BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Saturday, November 28, 2009

Mari mengecat...




Sabtu, 28 November, agenda ari nih mengecat rumah. Selepas bersarapan di Kedai Mamak, CINTAN, aktiviti mengecat dimulakan. Kali ni mengecat bahagian beranda belakang rumah. Warna lama sebelum ni, iaitu warne biru sudah pudar dan dikikis dahulu menggunakan water Jet dan dibiarkan kering sebelum di cat dengan cat yang baru. Semua melibat kan diri dalam cat mengecat nih. Warna yang dugunakan ialah warna vanilla. Cantik la bcoz nak match kan warna untuk majlis bulan 12 nanti. Memang melepakkan diri jugak la, guna galah, tangga untuk cat bahagian-bahagian yang tinggi.






Paling mencabar cat di bahagian tepi rumah. Terpaksa berhati-hati memijak atap rumah, takut jatuh kerana licin. Selepas asar semua nya selesai.



Selepas asar, pergi keluar menemani mak membeli carpet. Susah juga nak cari yang warna hijau yang kurang corak nya. Dalam banyak-banyak carpet tu, ada yang berkenan, warne oren, tapi mak tak mahu, nak warne hijau jugak,hehe. Sambil mencari carpet tu, survey-survey kasut untuk praktikal nanti. Almaklumlah, mase blaja jarang pakai kasut hitam, asyik pakai kasut utuk jalan-jalan je. So, disebabkan anak manje mak, biar mak yang buat pilihan kasut. Air tangan mak tu lebih bermakna. Kasut dibeli tapi carpet tak, next time maybe baru dibeli. Malam tu plak, ada aktiviti ALUMNI Smih, bermain futsal di Kempas. Tapi tak join pun bcoz terlalu ramai. So selepas bersalaman, terus cabut gi minum-minum kat kedai Mamak sambil makan roti tisu, peh nikmat betul,hehe. Susah nak dapat menu ni kat Terengganu. Asyik mkn roti telur and roti kosong je. Selepas menikmati roti tisu, jalan-jalan round Bandar Johor. Memang terlalu banyak perubahan, lagi-lagi dalam infastruktur bangunan. Almaklumlah, sejak menetap di Terengganu, jarang balik Johor.



1 comments:

Unknown said...

lalala.best gak kan kahwinn.time ni la nak renovate rumah bebetik.haha.penat yang menggembirakann.lalala.

Related Posts with Thumbnails