CINTA..
Andai saja kau bisa merasa getaran HATIku,
Kau akan tahu betapa aku sangat meRINDUimu..
Andai saja kau bisa menadah AIR MATAku,
Kau akan tahu betapa aku takut keHILANGanmu..
Andai saja kau JAUH dari diriku,
Kau akan lihat betapa KOSONGnya hidupku..
Andai saja kau HILANG dariku..
Berjuta nyawa pun tak mampu menghidupkan JIWAku!
Cinta..
Jatuhnya aku pada kekuatan cinta tanpa melihatmu..
Butanya aku pada dugaan yang menguji kasihku..
Biar nyawa jadi taruhan asalkan cinta ini dipertahankan..
Biar harta dan jasad terkorban..
Kerana cinta ini yang ku damba!
Cinta..
Menyebut namamu takkan pernah jemu..
Mengingatimu takkan pernah lupa..
Memujimu takkan pernah rapuh..
Janjimu sentiasa teguh..
Cinta sehidup dan selepas mati..
Cinta yang sentiasa bahagia walau derita..
Aku menyintai sesuatu kerana cinta itu!
Aku hidup kerana cinta itu!
AKu mati kerana cinta itu!
Cukup bagiku cintamu..
Itulah pelindung yang memeliharaku..
Itulah ketenangan yang mententeramkan aku..
Itulah kebahagiaan yang meyinariku..
Engkau yang selalu ada..
Engkau yang sentiasa bersama..
Saat suka dan duka..
Aku cinta padamu..
Aku cinta pada takdirmu..
Aku cinta pada jalanmu..
Atas nama cinta..
"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah,dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.."
Atas nafas cinta...
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akhbar..
Jihad cinta buatMu ya Rabb...
Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingatiMu..
Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman padaMu..
Thursday, March 31, 2011
Aku Jatuh Cinta
Posted by Hafiz Ajmain at 4:35 PM 1 comments
Labels: Cinta, Luahan Rasa, Motivasi, Tazkirah
Janganlah Menangis
Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukankah Tuhan yang telah menentukannya.
Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan .
Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.
Maka dari itu simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt.
Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur
dosa-dosa dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.
Junjungan Mulia bersabda “Ada dua biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan dua biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.”
“Di antara tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari kiamat”? Seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.”
“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, Maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.”
Air mata tanda rahmat Tuhan. Rasulullah saw bersabda: Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara:
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
Kerana hal-hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat. (riwayat dari Salman al Faarisi)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara:
“Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.”
NOTA KAKI
Usahlah menangis kerana air mata mu begitu berharga. Menangislah dengan mengingati ALLAH :)
Posted by Hafiz Ajmain at 4:31 PM 0 comments
Labels: Cinta, Luahan Rasa, Motivasi, Tazkirah
Wednesday, March 30, 2011
Melihat Orang Tersayang Ketika Tidur
Pernahkah anda menatap wajah orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap disaat sedang tidur. Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang. Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya. Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, rambut-rambut mulai putih,kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya dan rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.
Sekarang, beralihlah.. Lihatlah ibu anda... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai tubuh bayi itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Ibulah yang setiap hari menguruskan keperluan kita dan paling rajin mengingatkansemata-mata kerana rasa kasih dan sayang yang kadangkala sering kita disalah ertikan. Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu... Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya... Rasakanlahbetapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kala tertutup oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar. Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur.
Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya. Untuk siapa dia berpenat lelah tak lain adalah KITA... Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa bahagia dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua. Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok"orang-orang kita kasihi itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ..
NOTA KAKI
Aaaa, hargai selagi nyawa dikandung badan :)
Posted by Hafiz Ajmain at 5:21 PM 2 comments
Labels: Luahan Rasa, Motivasi, Tazkirah
Antara Pilihan dan Kesempatan
Saat kita bertemu dengan seseorang yang amat sempurna, yang kita cintai dan kasihi: disaat yang tepat, di tempat yang tepat, dan diwaktu yang tepat. Itu adalah kesempatan.
