BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Saturday, November 21, 2009

Banjir Oh banjir...

Asslamualaikum, Alhamdulillah, bertemu kembali. Ari ni, ari sabtu , 21 November 2009, kat Kelantan ni masih hujan. Menurut nenek, pernah banjir pada minggu lepas, air paras lutut. Seram jugak dengar walaupun rumah nenek tinggi, kereta la paling tak selamat. KALAU la kan, ada alat macam citer DOREMON, kereta boleh dikecik kan dan disimpan dalam poket. Tapi citer tu semua nya khayalan dan mimpi belaka.

Subuh tadi, air masih belum naik, tp, bila sy sedar dari tidur tengahari tadi, air sudah pun paras lutut. Adoyai, pertama sekali yang saya fikir adalah tentang keadaan kereta. Lantas keluar rumah, tengok bahagian tayar sudah ditenggelam air,huhu. Nak ngis jugak rasenye bile Nampak air naik, nasib baik lah rumah nenek ni tinggi. Lantas saya, uda (adik saya) menolak kereta ke bahagian tinggi sedikit. Nak tunggu air surut tu agak memakan masa sedikit kerana keadaan hujan yang masih turun renyai-renyai dan kadangkala lebat.


Dalam pukul 3 petang,air mula menunjukkan penurunan, harapnya terus surut, tapi hujan kembali. Saya cuba menghidupkan kereta saya, namun gagal. Rasenye air dalm masuk dalam enjin. Mujurlah ada cousin yang kerja kat bengkel kereta. Kereta kemudian dihidupkan dan lantas saya alihkan ke bahu jalan utama.

Hujan masih berterusan dan pasras air masih lagi dibawah paras lutut. Plan ari ni sebenarnya nak bergi jalan-jalan ke Bandar Kota Bahru, tapi Nampak nya terpaksa CANCEL. Maybe kalau cuaca esok baik, saya bawak nenek jalan-jalan ke Bandar.

Semoga cuti ini menjadi cuti yang mengHAPPYkan ;)

4 comments:

ema maiziana said...

haha pakai kaen pelikat yek pak cek..
kan da kena banjir tuh..
da lemas da baby ko tuh..
hhaha..pep0n epi olidey okeh =)

aira said...

salam'alayk

yatta..tu dye pak cek apez ngn baby nye..
baby kamu selamat kan pak cek..x lemas..

^_^

selamat cuti

cam terbau2 lak nasi minyak adek kamu le pak cek..
hee

juliana jasmine said...

kesian baby.. cpt selamatkan die..

Hafiz Ajmain said...

huhu, mane ade, klu pakai kain pelikat seksi wo, asyik londeh je nanti,huhu

Related Posts with Thumbnails