu sangat? Apabila terasa susah, renungilah ayat ayat Allah di dalam Surah Zumar, ayat 53-56:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.

"Dan turutlah - Al-Quran - sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.

"(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: ` sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (ugama Allah dan penganut-penganutnya)! -


Ayat 186 dari Surah Al Baqarah:

“Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, supaya mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)


Yakinlah kita bahawa Jodoh, Rezeki dan Ajal telahpun ditakdirkan Allah dalam Luh Mahfuz.


Ingatlah kawan kawan, hidup kita ni ada hala tujunya, janganlah kita menghabiskan masa kita yang berharga ini dengan perkara yang tidak membawa kebaikan akhirat, kehidupan kita yang kekal abadi..


Ha, dari segi perubatannya, apa yang dapat membantu ialah dengan bersukan. Apabila kita terasa stres sangat sangat, sampai tegang tegang leher krem sampai, kita kena keluar dan berlari sekuat hati supaya kita dapat menyalurkan stres itu ke tempat yang betul. Apabila kita selesai bersukan, dah penat dah, kita akan sedar bahawa diri kita lebih bertenaga dan bersemangat memulakan hidup yang baru yang diredhai Allah. Tapi perlu beberapa hari juga bersukan setiap petang. Kembalikan keyakinan diri kita. Jangan kata 'aku tak cantik', 'aku tak ensem', 'teruk sangat ke aku ni?' sebabnya, kecantikan individu itu adalah unik, dan pencintanya juga unik. Contohnye.. Bukan semua orang suka Siti Nurhaliza, tapi Datuk K suka aje. Contoh lain, orang putih kawin dengan orang kulit gelap, tak ke unik tu, tapi berlaku aje. Jadi jangan lah hilang keyakinan diri tu. Setiap orang ada kecantikan nya yang unik dan pencintanya yang unik. Pergilah gym bina badan ke kalau nak tingkatkan lagi keyakinan diri, hadapi kekecewaan dengan cara yang membina, bukan cara yang memusnah seperti bunuh diri ok..



NOTA KAKI

Ala, CINTA selepas NIKAH je :)

Wednesday, April 11, 2012

Doa Bertemu Jodoh

Bagi wanita yang masih belum bertemu jodoh, dan ingin mendapatkan jodoh yang baik, seorang lelaki yang beriman, dan berakhlak soleh, amalkan doa bertemu jodoh di bawah ini.





Terjemahan Doa Bertemu Jodoh:
“Ya Allah, jadikanlah daku dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah daku dengan kekayaan sehingga memperolehi seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya.”
Mudah-mudahan doa yang dibaca ini akan dimakbulkan Allah s.w.t dan dipertemukan jodohnya untuk anda. Amin…

NOTA KAKI
Kita mencuba, ALLAH yang tentukan :)

Tuesday, April 3, 2012

Little Hannah

My little cute and lovely princess, Hannah Nasuha. Already 40 days today. So healthy, chubby like me,hehe. As father, i will be a good father with lots of love :)


She my CHENTA!

Wednesday, March 28, 2012

Making Decision..

Bercinta tu memang indah. Serius nih. Mmg indah kalau kita dengan orang yang betul. Hati dan perasaan kita dengan orang yang betul. Tak kisah macam mane besar silap orang yang kita cinta tu, kita akan cuba maafkan dia. Tapi mane silap sesuatu hubungan kalau kita berpasangan asyik salah menyalahkan masing-masing. Susah nak slow talk, nak bergaduh je, sikit-sikit nak terasa, tengking menengking. Kalau macam tu, dengan sejujurnya. Mungkin anda bersama orang yang salah. Sebelum terlambat, anda seharusnya membuat keputusan yang terbaik untuk diri anda.


Fikir lah. Should us make a good decision for a better life?


Tanya kawan-kawan sekeliling anda. Apa pendapat mereka. Apa kata hati anda?


Kalau itu yang terbaik, so teruskan dan lihat seberapa jauh anda boleh pergi.


Carilah seseorang yang boleh membuat hati anda tenang walaupun dia ketika bersama rakan-rakannya seorang yang gila-gila. Carilah seseorang yang bila anda bersamanya, dia akan menjaga hati anda sehabis mungkin. Carilah seseorang yang bila bersama anda, dia akan menghargai dan menghormati anda. *SMILE. Kiranya ni nasihat dari seorang blogger ke blogger yang lain lah ni.



NOTA KAKI

Hati kita, kita yang rasa.

Related Posts with Thumbnails