Saat anda bertemu dengan seseorang yang membuat anda tertarik kepadanya. Itu bukan pilihan. Itu adalah kesempatan.
Selalu bersama dan bertemu dalam suatu waktu (dan ramai pasangan yang terus hidup bersama) bukanlah suatu pilihan. Itu adalah kesempatan.
Yang membezakan adalah setelah semuanya itu terjadi.
Jika anda memilih untuk mencintai seseorang, meski pun dengan segala kekurangannya, itu bukanlah kesempatan. Itu adalah pilihan.
Disaat anda memilih untuk bersama dengan seseorang tanpa mengira hal-hal lain, itu bukanlah kesempatan. Itu adalah pilihan.
Meski pun anda mengetahui ramai insan di luar sana yang lebih menarik, pintar, popular dan lebih hebat serta kaya daripada pasangan anda, tetapi anda memutuskan untuk tetap mencintai pasanganmu sebagaimana dia ada, itu bukanlah kesempatan. Itu adalah pilihan.
Cinta, suka, dan sayang datang kepada kita dari kesempatan. Tetapi cinta sejati itu adalah sungguh-sungguh pilihan. Dan itu adalah pilihan kita.
“Nasib membawamu untuk bersama, namun untuk tetap bersama sampai akhir hayat, itu semua tergantung dari dirimu. Itu adalah pilihanmu”.
Saya percaya bahawa teman sejiwa itu benar-benar ada. Bahawa ada seseorang yang khusus diciptakan untukmu. Tetapi itu masih tetap bergantung kepada dirimu untuk membuat pilihan tersebut, apakah anda akan melakukannya atau tidak.
Kita mungkin akan menemukan teman sejati kita dengan kesempatan yang ada, tetapi untuk mencintai dan bersama dengan teman sejiwa kita, itu tetap menjadi pilihan kita.
Kita wujud di dunia ini bukan ditakdirkan untuk menjadi pasangan seseorang yang sempurna, sebab kita sendiri tidaklah sempurna, tetapi untuk belajar, bagaimana mencintai dan menjadi pasangan seseorang yang sama-sama tidak sempurna agar dengan ketidaksempurnaan itu tercipta sorga kecil di dunia ini. Dan itu juga adalah pilihan.
Segala-galanya bermula dengan kesempatan kemudian disemerakkan dengan pilihan yang lahir dari sanubari yang tulus ikhlas.
NOTA KAKI
Memang kita hidup di dunia ni kalau boleh nak semuanya PERFECT!!
Posted by Hafiz Ajmain at 8:44 AM 0 comments
Labels: Cinta, Luahan Rasa, Motivasi
Tuesday, March 29, 2011
Menyingkap Tabir Rahsia disebalik Pernikahan
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
tidaklah setaqwa Aisyah
pun tidak setabah Fatimah
Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita- cita menjadi solehah…
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
Isteri adalah murid kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya..
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..
Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh… amin.
Untuk isteri.. renungkanlah…
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad S.A.W
Tidaklah setaqwa Ibrahim Alaihissalam..
Pun tidak setabah Ayyub atau pun
Segagah Musa apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya
cita cita membangun keturunan yang soleh…
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya..
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah… amin…
Justeru itu wahai para suami dan isteri
Jangan menuntut terlalu tinggi
seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
andai diri tidak semulia Rasulullah
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof
seandainya kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis
andai diri tidak sehebat Sulaiman dan
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah
NOTA KAKI
Indahnya Alam Perkahwinan. Semuanya HALAL :)
Posted by Hafiz Ajmain at 11:53 AM 0 comments
Labels: Cinta, Luahan Rasa, Motivasi, Tazkirah
Monday, March 28, 2011
Mencuci Hati
1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
10) Kekalkan wuduk
11) Bersedekah
12) Belanja orang makan.
13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat
14) Berkawan dengan ulama
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16) Pesan pada orang, jadi baik
17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.
