BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Wednesday, November 2, 2011

Sedih, Gembira, Suka

Aku percaya bahawa di sebalik hebatnya beban yang kita rasa, ada orang lain yang lebih berat bebannya daripada kita. Bukan dari kiranya soal kaya atau miskin tetapi dalam konteks yang lebih umum. Macam, sedih yang kita rasa mungkin kerana ditinggalkan cinta, ada yang mungkin lebih teruk sedihnya.


Ya, kita melalui episod sedih. Orang lain melalu kisah sedih juga. Dan ada lagi insan yang lain, yang lebih melalui perkara sedih dalam hidup, pernah terfikir?


Tak. Cuma kadangnya aku terfikir tentang ini. Bukannya nak tunjuk kononnya aku ni seorang yang optimis terhadap kesedihan yang aku lalui. Kerana aku pun pernah sedih dan mula menyoalkan pada Tuhan kenapa aku yang kena begini, kenapa bukan dia, kenapa aku semua. Kita semua pernah berada di tahap "Kenapa aku, kenapa bukan dia?", bukan?


Aku ada bertemu dengan seorang kawan teater yang akan melakukan satu babak yang perlu menangis dan dia tak dapat membuat dia. Waktu tu aku dan dia je, aku memberi pelbagai cadangan, seperti cuba rasakan apa perasaan kalau diri sendiri kena macamtu dan dia tak boleh. Aku suruh dia cuba ingat lagu-lagu yang membuai perasaan yang boleh buat dia menitiskan air mata dan dia jawab tak boleh juga. Dan aku tanya dia kenapa semua tak boleh?


Dan dia jawab.. "Aiman faham tak, hidup kita terlalu sedih sampai dah tak rasa sedih dah, sampai air mata pun dah takda dah untuk menangis..".


Kau rasa tak apa aku rasa? Aku rasa macam satu perasaan kasihan yang memburu diri aku yang jarang aku rasakan. Aku pernah terdengar cerita tentang hidup dia dan bila dia kata tentang hidup dia terlalu sedihkan hinggakan tiada air mata lagi yang boleh mengiringi satu situasi itu, aku macam terkasima sebentar.


Betapa aku mula merasakan yang kesedihan yang aku rasakan kadang-kadang itu terlalu kecil hendak dibandingkan dengan kesedihan yang kadangnya dilalui oleh orang lain yang berlanjutan. Gaduh dengan mak bapak, kekasih, adik beradik, cikgu, kawan-kawan adalah kesedihan terbesar dalam hidup? Itu yang terbesar??


Percayalah, kesedihan yang kita rasakan kerana perkara tersebut kecil sahaja bagi sesetengah orang. Bila memikirkan tentang itu, aku berasa bersyukur dengan apa aku ada. Takkan nak gembira 24/7 kan? Takkan nak sedih 24/7 kan? Aku percaya yang hidup aku seimbang dan ada naik turunnya.


Bagi yang tengah melalui episod kehidupan yang dirasakan ranap benar, fikirkan, benarkah kita hendak biarkan kita jatuh ranap dalam situasi atau kita biarkan situasi ranap dalam kita untuk kita bangkit? Fikirkan. Janganlah yang kecil diperbesarkan, jangan yang besar cuba diperkecilkan. Tolong.


Nota Kaki : Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul :)

2 comments:

Missis Nouvel said...

sy sangat suka entry awk yg ni!
btw,apa tajuk lagu blog awk ni eh?bestla..nk carik..

Mediafire Download said...

Hi. Thanks :). Tajuk lagu xingat la,hehe

Related Posts with Thumbnails