BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Thursday, November 26, 2009

Satu Perjalanan yang panjang..

Assalamualaikum..

Di harapkan sahabat-sahabat dan teman-teman sekalian dalam keadaan sihat sejahtera. Semasa menulis coretan ini, keadaan tidak berapa sihat dengan selsema dan rasa penat yang teramat sangat.

Perjalanan selama hampir 10 jam dari Kelantan ke Johor dengan keadaan panas,hujan serta jalan yang mencabar menyebabkan badan letih dan lesu. Maybe drive sorang-sorang menyebabkan keadaan ini. Pada mulanya, sepupu nk join blk ke Johor, tp atas sebab emergency, dia xdpt join. so terpaksa la balik sorang-sorang.

Jam 6.15 pagi, bangun, mandi. Tak la mandi betul pun, cuma sekadar untuk segar kan badan,hehe. Selepas sarapan dan minum air Nescafee, bersalam-salaman dengan makcik,paksik, sepupu dan nenek. Sedih jugak la bcoz selepas ni, bile la lagi dapat jumpe nenek kan...

Jam 7.00 pagi, perjalanan bermula dari Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan. Time ni keadaan cuaca agak mendung sedikit serta hujan renyai-renyai. Selepas mengisi minyak FULL TANK di stesen minyak SHELL di Besut, kereta JJQ 3243 terus menyusuri jalan menghala ke Johor. Kali ini perjalanan agak mencabar dengan keadaan jalan yang berlobang-lobang dan lecak. Mulanya nk ikut tepi Pantai (jalan Penarik), tapi jalan tu ditutup untuk semua kenderaan ringan kerana banjir.

Nasib baik la ade alternative laen, saya ikut jalan ke Kuala Ping, then Kuala Berang, Ajil, Tok Dor dan Jerangau. Agak laju jugak drive sampai xsedar dekat 2 jam je dah nk sampai Dungun. Melihat keadaan Jalan Menghala ke Kuala Dungun rosak teruk akibat banjir sudah cukup melihat kan betapa besar kemusnahan yang dialami di Daerah Dungun ni. Jumlah mangsa banjir di Daerah Dungun ni la paling ramai dipindahkan di Malaysia. pelik jugak bcoz sebelum-sebelum ni, nama Dungun belum pernah keluar TV pasal banjir. kira glamour jugak la Dungun ni ruprnye,hahaha ( UiTM Dungun di HatiKu ).




*gambar-gambar ni diambil sekitar semasa perjalanan dr Kelantan Ke Johor

Jam di tangan menunjukkan 9.20 pagi, singgah di kedai runcit membeli air mineral, haus jugak perjalanan hanya berUDARAkan air-cond. Kemudian perjalanan di teruskan dan sampai ke Kuantan jam 11 pagi. Ni pitSTOP yang kedua. Semasa di kuantan ni la menjamu makanan tengahari berlauk kan ikan patin masak tempoyak, serta telur dardar dan air carrot susu. Kos nye boleh tahan la,dalam RM9.50,huhu. Then,selepas makan isi minyak FULL TANk guna minyak SHELL (^_^)

Jam 12 tengahri, dari Kuantan menghala ke Johor, ikut jalan Mersing. Lalu daerah Pekan, Rompin,Pantai Lanjut dan seterusnya Mersing. Sampai sahaja di Mersing sekitar jam 2.15 petang. Sempat lepak-lepak kat tepi pantai menghirup udara segar beb!


*ni time kat Pantai Mersing

Kemudian, perjalanan diteruskan menghala ke Jemeluang, Tanjung Sedeli, Kota Tinggi dan akhir sekali, Kulai Johor, Home sweet Home. Tajung Sedeli, tempat yang penuh bermakna bagi ku, kenangan, pelbagai kenangan terindah berada disana. Hope dapat imbau kembali kenangan silam. Setibanya di kulai sekitar jam 4.30 petang,time tu hujan agak lebat disini.

Pengalaman drive sorang-sorang ni memang membosankan, bayangkan la, habis semua lagu kat CD n DVD habis dilayan. Line radio lagi la haram ,asyik putus-putus, kadang-kadang xde langsung. Nak tengok movie? xboleh tengok time drive,bahaye,haha. Punggung pun rase lemau + keras + kebas bcoz asyik duduk terlalu lame,huhu. Cume happening skit, boleh nikmati keadaan sekeliling, boleh jerit sorang-sorang dan macam2 lagi,hehe.



*ni gambar tangkap pasal xde keje,hahaha


So, total up semua sekali :

Duit minyak RM 30 + RM 25 + RM 10 = RM65
Jarak perjalanan 621 Km

jimat tak? jimat, guna lah SHELL,hehe


*Untuk mereka yang ingin berDRIVING jauh-jauh tu, diharapkan agar berteman la ye, jangan sorang- sorang, lagi-lagi time MALAM, beware,hehe. Someone watching you ;p


0 comments:

Related Posts with Thumbnails