BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Thursday, April 5, 2012

Forgive and forget!

Aku rasa memaafkan antara perkara yang paling senang untuk dikatakan, tapi tak senang dalam hati untuk memaafkan kan? Memaafkan mungkin boleh, tapi melupakan apa yang orang buat pada kita tu macam tak mungkin berlaku. Kita semua selalu terperangkap dalam emosi sebegini bukan? Kita kata kita maafkan tapi hati kata tidak. Kita kata kita nak lupakan dan nak bukak buku baru dalam hidup tapi kita sebenarnya tetap menyimpan kenangan tersebut. Kita nak buat, tapi kita tak boleh. Apa yang kita katakan kadangnya tak sama dengan apa kita rasakan, bukan?

Misalnya kisah..

Kau bercinta dengan seseorang ni bagai nak rak, tiap-tiap hari kau saling katakan betapa kau mencintai dia dan dia mahu bersama kau seumur hidup. Katanya. Tak ada angin, tak ada ribut (ataupun ribut yang sahaja diciptakan), dia mintak putus dengan kau kononnya kerana kau terlalu sempurna untuk dia(ayat klise perpisahan) dan dia tidak layak memiliki kau. Untuk menkonkritkan lagi alasan yang tidak munasabah itu, dia kata selepas ini masing-masing akan sibuk gila-gila melanjutkan pelajaran dan masalah cinta jarak jauh ini akan menyerang dan dia tidak pasti sama ada dia boleh terus dalam keadaan begitu.

Kau terkeliru tapi kau katakan okay untuk putus kerana kau nampak kesungguhan dia untuk melihat kau berjaya dalam masa hadapan dan mungkin jika jodohnya tetap kuat 5 tahun depan atau 10 tahun lagi mungkin akan kembali semula. Kononnya.

Kau mempercayai setiap kata-katanya kerana bagi engkau dia ini baik orangnya dan bukan jenis suka berdolak-dalik orangnya. Dan kau memikirkan, ia adalah tidak salah walaupun tiada hubungan cinta, tetapi untuk terus berkawan baik. Mulanya lah. Tiba-tiba, 2-3 hari selepas itu, kau mendapat khabaran melalui rangkaian laman web sosial bahawa dia sudah in a relationship bersama dengan kekasih lamanya. Padahal, sewaktu berpisah dia katakan dia berpisah untuk fokus dengan pelajaran dan bla bla bla alasan.

Apa kau rasa jika kau di tempat itu?

Imej baik yang kau lihat pada orang itu juga dengan selaju bas rapid akan tercemar dan lebih menyedihkan lagi, kau sudah sedar bahawa kau putus bukan kerana alasan di atas, tetapi sebenarnya kau ditinggalkan untuk orang lain. Ditinggalkan. Mungkin apabila ditanyakan pada dia kenapa dilakukan begini, dia akan menjawab, dia tak mahu melukakan kau dengan memberi alasan putus kerana orang lain.

Tapi tak terfikir ke dengan dia mendapat tahu berita kau sudah ada pengganti 2-3 hari selepas putus dengan sendirinya itu lebih menyakitkan? Lebih menyakitkan apabila kau tahu kau bukan putus secara baik, tapi aku ditinggalkan. Ditinggalkan tu sebenarnya ayatnya sangat tajam bagi aku. Kebenarana itu menyakitkan, tapi mungkin tidak berapa sakit apabila kau berterus terang, ia menjadi lebih sakit apabila kita mendapat tahunya sendiri. Bukan?

Di kala situasi sebegini, memaafkan dan melupakan/ forgive and forget ini adakah relevan untuk digunakan lagi? Maksud aku, selepas tertipu. Yes, tertipu. Memang senang untuk dikatakan "Alah, maafkan dan lupakan je.." tapi bagi tuan badan, apakah mampu? Apakah memaafkan dan melupakan itu sesenang kata yang diutarakan? Tak aku rasa. Tak.

Untuk orang yang berada di situasi ini, aku harap kau kuat terus. Dunia memang kadangnya tak berpihak pada kita, mungkin masa depannya untuk kita, ya?


Nota Kaki

*Jadilah orang yang pemaaf :)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails