BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Wednesday, November 18, 2009

Insan Alpa


Kala hening Subuh
Dia membuaikan mimpi
Terleka dengan khayalan tidur
Yang telah melenyapkan keinsafan dalam diri
Dan berlalulah
Rasa keimanannya terhadap Tuhan...
Tika fardu Zohor
Imannya tidak bermohor
Baginya hanya ingatan palsu
Yang tidak patut dikejar
Dan berlalulah saban keimanannya terhadap Tuhan...
Waktu Asar menjelma
Dia masih lagi menyibukkan diri
Dan menghambakan diri
Dengan urusan duniawi
Dan sekali lagi dia merungkai
Keimanannya terhadap Tuhan...
Saban Maghrib
Dia bergegas menjejakkan kaki
Ke tempat yang terlarang
Dia berani menghirup, merasai
Dan menikmati titisan air kedosaan
Apa yang dihalang
Dia telah memalingkan keimanannya terhadap Tuhannya...
Di saat Isyak berlalu
Dia membujur kaku
Berserta dengan buih kedosaan
Yang telah dia lemparkan terhadap Tuhan...
Namun, setelah itu
Adakah dia masih
Direstui oleh Tuhannya?
Diampuni oleh Tuhannya?
Dan siapakah dia?
Yang membunuh Tuhan dari jiwanya..??
Aku hanya mengingati agar diriku Tidak seperti "dia"

* Credit to Azrin

2 comments:

ain said...

azrin tu ditujukan kepada nurul azrin bt aziz ke? huhu..

ain said...

ada ketikanya kita terlalai dan alpa.. sudah dicatatkan perjanjian syaitan yg akan sentiasa cuba untuk menyesatkan anak adam.. dgn iman yg hanya senipis kulit bawang, manusia seringkali terpujuk dengan hasutan.. oleh sbb itu, sbg seorang sahabat yg dekat dengan "dia", mainkanlah peranan untuk kembalikan "dia". bukan sekadar melihat dan memerhati..

Related Posts with Thumbnails