BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Thursday, November 19, 2009

Hari-hari terakhir di Dungun, Terengganu..


Hari ini, hujan turun renyai-renyai, seakan-akan menangisi pemergian ku esok hari. Entah la, hati ni tetibe je macam hiba yang teramat, bertambah pula dengan perasaan hiba yang sudah sedia ada. Hmm, apakan daya, benda yang dah nak terjadi, semuanya ketentuan Allah. Ajal, jodoh pertemuan sudah termaktub dalam kitab-Nya, kita sebagai hambaNya hanya mampu berdoa dan bertawakkal.


Hari ini, selesai sudah mengemas rumah, seharian mengemas, akhirnya siap juga. Cuma terpaksa meninggal kan banyak juga barang-barang seperti buku-buku dan sedikit pakaian, tak muat nak sumbat dalam kereta. Peh, memang banyak la, dekat 8 kotak kalau diikutkan. Kebanyakan nya penuh dengan nota-nota dan juga komik-komik,hehe. Koleksi Nightnare, semakin bertambah, thanks to Ema for da present,hehe (^_^)

Pakaian-pakaian yang dibasuh hari ini sahaja hampir 5 kali cucian. Penat, tapi apakan daya, takkan nak tinggalkan pakaian dalam keadaan kotor pulak kan. Hari ini juga kali terakhir makan NASI AYAM di kedai Buyong. Memang mengidam pun, bcoz dah lame tak makan. Nasi ayam yang berharga RM4 jadi santapan tengahari. Kemudian pulang semula ke rumah, mengemas ape-ape yang patut.

Time malam, selepas solat maghrib, kami serumah menonton rancangan NUR KASIH. Sebenarnya, tak layan pun citer ni, tapi dah terbukak citer ni, layan kan aje. Selepas solat Isyak, kami pun keluar pergi makan di KENANGA. Kalau kat KENANGA, makanan istimewa kami iaitu, Nasi Kosong, ayam goreng dan sup kosong menjadi pilihan. Alasan nye, memang makanan ni la sedap dan amat bermakna bagi kami. Di kesempatan itu juga tujuan makan kat cni nak jumpe aweks yang jaga cashier ,hehe. Orang nye cumil.

Then,after that, kami menuju ke station bus, nak hantar Jojek. Malam ni die balik ke kuala Lumpur. Dengan menaiki bas MUTIARA. Bas nya dalam pukul 11 malam. Kat cni juga la, pelbagai ragam manusia dapat dilihat. Kebanyakan nya kelibat pelajar UiTM yang ingin pulang ke kampong halaman masing-masing. Tepat jam 11.45 malam, bas MUTIARA sampai, memang lambat la. Jenuh menunggu.

Sampai sahaja dirumah, kami terus mengemas rumah. Rumah pun dalam keadaan kucar kacir. Hopefully, rumah ditinggalkan dalam keadaan bersih. Adeh, barang saya je dah penuh 1 kereta. Tu pun ade banyak barang tertinggal. Nampak nye second trip terpaksa dibuat. Nanti, pada awal tahun depan, pada 7.8.9 Januari 2010,akan bertandang kembali di Dungun ni. Maybe time tu semua barang dapat diangkut balik.

19 November 2009, kami semua akan berpisah. Boy akan pulang ke Tanah Merah, Ise akan pulang ke Ketereh. Saya? Kampung halaman terCHENTA.. InsyaALLAH, dikesempatan akan datang, saya akan UPDATE kembali blog ini. Sampai sini sahaja. Semoga bertemu kembali. Salam sayang…

3 comments:

ema maiziana said...

da balek??
jupe bulan januari 6t yek..
hev a gud holiday,,
tkcre =)

Hafiz Ajmain said...

eh?bukan 7 januari ke?huhu

ema maiziana said...

haha mmg le..
tp aku x state pon bape hb tu kan..
sbb aku pon x tao..hahah
7hb ke??
jpe kat sana 6t yek...haha

Related Posts with Thumbnails