BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Friday, May 7, 2010

Perihal W.A.R.N.A


Kali ni aku nak berceloteh tentang warne plak. So, disebabkan aku suke warne OREN, aku akan citer kan warne OREN dulu OK? Diikuti oleh warneowarne yang laen,hehe.. So, kalau agak-agak ade yang kene dengan korang tu, fikir-fikirkan la ea (",)

OREN

Warna oren ialah satu warna yang melambangkan hangat, kreatif dan emosi. Dalam aspek kehidupan seharian manusia, warna oren melambangkan sifat bersemangat dan komited terhadap kerja dan hidup serta mengamalkan budaya kecemerlangan dalam mengejar cita-cita yang diimpikan.

Selain itu, warna oren juga menggambarkan keadaan ceria, gembira, mesra, bersemangat dan prihatin dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Warna oren pula memberi maksud sikap belia yang mengamalkan budaya kecemerlangan dalam mengejar cita-cita yang diimpikan.


MERAH

Merah:
Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyut nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

1.Merah Terang :
Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Eksentrik. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh ghairah, semangat,dominasi, kelakian.

2.Merah Jambu :
Warna ini melambangkan romantisme, feminim. Warna ini mempunyai sifat menuntut dalam kepasrahan, menggemaskan dan jenaka.

BIRU

Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi, dan tarikan nafas. Sementara semua menurun, mekanisme pertahanan tubuh membangun organisme.

1.Biru Tua :
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, perasa, integratif. Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.

2.Biru Muda :
Warna ini melambangkan keanjalan dari cita-cita. Sifatnya : Bertahan, Protektif, Tidak Berubah fikiran. Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.

KUNING

Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Leluasa dan santai, senang menunda-nunda masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.

1.Kuning Terang :
Warna ini melambangkan sifat spontan yang eksentrik. Sifatnya : Toleran, Investigatif, Menonjol. Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berpengharapan, pemurah, tidak percaya.

HIJAU

Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan kekerasan hati. Mempunyai keperibadian yang keras dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih superior dari yang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya senang dipuji, senang menasihati orang lain.

KELABU & HITAM

1.KELABU:
Warna ini tidak menunjukkan erti yang jelas. Tidak terang dan sama sekali bebas dari kecenderungan psikologi. Warna ini cenderung neutral.

2.HITAM :
Warna ini melambangkan kehidupan yang terhenti dan kerananya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.

COKLAT & UNGU

1.COKLAT :
Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka merebut, tidak suka memberi hati, kurang toleran, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.

2.UNGU :
Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat Gempuran Keras yang dilambangkan oleh warna biru. Perpaduan antara keintiman dan erotis atau menjurus pengertian yang mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

PUTIH

Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.

10 comments:

gades ain said...

hidup HITAMM! xD

farah said...

love green!

Hafiz Ajmain said...

Oren! Oren! :)

Wawa said...

ehhhhh gmbau atas nun lebih kurng ngan my desktop wallpaper laaaa.. hahaha...

ooo... hafiz mmg minat oren ek? wah, smangat n ksungguhan tu, chiayok~!

sy plak plg suka biru muda & maroon :)

Nur Hayaty said...

pink mmg cm tuh..hehehe =]

sahromnasrudin said...

salam ziarah..awak nie mesti peminat skuad oren belanda kan..moga belanda menang world cup tahun nie..alhamdulillah, sy jd follower awak ke 104..jemput ke blog sy..tenkiu..

Hafiz Ajmain said...

Wawa :hehe, yeke? seratan kebetulan erk :)


Hayaty : bOo kpd pink,hehe (just kidding)

sahrom : yes, minat oren! hehe

irahehe said...

ira suke pink@merah jambu..yeaa!
haha..

Ayue Aishah said...

luv pink and red.. hehehe..

btw, warna oren melambangkan sifat bersemangat dan komited terhadap kerja dan hidup serta mengamalkan budaya kecemerlangan dalam mengejar cita-cita yang diimpikan.

encik oyen insan cemerlang!!!. hahahaha..

Yuni Aisyah said...

itam, biru n putih kegemaran ku..hehe

Related Posts with Thumbnails