Oleh: Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah
NOTA KAKI
Hati yang suci sentiasa putih dan bersih :)
Posted by Hafiz Ajmain at 8:41 AM 0 comments
Sunday, March 27, 2011
Dengarlah wahai mereka yang bergelar MANUSIA
Siapa yang tak mengakui indahnya bunga? Dengan warna yang menarik dan bau yang harum, ia sering menjadi idaman. Kadang-kadang ia juga menjadi perhiasan. Mata yang menilai pula mendapat tafsir tentang keindahan dari akalnya. Akal yang baik dan cerdas adalah akal yang dipandu oleh kasih Allah dan Rasulnya. Bukankah ini yang dinamakan iman………… Tidak seorang pun yang dapat menafikan, betapa indahnya mega petang. Warnanya yang begitu menawan, memukau setiap mata yang memandang, setiap hati yang terusik dan setiap jiwa yang rindukan kedamaian. Namun…. lebih indah lagi sekiranya hati kecilnya berkata: ‘Mahasuci Allah, tidak engkau jadikan semua ini sia-sia. Mahasuci Engkau ya Allah, lindungilah aku dari api neraka.’ Begitu juga dengan keindahan jeram-jeram di kali, dedaunan gugur dihembus angin. Peristiwa-peristiwa sebegini amat meniggalkan kesan kepada hati makhluk yang bergelar insan . Itulah hakikatnya, fitrah jiwa manusia . jiwanya cenderung kepada keindahan dan kecantikan. Biar apapun pangkat dan kedudukannya. Seorang kaya mungkin merasakan bahawa keindahan itu ialah rumahnya yang tersergam indah di atas bukit dan potretnya yang dilukis hebat. Seorang fakir pula mungkin merasakan bahwa keindahan itu adalah dari riak wajah anak-anak kecilnya yang menunggu kepulangannya. Namun tidak ramai yang mengetahui, tentang wujudnya satu keindahan hakiki…. indahnya ia membuahkan perasaan kasih sayang pada ibu dan ayah. Indahnya ia , melahirkan rasa kasih pada sahabat dan indahnya ia, memandu akal dan jiwa kepada etenangan, kedamaian, dan kerinduan kepada kebahagiaan. Itulah tanda kasih dan sayang pada Maha Pencipta dan Maha Pengasih. Itulah tanda kasih dan sayang pada Allah dan Rasulnya. Hatinya berbisik; lagi……..’Ya Allah, banyaknya nikmat-Mu padaku.tapi ………. sedikitnya aku bersyukur, ya Allah , hatiku tahu nafsu jahat itu musuhku, tapi banyaknya jalan-jalannya yang telah aku turuti. Ya Allah, besarnya pengorbanan ayah, tingginya nilai kasih dan mesra ibu, tapi aduhai …..sedikitnya do’aku untuk mereka. Ampunkan, ampunkanlah wahai yang Maha Pengasih’ Marilah kita bersama-sama memiliki keindahan iman ini. Milikilah ia dengan banyak merenung dan memikirkan nikmat-nikmat Allah…. Milikilah ia dengan ilmu yang mendalam, mudah-mudahan dengannya keindahan yang hakiki akan kita peroleh. Tidak seperti keindahan dunia ini yang hanya bersifat sementara……………. NOTA KAKI Hidup tak selalunya indah, langit tak selalu cerah :)
Posted by Hafiz Ajmain at 7:09 AM 0 comments
Labels: Luahan Rasa, Motivasi, Tazkirah
Saturday, March 26, 2011
Cinta Itu Lumrah Manusia
Posted by Hafiz Ajmain at 4:12 AM 0 comments
Labels: Cinta, Luahan Rasa, Tazkirah
Friday, March 25, 2011
Kenangan Tak kan mati..
benar.
kenangan tak kan mati.
selagi elok tersimpan dalam memori.
kenangan tak kan hilang.
selagi molek dikenang.
kenangan terlalu banyak.
dan tak semua mampu kita susun dalam memori otak.
cuma kenangan yang sangat bermakna saja tersimpan.
sekalipun impian daripada kenangan2 itu tak tercapai.
tapi tetap rapi tersemat sampai mati.
ada masa, kenangan buat kita senyum.
ada ketika, kenangan mampu meraih tangisan.
segala suka, segala duka.
sampai bila pun,
kenangan tetap tak kan mati.
