BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Friday, May 21, 2010

Menghitung Hari..

Menghitung hari nampak nye Syahril (kazen aku) nih. Ari ni, dah 21 Mei. 22 Mei ni dia akan nikah dan majlis persandingan hari ahad ni,23 Mei. Bertuah dan tahniah kerana dia akan mendirikan rumah tangga dan menamatkan zaman bujang beliau. Hehe,banyak betul persiapan yang dibuatnya. Hantaran sebanyak 9 + 1 (langkah bendul akak tunang die). Mas kawin kalau tak silap RM 10,000. Banyak wo, boleh buat down payment kereta,hehe.


Tapi sayang nye, persiapan semua last minit. Biase la, lelaki,hehe. Aku menemankan die gi bank (buat over draft bank utk mas kahwin), beli barang-barang hantaran, set kan hotel dan lain-lain. Pada masa yang sama, rumah sewa masih belum cari. Adeh, siap makcik aku offer bilik kat rumah utk disewa. Takde hal la bro, boleh layan DOTA lagi. Nanti klu dah tinggal berdua, susah kite nak berDOTA,huhu.

Ape-ape pun, sekali lagi aku wush tahniah utk my kazen, semoga menjadi suami yang soleh dan melaksanakan amanat sebagai seorang suami dengan baik. Jadi suami sejati ea :). Oh, sebelum lupe, makan Queen anai-anai tau,hehe. Baik untuk kechatan "malam pertama",hehe. Selamat menghitung hari -hari yang bakal mendatang ^^. Dengarkan lagu kris Dayanti,menghitung hari

Menghitung hari
Detik demi detik
Masa kunanti apakan ada
Jalan cerita kisah yang panjang
Menghitung hari..


*Psst,aku ni,bile la nak kawin ye,haha, Bile dah time, insyaALLAH (",)

6 comments:

Nur Eyda said...

DOTA..penyakit utama dak2 lelaki zaman skunk neh..men smpai x igt dunia...hehehe

Liefde Ain said...

kawen laaa bro. umo da tua! :D

Fazilatu Laili Md Yunos said...

hehehe...ingat kn adik akak ni yg mghitung hari...hehe

kazen adik yg hari tu tu eh?
smpai kn slm tahniah for hin...

adik tu bila lg???heheh ;p

Puan Nurussalwa said...

tahniah to kazen encik.

Unknown said...

bestnye...nk kawen gakk

Fane Davis said...

Kazen dahh...tukang post entry bila lagi nak kawenn?hehhe

Related Posts with Thumbnails