BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Friday, November 27, 2009

Korban, Korban, Korban....

Ari ni ari Sabtu, 27November 2009 bersamaan 10 Zulhijjah pada kalender Islam. Seperti biasa, setiap tahu, selepas subuh, family mengadakan sedikit jamuan untuk kariah masjid. Namun,tahun ni jumlah yang datang bertandang diluar dugaan. Mak jangka hanya dalam lingkungan 20 orang jemaah yang datang, tapi, jumlah nya hampir 50 orang. Memang agak kelam kabut menyediakan air minuman tambahan, ketupat,spaghetti dan roti jala. Adeh, memang tak menang tangan di buat nya. Terpaksa la jadi orang dapur membantu mak menyediakan juadah makanan.




Selesai majlis, memang sedih la bcoz xsempat merasa spaghetti. Padahal malam tu bertungkus – lumus menyediakan makanan tu. Hanya tinggal sedikit ketupat dan rending ayam je.

Jam 8 pagi, bersiap-siap menuju ke masjid kat belakang rumah, hari ni,terasa nk pakai baju melayu berwarna hijau, biar sedondon dengan adik-adik. Selepas solat Hari raya, khutah mengenai ibadah korban dibaca oleh imam. Ibadah korban ni berkaitan dengan sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anak nya,Nabi Ismail. emoga dengan kedatangannya kita mendapat Rahmah-Nya. Bagi yang berpeluang mengadakan sembelihan korban, bersyukurlah kerana limpahan rezeki-Nya, dan mendapat keampunan daripada-Nya. Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah: Maksudnya: "Hai Fatimah, berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)



Pengorbanan juga macam-macam, ada yang perlu dikorbankan, ada yang perlu terkorban dan ada yang mengorbankan yang lain. Situasi pengorbanan masing-masing adalah berbeza. Sekiranya kita terasa pedih ketika kita dikorbankan, itu adalah lumrah, dalam apa-apa bidang pun, petunjuk daripada-Nya yang kita perlukan. Sekiranya kita juara dalam mengorbankan orang lain, ingat mungkin hari kita untuk dikorbankan oleh mereka akan tiba juga.

Dengan semangat Eidul Adha ini marilah kita semua mengorbankan diri kita, untuk perubahan, adakah jalan kita seperti yang dikehendaki-Nya atau sebaliknya, semoga kita diberkati dan diampunkan-Nya.

Selepas pulang dari masjid, terus bertukar pakaian bcoz ari ni nak sembelih lembu,hehe. Ceh, macam berani plak kan, padahal takut tengok darah. Pisau diasah sehingga tajam dan menunggu di ruangan dapur untuk proses potong-potong daging untuk diedarkan kepada penduduk taman. Alhamdulillah,tahun ni jumlah binatang yang dikorbankan meningkat. 10 ekor lembu dan 3 ekor kambing.







Memang penat + lenguh-lenguh anggota badan. Setiap sendi terasa nak cabut je. Lepas Jumaat,ingat nak terus main pengsan-pengsan. Api,telah ditugaskan untuk membersihkan perut lembu. Adeh, memang perit la nak sental perut lembu tu,huhu. Sedar-sedar jam menunjukkan jam 5 petang. Selepas asar, tolong mak memasak di dapur, lauk special mlm ni, makan steak kambing,hehe.


Selepas maghrib, bergerak ke Taman Pulai Utama, menuju ke rumah bakal adik ipar. InsyaALLAH, majlis diorang akan diakan pada 19 dan 20 Disember nih. Terasa tergugat jugak bcoz adik yang kahwin dulu. Apakan daya, dah jodoh. Takkan tak nak bagi diorang kawin kot. Pakcik makcik asyik usik je, Angah dah nak jalan, Along bile lagi? Peh, memang pedas la jugak. Sambil tersenyum menjawab, InsyaAllah, ada jodoh, kahwin la. Kene la bersikap professional dalam bab-bab nih.

Malam tu,selepas tengok citer Nur Kasih (layan kan je,haha) episode akhir, kami satu family bermeeting membincangkan tentang atur cara majlis angah nanti (Event of The Day). Semua adik beradik ada tanggung jawab masing-masing dalam majlis tu nanti. Saya kene bahagian penempatan majlis, kena cari orang untuk uruskan makanan, tukang hiding makanan, tukang cuci pinggan, penyambut tetamu dan lain-lain. Adeh, tak lah rumit mana, cume nak cari orang yang sanggup tu agak sukar. So, kat sni yanag nak buat pengumuman ckit, sesiapa yang berminat untuk menyumbangkan tenaga untuk majlis tu nanti, boleh la menghubungi saya secepat yang mungkin.

video

1 comments:

Mastura said...

meriah betul.

Related Posts with Thumbnails