BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Thursday, June 21, 2012

Ramadhan Semakin Hampir

Momentum pada Rejab menyurut pada Syaaban, harapnya kembali pada Ramadhan. Entah apa puncanya, tapi sekarang ini rasanya lebih banyak melakukan perkara sia-sia berbanding yang bermanfaat. Sungguh, aku sangat mengharapkan Ramadhan untuk "reset" balik diri ini.

Adakah kerana keberkatan yang ada padanya?
Adakah kerana rasa hormat pada bulan yang mulia?
Adakah kerana semua orang berlumba merebut pahala?

Soalan yang tak mampu dijawab. Yang pasti, pada Ramadhan senang untuk mendidik diri ke arah kebaikan.

NOTA KAKI
Ramadhan dah tak lama dah :)

Tuesday, June 12, 2012

Tak Mampu Menolong? Doakan Mereka

YA ALLAH, berilah kebaikan buat mereka...
Ketika berjalan kaki atau berkenderaan, kadang-kadang mata kita ALLAH rezekikan untuk kita melihat orang yang susah atau yang kurang bernasib baik dari kita.  Hati kita mulai didatangi rasa insaf, iman kita makin bertambah dan sifat syukur bercambah mekar.  Sungguh, ada peringatan khusus buat kita tatkala melihat itu semua.  Itu manfaat buat diri kita…

Bagaimana dengan orang yang susah atau kurang bernasib baik itu?
Kalau kita sempat menghulurkan seringgit dua, maka ada lah manfaatnya buat diri mereka.  Tetapi kadang-kadang kita hanya sempat melihat mereka dari cermin kereta atau pejabat, atau hanya menonton kesusahan mereka melalui monitor televisyen atau komputer.  Rasa simpati dan kasihan tentunya akan menyinggahi ke dalam lubuk hati kita.  Namun, itu tidak cukup…

Susah kita, susah lagi mereka...
Justeru, doakanlah untuk mereka.  Doakanlah agar nasib mereka segera dibela.  Doakanlah agar ALLAH supaya mempermudahkan semua urusan mereka.  Doakanlah agar mereka diberi kemudahan.  Dan doakanlah agar ALLAH menjaga keimanan dan mensejahterakan mereka.
Hendak berdo`a tidaklah sukar.  Tidak perlu berwudhu’.  Tidak perlu membentangkan sejadah.  Tidak perlu mengangkat tangan.  Tidak perlu berjela-jela.  Tidak perlu formal.  Pohonlah kepada ALLAH seakan kita sedang bercakap secara langsung denganNYA.  DIA sedang mendengar.  Dan sedang memperhatikan setiap apa yang keluar dari mulut kita atau bisikan yang lalu di dalam hati kita.

Anak-anak mereka terpaksa kesejukan, tidak seperti anak kita
Tidak rugi berdoa untuk orang lain.  Ia satu manifestasi ukhuwwah dan kasih sayang sesama Muslim dan manusia.  Hanya hati yang sejahtera dengan iman punyai perasaan tulus dan mulus ini.  Berdoa adalah amalan yang berpahala.  Berdo’a untuk kebaikan orang lain adalah amalan yang diberikan pahala.  Malah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam pernah bersabda apabila membicarakan kebaikan perbuatan ini, yang maksudnya:

“Apabila seseorang itu mendoakan untuk saudaranya di kala ia tidak ada, maka berkatalah malaikat: “Kamu juga menerima sebagaimana doamu itu”" 
 (HR Muslim)


NOTA KAKI
Doa adalah senjata orang Islam :)

Monday, June 4, 2012

Aku, Mat Bangla dan Minyak Masak


Baru-baru ni, kira minggu lepas la. Puas aku mencari minyak masak di sekitar Cheras. Kebetulan rumah aku kat area Bandar Sri Permaisuri, so aku biasa shopping kat Jusco Maluri, Pasaraya Hero, Speed 99 and Kedai Runcit Haji. Ada plak time nak masak nugget, kebetulan minyak masak aku habis. Adoi, dah la perut tengah kelaparan, dengan muka tak mandi nye, aku pun start enjin kereta, pergi mencari minyak masak. Ceh, kluar semata-mata nak cari minyak masak je kot. Destinasi pertama, aku pergi ke kedai yang berhampiran dengan rumah aku, Speed 99 and 7/11. Hasilnya, hampa. Minyak jagung je ade. Aku ni pengguna minyak cap buruh. Adeh, tanya punya tanya, memang stok minyak skrg tengah sesak. Pihak pembekal tidak membekalkan minyak untuk beberapa ketika. Spekulasi harga minyak mungkin akan naik kot. Demmm! Memang hampeh + haramjadah (ayat baru,haha).

Memang kalau diikutkan, bila permintaan meningkat(demand),  barang kurang (supply), harga confirm akan naik beb. Huhu, tension aku. Gara-gara nak cari minyak masak tak dapat, free2 aku dok maki kat cashier tu ckp yang diorg simpan stok minyak masak,haha. Sorry dude. Emosi tak terkawal, maklumlah, belom breakfast + dah nak masuk lunch dah.

Aku pun drive pergi Pasaraya Hero, hmmm, apa yang aku duga memang btol. Minyak masak cap buruh pun takde. Minyak jagung and minyak masak jenama “Hero” je yang ade. Aku pernah “terbeli” minyak masak Hero, hampeh, minyak die cair kot. Berlambak minyak masak cap Hero tersusun rapi dalam rak-rak and kotak2. Tak laku tuh. Ah, mane aku nak cari kedai jual minyak masak cap buruh nih!!