Posted by Hafiz Ajmain at 4:11 PM 0 comments
Labels: Cinta, Luahan Rasa
Thursday, March 24, 2011
Bermain dengan RASA
Ini buat kamu yang teRASA..
Yang meRASAkan dirimu sedang bermain dengan peRASAan..
Kerana kamu sudah tidak tega untuk bersabar dengan peRASAan..
Kerana kamu sudah tidak kuat untuk meRASA segala..
Kerana kamu pantang RASA dicabar..
Kamu meRASAkan kamu patut melepaskan semua RASA..
Wahai yang teRASA..
Jangan biarkan dirimu tidak berpeRASAan..
Jangan pula biarkan dirimu dikawal peRASAan..
Kerana jika peRASAan yang menjadi tuan..
Kau akan kehilangan yang diRASA selama ini..
Maka naikkanlah awan RASA itu ke tingkat tertinggi..
Biar peRASAan itu tenang berada di tempatnya..
Bertemu dengan Pencipta RASA..
Di puncak RASA, CINTA Teratas..
NOTA KAKI
Rasa diri ni hebat sangat ke? Hehehe
Posted by Hafiz Ajmain at 2:00 PM 0 comments
Labels: Cinta, Luahan Rasa, Motivasi, Tazkirah
Jika belum bersedia, Cintai ia dalam DIAM
Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosakkan kesucian dan penjagaan hatinya..
kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosakkan izzah dan iffahmu ..
kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya ..kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...
ingatkah kita tentang kisah Fatimah dan Ali? yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah..
kerana dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?
dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ...
jika dia memang bukan milikmu, hanya Allah yang mengetahuinya dan melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...
biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...
diam-diam ubi berisi,hehe :)
Posted by Hafiz Ajmain at 1:59 PM 2 comments
Labels: Cinta, Luahan Rasa, Motivasi, Tazkirah
Wednesday, March 23, 2011
Jodoh? Renung-renungkan..
Adakah jodoh ada kaitan dengan keturunan? Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.
Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang.
Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.Usia 24 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum terlambat untuk mencari jodoh kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.Nyatakanlah perasaan dan keinginan itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar....
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah...
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.....
Ketika kita terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Kita pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh-tgh bandar raya.
Bukan semua yang kita sangka membahagiakan itu benarbenar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.....
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila kita gagal melaksanakannya, kita membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing-masing padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutan-tuntutannya....
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "
Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa-rupanya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi
"Cinta yang disemadi! kan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."
NOTA KAKI
Tepuk dada,tanya IMAN :)
Posted by Hafiz Ajmain at 9:00 AM 0 comments
Labels: Cinta, Luahan Rasa, Motivasi, Tazkirah
Tuesday, March 22, 2011
Terkadang kita perasan..terkadang tidak..
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.
NOTA KAKI
Renung-renungkan :)
Posted by Hafiz Ajmain at 11:07 AM 0 comments
Labels: Luahan Rasa, Motivasi, Tazkirah
Monday, March 21, 2011
Perkongsian : Ingatlah
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam berserta Fatihah,
Selawat dan doa sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekalian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringi dirimu ke masjid sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru,
sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta,
Takhta, putera dan Isteri,
kad kredit, kereta dan Kondominium,
saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia..
Posted by Hafiz Ajmain at 1:34 AM 0 comments
Labels: Luahan Rasa, Motivasi, Tazkirah
Friday, March 18, 2011
Untuk mu HAWA
Hawa.. NOTA KAKI. Adam dan Hawa dicipta kan untuk satu sama lain :)
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua-dua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa..
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa, janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan seterusnya dan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa..
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya menggoncang iman lelaki. Tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan..
Oleh itu hawa, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkanlah pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta dariapada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah cinta ibu bapamu yang memberi hangat kebahagian buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakanmu.. Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga mencintai Allah. Cintailah ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga..
