BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Tuesday, January 31, 2012

Kalau Berkawan, Janganlah makan kawan!

Manusia berubah aku boleh terima. Kawan berubah aku boleh terima. Kawan baik berubah.. Aku tak boleh terima beb. Serius.


Entah. Orang yang kita sangkakan kita kenal dia lebih daripada segalanya selepas keluarganya tapi sekelip mata boleh berubah macamtu saja. Definasi kawan baik bagi aku adalah kita dah cukup kenal dengan dia dan dia bagaikan adik beradik kita yang kita boleh bercerita apa saja. Tu la aku cakap, kawan baik ni kiranya orang kedua yang akan kita tuju selepas keluarga.


Aku bukan jenis yang gemar berkawan dalam satu kelompok yang besar kerana aku lebih selesa berada dalam kelompok yang kecil. Maka, itulah pasalnya kawan baik aku yang beberapa orang ini adalah antara orang yang aku hargai. Macam aku selalu cakap, it's not about the quantity, but it's about the quality of our friends.


Kawan ramai pun, tapi yang betul kita selesa takda buat apa? Biarlah 3-4 orang kawan saja tapi itulah yang terunggul, itulah tempat untuk kita menumpang bahu untuk menangis, itulah tempat kita untuk bergelak tawa dan kawan-kawan itulah beberapa golongan terbaik yang kita pilih untuk menjadi yang antara terbaik dalam hati kita selepas keluarga.


Tapi rasanya macam sedih bila orang yang kita sangkakan kita cukup kenal dia, tapi dia boleh berubah dengan sekelip mata. Menjadi aku, aku ini bukannya orang yang berkata-kata tentang apa aku rasa dan ia akan berakhir dengan aku-makan-dalam-sorang-sorang. Tapi serius lah, kadangnya kita sayangkan persahabatan itu tapi orang macam tak berapa kisah pun.


Aku rasa memang kita perlu kuat pada prinsip "kawan boleh dicari", tapi sampai bila hendak mencari dan sampai bila kita tak tetap pada yang ideal. Janganlah terlalu menggunakan prinsip itu hinggakan kita tak menghargai dengan apa yang ada didepan mata kita. Kawan memang boleh cari, tapi teman menangis tak sesenang untuk dicari. Yang berlakon memahami memang ramai. Dunia hipokrit, banyak pelakon daripada pembenar.


Untuk yang ada kawan baik itu, jagalah persahabatan itu kerana kita mungkin boleh mencari kawan yang baru, tetapi yang satu tu susah hendak ditukar ganti. Tapi kalau bagi kau, kawan tu takdalah effect sangat dalam hidup kau, terserah. Apa yang aku tahu, kawan baik ini penting. Tapi dunia sekarang, siapa nak kisah sangat kan?


NOTA KAKI
Belajarlah menghargai selagi ada. Serius. Bukan kawan saja, tapi apa yang kita ada, semuanya hargai selagi ada. Ibu bapa, adik beradik, kaum kerabat dan teman segala. Hargai la weh.

1 comments:

outbound malang said...

sukses selalu ...:)

Related Posts with Thumbnails