Ok, berbalik pada tajuk post aku nih, “Aku, Mat Bangla dan Minyak Masak”. Apa kene mengena dengan mat bangla plak nih?  DIpendekkan cerita, aku dah penih kepala main pusing-pusing cari kedai yang jual minyak masak cap buruh nih. Kebetulan ontheway pulang, aku terpandang kedai runcit, sebelah restoran Kayu Nasi Kandar. Masuk-masuk je ke dalam kedai ni, aku terus mencari rak minyak masak. Puas aku mencari, tapi tak jumpa-jumpa. So, kebetulan ada ternampak pekerja kedai ni, aku pun terus tanya;

Aku : Bos, you ada jual minyak masak tak? Minyak jenama cap buruh?

Pekerja ni pun pandang muka aku dengan berkerut-kerut, agaknya, dia tak dengar tadi kot. So, aku pun ulang balik apa yang aku cakap tadi.

Aku : kat kedai ni ada jual minyak masak tak? Puas cari, tapi tak jumpa la.

Pekerja : Can you speak in English, I only can understand English sir.

Aku tergamam. Alamak, speaking la plak kan. Hampeh, penat je aku cakap tadi, rupa2nya dia tak paham ape yang aku cakap. So time ni otak aku secara automatic bekerja keras untuk menterjemah dalam bahasa inggeris.

Aku : do you have any oil oil??

Bangkai! Secara spontan aku cakap oil oil. Padahal aku nak ckp cooking oil,huhu.

Pekerja : Owh, how many do you want? 1kg, 2kg?

Aku : 1kg kalau ada, 2kg enough already. (entah ape yang aku merepek)

Pekerja : Do you mean this sir? (sambil menghulurkan minyak jagung kat aku)

Aku : owh, corn oil? Do you have minyak cap buruh?

Pekerja : No sir. No stock already (sambil menggelengkan kepala)

Aku : Ok, thanks bos (sambil tersenyum)

Aku keluar dari kedai runcit tu sambil tersenyum panjang. Masih memikirkan apa yang berlaku dalam kedai tu tadi. Peh, educated btol la mat bangle tuh. Malu  aku dibuatnya. Dengan English tunggang terbalik,haha. Sedar betapa diri ni masih terdapat banyak kekurangan. Educated rupanya mat bangla nih. Kerja merantau jauh dari keluarga, mencari sesuap rezeki di Negara orang. Tapi kita?

Akhirnya, aku pulang kerumah dengan hampa. Melepas nak makan nugget. 


NOTA KAKI
Bersyukurlah dengan nikmat yang diberi. Semuanya datang dari Allah.

Sunday, June 3, 2012

Keyakinan Palsu

Aku seorang yang pemalu dan mempunyai keyakinan diri yang rendah!

Bila kau melihat aku di luar dengan muka dan cara berjalanan yang mendada itu, itu sebenarnya keyakinan palsu yang aku tunjukkan. Konon tak malu dan jenis confident, padahal. Sifat aku ini kadangnya menakutkan aku, kerana ia sangat mengganggu aku untuk masa-masa aku diperlukan untuk tampil kehadapan dan bercakap. Start kaki berago-go pop yeh yeh segala la saya ni. Poyo.

Kalau kau lihat aku ini banyak bercakap. Benar. Aku memang banyak cakap, tapi aku banyak cakap dengan orang yang aku betul-betul rapat dan aku senang untuk bercakap. Ya, aku ini jenis seorang yang reserved sikit. Aku bukan jenis orang yang kau boleh campak ke hutan belantara mana entah dan aku boleh bergaul sesenang tu. Tidak, aku ambil masa yang agak lama.

Menjadi reserved ini bukan sesuatu yang harus dibanggakan kerana bagi pendapat aku, seorang yang reserved seperti aku ini akan kau temui beracap kali dengan orang yang sama. Kiranya, aku jenis orang yang selesa duduk dalam kelompok yang aku benar rasa geng. Aku bukan jenis orang yang mingle around dengan semua orang. Bukan apa, aku ni serius bukan nak poyo tapi pemalu.

Hahaha aku rasa kan, semua orang yang cakap banyak alam internet cakap pom pam pom pam dalam blog ni semua depan depan dia pemalu dan pendiam. Tapi bila dalam blog, amboi banyak eh cakap, depan depan senyap. Macam tu ah aku, kalau kau orang nak tau ah. Kalau tak nak tau, takyah baca, tak rugi pun.

Aku berharap keyakinan palsu dan jenis saya-seorang-yang-pemalu ini dapat aku kikiskan untuk kebaikan masa depan. Sampai bila nak malu? Sampai bila nak rendah diri? Ah, cakap dekat blog senang ah, nak buat? Alahai. Siapa yang tau macam mana nak bagi tak jadi malu niiii? Tapi bukan muka tak tau malu eh.
Takpa takpa. InsyaAllah.


NOTA KAKI
Ceh, pemalu la sangat,haha

Friday, June 1, 2012

Kawan Sejati, Kawan Setia


KAWAN sejati ialah KAWAN yang setia..
Sanggup berkorban demi KAWAN mereka.
Kenapa??
Kerana CINTA itu buta..

Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga...
Kenapa??
Kerana KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA!!
Di dalam telaga CINTA hilang.

Kenapa??
Kerana CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap.
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA dan terus menunggu ..

Kenapa??
Kerana KAWAN itu sejati dan akan kekal sebagai KAWAN yang setia..


NOTA KAKI
Hargailah kawan-kawan korang semua :)

Related Posts with Thumbnails