JANGANLAH SESEKALI TANGAN YANG MENGGONCANG DUNIA JUGA YANG MENGGONCANG IMAN LELAKI..
Posted by Hafiz Ajmain at 1:35 PM 2 comments
Labels: Cinta, Luahan Rasa, Motivasi, Tazkirah
Thursday, March 17, 2011
Lelaki, sebagai sahabat?
Posted by Hafiz Ajmain at 1:28 AM 2 comments
Labels: Cinta, Luahan Rasa, Motivasi, Tazkirah
Wednesday, March 16, 2011
Cintai DIA kerana ALLAH
Allah menciptakan semua makhluk berpasang-pasangan. Hal ini dinyatakan dalam firman-Nya yang bermaksud: “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, sama ada daripada yang ditumbuhkan oleh bumi atau daripada diri mereka ataupun daripada apa yang mereka tidak mengetahuinya.” (Yasin 36:36) Manusia diciptakan terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Lantaran itu Allah mensyariatkan perkahwinan. Perkahwinan merupakan satu ibadah. Ia mengandungi hikmah tertentu. Jika dihayati dengan sebenarnya pasti akan membuahkan natijah yang baik dan menguntungkan di dunia dan akhirat. Antara hikmah perkahwinan menurut Islam adalah untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman. Allah s.w.t. berfirman (maksudnya): “Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (Ar-Rum 30:21) Dalam ayat di atas, Allah s.w.t. menerangkan bahawa Dialah yang mencetuskan rasa kasih, sayang dan kemesraan antara suami dan isteri. Dan kasih sayang itu adalah satu daripada tanda-tanda kekuasaan-Nya. Secara tidak langsung dapat difahami bahawa cinta yang terjalin antara lelaki dan wanita yang bukan suami isteri bukanlah sesuatu yang datang daripada Allah. Ia adalah hasutan syaitan dan kehendak nafsu semata-mata. Justeru, suami isteri harus sedar bahawa cinta yang terjalin antara mereka bukan sekadar untuk memenuhi tuntutan fitrah, malah ia satu anugerah, rahmat dan nikmat daripada Yang Maha Esa. Maka demi mengekalkan rahmat dan nikmat yang sangat berharga, suami isteri harus meningkatkan rasa cinta mereka ke tahap yang lebih tinggi, lebih murni dan abadi, daripada cinta kerana ikatan ijab dan qabul kepada cinta kerana Allah. Cinta kerana Allah adalah ikatan cinta yang dijalin di atas asas iman dan akidah. Seseorang yang mencintai saudaranya kerana Allah akan meletakkan saudaranya lebih utama daripada dirinya sendiri. Menurut asy-Syahid Hasan al-Banna, kasih sayang yang paling rendah ialah bersikap terbuka dan berlapang dada, dan yang paling tinggi ialah mengutamakan saudara. Sikap terbuka dan berlapang dada amat penting demi mengekalkan rasa cinta dan kasih sayang. Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya): “Jangan kamu putuskan hubungan dan tidak bertegur sapa, jangan benci-membenci dan dengki-mendengki. Jadilah kamu hamba-hamba Allah, sebagai saudara antara satu sama lain. Tidak halal bagi seseorang Muslim meninggalkan saudaranya (dalam keadaan bergaduh) lebih daripada tiga hari.” (Riwayat al-Bukhari) Berlapang dada juga bermaksud tidak bersangka buruk dan mencari-cari kesalahan dan kesilapan kemudian menghebahkannya kepada orang lain. Semua itu sangat dilarang oleh Allah. Dalam sepotong ayat, Allah s.w.t. berfirman (maksudnya): “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujurat 49:12) Orang yang berkasih sayang kerana Allah sentiasa mengamalkan sikap toleransi, saling bermaafan dan tidak membesar-besarkan kesalahan saudaranya. Contoh terbaik adalah sikap pemaaf Rasulullah s.a.w. ketika menerima kekalahan dalam peperangan Uhud yang berpunca daripada segolongan sahabat tidak mematuhi arahan baginda. Peristiwa ini dirakamkam oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.” (Ali Imran 3:159) Dalam hubungan ini, Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya): “Sesiapa yang meminta maaf kepada saudaranya yang Muslim, tetapi dia tidak memaafkannya, maka dia (saudaranya itu) menanggung dosa seperti pemungut cukai (secara tidak sah).” (Riwayat Ibn Majah) Cinta kerana Allah mementingkan pelaksanaan tanggungjawab lebih daripada menuntut hak. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya): “Kewajipan Muslim ke atas saudaranya yang Muslim enam perkara: (Riwayat Muslim) Cinta kerana Allah juga tidak mengharap balasan dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan duniawi. Yang diharapkan hanyalah ganjaran daripada Allah serta keredhaan-Nya. Dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman (maksudnya): “Orang-orang yang berkasih sayang kerana-Ku, untuk mereka singahsana daripada cahaya yang sangat indah. Mereka dicemburui oleh anbia’ dan syuhada.’” (Riwayat at-Tirmizi) Seandainya suami isteri dengan penuh sedar mencintai pasangannya kerana Allah dan menghayati segala tuntutannya, maka keindahan hidup ini bukan sahaja dapat dikecapi oleh mereka berdua, sebaliknya akan melimpah ruah ke dalam masyarakat, negara dan alam seluruhnya kerana rumahtangga adalah batu-bata yang membentuk masyarakat. Baik rumahtangga, sejahteralah masyarakat. NOTA KAKI : Semai la CINTA sesama insan :)
Posted by Hafiz Ajmain at 11:33 AM 0 comments
Labels: Cinta, Luahan Rasa, Motivasi, Tazkirah
Tuesday, March 8, 2011
Cinta
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji....=)
Posted by Hafiz Ajmain at 2:02 PM 0 comments
Labels: Cinta
Friday, March 4, 2011
Aku Tak Pandai..
Aku tidak pandai bersajak,
Tetapi aku ini suka membaca sajak..
Aku suka membaca hati-hati manusia,
Membaca manusia melalui sajak,
Aku suka melihat manusia berubah,
Berubah kearah yg diredhai Allah..
Aku tidak pandai bersajak,
Tetapi kadang-kadang aku terasa nak menulis sajak,
Aku kongsi dengan mereka yang aku rapat sahaja,
Aku berkongsi moga mereka merasai apa yg aku rasa...
Hati aku melonjak gembira melihat manusia berubah,
Tidak ada kata yang dapat membutirkan rasa,
Aku melihat mereka berubah,
Aku bersyukur pada Yang Maha Pemurah....
Aku ini tidak pandai mempamer rasa,
Tetapi ingin sangat meluahkan kata,
Tatkala melihat manusia-manusia,
Yang mencari-cari keredhaan Tuhannya..
Aku seakan-akan melihat,
Anak kecil yg pertama kali ke sekolah,
Ibunya bangga dan sangat ceria,
Anak-anaknya sudah bersedia merubah cara,
Demi mendapat keberkatan di dunia...
Aku harap mereka ikhlas dalam beramal,
Moga terus istiqamah membuktikan amanah,
Tidak goyah di langgar samudera,
Tidak jatuh di panah halilintar...
Terus melangkah walau perit terasa sudah....
Aku rasa dakwah semanis madu,
Maha suci Allah yang Amat Tahu,
Mengubat perasaan di kala sendu,
Alhamdulillah, Dia telah memilih aku...
Aku berdoa pada yang Berkuasa,
Moga aku pun terus jitu keikhlasannya,
Rugilah mereka yg berbuat amalnya,
Untuk di lihat, aah! aku lah jaguhnya,
Hanya untuk mendapat secubit pujian di dunia....
Posted by Hafiz Ajmain at 11:33 AM 0 comments
Thursday, March 3, 2011
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian..
Posted by Hafiz Ajmain at 12:31 PM 0 comments
Labels: Luahan Rasa, Motivasi, Tazkirah